Top Banner
Menurut neraca al-Qur’an dan as-Sunnah Disusun oleh: Ezry Fahmy Eddy Yusof www.ibnyusof.blogspot.com Mengenal SOLAT JAMAK DAN QASAR Dengan Lebih Dekat
50

Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Jun 19, 2015

Download

Documents

Ezry Fahmy
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Menurut neracaal-Qur’an dan as-Sunnah

Disusun oleh:Ezry Fahmy Eddy Yusof

www.ibnyusof.blogspot.com

MengenalSOLAT

JAMAK DAN QASAR Dengan Lebih Dekat

Page 2: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Mengdekatkan kepada para hadirin tentang tatacara solat qasardan jamak berdasarkan dalil-dalil (melalui neraca al-Qur’an danHadis sahih) serta kupasannya berdasarkan penerangan paraulamak muktabar Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

Mendekatkan para hadirin kepada kepelbagaian pandangan yangwujud di antara mazhab dan para ulamak muktabar Ahlu SunnahWal Jama’ah (tidak hanya terhad hanya kepada pandangan danulasan mengikut mazhab as-Syafi’ie) dengan kupasan yang lebihmendalam.

Memberikan para hadirin merasai keluasan fiqh dan bersikapterbuka dan berlapang dada dalam menilai hujah-hujah yangdikemukakan oleh pandangan yang berbeza.

Mempersiapkan para hadirin sebelum membantu golongan awamdi era globalisasi dengan pelbagai soalan fiqh yang lebihmencabar.

Objektif Pembentangan

Page 3: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

1. Pendahuluan

2. Pengertian Solat Jamak dan Qasar

3. Solat Jamak Menurut Quran dan Sunnah

4. Solat Qasar Menurut Quran dan Sunnah

5. Kesimpulan

Skema Pembentangan

Page 4: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Setiap manusia pasti akan menghadapi keadaan yangmemerlukannya untuk mengqasar atau menjamakkansembahyangnya.

• Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengumpamakanmusafir sebahagian dari azab

السفر قطعة من : عن النبي صلى اللھ علیھ وسلم قال, عن أبي ھریرة رضي اللھ عنھ.العذاب یمنع أحدكم طعامھ وشرابھ ونومھ فإذا قضى نھمتھ فلیعجل إلى أھلھ

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata:“Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Musafir ituadalah sebahagian dari azab yang menghalangi seseorang itu darimakan, minum dan tidur (secara yang sempurna). Maka oleh keranaitu apabila seseorang telah selesai keperluannya dalam pelayaran,hendaklah segera pulang ke pangkuan keluarganya.” [Hadis riwayatImam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Haj, hadis no. 1804dan Kitab al-Jihaad wa al-Siyar, hadis no. 3001]

Pendahuluan

Page 5: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalamsegala bentuk ibadah merupakan sesuatu yangdisyari’atkan kerana baginda merupakan contoh ikutan yangterbaik bagi seluruh umat manusia.

لقد كان لكم في رسول اللھ أسوة حسنة لمن كان یرجو اللھ والیوم الآخر وذكر اللھ كثیرا

• Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contohikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut danmengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [al-Ahzaab (33) : 21]

Page 6: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Kepentingan ittiba’ (mengikut petunjuk Nabi) dalam topik yang dibincangkan ini adalah berpaksikan hadis berikut:

.صلوا كما رأیتموني أصليSembahyanglah kalian sebagaimana kalianmelihat aku bersembahyang[Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan,hadis no. 631]

Page 7: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Pengertian Ringkas Solat Secara Qasar: Memendekkan/mengurangkan bilangan rakaat solat bagi solat

fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Iaitu bagi solatZuhur, ‘Asar, dan ‘Isya’.

Dalil Quran

وإذا ضربتم في األرض فلیس علیكم جناح أن تقصروا من الصالة إن خفتم أن یفتنكم الذین كفروا إن الكافرین كانوا لكم عدوا مبینا

“Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamumeng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu.”

[Surah an-Nisa’ (4) ayat 101]

Pengertian Solat Qasar

Page 8: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Dalil Hadis

Diriwayat dari Abu Ya’la bin Umayyah “Aku pernah berkata kepada ‘Umar bin Khaththab: (Allah

berfirman:) “maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasarsolatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir”. (Namunsekarang) masyarakat sekarang sudah berada dalam keadaanaman. ‘Umar berkata: “Aku juga pernah merasa hairansebagaimana engkau merasa hairan. Maka aku bertanya kepadaRasulullah s.a.w. mengenai hal tersebut. Beliau bersabda: “Iasuatu sedekah yang telah disedekahkan oleh allah kepada kamu.Oleh itu, terimalah sedekah Allah.”

[Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat orang-orang yang musafir,no. 686]

Page 9: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Pengertian Ringkas Solat Secara Jamak: Sembahyang jamak pula bermakna mengumpulkan dua sembahyang

dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhurdan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satuwaktu.

Dua jenis Jamak

i. Jamak Taqdim (yang didahulukan) iaitu mengumpulkan sembahyang Asar bersama Zuhur dalam waktu

sembahyang Zuhur atau mengumpulkan sembahyang Isyak danMaghrib dalam waktu sembahyang Maghrib.

ii. Jamak Ta’khir (yang diakhirkan) ialah mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam waktu

sembahyang Asar atau mengumpulkan sembahyang Maghrib danIsyak dalam waktu sembahyang Isyak.

Pengertian Solat Jamak

Page 10: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Dalil disyariatkan jamak taqdim dan jamak ta’khirDijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu:

كان إذا زاغت : قال! قلنا بلى: أال أحدثكم عن صالة رسول اللھ صلى اللھ علیھ وسلم في السفر؟ قالحتى إذا ر الشمس في منزلھ جمع بین الظھر والعصر قبل أن یركب وإذا لم تزغ لھ في منزلھ سا

ن بیحانت العصر نزل فجمع بین الظھر والعصر وإذا حانت المغرب في منزلھ جمع بینھا و.العشاء وإذا لم تحن في منزلھ ركب حتى إذا حانت العشاء نزل فجمع بینھما

• “Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan.” Ujarkami: “Baik.” Katanya: “Jika baginda masih berada di rumahsemasa matahari telah tergelincir (masuknya waktu Zuhur), bagindajamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) sebelum berangkat,tapi kalau belum lagi tergelincir, maka baginda berjalan hingga nantibila waktu Asar masuk baginda pun berhenti dan menjamaksembahyang Zuhur dengan Asar (jamak ta’khir). Begitu juga jikaselagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, bagindajamaklah sembahyang Maghrib dengan Isyak, tetapi kalau waktubelum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bilawaktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamaksembahyang Maghrib dan Isyak itu.” [Hadis riwayat Imam Ahmad dalam MusnadAhmad, hadis no. 3480, Musnad Ahmad edisi 6 jilid, rujuk jld. 1, ms. 367-368.]

Page 11: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Hukum niat untuk bersolat: Wajib kerana ianya salah satu rukun solat Umar ibnul Khaththab radliallahu anhu berkata: Aku

mendengar Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda :"Amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya..“[Muttafaqun’alaih]

Al-Baidhawi berkata, “Niat adalah dorongan hati untukmelakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkanmanfaat atau menolak mudarat, sedangkan syari’at adalahsesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allahdan mengamalkan segala perintah-Nya.” [Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 1, ms. 19]

Membezakan Niat & LafazNiat

Page 12: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Hukum lafaz niat sebelum bersolat:Ianya bukanlah wajib, hanya sunat menurutsebahagian ulamak Syafi’iyyah (tetapi paraulamak Syafi’iyyah tidak mengkhususkansebarang bentuk lafaz)Adapun lafaz niat yang mahsyur diamalkandalam berbicara topik solat qasar dan jamakialah seperti berikut:

Page 13: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

أصلي فرض الظھر ركعتین قصرا هللا تعالى

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taalaأصلي فرض الظھر اربع ركعات مجموعا إلیھ العصر اداء هللا تعالى

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanyaAsar tunai kerana Allah Taala

أصلي فرض الظھر ركعتین قصرا مجموعا إلیھ العصر اداء هللا تعالىSahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asartunai kerana Allah Taala

أصلي فرض الظھر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء هللا تعالىSahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asartunai kerana Allah Taala

أصلي فرض الظھر ركعتین قصرا مجموعا إلى العصر اداء هللا تعالىSahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asartunai kerana Allah Taala)

Lafaz Niat Yang Mahsyur

Page 14: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan,: “Niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tidakperlu dilafazkan oleh lidah. Tetapi, terdapat dua pendapat yang dinyatakan oleh pengikut Imam Syafie, iaitu sunat dan wajib. Kedua-dua pendapat ini tidak diterima. “ [Rujuk al-Majmu',al-Nawawi, jld. 3. hlm, 277]

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan lagi:"Pendapat yang mengatakan sunat melafazkan niat adalah kesilapan. Sebenarnya maksud Imam Syafie 'menyebut' ialah lafaztakbiratulihram" [Rujuk al-Majmu',al-Nawawi, jld. 3. hlm, 243]

Hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha jelasbermaksud:

كان رسول اللھ صلى اللھ علیھ وسلم یستفتح الصالة بالتكبیر“Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membukasembahyangnya dengan Takbir “[Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shalat, hadis no. 498.]

Page 15: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Berkata Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm : “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah iamemulakan sembahyangnya melainkan dengan takbir itusendiri dan takbirnya ialah اكبر اهللا[Al-Imam al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk), jld. 1, ms. 241]

• Jika memilih bahawa niat mesti dihadirkan secara muqaranah (beriringan)dengan takbiratul ihram, maka cukup dilakukan muqaranah (iringan niatdengan takbir) secara uruf, tanpa perlu mengkhususkan seperti yangdisebutkan. Kerana penkhususan seperti itu tidak pernah diketahui daripadagenerasi terdahulu. Dan inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi [Rujuk al-Majmu’, al-Nawawi, jld. 3 ms.278].

• Justeru, difahami bahawa tiada satu hadis dari sanad yang sahih, atau dha’if(lemah), atau musnad (sanad yang bersambung) atau mursal (terputussanadnya), dari sahabat,mahupun thabi'in, bahawa Rasulullah berniat denganmelafazkannya.

• Sekiranya tidak melafazkan niat (tetapi telah niat di dalam hati),tidak memberikesan kepada solat selagi mana telah wujud niat untuk bersolat di dalam hati(tanpa melafazkannya), malah itu lebih tepat dengan apa yang dilakukan olehRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Wallahu’allam.

Page 16: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Solat jamak bererti menghimpunkan dua solatdalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

• Contohnya:[1] Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim)

atau di dalam waktu Asar (takhir).[2] Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib

(taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).

Solat Jamak MenurutQuran dan Sunnah

Page 17: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

*Perlu diingat bahawa solat jamak hanyadibolehkan antara Zuhur dengan Asar danMaghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidakdibolehkan jamak kerana tiada dalil yangmenunjukkan sedemikian.

Dan solat jamak dan qasar tidak semestinya satupakej (dibuat sekali), solat jamak boleh dibuattanpa perlu mesti adanya qasar.

*Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika didalam keadaan bermusafir manakala syaratdibolehkan solat jamak pula lebih luas.

Page 18: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Solat Jamak Bukan Dalam KeadaanBermusafir

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiripernah melaksanakan solat jamak ketika diMadinah.

. صلى رسول اهللا صلى اهللا علیھ وسلم الظھر والعصر جمیعافي غیر خوف وال سفر. والمغرب والعشاء جمیعا

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukansolat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinahbukan kerana ketakutan atau bermusafir.[Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Page 19: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Imam al-Nawawi telah berkata :“Segolongan ulamak besar membenarkanjamak di dalam keadaan tidak musafir, keranaada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat(kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlahpendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashabmalik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi darial-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”.[ al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Page 20: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

[1] Bermusafir.

[2] Suasana yang sukar atau sulit.

[3] Jamak kerana hajat yang benar–benarmendesak.

[4] Jamak kerana hujan.

Syarat Membolehkan Solat Jamak

Page 21: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

[1] Bermusafir

• Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu menerangkan:

جمع رسول اللھ صلى اللھ علیھ وسلم بین الظھر والعصر والمغرب والعشاء أراد : ما أراد إلى ذلك؟ قال: فقیل البن عباس. بالمدینة من غیر خوف وال مطر

.أن ال یحرج أمتھ“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamaksembahyang Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak diMadinah (bukan dalam musafir), bukan kerana dalamketakutan atau hujan.” Lalu orang bertanya kepada Ibnu‘Abbas: “Kenapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbuatsedemikian?” Jawabnya: “Baginda bertujuan agar tidakmenyukarkan umatnya.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalamShahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1211].

Page 22: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

[2] Suasana yang sukar atau sulit.

• Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidakberhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktudan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbasradhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak,beliau menjelaskan:Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan agar tidakmenyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh AbuDaud, dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

Page 23: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

[3] Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak.

• Keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukansolat pada waktunya

• Contoh kes:- Doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam

lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentarakan memudaratkan pesakitnya.

Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atauterpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yangpendek

Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawalsesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliaumeninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnyasuasana tersebut

Dan pelbagai lagi situasi seumpamanya.

Page 24: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Dalilnya:

. خطبنا ابن عباس یوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم: عن عبداهللا بن شقیق، قال. الصالة: قال فجاءه رجل من بني تمیم، ال یفتر وال ینثني. الصالة. الصالة: وجعل الناس یقولون

رأیت رسول اهللا صلى اهللا علیھ وسلم : ثم قال! أتعلمني بالسنة؟ ال أم لك: فقال ابن عباس. الصالة.جمع بین الظھر والعصر، والمغرب والعشاء

.فأتیت أبا ھریرة، فسألتھ، فصدق مقالتھ. فحاك في صدري من ذلك شيء: قال عبداهللا بن شقیق

“Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidatokepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbitbintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat.katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan:Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadakusunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihatRasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar,Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskanhatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan haltersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas.” [Diriwayatkanoleh Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Page 25: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

• “...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imamtelah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas.Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamakketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanyakerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat iatidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan ataukelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Barimengatakan: Dan orang-orang yang berpendapatdemikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir danal-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis.Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak keranahajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama disana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialahseperti kesibukan Ibnu Abbas terhadappidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil.13, ms. 424-425]

Page 26: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Dalam mempraktikkan jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak, berikut perkara yang perlu diambil kira:

a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukandalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesakkerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalamwaktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.

b) Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidakboleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan makaianya akan membawa kepada hilangnya maslahat ataukebaikan yang lebih besar.

c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain –mainkan agama dan alat untuk mereka yang malasmengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusanagama.

Page 27: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

[4] Jamak kerana hujan.

• Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallammenjamakkan solatnya di Madinah adalahkerana turunnya hujan lebat (yang menjadipegangan kuat mazhab Syafi’ie).

• Hikmahnya : Supaya tidak menyusahkanumatnya untuk kembali semula ke masjiddalam suasana hujan [Rujuk Majmu’ Fatawa : Bab Ibadah, ms.413]

Page 28: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu : مع رسول اهللا صلى اهللا علیھ وسلم بین الظھر والعصر،

.في غیر خوف وال مطر. والمغرب والعشاء، بالمدینةRasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telahmelakukan jamak solat antara zohor dan asar,dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidakkerana ketakutan dan tidak kerana hujan.[Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadisno: 705]

Page 29: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Syarat-syarat Dan Cara-caranya Dilaksanakan

[Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi(1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik,Rukhsah Solat Jamak]

a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolatdi masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.b. Waktu yang dibenarkan untuk di”jamak”kan solat ialah pada waktu Zohoryang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yangdi”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada“jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidakberhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yangmembasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.e. Ada juga di kalangan ulamak Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan,iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggaljauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid merekatidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawidari mazhab Syafi’ie sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asasyang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)

Page 30: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Solat qasar bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalamsuasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan PerundanganIslam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]

• Mengqasarkan solat (memendekkannya menjadi dua rakaat) didalam perjalanan (musafir) adalah lebih baik dan utamadaripada melaksanakannya secara sempurna (tamam).Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. dia menyatakan, Rasulullahs.a.w. telah bersabda:“Sesungguhnya Allah suka jika keringanan yang Dia berikanitu dimanfaatkan sebagaimana Dia tidak suka kemaksiatankepada-Nya dilakukan.” [Hadis Hasan di dalam kitab, Irwaa’ulGhaliil, 3/9, no. 564]

Solat Qasar MenurutQuran dan Sunnah

Page 31: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Dalil-dalil berkenaan tuntutan meng-qasarkan solat di dalamperjalanan:

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata:“Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w. dalam perjalanannya danbeliau tidak pernah mengerjakan solat lebih dari dua rakaat (bagisetiap solat). Demikian juga dengan Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Usmanr.anhum. [Hadis Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat orang-orang yangmusafir, no. 689]

“Bahkan terdapat suatu pendapat dari mazhabnya Abu Hanifah danImam Malik, bahawa hukum melaksanakan solat secara Qasar didalam perjalanan (musafir) adalah suatu yang wajib.”[Dirujuk dari nota kaki no. 80, Ensiklopedi Solat Menurut al-Qur’an danas-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, TerbitanPustaka Imam asy-Syafi’i, m/s. 252]

Page 32: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Jarak untuk dibolehkan qasar solat?• Ada dua bentuk pandangan ulama’ dalam hal jarak

perjalanan yang diperbolehkan sembahyang qasar. Satukelompok membatasi jarak yang tertentu manakalakelompok yang satu lagi tidak membatasinyamelainkan ianya ditentukan menurut adat kebiasaanlingkungan perjalanan seseorang.

• Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah berkata:“… hal ini (jarak perjalanan yang dianggap sebagaimusafir) termasuk masalah yang banyakdiperselisihkan oleh para ulama’. Dalam masalah ini,Ibnu Mundzir dan selainnya menyebutkan sekitar duapuluh pendapat.” [Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul BaariPenjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan oleh GazirahAbdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld. 6, ms 128]

Page 33: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Melebihi dua marhalah (+-89km)?• Dalil yang dijadikan sandaran berkaitan

dengan jarak 2 marhalah sebagai batasan yangdiperbolehkan untuk mengqasarkansembahyang adalah seperti berikut:

“Wahai penduduk Mekah, janganlah kamusekalian mengqasarkan sembahyang (bagijarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.”[Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu'anhu]

Page 34: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Tetapi wujud hadis lain yang bermaksud:

أن رسول اللھ صلى اللھ علیھ وسلم صلى الظھر بالمدینة أربعا وصلى العصر بذي الحلیفة ركعتین

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam bersembahyang Zuhur empat rakaatdi Madinah dan bersembahyang Asar di DzilHulaifah dua rakaat. “ [Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahih Muslim, Kitab Shalat Musafiraini wa Qasaruha, hadis no. 690.]

Page 35: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Fakta:Jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah adalah 7 mil iaitubersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer. Hadis ini jugaadalah sebagai bukti bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamtelah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebutadalah kurang dari dua marhalah (83 kilometer).

Page 36: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Bercanggahkah kedua-dua hadis berkenaan jarak tersebut?• Tidak.Kerana hadis berkenaan ‘perlu melebihi dua marhalah’

dianggap sebuah hadis yang dha’if (lemah) di sisi ulamakhadis.

• Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah :“Hadis ini (mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yangkurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan) tidakboleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yangmeriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid binJubair, dia adalah matruk (tertolak). Imam al-Nawawi jugamenyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat initidak sah darinya (iaitu dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu) keranaperawi yang meriwayat darinya adalah Isma’il bin Iyash dan diaadalah dha’if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan AbdulWahhab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalahmauquf (terhenti) pada Ibnu ‘Abbas, sebagaimana yangditakhrij oleh al-Syafi’i darinya dengan sanad yang shahih.“[Rujuk Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]

Page 37: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Fakta berkenaan jarak dibolehkanqasar solat?

Fakta 1: Riwayat hadis tersebut mauquf tidak dapat dijadikanhujjah dalam menentukan hukum agama kecuali jika terdapat ijma’(kesepakatan) di kalangan para sahabat. Ternyata dalampermasalahan ini tidak wujud kesepakatan di kalangan para Sahabatradhiallahu 'anhum tentang jarak 4 barid atau 2 marhalah sebagaibatas minima yang diperbolehkan mengqasarkan sembahyang.

Fakta 2: Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernahmeletakkan had batasan yang memperbolehkan kita mengqasarkansembahyang.

Fakta 3: Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam akansenantiasa mengqasarkan sembahyang apabila baginda bermusafirkeluar dari Madinah.

Page 38: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Syaikh al-Syinqithi rahimahullah pula berkata:Pendapat yang paling kuat dan dapat dijadikan sebagaihujah menurutku adalah pendapat orang yang menyatakan:“Sesungguhnya semua yang dikategorikan sebagai safarsekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkanpelakunya untuk mengqasarkan sembahyang, sebab dalamnas hanya disebutkan safar secara mutlak (tanpa dibatasidengan ukuran jarak mahupun hari) [Abu Ubaidah Masyhur binHassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 421.]

Jarak Dibenarkan Qasar? Safar yang bagaimanadianggap maksud musafir?As-Safar bererti penempuhan jarak. As-Safar bererti keluardari kampung halaman menuju satu tempat yang berjarakjauh sehingga kerananya pelakunya diperbolehkan untukmengqasarkan (memendekkan) solatnya. [Rujuk: EnsiklopediSolat Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Sa’id bin ‘Ali binWahf al-Qahthani, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, m/s. 225]

Page 39: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Kesimpulan; Bagi yang ingin berpegang pada pendapat hanya boleh

solat qasar selepas 2 Marhalah / 48 Batu hashimiah / 89KM,dibolehkan kerana merupakan pandanganmahsyur di kalangan ulamak Syafi’iyyah (MenurutMadzhab Syafi'ie).

Tetapi bukanlah menjadi satu kesalahan bagimereka yang bermusafir kurang dari dua marhalahuntuk mengqasarkan sembahyangnya berdalilkanhadis sahih yang diriwayatkan dari Anas bin Malikradhiallahu 'anhu menunjukkan perbuatan Rasullullahshallallahu ‘alaihi wasallam . Wallahu’allam. Tidakdinafikan bahawa pendapat yg tidak menetapkan jarakini sedikit sebanyak boleh mengelirukan orang awamyg masih muqallid.

Page 40: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Ibn Rusyd rahimahullah berkata: “Pertama, mazhab Malik dan Syafie berpendapat apabila

musafir ingin menetap selama empat hari,dia hendaklahmengerjakan solat secara sempurna,iaitu empat rakaat.

Kedua, mazhab Abu Hanifah dan Sufyan al-Tsaurimenegaskan,jika dia bertekad untuk menetap selama 15hari, dia wajib mengerjakan solat secara sempurna.

Ketiga, Mazhab Ahmad bin Hanbal dan Daud al-Zhahirimengatakan bahawa apabila orang musafir berhasratmenetap kurang dari empat hari, dia hendaklah melakukansolat secara sempurna”

[Rujuk Bidayah al-Mujtahid, jld. m/s. 122-123]

Tempoh DibolehkanQasar Solat

Page 41: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Hadis-hadis sahih yang membicarakan tentang hadwaktu berbeza-beza hinggakan mencapai 20 hari.Malah dikisahkan sebahagian sahabah mengqasar solatketika musafir selama dua tahun (seperti kisah al-Hasanyang menetap bersama Abdul Rahman bin Samurah diKabul). Ianya semua dilakukan di destinasi atau tempattinggal tanpa menjamakkannya (qasar sahaja-pen).[Rujuk beberapa atsar dari para sahabat yang dimuatkan oleh Syaikh SayidSabiq, Fikih Sunnah, jld. 1, ms. 218-219.]

• Para ulamak yang menghadkan HANYA padatempoh-tempoh tertentu adalah berdasarkan ijtihadmereka terhadap hadis-hadis yang sampai kepadamereka.Mari kita menilai kesekian banyak hadis yangdiguna pakai oleh para ulamak ini:

Page 42: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

أقام رسول اللھ صلى اللھ علیھ وسلم بتبوك عشرین یوما : عن جابر بن عبد اللھ قالیقصر الصالة

Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari(dan baginda) mengqasarkan sembahyang” [Hadis riwayat ImamAbu Dawud dalam Shahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1235]

خرجنا مع النبي صلى اللھ علیھ وسلم : سمعت أنسا یقول, یحیى بن أبي إسحاق قال: قلت. من المدینة إلى مكة فكان یصلي ركعتین ركعتین حتى رجعنا إلى المدینة

.أقمنا بھا عشرا: أقمتم بمكة شیئا؟ قالYahya bin Abi Ishak berkata: “Saya mendengar Anas bin Malik berkata:“Kami pernah musafir bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dariMadinah ke Mekah. Selama dalam musafir itu baginda melakukansembahyang secara dua rakaat (qasar kecuali Maghrib) sehingga kembalike Madinah. Saya bertanya: “Berapa lamakah anda berada di kotaMakkah?” Anas menjawab: “Kami menginap di Kota Makkah selamasepuluh hari.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitabal-Jamaah, hadis no. 1081].

Page 43: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata“Aku pernah menemani Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam dan baginda tidak melebihkan sembahyangnya daridua rakaat dalam perjalanan (safar), begitu juga oleh AbuBakar, Umar dan Uthman” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahih Bukhari, Kitab al-Jumu’at, hadis no. 1102.]

• Imam al-Shon’ani rahimahullah telah menulis:Sudah jelas tidak ada dalil yang menunjukkan Nabi shallallahu‘alaihi wasallam tidak mengqasarkan sembahyang selamamasa safar telah melebihi dari waktu-waktu yang disebutkan diatas. Apabila tidak ada dalil yang menunjukkan penentuanbatas waktu, maka pendapat yang lebih mendekati kebenaranialah boleh sentiasa mengqasarkan sembahyang selama dalamperjalanan itu sebagaimana yang pernah dipraktikkan oleh parasahabat – kerana memang tidak dinamai mukim dalamkeadaan ragu-ragu setiap hari dan juga tidak dinamai mukimbagi orang yang singgah di satu tempat meskipun lama [ImamMuhammad bin Ismail al-Shon’ani, Subulus Salam, jld. 2, ms. 169.]

Page 44: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:“Seorang musafir itu boleh terus mengqasarsembahyangnya selama dia masih dalam musafir. Jikadia bermukim di suatu tempat kerana sesuatu keperluanyang hendak diselesaikannya maka dia tetap bolehmengqasarkan sembahyangnya sebab dia masihdianggap sebagai musafir walaupun bermukimnya disana sampai bertahun-tahun lamanya. Adapun kalau diabermaksud hendak bermukim di sana dalam waktuyang tertentu (yang telah diketahui pada awalmusafirnya-pen) maka menurut pendapat yang terkuatyang dipilih oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah,bermukimnya itu belum lagi menghilangkan hukummusafir, baik lama atau sebentar, selama dia tidakberniat hendak menjadi penduduk tetap di tempat itu”[Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld. 2, ms. 217]

Page 45: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

Kesimpulan ;Pandangan yang mengatakan 3 hari boleh

mengqasar solat tidak termasuk perjalananpergi dan pulang adalah benar menurutMazhab Syafie dan Maliki.

Pandangan yang meletakkan hari lebih dariyang disebut di atas atau tidak meletakkan hadtempoh untuk qasar juga benar berdasarkanhadis-hadis sahih dan atsar-atsar para sahabahyang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihiwasallam sendiri.

Page 46: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

1. Tidak solat qasar jamak kerana tidak menghafal lafaz niat qasar danjamak?

2. Beranggapan menyempurnakan sembahyang (tidak mengqasar) adalahlebih afdhal atau baik.?

3. Musafir dahulu berlainan dengan zaman ini, kerana kini tiada masyaqqah(penghalang)?

4. Menjamakkan sembahyang hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.?5. Jarak perjalanan untuk diklasifikasikan sebagai musafir mestilah melebihi

dua marhalah (+-89km)?6. Hanya perjalanan yang tidak mengandungi unsur yang bertentangan

dengan syara’ membolehkan sembahyang itu diqasar atau dijamakkan.?7. Apabila seseorang bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama lebih

dari tiga hari maka hendaklah dia menyempurnakan sembahyangnyatanpa diqasarkan pada hari yang keempat dan berikutnya?

Isu-isu tentang SolatJamak dan Qasar

Page 47: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Isu-isu ini berpunca akibat sedikit pendedahanterhadap beberapa tatacara menqasar danmenjamakkan solat seperti yang pernahdiamalkan oleh Nabi Muhammad shallallahu‘alaihi wasallam serta para sahabatnyaradhiallahu 'anhum (berdasarkan hadis sahihdan atsar para sahabah).

Mengapa timbul isu-isusebegini?

Page 48: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika diberidua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak mengandungi dosa [Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786]

• Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdayaolehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya..[al-Baqarah (2) : 286]

• Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengantidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidakmemberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkansekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga,mereka kekal di dalamnya [al-A’raaf (7) : 42]

• Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdayaolehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya..[al-Baqarah (2) : 286]

Kesimpulan

Page 49: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

• Lebih banyak persoalan akan timbul saban hariberkaitan solat jamak dan qasar ini (yang tidakterjangkau oleh pemikiran kita buat masa ini)

• Selagi golongan agamawan belum menguasai fiqh padatahap yg munasabah, Fiqh musafir yg dipelopori olehahli tahqeeq ini masih belum dapat dipopularkan.

• Moga pembentangan ringkas ini dapat menjawabpersoalan dan merungkai salah faham serta kekeliruantentang solat jamak dan qasar. Moga pengetahuanmengenai solat jamak dan qasar ini dapat menjadibekalan ilmu yang boleh disampaikan kepada golonganawam supaya dapat menghayati keindahan sedekahAllah ini kepada umat manusia. Semoga Allahmelimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.

Page 50: Selangkah Memahami Solat Qasar Dan Jamak Menurut Quran Dan Sunnah

~ Tamat ~Wallahu’allam