Top Banner
PENGENALAN Topik ini akan membicarakan tentang hukum-hukum mad merangkumi pengenalan huruf-huruf mad dan sebab-sebab berlakunya mad. Hukum mad akan berubah apabila terdapat sebab berlainan. Misalnya jika sebabnya adalah hamzah ia mempunyai hukum yang tertentu dan begitu juga jika sebabnya ialah sukun ia mempunyai nama-nama yang tertentu. Kepentingan hukum mad ini dalam bacaan ialah kerana terdapat athar yang menyatakan tentang teguran Abdullah Ibn MasÊud r.a. berhubung bacaan seorang lelaki yang tidak membaca dengan kadar yang sepatutnya di hadapan beliau. Di samping itu, dalam topik ini juga diterangkan tentang isu-isu yang berlaku seperti urutan kekuatan dan kedaifan mad dan juga kesamarataan mad yang perlu dilakukan dalam bacaan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat; 1. Menyatakan definisi mad dan huruf-hurufnya; 2. Menghuraikan nama setiap jenis mad, sebab-sebabnya dan kaedah bacaannya; 3. Menjelaskan contoh dan bacaan yang tepat bagi setiap hukum mad; dan 4. Menerangkan kepentingan tingkatan-tingkatan mad dalam memelihara bacaan al-Quran. T T o o p p i i k k 4 4 Hukum Mad
25

Topik 4 Hukum Bacaan Mad

Jan 01, 2016

Download

Documents

Topik 4 Hukum Bacaan Mad
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� PENGENALAN

Topik ini akan membicarakan tentang hukum-hukum mad merangkumi pengenalan huruf-huruf mad dan sebab-sebab berlakunya mad. Hukum mad akan berubah apabila terdapat sebab berlainan. Misalnya jika sebabnya adalah hamzah ia mempunyai hukum yang tertentu dan begitu juga jika sebabnya ialah sukun ia mempunyai nama-nama yang tertentu. Kepentingan hukum mad ini dalam bacaan ialah kerana terdapat athar yang menyatakan tentang teguran Abdullah Ibn MasÊud r.a. berhubung bacaan seorang lelaki yang tidak membaca dengan kadar yang sepatutnya di hadapan beliau. Di samping itu, dalam topik ini juga diterangkan tentang isu-isu yang berlaku seperti urutan kekuatan dan kedaifan mad dan juga kesamarataan mad yang perlu dilakukan dalam bacaan.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;

1. Menyatakan definisi mad dan huruf-hurufnya;

2. Menghuraikan nama setiap jenis mad, sebab-sebabnya dan kaedahbacaannya;

3. Menjelaskan contoh dan bacaan yang tepat bagi setiap hukum mad;dan

4. Menerangkan kepentingan tingkatan-tingkatan mad dalammemelihara bacaan al-Quran.

TTooppiikk

44 � Hukum Mad

Page 2: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

56

PENGANTAR HUKUM MAD

4.1.1 Definisi Mad dan Qasar

Mad dari sudut bahasa bermaksud pertambahan. Dari sudut istilah Qurra, ia bermaksud memanjangkan suara dengan menyebut satu huruf daripada huruf-huruf mad dan lin dan kadarnya ialah lebih panjang daripada mad tabiÊi ketika wujudnya sebab-sebab tertentu. Qasar dari sudut bahasa pula bermaksud menahan atau melarang. Di sisi ulama QurraÊ, ia bermaksud menetapkan dan mengekalkan huruf mad dan lin tanpa pertambahan suara padanya disebabkan tidak wujud sebab-sebab (dipanjangkan huruf tersebut) atau ia adalah mad tabiÊi yang tiada pertambahan panjangnya. Mad adalah bacaan huruf yang lebih daripada dua harakat. Manakala qasar adalah bacaan huruf dengan kadar dua harakat. Bukanlah dimaksudkan dengan qasar tidak memanjangkan bacaan langsung. Ini kerana ia akan menyebabkan pembuangan huruf daripada al-Quran dan ia tidak harus dilakukan.

4.1.2 Huruf-huruf Mad dan Lin

Mad mempunyai tiga huruf yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Huruf-huruf ini dinamakan huruf mad dan lin disebabkan panjangnya suara dengannya, mudah untuk disebut dan tidak memberatkan sebutannya. Huruf-huruf mad adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

4.1

Hukum mad adalah antara tajuk yang terpenting dalam bacaan al-Quran. Kefahaman tentang tajuk ini dapat dilihat apabila seseorang itu membaca al-Quran sama ada ia telah membaca hukum mad dengan kadar harakat yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Justeru, kefahaman tajuk ini adalah amat penting. Adakah anda telah menguasai hukum mad?

Page 3: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

57

Rajah 4.1: Huruf- huruf mad

Mari kita lihat huruf-huruf tersebut satu persatu.

(a) AAlif Sakinah Hendaklah alif itu sakinah dan sebelumnya huruf yang berbaris di atas.

Contohnya, di dalam Surah Yusuf: 10 ����� , Surah al-Fatihah: 4 ������ (b) WWau Sakinah

Sebelumnya adalah huruf yang berbaris di hadapan. Contohnya, di dalam

Surah al-Baqarah: 3 ��� � ��� � , Surah al-Baqarah: 5 ��� ��� �� ���� . (c) YYaÊ Sakinah

Sebelumnya huruf berbaris di bawah. Contohnya, di dalam Surah al-

Fatihah: 1 ��� ������ dan 6 �������� ��.

Huruf-huruf mad berserta dengan syarat-syaratnya terkandung di dalam firman

Allah di dalam Surah Hud: 49 � �!� ��� "�. Huruf-huruf lin sebanyak dua huruf iaitu huruf wau sakinah dan ya sakinah yang sebelum kedua-duanya adalah huruf yang berbaris di atas. Contohnya di

dalam Surah Quraish: 2-4 #$���%,� #&���� ��,� �'���(����. Hendaklah diketahui bahawa apabila disebut huruf mad, maka termasuk di dalamnya huruf-huruf mad dan lin. Namun apabila disebut huruf lin, maka ia adalah huruf lin yang dua iaitu ya dan wau, tidak termasuk huruf mad (rujuk Rajah 4.2). ��

Page 4: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

58

�Rajah 4.2: Huruf lin

PENGANTAR MAD ASLI

Subtopik ini akan membincangkan pengantar mad asli dengan lebih mendalam. Subtopik ini akan menjelaskan definisi, jenis-jenis mad asli dan akhir sekali jenis-jenis mad yang termasuk di dalam mad asli.

4.2.1 Definisi Mad Asli

Mad asli juga dikenali dengan mad tabiÊi. Iaitu sesuatu yang tidak akan sempurna sebutan sesuatu huruf mad kecuali dengannya. Ia tidak memerlukan sebab-sebab tertentu. Tidak akan sempurna bacaan sesuatu kalimah kecuali dengan menyebutnya. Tanda mad asli ialah wujudnya salah satu daripada tiga huruf mad yang telah dibincangkan dan tidak didahului dengan huruf hamzah serta tidak wujud selepasnya huruf hamzah atau sukun. Kadar panjang bacaan mad tabiÊi ialah dua harakat. Iaitu dengan cara membuka genggaman dua jari tangan atau menggenggamnya dengan kadar yang sederhana. Tidak terlalu cepat atau perlahan.

4.2

Page 5: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

59

4.2.2 Jenis-jenis Mad Asli

Mad asli terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Jenis-jenis mad asli

Mari kita lihat jenis-jenis tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Huruf mad yang tetap dan kekal sama ada ketika waqaf ataupun wasal. Sama ada mad asli itu di pertengahan atau hujung ayat. Contohnya di

dalam Surah al-Fatihah: 4 �������dan Surah al-Insyiqaq: 7 �)��� �����*� . Surah al-

Syams: 1 � �+��� ,�-� dan Surah al-Qalam: 45 �� �. /��� 0�-�. Begitu juga sama ada ia

ada dalam rasm (bentuk penulisan al-Quran) contohnya �)��� �����*� atau tidak

�������. Ia adalah daripada jenis mad tabiÊi kalimi.

Termasuk di dalam jenis ini juga adalah huruf-huruf hijaÊiyyah di permulaan surah-surah. Iaitu huruf-huruf yang terdiri daripada dua huruf dari sudut ejaannya dan huruf kedua adalah huruf mad. Huruf-huruf hijaÊiyyah di permulaan surah ini terkandung di dalam rangkaikata 1�!2 /�. Ia dinamakan mad tabiÊi harfi. Contohnya: Huruf alif di dalam firman Allah di dalam Surah al-Baqarah: 1 3�, Surah Toha: 1 )2

(b) Huruf mad yang kekal dan tetap apabila waqaf dan hilang atau dibuang ketika wasal. Jenis ini mempunyai beberapa keadaan, iaitu:

Page 6: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

60

(i) Berhenti pada huruf mad tabiÊi iaitu huruf alif. Alif yang diganti daripada tanwin berbaris di atas. Contohnya dalam firman Allah SWT

di dalam Surah al-Ahzab: 1 � 4���5�� �4�����6 ����7 �)���� ���8. Perkara ini berlaku

apabila diwaqafkan padanya.

(ii) Berhenti pada kalimah-kalimah yang mempunyai huruf alif. Di atas huruf alif itu terdapat sukun yang berbentuk bulat. Ini menandakan tidak dibaca alif tersebut ketika wasal dan dibaca ketika waqaf.

Contohnya di dalam Surah�al-Mulk: 26 9:�(; 9���<�" ��"�0 ���=�8�-,�al-Kahfi: 38 �� + ����5�� >?�1 )����� , Surah a-Ahzab: 10 ��"� �;@�� �)�����* ���;� @�A�-, 66 � B���� ����C�2�0�- �D � , 67 ��"�;��,�E�F

��(����G .

(iii) Berhenti pada salah satu huruf mad yang tiga, untuk mengelakkan pertembungan dua huruf sakin. Contoh bagi huruf alif di dalam Surah

al-Naml: 15 ����- �D �)���� H ����I� �, contoh huruf wau di dalam Surah al-IsraÊ: 110

�)J��� ��� 6�K� �L ��dan contoh bagi huruf ya di dalam Surah Toha: 6 �� �M ���- �N �O�1 .

(c) Huruf mad asli yang kekal dan tetap ketika wasal dan hilang atau dibuang ketika waqaf. Ia juga dikenali dengan mad silah. Huruf haÊ pada sesuatu kalimah yang mempunyai mad silah dinamakan haÊ al-kinayah. HaÊ al-kinayah ini dimadkan berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Tanda mad silah adalah huruf wau kecil selepas haÊ berbaris di hadapan dan huruf ya kecil selepas haÊ berbaris di bawah. Contohnya di dalam Surah al-IsraÊ:

1 �� + )�"�8��dan Surah al-Insyiqaq: 15 �4P �Q�* �)�*.

4.2.3 Jenis-jenis Mad yang Termasuk di dalam Mad Asli

Termasuk di dalam kategori mad asli beberapa jenis mad yang lain. Ini disebabkan beberapa perkara yang membolehkan ia menjadi mad tabiÊi. Ulama Qurra telah meletakkan pelbagai nama bagi jenis-jenis mad ini. Pada hakikatnya, kesemua mad ini termasuk di dalam kategori mad tabiÊi. Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.4.

Page 7: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

61

Rajah 4.4: Jenis-jenis mad dalam mad asli

Mari kita lihat jenis mad tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Mad silah sughraÊ (haÊ al-kinayah): Ia adalah huruf haÊ yang merupakan ganti nama (domir) yang ditambah ke dalam sesuatu kalimah. HaÊ ini juga dikenali dengan mufrad muzakkar ghaib (ganti nama bagi seorang lelaki yang diceritakan). Asal haÊ ini adalah berbaris di hadapan. Contohnya di

dalam Surah al-Baqarah: 102 )�. Jika sebelumnya berbaris di bawah atau

sebelumnya huruf ya sakinah, maka haÊ itu berbaris di bawah. Contohnya

di dalam Surah al-Baqarah: 26 )* dan Surah al-Mutoffifin: 13 )(�6 (b) Mad al-tamkin: Ia adalah mad tabiÊi. Dibaca denga kadar dua harakat.

Wajib didatangkan bagi memisahkan di antara dua huruf wau. Contohnya

di dalam Surah al-Baqarah: 25 �R �S���I��Q�� ��� � ���6�- ��� � . Atau bagi memisahkan di

antara dua huruf yaÊ. Contohnya di dalam Surah Fussilat: 12 � �:����� �M. Wujud

mad tamkin ini adalah untuk mengelakkan daripada diidghamkan kedua-dua wau atau ya, ataupun membuang salah satu daripada dua huruf tersebut. Dengan kata lain, untuk membolehkan penyempurnaan sebutan kedua-dua wau atau ya tanpa idgham atau dibuang.

(c) Mad al-Âiwad: Ia merupakan mad tabiÊi yang terhasil ketika waqaf pada kalimah bertanwin berbaris di atas. Contohnya di dalam Surah al-NabaÊ: 10

� 4B��(�� �L������ ������C�T�-

Page 8: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

62

PENGANTAR MAD FAR`IE

4.3.1 Definisi Mad Far`ie

Mad far`ie adalah mad yang lebih panjang daripada mad asli kerana beberapa sebab di samping adanya salah satu daripada huruf mad yang tiga. Mad asli panjangnya tidak melebihi mad tabiÊi iaitu sebanyak dua harakat. Kecuali jika wujud beberapa sebab hingga menjadikan mad tersebut mempunyai kadar bacaan empat, lima atau enam harakat. Sebab-sebab mad far`ie adalah:

(a) SSebab Lafzi Iaitu sebab-sebab lafaz yang mengubah panjang mad tabiÊi lebih daripada dua harakat. Sebab ini terbahagi kepada dua, iaitu hamzah dan sukun.

(b) SSebab MaÊnawi Sebab maÊnawi bertujuan untuk berlebih-lebihan atau bersangatan di

dalam penafian. Contohnya di dalam Surah al-AnbiyaÊ: 87 �D �8 �)���8 �D �'"�0 ���"� ���( B. Iaitu berlebih-lebihan dalam menafikan kewujudan tuhan selain

Allah SWT. Perkara ini merupakan kebiasaan orang Arab. Hukum-hukum Mad Far`ie Berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan, hukum mad far`ie terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.5.

Asas utama mengenali hukum mad ialah mengetahui huruf-huruf mad dan sebab-sebabnya. Antara sebab yang dimaksudkan ialah hamzah. Perlu diingat bahawa kalimah yang mempunyai huruf mad dan bersamanya terdapat hamzah ia terhasil satu hukum mad iaitu mad muttasil. Adakah anda membaca al-Quran mengikut kaedah ini?

4.3

1. Terangkan tiga huruf mad serta syarat-syaratnya.

2. Sila huraikan tiga mad yang mempunyai persamaan bacaan dengan mad asli.

SEMAK KENDIRI 4.1

Page 9: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

63

Rajah 4.5: Hukum-hukum mad far`ie

(a) WWajib Hukum ini khas kepada mad muttasil sahaja. Iaitu wajib memanjangkannya melebihi mad tabiÊi berdasarkan kesepakatan semua ulama QurraÊ.

(b) HHarus Hukum ini khas bagi mad munfasil, mad Âaridh li al-sukun dan mad al-badal. Ini kerana kesemuanya harus dibaca secara mad atau qasar.

(c) LLazim Hukum ini khas bagi mad lazim sahaja. Iaitu mad ini melazimi panjangnya sebanyak enam harakat dalam semua keadaan.

4.3.2 Pembahagian Mad Far`ie Disebabkan Hamzah

Mad far`ie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil, mad badal dan mad silah kubra. Berikut adalah perincian jenis-jenis mad tersebut.

(a) MMad Wajib Muttasil Mad wajib muttasil ialah apabila selepas huruf mad terdapat hamzah di dalam satu kalimah. Sebab penamaan ini dengan muttasil kerana bersambung hamzah dengan huruf mad dalam kalimah yang sama. Sebab penamaan wajib pula ialah kerana wajib memanjangkannya lebih daripada kadar mad asli. Seluruh QurraÊ berpendapat wajib memanjangkan bacaan pada mad ini tetapi mereka berselisih pandangan dalam menentukan kadarnya. Menurut Muhammad Makki Nassar secara umumnya, kadar panjang mad tidak boleh kurang daripada tiga harakat. Al-Hafiz Ibn al-Jazari pula menyatakan, wajib agar jangan beriktiqad bahawa qasar muttasil itu harus

Page 10: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

64

di sisi ulama QurraÊ. Al-Hafiz berkata sesungguhnya aku telah mengkaji tentang qasar muttasil dan aku tidak mendapatinya dalam bacaan yang sahih dan tidak pula di dalam bacaan syazzah. Tetapi aku melihat satu nas yang membaca dengan cara memanjangkan pada mad muttasil. Terdapat dari Ibn MasÊud r.a. yang sampai kepada Nabi Muhammmad SAW ... telah bercerita kepadaku MasÊud bin Yazid al-Kindi berkata: Adalah Ibn MasÊud mengajar al-Quran kepada seorang lelaki. Lelaki tersebut membaca....tanpa mad. Lalu Ibn MasÊud r.a. berkata: Bukan cara ini Rasulullah SAW mengajar aku membacanya. Lelaki tersebut bertanya: Bagaimanakah Rasulullah SAW mengajar kamu membacanya wahai Aba Abdul Rahman? Lalu Ibn MasÊud membacanya secara mad. Hadis ini menjadi hujah dan nas di dalam topik ini. Semua rijal isnadnya adalah dipercayai dan al-Tabrani telah meriwayatkannya di dalam kitab al-MuÊjam al-Kabir. Kadar bacaan mad muttasil ialah empat atau lima harakat sama ada ketika wasal atau waqaf. Namun begitu menurut Sheikh al-Marsofi di dalam kitabnya Hidayah al-Qari, kadar empat harakat adalah diutamakan dalam bacaan. Selain itu diharuskan wajah ketiga ketika waqaf iaitu dengan kadar enam harakat. Pembahagian mad wajib muttasil yang hamzahnya berada di hujung kalimah kepada tiga bahagian, iaitu:

(i) Hamzah yang berbaris di atas seperti Surah al-Zariyat: 47 � �+��� �����* U� �������- ��� C �B� ��� ��"�8�- #H���E�*. Ketika waqaf pada kalimah ini, terdapat tiga wajah

pilihan iaitu empat harakat, lima harakat atau enam harakat.

(ii) Hamzah yang berbaris di bawah seperti di dalam Surah al-Syams: 5 ��- U��������-��+����* � . Ketika waqaf pada kalimah ini, terdapat lima wajah

pilihan yang harus dibaca. Iaitu kadar:

� Empat harakat bersama dengan sukun al-mahdhi;

� Lima harakat bersama dengan sukun al-mahdhi;

� Empat harakat bersama dengan al-raum;

� Lima harakat bersama dengan al-raum; dan

� Enam harakat bersama dengan sukun al-mahdhi.

Page 11: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

65

(iii) Hamzah yang berbaris di hadapan seperti di dalam Surah al-Baqarah: 142 �V����� �W� U��!��;��� �� ��� �B . Ketika waqaf pada kalimah ini terdapat lapan wajah bacaan yang harus dibaca iaitu (rujuk Rajah 4.6):

� Empat harakat bersama sukun al-mahdhi;

� Lima harakat bersama sukun al-mahdhi;

� Enam harakat bersama sukun al-mahdhi;

� Empat harakat bersama al-isymam;

� Lima harakat bersama al-isymam;

� Enam harakat bersama al-isymam;

� Empat harakat bersama al-raum; dan

� Lima harakat bersama al-raum. �

�Rajah 4.6: Lapan pilihan hamzah yang berbaris di hadapan

(b) Ocf Jaiz Munfasil Mad jaiz munfasil ialah apabila terdapat huruf mad di akhir kalimah dan hamzah pula berada di permulaan kalimah berikutnya secara wasal.

Sebab penamaan mad ini dengan munfasil kerana perpisahan di antara

huruf mad dengan hamzah dalam dua kalimah. Sebab penamaannya dengan jaiz pula kerana QurraÊ telah berselisih pandangan dalam kadar bacaannya sama ada dengan mad atau qasar dua harakat. Kerana itulah maka harus bacaannya dengan kadar empat atau lima harakat melalui

Page 12: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

66

Tariq al-Shatibiyyah. Juga harus dibaca dengan dua harakat melalui Tariq al-Tayyibah.

Pembahagian mad munfasil dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu:

(i) Al-infisal al-hakiki iaitu apabila huruf mad berada di akhir kalimah dan hamzah pula di awal kalimah berikutnya secara infisal dari sudut rasm

(tulisan). Seperti dalam Surah al-Baqarah: 4 0 ���X �����(�� W� ���Y" 0 ���- �������8 ���Y" .

(ii) Al-infisal al-hukmi iaitu apabila huruf mad bersambung dengan hamzah dari sudut tulisan tetapi berpisah dari sudut hukum. Seperti di

dalam Surah al-Taubah: 119 ��A� ��� ��R �W��<��� � �!;��0 ��� �)J��� ��� �. Di sini, ya al-nidaÊ walaupun ia adalah kalimah yang berasingan tetapi dari sudut tulisannya, ia ditulis dengan bersambung. Hakikatnya ialah huruf ya, walaupun bersambung secara zahir, tetapi hukumnya adalah munfasil.

(c) MMad Badal Mad badal ialah apabila hamzah mendahului huruf mad dalam satu

kalimah dan tidak ada selepas huruf mad tersebut hamzah atau sukun. Dalam takrifan tersebut, dinyatakan tidak ada selepas huruf mad itu

hamzah atau sukun (rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1: Nama Mad dan Surah dan Ayatnya

Nama Mad Surah Ayat

Mad Lazim Al-Maidah: 2

Mad Muttasil Al-Mumtahinah: 4

Mad Munfasil Yusuf: 16

Mad ÂAridh Li al-Sukun Al-RaÊd: 29

Perkara yang penting di sini ialah seluruh mad yang disebut itu, meskipun terdapat mad badal di dalam kalimah-kalimah yang dinyatakan tetapi mad badal di dalam seluruh kalimah tersebut telah terbatal. Perkara ini berlaku kerana mengambil kira urutan kekuatan mad di mana pembaca mestilah mendahulukan mad yang kuat daripada mad badal.

Page 13: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

67

Bentuk-bentuk mad badal adalah dalam tiga keadaan:

(i) Hamzah pertama berbaris di atas. Ketika ini ditukarkan hamzah yang

kedua kepada alif seperti ���U� yang asalnya ialah ��� 00 .

(ii) Hamzah pertama berbaris di bawah. Ketika ini ditukarkan hamzah

kedua kepada ya sakinah. Seperti �"�Z8 yang asalnya ialah �"��[8 . (iii) Hamzah pertama berbaris di hadapan. Ketika ini ditukarkan hamzah

kedua kepada wau sakinah. Seperti ��A-0 yang asalnya ialah ��A\0 . (d) MMad Silah Kubra

Mad silah kubra adalah huruf haÊ yang merupakan ganti nama (domir) yang ditambah ke dalam sesuatu kalimah. HaÊ ini juga dikenali dengan mufrad muzakkar ghaib (Ganti nama bagi seorang lelaki yang diceritakan). Sama ada ia berbaris di hadapan, sebelumnya terdapat huruf berbaris dan selepasnya juga huruf berbaris. Maka dimasukkan huruf wau kecil (ilhaq wau) atau haÊ domir berbaris di bawah, maka dimasukkan huruf yaÊ kecil dengan syarat selepasnya ialah huruf hamzah.

Hukum bacaannya ialah dipanjangkan haÊ al-kinayah tersebut dengan

empat atau lima harakat mengikut kadar mad jaiz munfasil. Contohnya

ialah seperti di dalam Surah al-NisaÊ: 92 ��� � �H�Q�� ��0 �D�8 �)�� �+�0 �]�8�, Surah al-NisaÊ:

140 �� ! ��^> �4_�8 �� 5�"�8 �̀��P�a #b��H�� �M ��� ,� �c �d���. Sebab penamaan mad silah ialah kerana dipanjangkan haÊ al-kinayah

dengan kadar dua harakat ketika wasalnya sahaja. Manakala sebab penamaannya dengan kubra ialah kerana terdapat hamzah selepas huruf haÊ al-kinayah.

Isu-isu dalam Mad yang Disebabkan Hamzah

(a) Perlu diambil perhatian bahawa mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil diharuskan membacanya dengan empat atau lima harakat. Kedua-dua wajah ini adalah untuk riwayat Hafs dari Tariq al-Shatibiyyah. Bacaan lima harakat telah disebut oleh al-Imam al-Dani pengarang kitab al-Taysir, yang merupakan sumber rujukan al-Shatibi. Akan tetapi bacaan empat harakat adalah yang utama dan masyhur. Pandangan ini dikemukakan oleh al-Imam al-Shatibi sendiri dan beliau tidak menyatakan wajah yang lain. Ia dikuatkan lagi oleh al-Sofaqusi pengarang kitab Ghaithu al-NafÊiÊ yang telah menegaskan bahawa perkara ini wajib diambil perhatian untuk menjauhkan daripada percampuran riwayat dan bacaan yang tidak tepat.

Page 14: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

68

(b) Apabila dua mad muttasil berada di dalam satu ayat seperti di dalam Surah

al-Baqarah: 22: �� 5�� 4���e�1 �S������̂�� �W� �)�* �f�� �%�E�F U�� U������� �W� ���Y"�0�-� , maka tidak harus

membezakan antara keduanya dalam kadar panjang bacaan dengan berhujah harus membaca dengan dua wajah pada setiap mad. Namun pada hakikatnya adalah wajib menyamakan kadar mad di dalam kedua-duanya sama ada dengan empat atau lima harakat.

4.3.3 Pembahagian Mad Far`ie Disebabkan Hamzah

Mad far`ie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad lazim, mad 'aridh li al-sukun. Berikut adalah perincian jenis-jenis mad tersebut:

(a) MMad Lazim Mad lazim ialah apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin. Sama ada ketika wasal atau ketika waqaf. Mad jenis ini boleh berlaku di dalam satu kalimah atau di dalam huruf.

Dalam takrifan di atas telah disebut berlaku di dalam satu kalimah. Ini bermaksud bahawa apabila huruf mad di akhir kalimah dan sukun asli berada di kalimah berikutnya. Sesungguhnya huruf mad tersebut dibuang ketika membacanya. Ini dianggap sebagai mad tabiÊi kerana huruf mad tersebut hanya wujud ketika waqaf dan dibuang ketika wasal (rujuk Jadual 4.2).

Sebab mad yang paling kuat ialah sukun asli. Apabila terdapat sukun yang mengiringi huruf mad terhasil satu hukum mad yang dipanggil mad lazim. Kedudukan mad lazim adalah yang terkuat dalam urutan hukum mad dan bacaannya pula ialah dengan kadar enam harakat.

1. Terangkan maksud mad wajib muttasil berserta dengan contoh.

2. Jelaskan bila terjadinya mad jaiz munfasil dan berikan contohnya.

3. Huraikan tentang sumber kadar harakat mad wajib muttasil.

SEMAK KENDIRI 4.2

Page 15: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

69

Jadual 4.2: Contoh Surah Mad Lazim dan Ayatnya

Surah Ayat

Surah al-Takwir: 1

Surah al-Kahfi: 4

Surah al-Haj: 35

Sebab penamaan mad ini dengan mad lazim ialah kerana dua perkara, iaitu:

� Mesti atau lazim dipanjangkan kadar madnya dengan enam harakat. Sama ada ketika waqaf atau ketika wasal dalam semua jenisnya. Kadar panjang tersebut hendaklah dibaca tanpa melebihkan kadar mad atau mengurangkannya.

� Mesti atau lazim mad ini ialah kerana sebabnya iaitu sukun asli yang sabit sama ada ketika wasal atau waqaf.

Jenis-jenis mad lazim terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut:

(i) MMad Lazim Kalimi Muthaqqal Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin asli yang bertasydid di dalam satu kalimah.

Sebab penamaan mad ini dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Sebab dinamakan kalimi pula kerana keadaan huruf yang sakin asli itu berada di dalam satu kalimah. Manakala dinamakan muthaqqal kerana huruf yang sakin asli itu bertasydid menyebabkan susah menyebutnya. Hukum bacaan mad ini ialah mesti dibaca dengan kadar enam harakat tanpa lebih atau kurang. Hukum tidak membaca kadar mad ini ialah makruh yang membawa kepada haram, berlainan dengan hukum mad tabiÊi jika tidak membacanya adalah lahn jali dan hukumnya haram.

Page 16: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

70

Contoh mad lazim kalimi muthaqqal seperti di dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

Surah Ayat

Surah al-Fatihah: 7

Surah Hud: 6

Surah al-AnÊam: 80

Contoh bagi huruf ya tidak terdapat di dalam al-Quran.

(ii) MMad Lazim Kalimi Mukhaffaf Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin tanpa tasydid di dalam satu kalimah.

Sebab dinamakan mukhaffaf kerana ringan sebutannya memandangkan kepada sukun yang asli tersebut tidak terdapat tasydid yang menunjukkan kepada keadaannya terdiri daripada dua huruf. Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang. Mad lazim kalimi mukhaffaf terdapat di enam tempat di dalam al-Quran iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

Surah Ayat

Surah al-AnÊam: 143

Surah al-AnÊam: 144

Surah Yunus: 51

Surah Yunus: 91 Surah Yunus: 59 Surah al-Naml: 59

Page 17: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

71

Hukum bacaan bagi kenam-enam tempat tersebut ialah dengan memanjangkannya dengan kadar enam harakat dan juga diharuskan dibaca dengan tashil. Walaupun begitu, bacaan dengan mad adalah diutamakan.

(iii) MMad Lazim Harfi Muthaqqal

Iaitu apabila huruf yang berada di permulaan surah berasal daripada ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta di akhirnya pula ialah huruf sakin yang diidghamkan kepada huruf selepasnya. Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Dinamakan harfi pula kerana berada di dalam huruf yang terdiri daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya. Manakala dinamakan muthaqqal pula kerana selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya yang membawa kepada berlakunya tasydid dan ghunnah. Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang.

Contoh mad lazim harfi muthaqqal seperti lam pada: (������� ), huruf lam

pada ( ������ ), huruf lam pada ( ������ ), huruf sin pada ( ����� ).

(iv) MMad Lazim Harfi Mukhaffaf

Iaitu apabila huruf yang berada di permulaan surah berasal dari ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta di akhirnya pula ialah huruf sakin yang tidak diidghamkan kepada huruf selepasnya. Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Dinamakan harfi kerana berada di dalam huruf yang terdiri daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya. Manakala dinamakan mukhaffaf pula kerana selepas huruf mad tidak diidghamkan kepada huruf selepasnya.

Page 18: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

72

Contoh mad lazim harfi mukhaffaf adalah seperti di dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Contoh Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Surah Ayat

Surah Qaf:1

Surah al-Qalam: 1

Surah Sod: 1

Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang kecuali huruf Âain di permulaan Surah Maryam dan Surah al-SyuraÊ yang dibaca dengan dua wajah iaitu:

� Tawassut dengan kadar empat harakat.

� Mad dengan kadar enam harakat. Ini adalah wajah yang afdal.

Huruf Âain tidak termasuk dalam hukum lazim sebagaimana pandangan yang masyhur. Ini kerana huruf Âain ejaannya adalah berasal dari tiga huruf yang tidak ada di tengahnya huruf mad tetapi ia adalah huruf lin.

Huruf mim di permulaan Surah Ali ÂImran g�;������ ;/��I� �� + �D�8 �)���8 D )J��� ���� harus

dibaca dengan qasar. Ini kerana terdapat harakat yang Âaridhah (baru wujud) iaitu dengan kadar dua harakat. Bentuk bacaannya ialah membariskan mim terakhir daripada ejaan mim (mim ya mim) dengan baris di atas ketika wasal. Ia juga boleh dibaca dengan kadar enam harakat kerana mengikut asal iaitu sukun. Dalam keadaan ini, membaca dengan kadar enam harakat adalah lebih afdal. Dibariskan mim dengan baris di atas ialah kerana untuk menjaga tafkhim (membesarkan) lafaz al-jalalah. Jika dibariskan mim terakhir ejaan dengan baris di bawah, sudah tentu akan menghilangkan tafkhim dan ia menjadi tarqiq. Huruf-huruf hijaÊiyyah yang terdapat di permulaan surah ialah sebanyak 14 huruf. Huruf-huruf ini terkumpul di dalam rangkai kata: �Ch� W �P�B )�i atau j2�� �B )� ��5� k" .

Page 19: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

73

Dari sudut ejaan, huruf-huruf ini terbahagi kepada dua.

� Ejaan dengan dua huruf: 1�!2 /� ; dan

� Ejaan dengan tiga huruf: k�" L�6 �7 . Dari sudut mad, huruf-huruf permulaan surah ini terbahagi kepada empat, iaitu:

� Huruf yang tidak ada mad. Iaitu huruf alif sahaja. Ini kerana ejaan alif terdiri daripada tiga huruf tetapi di tengahnya bukan huruf mad.

� Huruf yang dipanjangkan dengan enam harakat. Iaitu huruf yang ejaannya tiga huruf dan di tengahnya terdapat huruf mad dan lin.

Huruf tersebut ialah �� lgDl $�7 l:B l$�� lK�i l��" . atau dalam

rangkaikata: k�" ���. Semua huruf tersebut dibaca dengan enam

harakat.

� Huruf yang dibaca dengan enam harakat dan juga harus dibaca dengan empat harakat. Iaitu huruf yang dieja dengan tiga huruf dan di tengahnya ialah huruf lin, bukannya huruf mad. Ia adalah untuk Âain

:C�� .

� Huruf yang hanya dibaca dengan dua harakat. Ia adalah huruf 1�!2 /� . (b) MMad ÂAridh Li Al-Sukun

Iaitu apabila selepas huruf mad atau huruf lin terdapat huruf sakin yang Âaridh (baru disukunkan) dengan sebab waqaf (rujuk Rajah 4.7).

Rajah 4.7: Hukum mad Âaridh li al - sukun

Page 20: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

74

Sebab penamaannya dengan Âaridh li al-sukun adalah kerana sukun tersebut ialah baru wujud dengan sebab waqaf. Jika sekiranya pembaca mewasalkan bacaan, sudah tentu ia menjadi mad tabiÊi yang kadar bacaannya adalah dua harakat sahaja. Hukum mad Âaridh li al-sukun ialah harus dibaca dengan tiga wajah pilihan bagi semua Qurra. Ia adalah seperti berikut:

(i) Dibaca dengan kadar dua harakat. Qurra berhujah bahawa sukun di sini adalah Âaridh dan ia tidak dikira kerana ketika waqaf harus berjumpa dua huruf yang sakin. Manakala ketika wasal pula ia menjadi mad tabiÊi. Kadar dua harakat ini sesuai ketika membaca dengan martabat al-hadar.

(ii) Dibaca dengan kadar empat harakat atau disebut dengan tawassut. Ulama berhujah ia dibaca dengan kadar empat harakat kerana berkumpulnya dua huruf sakin dengan mengambil kira keadaannya yang Âaridh. Dengan sebab tersebut, ia dibaca dengan kadar mutawassitah.

(iii) Dibaca dengan kadar enam harakat atau disebut isybaÊ. Ulama Qurra menyatakan dengan hujah terdapat persamaannya dengan mad lazim dari sudut bertemu dua huruf sakin dalam satu kalimah, maka diwajibkan membaca dengan mad yang panjang untuk menghindari daripada dua huruf sakin. Menurut Ibn al-Jazari, semua wajah yang dikemukakan adalah pilihan. Ini bermaksud, apa sahaja wajah yang dibaca adalah betul. Menurutnya lagi, wajah enam harakat adalah lebih masyhur, diamalkan oleh jumhur dan disepakati oleh kebanyakan pembaca.

Page 21: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

75

Contoh-contoh mad Âaridh li al-sukun adalah seperti di dalam Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Contoh Mad ÂAridh Li Al-Sukun

Surah Ayat

Surah al-Rahman:1

Surah al-Tahrim: 8 Surah al-Fatihah: 2

Surah Quraish: 3 Surah al-Baqarah: 5 Surah Quraish: 4

TINGKATAN-TINGKATAN MAD

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam topik mad far`ie ialah tentang tingkatan-tingkatan mad dan pengumpulan mad di dalam satu ayat.

(a) UUrutan-urutan Mad Hukum mad-mad berbeza antara satu sama lain kerana perbezaan sebab-sebab berlakunya mad tersebut. Perbezaan ini menjurus kepada kekuatan sesuatu mad dan daifnya. Jika sekiranya sebab berlakunya mad adalah kuat, maka mad tersebut dianggap sebagai kuat. Sebaliknya jika sebab yang terjadinya mad daif atau lemah, maka mad tersebut akan menjadi lemah. Ulama QurraÊ telah membahagikan urutan kekuatan mad kepada lima bahagian mengikut urutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.8.

4.4

Page 22: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

76

Rajah 4.8: Urutan kekuatan mad

Mari kita bincang urutan tersebut dengan lebih lanjut.

(i) PPeringkat Pertama: Mad Lazim Ia merupakan mad yang paling kuat, kerana keaslian sebabnya. Iaitu sukun asli yang tetap wujud sama ada ketika wasal ataupun waqaf.

Faktor kedua kekuatannya ialah huruf mad berkumpul bersama di dalam satu kalimah atau satu huruf. Selain itu, kemestian bacaannya dengan kadar enam harakat dalam satu keadaan sahaja telah disepakati oleh seluruh QurraÊ.

(ii) PPeringkat Kedua: Mad Muttasil Ini kerana keaslian sebabnya iaitu hamzah. Selain itu, huruf madnya berkumpul bersama hamzah di dalam satu kalimah. Meskipun begitu, kadar panjangnya berbeza pandangan di kalangan QurraÊ. Oleh kerana itu, kedudukannya ialah selepas daripada mad lazim.

(iii) PPeringkat Ketiga: Mad ÂAridh Li al-Sukun Kerana berkumpul sebabnya iaitu sukun bersama dengan huruf mad di dalam satu kalimah. Walaupun begitu, ia bersifat Âaridh bukannya asli. Dari sudut kadar panjangnya pula, terdapat tiga bacaan, iaitu dua harakat, empat harakat dan enam harakat.

Page 23: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

77

(iv) PPeringkat Keempat: Mad Jaiz Munfasil Ini kerana penceraian sebabnya iaitu hamzah dengan huruf mad di dalam dua kalimah. Selain itu kadar bacaannya juga berbeza di kalangan QurraÊ.

(v) PPeringkat Kelima: Mad Badal Semua mad yang terdahulu sebab-sebab mad adalah berada selepas huruf mad, kecuali mad badal. Di mana sebabnya berada sebelumnya dan keadaan mad badal itu sendiri bukanlah asli tetapi tukaran daripada hamzah mengikut kesesuaian baris.

Al-Allamah al-Samanaudi telah menyusun kelima-lima urutan mad tersebut dengan katanya:

Maksudnya: Mad yang paling kuat ialah mad lazim, diikuti dengan mad muttasil, kemudian mad Âaridh, seterusnya mad munfasil dan diakhiri dengan mad badal.

(b) PPengumpulan Mad di dalam Satu Ayat Berlaku di dalam sesetengah ayat al-Quran, berkumpulnya beberapa mad seperti mad munfasil bersama dengan mad muttasil dan juga antara mad badal dengan mad lazim. Apa yang penting di sini ialah, mana satukah hukum mad yang hendak digunakan dan bagaimanakah kesamarataan mad perlu dilakukan. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, perlu mengikuti kaedah-kaedah seperti berikut:

(i) KKaedah Pertama Apabila berkumpul dua sebab mad, di mana yang satunya kuat manakala yang keduanya daif, maka hendaklah didahulukan yang kuat dari sudut amalannya dan membatalkan mad yang bersifat daif. Sebagai contoh, berkumpulnya mad badal dengan mad lazim. Maka di sini hendaklah diamalkan mad lazim serta membatalkan mad badal. Ini kerana sebab yang menjadikan mad lazim adalah lebih kuat berbanding sebab berlakunya mad badal. Seperti di dalam Surah al-

Maidah: 2 � �:>R D�- �g�����I� �'���(�� �.

Di sini berkumpul mad badal iaitu hamzah yang mendahului huruf mad iaitu alif. Seterusnya diikuti dengan mad lazim. Justeru, diamalkan mad lazim pada ayat tersebut.

(ii) KKaedah Kedua Apabila berkumpul dua mad dari satu jenis seperti dua mad munfasil, dua mad muttasil, dua mad lazim atau dua mad Âaridh. Hukumnya

Page 24: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

�����TOPIK 4 HUKUM MAD� �

78

ialah wajib disamaratakan antara dua mad tersebut dan tidak boleh melebihkan atau mengurangkan salah satu. Seperti dalam Surah al-

Baqarah: 4 �8 ���Y" 0 ���X ��� ���� � �W��<���- ��� ���� � �� + �n�� �%o��*�- �����(�� W� ���Y" 0 ���- ������ � dalam

contoh tersebut, berkumpul dua mad munfasil. Jika sekiranya mad munfasil yang pertama dibaca dengan empat harakat, maka mad munfasil yang kedua dibaca dengan empat harakat juga. Apabila dibaca yang pertama dengan lima harakat, mad yang kedua juga dengan lima harakat. Tidak harus sama sekali mencampuradukkan tariq dan sesungguhnya hukumnya adalah sama ada haram, makruh atau dikeji.

(iii) KKaedah Ketiga Apabila berkumpul dua mad yang pertamanya muttasil dan yang keduanya munfasil sama ada di hadapan ayat atau di akhir ayat.

Seperti di dalam Surah al-Baqarah: 13 . ��� ����C�� �D W�5���- U��!��;��� � + �� !�"�8 D�0

Bagi riwayat Hafs, dua mad tersebut mempunyai dua wajah bacaan ketika wasal. Pertama, dibaca dengan mad munfasil empat harakat dan mad muttasil dengan empat harakat juga. Kedua, dibaca mad munfasil lima harakat dan mad muttasil juga lima harakat.

(iv) KKaedah Keempat Apabila berkumpul mad muttasil atau mad munfasil di satu pihak, manakala mad Âaridh li al-sukun di pihak yang lain. Umpamanya berkumpul mad muttasil bersama dengan mad Âaridh li al-sukun

seperti di dalam Surah al-Baqarah: 5. ��� ��� �� ���� � + ���p�� �- 0�-. Atau

berkumpul mad munfasil bersama mad Âaridh li al-sukun seperti di

dalam Surah al-Baqarah: 25 ��- H��� �% ��!��F �� +�- 9n���!�h; 9f��-�e�0 � �!��F �� �.�-.

Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan empat harakat, maka harus dibaca mad Âaridh li al-sukun dengan tiga wajah, iaitu qasar dua harakat, tawassut empat harakat dan mad enam harakat. Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan lima harakat, maka harus bagi mad Âaridh li al-sukun dibaca dengan wajah pilihan yang telah disebutkan.

Page 25: Topik 4 Hukum Bacaan Mad

� TOPIK 4 HUKUM MAD ���

79

� Hukum mad merupakan tajuk yang amat penting dan perlu diambil

perhatian oleh setiap Muslim.

� Boleh dikatakan setiap ayat al-Quran mempunyai hukum mad, sama ada ayat tersebut panjang atau pendek.

� Penguasaan topik ini mestilah dimulai dengan mengenali huruf-huruf mad dan selepas itu memahami sebab-sebab berlakunya mad.

� Hamzah dan sukun adalah dua sebab yang penting dalam berlakunya hukum mad.

� Abdullah Ibn MasÊud r.a. pernah memberi teguran kepada bacaan seorang lelaki yang tidak membaca kalimah yang sepatutnya dibaca dengan mad.

� Penguasaan topik ini memberi kesan kepada penerimaan bacaan yang sahih.

Huruf lin

Mad Âaridh li al-sukun

Mad asli

Mad badal

Mad far`ie

Mad jaiz munfasil

Mad lazim

Mad muttasil

1. Berikan takrif mad lazim kalimi muthaqqal berserta dengan contoh.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan mad lazim harfi mukhaffaf? Terangkan.

3. Jelaskan tingkatan kekuatan mad.

SEMAK KENDIRI 4.3