Top Banner

of 25

SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

Apr 04, 2018

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    1/25

    1OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENIDALAM PENDIDIKAN

    PENGENALAN

    Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera ,

    seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjanamuda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dankritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui

    penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid

    untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa

    pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzikdan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untukmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini anda akan dapat:

    1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam

    Pendidikan;

    2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan

    3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran danpembelajaran.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    2/25

    2OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    PETA MINDA

    1.1 PENGENALAN KONSEP

    Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-

    kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialahuntuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga

    jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu

    pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

    Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?

    Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikanmemberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripadatokoh-tokoh:

    (a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan

    secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara

    aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif dimana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    3/25

    3OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadahuntuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

    (b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawaterdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di

    kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinyakebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematiklogik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan

    Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam

    matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalahpenyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana

    kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategipembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik danberkesan.

    (c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalampengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Inidisebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan

    yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasanmemudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

    (d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otakkanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutifseseorang individu.

    (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk

    memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasanyang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik danestetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

    (f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.

    Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau

    menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diridalam kehidupannya.

    Seni Dalam Pendidikan akan:

    x Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadilebih seronok

    x Membantu anda memahami diri sendiri

    x Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah

    x Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang

    seimbang, berketrampilan dan profesional.

    x Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    4/25

    4OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    1.1.1 Matlamat

    Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian

    generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

    pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan.

    Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkanpembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilahperkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

    Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan

    1.1.2 Objektif

    Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:

    x menghargai keindahan ciptaan Tuhan

    x mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan

    x meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang

    seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran danpembelajaran

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    5/25

    5OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    x menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

    mengekspresikan hasilan kerja

    x

    membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yangdibuat

    x mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain

    x menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan senipergerakan

    x menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan

    x menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengankeselesaan hidup

    x membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

    x mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yangdiadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

    x membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,seni muzik dan seni pergerakan

    1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh HowardGardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini

    amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu

    guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi

    keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik

    yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

    Teori Kecerdasan Manusia

    x Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teoripembelajaran.

    x Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otakkanan dan otak kiri yang sama.

    x Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otakseharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

    Seni MuzikTokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,

    Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskanotak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar

    belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepadapenghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa

    murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secaraberperingkat atau sequential.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    6/25

    6OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Seni Pergerakan

    x Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau

    oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-

    pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.

    x Gardnerberpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran

    yang berbagai.

    x Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkankebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

    Seni Visual

    x Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon

    emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan senikanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan danpenaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan

    dan otak kirinya difungsikan.

    x Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan denganmasalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cubamembina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak

    membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina

    konsep.

    x Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran

    kanak-kanak tenatng berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa kesemasa.

    x Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketikamelukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam

    pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiapobjek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahankaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan

    pemikiran yang kritis.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    7/25

    7OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas seni dalam pendidikan

    Latihan 1.1

    Mengapa Seni Dalam Pendidikan?

    1.2.1 Teori Pembelajaran

    Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut:

    (a) Teori KonstruktivismeKonstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiripengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

    sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

    dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Merekamembentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek danidea.

    Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaianmereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada

    kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    8/25

    8OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnyaproses inkuiri akan terhasil.

    PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secarakonstruktisme.

    Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba

    terapkan dalam proses pembelajaran anda.

    x Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997),Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)

    x Ciri pembelajaran secara konstruktivisme

    x Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme

    x Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis

    x Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme

    Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    9/25

    9OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

    1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

    pembelajaran

    3. Menyokong pembelajaran secara koperatif

    4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

    5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru denganmemahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar

    6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

    sebagai panduan merancang pengguna

    7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid

    8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea

    9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

    Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yangdidapati bermakna kepada dirinya

    (actively construct knowledge that they find personally meaningful )

    Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori

    konstruktivisme?

    x Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada

    x Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

    x Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

    x Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk

    x Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

    x Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

    Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran

    kanak-kanak melalui:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    10/25

    10OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    (b) Teori Kecerdasan Pelbagai

    Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understandingn lifebeliaumembuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan

    istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teoriini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam

    pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:

    x Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

    x Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan

    x Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilaidalam lingkungan sesuatu budaya.

    Jenis-jenis kecerdasan:

    x Verbal linguistik

    x Logik Matematik

    x Visual ruang

    x Kinestetik

    x Muzik

    x Interpersonal

    x Intrapersonal

    x Naturalis

    PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan PelbagaiDalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    11/25

    11OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Latihan 1.2

    Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .

    Bil Aktiviti MuridJenis TKP yang

    Digunakan

    1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini

    yang dikutip di dusunnya

    2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen

    3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada

    Tuhannya

    4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam

    sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya

    5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan

    skema ukuran dalam kerja melukis perspektif6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu

    selepas tamat sesi kuliahnya

    7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru

    dalam mata muridan Pendidikan Seninya.

    8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki

    Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    12/25

    12OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.4: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya Frames of

    Mind: Theory of Multiple Inlleigence

    Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?

    1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan

    2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai

    3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai

    4. Wujudkan suasana kolaboratif

    5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam

    pengejaran dan pembelajaran

    6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri

    7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnyameningkatkan potensi diri

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    13/25

    13OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid

    (c) Teori Pembelajaran SosialTeori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku

    dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini jugamenekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:

    (i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid

    meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada modelbaru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya,

    kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehinggamurid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

    (ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan

    merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak

    sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruanatau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    14/25

    14OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atauplagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja

    taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam

    semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itusuatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada

    tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.

    (iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagalmembina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyaijati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

    Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?

    (i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan

    responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba

    mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi

    idea yang sedia ada dalam minda murid.

    (ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalamminda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau

    peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantumurid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)

    (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila

    sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsipkendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.

    (d) Teori Otak Kiri dan Otak KananMengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),

    otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentukinsan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnyatujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut

    tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberiperhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang

    secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid.Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan

    penguasaan mata muridan disekolah. Pokok persoalanya, adakah mata muridanyang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid?

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    15/25

    15OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.6: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok)

    (e) Teori Pemerosesan MaklumatTeori ini dikemukakan olah Robert M. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana

    manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

    Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterimadalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan

    dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang danakhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

    Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang

    adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru,

    demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu Gagne telahmengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusiadalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

    penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasaprestasi dan fasa maklum balas.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    16/25

    16OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.7: Gambarajah teori pemerosesan maklumat

    Apabila aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran

    kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti diatas

    akan memudahkan untuk memberikan kepada kanak-kanak beberapa peluangantaranya:

    x Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil

    x Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian

    x Mendapat maklum balas dari orang lain

    x Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya

    x Mengelak perlakuan yang tidak diingini

    x Mengekalkan perlakuan yang diingini

    1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

    Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan

    bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses kedalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan

    seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan mengamal daripengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh

    diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.

    Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuaturangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan ditersukan jika terdapat motivasi yang

    sesuai, sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsanganitu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk

    dan dikekalkan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    17/25

    17OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapatdibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan

    rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri

    dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam prosespembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan

    mempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan,penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapatdengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

    Kesediaan BelajarKesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan

    berupaya untuk memmuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalamanpembelajaran yang baru.

    Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosidan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktivitipembelajaran yang berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajarsesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan ini tidak

    akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.

    Pengamatan

    Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hatiatau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripadarangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan

    kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otakmelalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak mentafsir

    maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasidan membentuk makna, bayangan , gambaran atau konsep rangsangan tersebut.

    Jenis-jenis Organisasi Pengamatan

    1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. Contoh: persepsiruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) ataumendatar. Ruang seperti ini bersifat illusi iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk

    gambar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yangbersifat konkrit. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh

    disentuh dan dilihat dengan mata kita.

    2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimanapergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contoh: kapal terbang yang

    bergerak di udara, burung terbang, kereta api bergerak dan lain-lain lagi.

    3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yangdirasai. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu umur sudah menjangkau 50

    tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat.Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    18/25

    18OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.8: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat

    1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

    Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifatdua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan

    menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untukdiaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.

    Proses mengkategorisasi, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lamayang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baruberlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan.

    Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan

    pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa

    pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlakutanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakankertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.

    Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar telah memmuridibahawa selepas menghasilkan catan air berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    19/25

    19OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau maseh menggunakan air untukmencuci berusnya.

    Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:

    x Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelumdia boleh menggunakan dalam situasi baru.

    x Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang

    dimuridi perlu mempunyai persamaan

    x Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia

    memindahkannya kepada situasi baru.

    x Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalamsesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

    1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan

    Penyerapan tiga dalam satu. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama initelah wujud mata muridan Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara

    per..se. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata muridan ini digabung? Apakah selama

    ini ketiga-tiga mata muridan ini telah mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnyalahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata.

    Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah. Konsep pembelajaran di sekolah hari

    ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek inisekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikanpenerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkindigunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan

    pencapaian UPSRnya cemerlang.

    Perlaksanaan di sekolah. Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk

    mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual,tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik danPendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya

    agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya.

    Kekaburan matlamat dan objektif. Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh

    dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat danobjektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan larasbahasa Seni Dalam Pendidikan maseh dalam kontek ingat-ingat lupa.

    Pertindihan subjek seni yang sedia ada. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni

    Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni Dalam

    Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar.Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.

    Masa interaksi guru bertambah. Bebanan kerja adalah suatu phobea kepada guru.

    Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapattambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    20/25

    20OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    mengajar yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid ( SKM ) dimana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Mata muridan rileks tiada peperiksaan. Lain pula bagi sikap guru yang meletakkan

    mata muridan bukan peperiksaan sebagai mata muridan tidak penting. Boleh dijadikanmata muridan rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumah interaksi maksimummahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya

    negatif.

    1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh

    1. Fox and Diffily (2000)Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dankembangan kognatif. Seni Kreatif, Seni Muzik, drama, Seni Pergerakan dan Seni

    Visual adalah penting sebagai penyemai perkembanagn di peringkat pendidikan awalkanak-kanak.

    2. Gibson, Rex (1996)Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-ideadan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan

    emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dantidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk

    mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang

    mempengaruhi kita.

    3. JOHN DEWEYFungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang senisebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk

    mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanakkebebasan untuk perkembanagn fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk

    melatih kecerdasan fikiran melalui seni.

    4. WALTER GROPIUSSeni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan

    untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsipasas reka bentuk ke barangan seharian kelauaran industri dengan menyatukan seni,

    pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa kebarangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas letrik, kenderaan,

    bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi prtimbanagn khas terhadap bentuk danbahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni

    dalam kehidupan seharian.

    5. PLATOSeni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran, kebaikan ,kesempurnaan,

    kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan,akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu

    persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    21/25

    21OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    6. ARISTOTLEPelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang

    universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari

    dewa tetapi mencapai katarsis dengsn struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukispokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok.

    Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni ituadalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaanmengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya

    yang baik.

    1.3 KEPENTINGAN

    Peranan Ekspresi

    Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataanemosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang

    untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti danmeningkatkan nilai estetik.

    Rajah 1.9: Bentuk ekspresi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    22/25

    22OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.10: Peranan ekspresi

    Peranan EmosiEmosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi

    yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu:

    (i) seronok dan tenang

    (ii) kurang seronok dan cemas.

    Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusiamelibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

    Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yangtinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan

    lebih mempu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat

    masalah yang baru.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    23/25

    23OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Kecerdasan Emosi

    Konsep IQ dan EQ

    Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif sepertimembaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfede Binet dan Theodore

    Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkandengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup.Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat

    mempengaruhi kecerdasan (EQ).

    Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang.

    Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanyamenyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagui adalah faktor-faktor lain.

    intellegence test really assess skill in assimilating new information insolving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid

    knowledge can be astounding consequences and individual can lose hisentire frontal lobes, in the process becoming redically different person

    unable to displey any initiative or to solve new problem and yet maycontinue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)

    Membina Emosi yang Sihat

    x Guru yang penyayang dan ceria

    x Tahap EQ guru yang membina EQ murid

    x Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat

    x Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian ataupeperiksaan

    x Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku

    x Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial.

    x Mereka lebih berkerjasama , suka menolong, boleh diharap dan berempeti

    x Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.

    Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

    x Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid

    x Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid

    x Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan

    x Menguasai kemahiran mengajar EQ

    x Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan

    x Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan

    x Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    24/25

    24OUM

    TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    x Ada unsur kecindan

    x Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan

    x Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

    Peranan ImaginasiProses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

    (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

    (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

    (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

    Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran danpembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,

    kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.

    Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,

    menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa akanak-kanak menyanyilagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk

    tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam

    kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

    Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk menciptasesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativitidalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

    RUMUSAN

    Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalanSeni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan

    pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapanbakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan

    beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secaraglobal . Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi,

    persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan

    bakal guru dalam mata muridan ini.

    GLOSARI

    Ekspresi Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya

    Emosi Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.

    Estetik Kecantikan

    Maridan Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik.

    Imaginasi Gambaran/kerangka imej

    Intuisi Gerak hati, qalbu

  • 7/30/2019 SDP : Topik 1 - Konsep & Latarbelakang SDP

    25/25

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Inventif Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru

    Isme Aliran, fahaman

    Representatif Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula

    Persepsi Tanggapan/pengertian yang tajam

    UJIAN 1

    1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?

    UJIAN 2

    1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran danpembelajaran.

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

    (b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?

    RUJUKAN

    Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA

    Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,

    California, Wadsworth Publishing Co.

    Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya.

    Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula , Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc.

    Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement , New

    York, USA: University of Illinois Press

    Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA:

    Thomson Learning Inc.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivismeKementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian

    Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

    Read, H (1977) Meaning of arts , Faber & Faber: London. Ltd.