Top Banner
Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
38

Sintaksis Bml Tugasan

Nov 21, 2015

Download

Documents

Shearer Alans

ddddd
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

PengenalanSintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa MelayuSetiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

2.1. SubjekSubjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.

2.1.1.Binaan SubjekSubjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak. Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.

2.1.1.(i) Kata NamaKata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 : Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama khas hidup manusia.Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am hidup manusia.

2.1.1 (ii) Kata Ganti NamaKata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku mengangguk. Aku tersenyum.

2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata NamaKehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.

2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata NamaSehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4 muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke-..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.

2.2. PredikatPredikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa sifat dan frasa sendi.

2.2.1 Binaan PredikatPredikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.2.1.(i) Predikat Frasa NamaPredikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas,dan kata nama terbitan.

2.2.1.(ii) Predikat Frasa KerjaFrasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.

2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak BerimbuhanKata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan dalam cerpen Mak Timah ialah Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung

2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal BerimbuhanKata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah ialah Aku berlari kebilikku....

2.2.1(ii)c.Kata Kerja TerbitanKata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)

2.2.1(ii)d.Kata BantuKata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :

g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja. ( Muka surat 94 ).j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )

2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur KeteranganFrasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami ( Muka surat 96 )e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )

2.2.1(iii) Predikat Frasa AdjektifFrasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud paling. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut :a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka surat 92)b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)

2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Kata sendi nama adalah seperti di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya. Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.a) Afiq lain sedikit daripada Idahb) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah

3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i) Inti + penerang nama jenis.Frasa NamaInti Penerang Nama Jenisbaju kurung

ii) Inti + penerang milikFrasa NamaInti Penerang MilikPakaian IdahSusu AfiqBilik kuOrang nya3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan NamaFrasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan nama.i)Penentu HadapanFrasa NamaPenentu Hadapan IntiBilangan Penjodoh BilanganSemua - barang kemas

ii) Penentu belakangFrasa NamaInti Penentu belakangpetang ituwaktu itu

iii) Inti + penerang kata adjektifFrasa NamaInti Penerang Kata Adjektifsuara garausuara langsingiii) Inti + penerang frasa sendi namaFrasa NamaInti Penerang Frasa Sendi NamaSendi Nama Frasa NamaAku dari sekolahAyah di dapur

3.2 Susunan Konstituen Frasa NamaDalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama.Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak TimahFrasa NamaDiterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)Pakaian IdahSusu AfiqBaju kurung

4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.

4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa ObjekFrasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkapi) Frasa sendi nama sebagai pelengkapAyatSubjek PredikatFrasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi NamaAyah bangun dari tidurnyaMak Timah datang bekerja di rumahAku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkapAyatSubjek PredikatFrasa Nama Kata Kerja Kata NamaAyah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkapAyatSubjek PredikatFrasa Nama Kata Kerja Kata AdjektifDadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerangAyatSubjek PredikatFrasa Nama Kata bantu Aspek Frasa KerjaKata Kerja PenerangPetang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaan Frasa Kerja dengan ObjekFrasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objekAyatSubjek PredikatFrasa Nama Frasa KerjaKata Nama Kata Kerja Objek TepatAfiq menggunakan pampersAku cuba mencari hujahAku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objekAyatSubjek PredikatFrasa Nama Frasa KerjaKata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek SipiMak Timah memberitahu ku satu beritaAku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata BantuUnsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.AyatSubjek PredikatFrasa Nama Frasa KerjaKata Bantu Aspek Kata Kerja PelangkapMak Timah akan menghidang makanan tengah hari kamiMak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada kuAyah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenekAku pernah mencadangkan Afiq tidur dengankuAfiq sedang tidur di biliknya (penerang)Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timahi. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahajaii. Aku boleh menjaga mereka.iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayahc) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerjaii) Keterangan waktua) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siangiii) Keterangan caraa) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.iv) Keterangan tujuana) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.v) Keterangan alata) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.vi) Keterangan bagaia) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.

5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang.

5.1 Binaan Satu PerkataanBinaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.I. Terganggu oleh suara langsing AfiqII. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.Kata adjektif langsing dan garau merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang terdiri dariapda satu kata dasar.

5.2 Binaan Dua PerkataanBinaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama.

a) Binaan kata adjektif + kata adjektifBinaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna lemah lembut.b) Binaan kata adjektif + kata namaBinaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timaha) Penguat hadapanKata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata bantu.Contoh ayat ialah Pampersnya sudah terlalu berat.

AYATSubjek PredikatFrasa Nama Frasa AdjektifKata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata AdjektifPampersnya sudah terlalu berat

5.4 Kata Bantu dalam Frasa AdjektifAYATSubjek PredikatFrasa Nama Frasa AdjektifKata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata NamaAku sudah pandai membuat susunya

5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam AyatDalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak Timah.a) Frasa Adjektif sebagai PredikatAyatSubjek Predikat1) Pampersnya sudah terlalu berat2) Dia larat untuk menjaga Idah3) Dia juga pandai memasak4) Aku sudah pandai membuat susunya

b) Frasa Adjektif sebagai keteranganAyatSubjek PredikatFrasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata NamaFrasa NamaKata Nama Kata Adjektif1) Mak Timah baik2) Barang kemas

5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak TimahSecara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut:Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

6.0 Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.AyatSubjek PredikatFrasa Nama Frasa Sendi NamaKata Nama Kata Sendi Nama Frasa NamaAku dari sekolah

6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.i) Kata Sendi Nama + Frasa NamaDalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di dalam jadual dibawah:Frasa Sendi NamaKata Sendi Nama Frasa Namadari sekolahFrasa Sendi NamaKata Sendi Nama Frasa Namadi rumahdaripada Mak Timahke rumahnyadari mulutkuke dapurdi bandardi pusat rekreasi

ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa NamaDalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa nama arah.Frasa NamaKata Sendi Nama Frasa NamaKata Nama Arah Frasa Namadi - rumahdi - bilikdi atas tilam

Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah. iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan. Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

Frasa Sendi NamaKata Sendi Nama Frasa Nama KeteranganKata Nama Arah Frasa Namadi - bilikku pada waktu malamnya.ke - bilikku lalu menyembahkan mukakudi - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang simple sahaja.

6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.i) Predikat Frasa Sendi NamaPredikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa.Contoh ayat: Ayah di dapur Ayah ke dapurAyatSubjek PredikatAyah di dapurAyah ke dapurAku dari sekolah

ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangana) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami4) Mak Timah balik ke rumahnya.5) Aku berlari ke bilikku6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak TimahSecara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja.

7.0 PenutupBerdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.

RUJUKAN

Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kaedah: Percetakan Paavai.

Abdullah Yusuf.2010. Linguistik dan sosiolinguistik.Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia

Nik Safiah Haji Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi teori dan penerapan. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise