Top Banner
Syair Mendapat Gemala Naga (Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari) Syair Maksud Dewa pun duduk ia bercerita, Asal mulanya dapat sengsara, Oleh disakitkan saudara, Setahun sudah di dalam penjara. Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun. Sekalian habis diceritakan, Suatu tidak dilindungkan, Terlalu belas naga mendengarkan, Diambil gemalanya lalu diberikan. Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka. Ambillah tuan muda bestari, Gemala ini nenek memberi, Harganya itu tujuh buah negeri, Apa kehendak keluar sendiri. aga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri. !ikalau orang terkena bisa, Airnya sapukan beri berasa, !ika ditolong Tuhan "ang #sa, Dengan seketika beroleh sentosa $atu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang #sa. Atau cucuku hendak berperang, Di dalam gua keluarlah orang, $eribu keti keluarlah orang, Dua belas hulubalang yang garang%garang. !ika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya. Setelah dewa mendengarkan kata, Terlalu suka di dalamnya cita, &alu bermohon keduanya serta, 'enuju jalan tanahnya rata. Setelah mendengar kata%kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka. $erjalan ia berdua bersaudara, 'engikut pantai tepi segara, Siang dan malam tiada antara, Terus ke negeri (nderanegara. )edua%dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama (nderanegara. Setelah sudah paginya hari, Sampailah ia ke hujung negeri, $ertemulah rumah sebuah berdiri, *umah kebayan orang yang bahari. Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan. 1 Tema Maksud
3

Syair Mendapat Gemala Naga

Oct 05, 2015

Download

Documents

mekar07

panduan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Syair Mendapat Gemala Naga(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)

SyairMaksud

Dewa pun duduk ia bercerita,Asal mulanya dapat sengsara,Oleh disakitkan saudara,Setahun sudah di dalam penjara.Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun.

Sekalian habis diceritakan,Suatu tidak dilindungkan,Terlalu belas naga mendengarkan,Diambil gemalanya lalu diberikan.Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.

Ambillah tuan muda bestari,Gemala ini nenek memberi,Harganya itu tujuh buah negeri,Apa kehendak keluar sendiri.Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.

Jikalau orang terkena bisa,Airnya sapukan beri berasa,Jika ditolong Tuhan Yang Esa,Dengan seketika beroleh sentosaBatu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.

Atau cucuku hendak berperang,Di dalam gua keluarlah orang,Beribu keti keluarlah orang,Dua belas hulubalang yang garang-garang.Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya.

Setelah dewa mendengarkan kata,Terlalu suka di dalamnya cita,Lalu bermohon keduanya serta,Menuju jalan tanahnya rata.Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.

Berjalan ia berdua bersaudara,Mengikut pantai tepi segara,Siang dan malam tiada antara,Terus ke negeri Inderanegara.Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara.

Setelah sudah paginya hari,Sampailah ia ke hujung negeri,Bertemulah rumah sebuah berdiri,Rumah kebayan orang yang bahari.Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan.

Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).

1. Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan.

2. Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.

1. Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.

2. Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.3. Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.4. Rima akhir semuanya aa aa.

Aliterasi

Menuju jalan tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4) Pengulangan bunyi kosonan n

Asosanasi

Rumah kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris 4)

Pengulangan bunyi vokal aInversi

Setahun sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4)

Sinkope

Dewa pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1)

1. Nilai keberanianDewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti. 2. Nilai kesetiaanDewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka. (

3. Nilai kasih sayang Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh

saudara mereka. \1. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.2. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

3. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita diberkati.

1. Siapakah yang dimaksudkan dalam baris Setahun sudah di dalam penjara.2. Pada pendapat anda, mengapakah dewa dua bersaudara beredar dari tempat naga dengan perasaan gembira sekali?

Jawapan:1. Dewa dua bersaudara yang dimaksudkan dalam baris tersebut.

2. Dewa dua bersaudara beredar dari tempat naga dengan perasaan gembira sekali kerana mereka dihadiahkan dengan gemala sakti/ atu geliga sakti oleh naga.Maksud

Tema

Persoalan

Bentuk

Gaya Bahasa

Nilai

Pengajaran

Latihan

1