Home >Documents >Topik 3 Struktur Sel Dan Fungsi

Topik 3 Struktur Sel Dan Fungsi

Date post:11-Dec-2014
Category:
View:148 times
Download:7 times
Share this document with a friend
Description:
struktur sel
Transcript:

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 3

STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

SINOPSIS : Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 m; sel massa biasa adalah 1 nanogram.). Sel mulamula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan "cell" datang dari bahasa Latin "cellula" ,bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud.

Contoh-contoh selAmoeba Proteus Plant Stem

Bacteria

Red Blood Cell

Nerve Cell

21

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

HASIL PEMBELAJARAN: Lukis dan label sel haiwan dan tumbuhan. Banding dan bezakan fungsi struktur sel. Mengenalpasti tisu haiwan dan tisu tumbuhan. Mengenalpasti dua jenis organ haiwan serta fungsinya.

KERANGKA TAJUK

SEL

SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN

TISU

HAIWAN

TISU EPITELIUM TISU OTOT TISU PENGHUBUNG TISU SARAF 22

TISU ASAS TISU MERISTEM TISU VASKULAR TISU EPIDERMIS

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.1 STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN. 3.1.1SEL HAIWAN

3.1.2 SEL TUMBUHAN

23

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Rajah 3.1: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan LATIHAN 1

Kaji Rajah 3.1 yang menunjukkan gambarajah sel haiwan dan sel tumbuhan. Dengan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan yang sesuai, senaraikan persamaan dan perbezaan sel haiwan dan sel tumbuhan.

EKSPERIMEN

Eksperimen :Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis tumbuhan). Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. Bahan dan radas : Mikroskop Slaid Microskop Slip kaca Penitis Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang Kaedah: (a) 1. 2. 3. Memerhati sel pipi. Berkumur dengan air bersih. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 24

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

4. 5. 6. (b) 1. 2. 3. 4. 6.

Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma. Memerhati sel epidermis daun. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan: Lukisan dan pelabelan. Pembesaran lukisan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Syabas dan Tahniah

25

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.

3.2 ORGANISASI SEL DI DALAM ORGANISMA Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama. Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan tugas yang sama dikenali sebagai organ. Kumpulan organ yang sama yang seterusnya memberikan satu fungsi yang tertentu dikenali sebagai organ. Seterusnya kumpulan organ yang tertentu yang bergabung bersama serta memberikan satu fungsi yang khusus dikenali sebagai sistem. Penyelarasan fungsi yang saling bersandaran antara sel organisma akan tercapai melalui satu organisasi lima aras seperti ditunjukkan dalam rajah 3.2.

SEL

TISU

ORGAN

SISTEM

ORGANISMA MULTISEL

Rajah 3.2: Organisasi sel organisma

3.2.1: Tisu Haiwan. Tisu haiwan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berbeza iaitu: i) ii) iii) iv) Tisu epithelium Tisu otot Tisu penghubung Tisu saraf

26

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Tisu Haiwan

Tisu Epitelium 1. Skuama 2. Kuboid 3. Kolumnar

Tisu Otot 1. Otot licin 2. Otot rangka

Tisu penghubung 1. Darah 2. Rawan 3. Tendon 4. Tulang 5. Ligamen 6. Tisu lemak.

Tisu Saraf 1. Saraf deria 2. Motor 3. Interneuro

27

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 1: JENIS TISU EPITELIUM DAN FUNGSINYA

28

TISU TISU EPITELIUM

CIRI-CIRI Sel tersusun rapat Membentuk satu atau lebih lapisan. Selalunya dijumpai pada permukaan luar seperti kulit, rongga mulut dan hidung dan pada rongga badan seperti trakea, salur penghadaman, salur darah, ginjal dan paru-paru.

FUNGSI 1. Khusus untuk melindungi dan melapisi organ. 2. Bertindak sebagai alat untuk mengelakkan tisu dari kekeringan, kecederaan mekanikal dan jangkitan bacteria. 3. Membenarkan pergerakan atau resapan beberapa sebatian. 4. Merembeskan bahan kumuh seperti peluh, minyak, mucus dan jus penghadaman.

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

1. Tisu epithelium skuama Sel yang licin,nipis dan kuat. Khusus untuk melapisi rongga badan seperti mulut, espfagus dan vagina.

Epithelium skuama ringkas

Epithelium skuama berlapis 2. Tisu epithelium kuboid. Sel berbentuk kiub Khusus untuk melapisi tubul ginjal dan kelenjar.

29

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 2: JENIS TISU OTOT DAN FUNGSINYA. TISU TISU OTOT 1. Tisu otot licin (Otot luar kawal) CIRI-CIRI Semua tisu yang terdapat dalam badan. Membentuk dinding organ dan salur dalam badan seperti uterus, salur darah dan salur penghadaman. Smooth muscle allows peristalsis in digestive canal FUNGSI Pengecutan dan pengenduran otot membenarkan proses pergerakan berlaku seperti peristalsis, mengepam darah dan pergerakan sendi.

2. Tisu otot rangka 30

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

(Otot terkawal) Menghubungkan tulang dengan tulang. Otot rangka mengecut dan mengendur untuk membenarkan pergerakan (Lengan dan kaki).

3. Tisu otot kardiak. (khusus untuk jantung)

Membentuk jantung. Membenarkan jantung berdenyut dan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

JADUAL 3: JENIS TISU SARAF DAN FUNGSINYA. TISU TISU SARAF CIRI-CIRI Terdiri dari sel yang 31 FUNGSI Untuk mengangkut

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

dikenali sebagai neuron yang berfungsi untuk menghantar impuls. Sistem saraf ini mengkoordinasi semua aktiviti dalam badan 1.Neuron Deria. Membawa maklumat dari organ deria ke neuron yang lain dalam otak dan saraf tunjang.

impuls saraf dan koordinasi aktiviti dalam badan.

Sumber : hamber.vsb.bc.ca

2.Neuron Motor. Membawa impuls ke otot dan kelenjar.

Sumber: jirvine.co.uk

3.Interneurons. Memindahkan impuls dari neuron deria ke neuron motor.

Sumber: Clker.com

JADUAL 4: JENIS TISU PENGHUBUNG DAN FUNGSINYA TISU CIRI-CIRI FUNGSI

32

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TISU PENGHUBUNG

Terbina dari sel yang berbeza yang terampai di dalam matriks. Matriks boleh jadi: Bahan yang keras (tulang) Lembut, bahan bergelatin (Rawan) Cecair (plasma darah)

1. Tulang

Tulang : Membentuk system rangka Melindungi organ dalaman, digunakan untuk pergerakan.

Tulang untuk menyokong badan. Darah fungsi untuk sel darah merah dan sel darah putih, platlet. Rawan- untuk melapisi tulang.

Sumber:

en.wikibooks.org

Darah: -Sel darah merah( RBC) mengangkut oksigen dan karbon dioksida. -Sel darah putih (WBC) membantu dalam system pertahanan badan. -Platelet bahan untuk pembekuan darah. -Plasma Darah mengangkut nutrient dan bahan buangan.

2. Darah

Sumber: biosbcc.net 3. Cartilage

Rawan - Membentuk permukaan yang licin dan fleksibel. Bertindak sebagai kusyen di 33

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

antara tulang vertebra, membentuk hidung dan telinga.

Sumber: washington.uwc.edu

3.2.2:ORGANISASI SEL DI DALAM TUMBUHAN. Terdapat empat jenis tisu tumbuhan. Tisu epidermis Tisu Vaskular Tisu Meristem Tisu Asas

Tisu Tumbuhan

Tisu asas Parenkima Sklerenkim a

Tisu meristem - terlibat dalam pembahagian sel. 34

Tisu vaskular Xilem

Epidermis

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 5: JENIS TISU EPIDERMIS DAN FUNGSINYA.

35

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TISU Tisu Epidermis

CIRI-CIRI Hanya setebal satu sel. Melindungi permukaan daun, batang dan akar. Membentuk kitikel. Melindungi tisu dalaman. Terubahsuai untuk membentu sel pengawal.

FUNGSI .Untuk melindungi tumbuhan dari kecederaan fizikal. Membentuk kutikel yang membantu mengurangkan kehilangan air.

Sumber:colinsbeautypages.co.uk

Tisu meristem

Terdapat di hujung pucuk dan hujung akar Juga terdapat di bahagi

Embed Size (px)
Recommended