Top Banner
1 PERARAKAN GURU-GURU Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SK BINJAI JAYA ke Dataran …………………………………………………….. Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru anda yang dikasihi. Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung, Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,bahkan kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami... BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM SATU MALAYSIA… Bunga tanjung di tengah pekan, Tiupan bayu mencelah suria, Kalimah nan agung saya mulakan, Salam sejahtera menambah ceria.
27

Skrip Hari Guru

Jan 05, 2016

Download

Documents

Asmiaty Asis

A
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Skrip Hari Guru

1

PERARAKAN GURU-GURU

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SK BINJAI JAYA ke Dataran ……………………………………………………..

Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru anda yang dikasihi.

Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,

Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,bahkan

kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM SATU MALAYSIA…

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Page 2: Skrip Hari Guru

2

PROTOKOL/ SALUTASI

Yang berbahagia : Encik Ahmad Bin Mohamad Yatim ( Guru Besar Sk Binjai Jaya )

Yang dihormati : Encik Mohd Yatim Bin Paat ( YDP PIBG SK Binjai Jaya )

Yang berusaha : Tn Hj Ahmad Zaki Bin Basar ( Penolong Kanan Kurikulum / pentadbiran )

: Encik Ahmad Azman Bin Johar ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Binjai Jaya )

: Tn Hj Jamauddin Bin Abd Rahim ( Penolong kanan kokurikulum )

: Puan Norhayati Binti Hamid ( Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Binjai Jaya )

: Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

: Guru-guru Cemerlang

: Rakan-rakan guru

: Warga Kerja  SK Binjai Jaya

: Ajk-Ajk  Pibg SK Binjai Jaya.

  : Barisan Pengawas Dan murid-murid Yang Dikasihi Sekalian…

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Page 3: Skrip Hari Guru

3

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih, Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Sayang melukut ditepi gantang

Himpunan tikar padian huma

Tuan dijemput sudahlah datang

Berbesar hati kami menerima.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya bagi tahun 2015.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan sambutan Hari Guru

yang disambut di seluruh Negara setiap 16hb Mei setiap tahun. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada

murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Pergi Ke Pasar Membeli Laici

Tidak Lupa Membeli Kuini

Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Itulah Tema Perayaan  Hari Guru Tahun Ini.

BACAAN DOA.

Page 4: Skrip Hari Guru

4

Panggilan cikgu adalah keramat

bersabar menabur jasa dan  juga bakti

doa dibaca memohon rahmat

moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini ,marilah sama-sama kita menadah tangan

mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Syamsul Afandi Bin Badulzaman

Majlis dengan segala hormanya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal `alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Syamsul Afandi atas bacaan doa itu tadi.

Ya allah kau berikanlah rahmat

Untuk dia insan guru yang kami sayangi

Semoga hidupnya sentiasa selamat

Dalam setiap cabaran yang diharungi....

NYANYIAN LAGU

Page 5: Skrip Hari Guru

5

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan

Lagu Sekolah........ Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada

sekolah dan negara.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

BACAAN PERUTUSAN.

Sidang majlis sekalian, agenda  seterusnya adalah membaca perutusan daripada KETUA PENGARAH PENDIDIKAN

MALAYSIA. Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan ……………………………………………untuk membacakan teks

Page 6: Skrip Hari Guru

6

perutusan tersebut..

 

Demikanlah tadi  teks ucapan daripada KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA . Pastinya segala nasihat dan amanat

akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua. Terima kasih diucapkan kepada

…………………………………………………………..

Jalan beriringan berpegangan tangan

Kalau terjatuh sama merasa

Guru dan murid mencipta kecemerlangan

Sama-sama menabur jasa..

Seterusnya pula majlis menjemput ……………………………………. untuk membacakan teks ucapan MENTERI PENDIDIKAN

MALAYSIA. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………..

UCAPAN WAKIL MURID.

Berhenti hujan terbit pelangi

Page 7: Skrip Hari Guru

7

Indah dipandang tak mampu didekati

Ikhlas ajarannya sentiasa sanjungi

Budi guru di kenang sampai mati

Para hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput Ketua Pengawas Sk Binjai Jaya bagi mewakili para pelajar, iaitu

saudari/a ………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari guru.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudarI …………………………………………………………………..atas ucapan sebentar tadi. 

Luas sungguh sawah di sana

Cantik terlihat diwaktu senja

Engkaulah guru insan bijaksana

Gigih mendidik berhati waja

UCAPAN YDP PIBG.

Page 8: Skrip Hari Guru

8

Para hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput pula ENCIK MUHAMMAD YATIM BIN PAAT, YDP PIBG SK BINJAI JAYA

bagi mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK MUHAMMAD YATIM BIN PAAT atas ucapan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Kain batik cantik berseri

Dibawa dari pulau jawa

Guru mendidik ilmu diberi

Page 9: Skrip Hari Guru

9

Keikhlasan guru menyentuh jiwa

Hadirin sekalian, tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada ENCIK AHMAD

BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SK BINJA JAYA. Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ENCIK

AHMAD BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SK BINJA JAYA bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

perayaan

 hari guru SK Binjai Jaya.

Dipersilakan .

cantik sungguh si anak kedidi,

terima kasih di ucapkan atas ucapan itu tadi...

Tumbuh selirat bunga melati,

Mari direnjis dalam jambangan,

Ucapan tersirat seribu erti,

Semoga majls menjadi kenangan.

UPACARA SIMBOLIK

Page 10: Skrip Hari Guru

10

Sekarang kita telah sampai ke acara PEMOTONGAN PULUT KUNING HARI GURU 2014 yang akan disempurnakan oleh Tuan

Guru Besar, Encik Ahmad Bin Mohamad Yatim bersama-sama dengan YDP PIBG, Encik Muhammad Yatim Bin Paat.

Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada Encik Ahmad dan Encik Muhammad Yatim di atas kerjasama yang

diberikan. Pulut Kuning itu tadi adalah sumbagan daripada Kelab Kebajikan Guru dan Staf serta PIBG SK Binjai Jaya.

Seterusnya adalah acara Menandatangani Kad Ucapan Hari Guru 2014. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan

sekali lagi ENCIK AHMAD BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SKBJ bersama-sama YDP PIBG, Encik Muhammad

Yatim Bin Paat untuk menandatangani kad ucapan yang telah disediakan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

BACAAN IKRAR GURU

Paluan gendang pembuka majlis,

Moden tradisional bersatu senada;

Page 11: Skrip Hari Guru

11

Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,

Barisan guru tersenyum bangga.

Beralih kita ke acara seterusnya dengan  menjemput semua guru untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh ENCIK MOHD

ARIF BIN ABU SUID . Mohon para guru berdiri.

Pegang kaca harus beringat

Bimbang terluka susah nanti

Ikrar dibaca penuh semangat

Janji terpatri disudut hati

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru atas bacaan ikrar yang penuh bersemangat tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH PIBG

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.

Page 12: Skrip Hari Guru

12

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan En. Syamsul Afandi b. Badrulzaman, pengerusi kelab guru & staf

dan En. Mohd Yatim Bin Paat, YDP PIBG SKBJ bagi menjemput dan mengiringi En. Ahmad Bin Mohamad Yatim, Guru Besar SKBJ

untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....

(penyampaian hadiah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

MAKLUMAT PENTING.

Rakan guru dan murid-murid sekalian, seterusnya adalah acara penyerahan kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid

sendiri dengan penuh rasa keikhlasan yang akan diserahkan kepada guru-guru yang disayangi. Sebelum itu diminta murid-

murid untuk mengangkat dan menunjukkan kad masing-masing sebelum diserahkan kepada guru anda. Terima kasih.

Page 13: Skrip Hari Guru

13

Sebelum itu, ingin saya maklumkan di sini acara seterusnya yang akan berlangsung.

Selepas menyerahkan kad ucapan murid2 diminta berkumpul di kawasan tepi padang sekolah bagi menyaksikan aktiviti

sukan dan sukaneka yang akan berlangsung bagi memberi sokongan kepaada guru-guru anda.

Para guru diminta bersedia di padang sekolah untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang dengan pakaian yang

bersesuaian dengan aktiviti.

Selepas acara sukan dan sukaneka, murid-murid dibenarkan rehat seperti biasa di kantin sekolah dan para guru, staf,

pibg serta jemputan dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan di DEWAN MAKAN ASRAMA.

Selepas rehat dan jamuan, anggaran dalam pukul 10.45 pagi, semua warga SKBJ diminta berkumpul dalam dewan

dengan kadar segera bagi meneruskan acara kita pada hari ini iaitu penyampaian hadiah.

Sampai sini sahaja ucapan saya pada pagi ini, diharap semua warga skbj dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk

acara yang akan berlangsung sebentar lagi. Sekian, terima kasih.

PERSEMBAHAN GURU

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.w.t

Hadirin dan warga dewan yang dihormati sekalian, berkumpul semula kita di dalam dewan pada pagi ini bagi meneruskan

majlis sambutan hari guru peringkat sekolah kebangsaan binjai jaya tahun 2014.

Page 14: Skrip Hari Guru

14

Hadirin sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar nyanyian lagu Guru Malaysia. Sebagai pembuka

acara dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyanyikan lagu Guru

Malaysia yang akan diiringi dengan muzik.

Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan nyanyian lagu Guru Malaysia yang disampaikan oleh guru-guru skbj.

PERSEMBAHAN MURID

sajak

Para guru dan warga dewan sekalian.

Dari tebu menjadi gula

arena persembahan menyusul  pula

Page 15: Skrip Hari Guru

15

Dari guru pelajar pun ada

Ilmu diberi kekal sampai bila-bila..

buat bekalan penuh di dada..

Persembahan seterusnya pula adalah persembahan deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh adik NORAMIERA BINTI

FAKHRUL ARIFFIN dibawah guru bimbingannya iaitu PUAN SARLIAH BINTI KORIM. Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik NORAMIERA atas persembahan itu tadi.

Nyanyian Murid

Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyayian ………………………………………………………………

dengan tajuk lagunya.............................. ……………………………………………………………………………………………………………

Page 16: Skrip Hari Guru

16

Begitulah merdunya  alanun suara oleh adik-adik dari ………………………………………………………………………di bawah

bimbingan PUAN SHAHNIZAL BT. ITHNIN yang dihadiahkan khas buat guru-guru yang tersayang.

Sekalung penghargaan dan terma kasih atas persembahan istmewa itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH

Guru…

Mencurahkan ilmu dengan motivasi

Mengajar dengan penuh dedikasi

Bersabar menabur jasa dan bakti

Mengisi minda yang masih kosong ini

Page 17: Skrip Hari Guru

17

Pengorbananmu ku sanjungi

Menjadi penggerak jati diri

Terimalah sedikit cenderahati

Sebagai tanda kenangan budi

HADIAH MURID KEPADA GURU KELAS

Seterusnya penyampaian hadiah kepada guru-guru kelas. Dijemput ketua-ketua kelas mewakili kelas masing-masing untuk

menyampaikan cenderamata atau tanda hati kepada guru kelas masing-masing.

Dipersilakan

1 Amanah – Muhammad Akmal B. Jumari - Pn. Rsominah

1 Bestari – Nazreen Shah B. Yusof - Pn. Jamaliah

2 Amanah – Shah Qarl Iskandar B. Suhaimi - Pn. Shahfawati

2 Bestari – Khairul Azman - En. Abdul Shukor

3 Amanah – Muhammad Farith Asyraf - Pn. Shahnizal

3 Bestari – Muhamad Zakwan - Pn. Atikah

4 Amanah – Nur Fatin Humairah - Pn. Rohana

4 Bestari – Nurin - En. Borhanuddin

5 Amanah – M. Hafizul Aiman B. HArun - Cik shikin

Page 18: Skrip Hari Guru

18

5 Bestari – Mohd Solehen Bakri - Pn. Maizatul

6 Amanah – Mohd Ashraf -

6 Bestari – M. Fareez Daniel -

Terima kasih diucapkan kepada semua murid SK Binjai Jaya atas tanda ingatan itu tadi..sesungguhnya..budi yang dtaburkan

oleh guru selama ini tak termampu untuk dibalas.. Ucapan terima kasih buat cikgu..sebenarnya adalah terlalu kecil jika

dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru selama ini.

Sekuntum terima kasih diberikan,

sebagai mengharumkan hatimu yang suci,

setelah mendidik dengan sepenuh hati,

menjadi insan bijak bestari,

Hadiah Sukaneka

Page 19: Skrip Hari Guru

19

Warga pendidik,warga kerja serta rakan-rakan pelajar sekalian, acara pada pagi  yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan dan sukaneka yang telah dijalankan sebentar tadi.

Sebelum itu majlis ingin menjemput En. Mohd Yatim Bin Paat, YDP PIBG bagi mengiringi EN. Ahmad Bin Mohamad Yatim, Guru

Besar SKBJ ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan .

Keputusan pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut :…………………………………………….

Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

 anugerah diberi sekadar suka hati

Menjadi salah satu acara persembahan

 semua guru hebat dihati

Sungguh susah membuat pilihan

 

Page 20: Skrip Hari Guru

20

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada beberapa orang guru yang telah berjaya menambat hati murid-

murid SK Binjai Jaya.untuk makluman ,undian telah dibuka dan.semua guru telah dicalonkan dan pemilihan telah dilakukan

oleh semua murid di semua kelas .undi tertinggi telah terpilih dianggap pemenang

Dimulakan dengan

Anugerah kepimpinan guru lelaki - En. Kusman Bin Hj. Abdul Karim

Anugerah kepimpinan guru perempuan – Pn. Sarliah Binti Korim

Anugerah guru lelaki popular – En. Mohd Arif Bin Abu Suid

Anugerah guru perempuan popular – Pn. Nurul Atikah Binti Ahmad

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian anugerah itu tadi.

PERSEMBAHAN MURID

Hadirin dan hadirat sekalian,

Page 21: Skrip Hari Guru

21

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan penutup daripada ……………………………………………………………………….

Dengan persembahan ………………………………………………………………………………………………………………. dibawah bimbingan

Pn. Nor Mahanom binti Ahmad Subaili. Dipersilakan.

Hanya  ini yang mampu kuberi

Lagu puisi untukmu hayati

Jasa guru tidak terperi

Tidak jemu menabur bakti

Diharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah diharapkan juga agar para guru tidak jemu

untuk mendidik murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Semoga murid-murid kita akan belajar bersungguh-sungguh,

seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang

PENUTUPSidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberangAndai memanjat dah sampai ke pucukAndai mendaki dah sampai ke puncakSetiap yang bermula pasti akan berakhir

Page 22: Skrip Hari Guru

22

Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,

Menganyam daun atap jerami,

Yang indah, yang berseri bawalah pergi

Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,

Tambat perahu di muara Deli.

Kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

TEKS PENGERUSI MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU

Page 23: Skrip Hari Guru

23

TEKS PENGERUSI MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU