Top Banner
Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman 1915 - 1973 Beliau dilahirkan pada 4 November 1915, segala jasa dan pengorbadan Tun Dr.Ismail Bin Dato' Hj.Abdul Rahman terhadap negara sentiasa dikenang walaupun selepas ketiadaannya. Mantan Timbalan Perdana Menteri Ke-2 ini diperakui pakar dalam hubungan antarabangsa dan mempunyai rekod cemerlang dalam hal- ehwal dalam negeri. Ringkasnya, beliau adalah pemimpin yang bergandingan dengan Tunku Abdul Rahmandan Tun Abdul Razak dalam proses memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.
15

Tokoh merdeka

Apr 11, 2017

Download

Education

Nana Aziz
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tokoh merdeka

Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman

Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman

1915 - 1973

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915, segala jasa

dan pengorbadan Tun Dr.Ismail Bin Dato' Hj.Abdul

Rahman terhadap negara sentiasa dikenang walaupun

selepas ketiadaannya. Mantan Timbalan Perdana

Menteri Ke-2 ini diperakui pakar dalam hubungan

antarabangsa dan mempunyai rekod cemerlang dalam

hal- ehwal dalam negeri. Ringkasnya, beliau adalah

pemimpin yang bergandingan dengan Tunku Abdul

Rahmandan Tun Abdul Razak dalam proses

memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Page 2: Tokoh merdeka

Tun Tan Cheng Lock

Tun Tan Cheng Lock

1887-1960Berdasarkan kepada daya intelektual yang tinggi dan kewibawaannya, Tun Tan Cheng Lock telah dilantik sebagai Presiden Malayan Chinese Association(MCA) yang pertama pada tahun 1949. Beliau merupakan anak jati yang dilahirkan di negeri Hang Tuah, Melaka pada 5 April 1883. Beliau merupakan tokoh penting yang merintis kepada kerjasama politik antara UMNO dan MCA bagi mewujudkan kestabilan politik dan perpaduan masyarakat di Malaysia. Sumbangan dan ketokohan beliau membolehkan MCA dan UMNO memenangi pilihanraya umum pertama 1955 sehingga melahirkan idea penubuhan Parti Perikatan yang kemudiannya disusuli oleh parti Malayan Indian

Page 3: Tokoh merdeka

Congress(MIC). Detik tersebut telah melahirkan kerjasama erat antara parti UMNO, MCA dan MIC yang buat pertama kali berlaku di negara kita.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajAlmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni

Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8

Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua

Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955

dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada

tahun 1957  sehingga 1970

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan

salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.

Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang

sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Page 4: Tokoh merdeka

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah

1903 - 1973Tun Temenggung Jugah Anak Barieng adalah sahabat baik Tunku Abdul Rahman dari bumi Kenyalang dan merupakan satu-satunya pemimpin Sarawak yang memainkan peranan utama dalam usaha penubuhan Malaysia. Beliau turut serta dalam rombongan ke London bersama-sama Tunku Abdul Rahman bagi membincangkan penubuhan Malaysia. Dengan wajah tipikal istimewa kaum Iban, beliau cukup mudah dikenali

Page 5: Tokoh merdeka

dan mendapat perhatian penduduk Sarawak ketika penubuhan Parti Pesaka Rakyat Sarawak(PESAKA) yang menjadi salah satu parti Perikatan Sarawak.

Tun VT Sambathan

Tun VT SambanthanBeliau antara anggota rombongan ke London merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan terlibat menendatangani perjanjian kemerdekaan. Selepas 1 penggal sebagai Menteri Buruh, beliau bertukar portfolio sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(1959) sehinggalah jawatan terakhir sebelum bersara iaitu Menteri Perpaduan Negara. Di peringkat

Page 6: Tokoh merdeka

antarabangsa, beliau telah berjasa menyatupadukan masyarakat India dan masyarakat peribumi Fiji dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Jesteru, atas jasa beliau yang begitu luas, tidak hairanlah beliau dimasyurkan sebagai salah seorang negarawan tersohor di negara kita.

Rentap

RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban)

terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853,

beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang

Page 7: Tokoh merdeka

kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau

nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di

Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud

Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia

bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau

memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya

Mat Salleh

MAT SALLEHMat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di

Page 8: Tokoh merdeka

Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Tok Janggut

TOK JANGGUT

Page 9: Tokoh merdeka

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih

dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut

sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu

yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau

ialah seorang penentang penjajahan British semasa

menentang pengenaan cukai oleh pihak British di

Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam

yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di

Kelantan.

Mat Kilau

Page 10: Tokoh merdeka

MAT KILAUNama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu.

Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di

Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat

Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan

dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat

seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah

menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani

dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala

cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa

menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak

menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

Page 11: Tokoh merdeka

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang

pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng

Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari

Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan

Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik

sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’

Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh

memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian

mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan

Page 12: Tokoh merdeka

membuat pakatan untuk membunuh James Wheller

Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

ANTANOM

ANTANOM

Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan “Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum

Page 13: Tokoh merdeka

dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

TOK GAJAH

TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan

Page 14: Tokoh merdeka

Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.