Top Banner
1
23

Risalah Madani Edisi Oktober 2014

Jul 19, 2016

Download

Documents

Gptd Unisel

Setelah menyepi untuk satu bulan, Risalah Madani kini mampir lagi untuk edisi Oktober. Kupasan yang menarik tentunya di hidangkan bagi memberikan info menarik tentang GPTD Unisel, Haji dan Hijrah. Selamat Membaca :)
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

1

Page 2: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

2

Page 2 Edisi Sept 2013 Page 2 Edisi Sept 2013 Edisi Sept 2013

SIDANG Editor

RISALAH MADANI E-mel: [email protected]

En.Izwan Suhadak Bin Ishak

Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil

Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan

Filhaqiqatulislah

Akmal Adli B Ahmed

Muhammad Redhuan Bin Mohammad Daud

Azmah Aede

GRUP PENGKAJI TAMADUN

DUNIA (GPTD) UNISEL

TEL : 013-3917122

FB : Gptd Unisel

E-mel : [email protected]

Page 3: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

3

Salam Awal Muharam

Nur Balqis Hannah

-Editor Risalah Madani -

Haji dan Hijrah!

Assalamualaikum ... Bersyukur ke hadrat Ilahi kita masih lagi menjadi insan terpilih. Terpilih untuk terus bernafas di atas muka bumi ciptaan Tuhan ini, terpilih untuk menjalani ke-hidupan kita sebagai seorang hamba.

Sedar tak sedar kita sudah pun meninggalkan bulan Zulhijah dan telah masuk kedalam bulan Muharam. Jemaah-jemaah haji di Malaysia terutamanya, yang su-dah melakukan kembara Ibadah mereka di bumi bertuah di tanah Arab , Madi-

natul Munawwarah dan Mekah Al Mukarramah,. Selama 40 hari mereka tinggal disana bagi penyediaan pesta terbesar untuk umat islam, iaitu pesta haji, juga telah kembali ke Tanah air. Hari Raya Haji dan Ibadah qurban juga merupakan tonggak utama umat Islam dalam menyambut hari penuh bermakna ini.

Di dalam bulan 10 ini juga, Syukur yang paling dalam harus kita Panjatkan kepada Ilahi dalam memberi kita nikmat untuk terus merasai tahun baharu sebagai seorang muslimin. Awal muharam dan hijrah, dua benda yang berkait rapat dalam sebuah kalender Islam. Kita sebagai mahasiswa khususnya harus memandang berat akan dua perkara ini,kerana dari situlah titik tolaknya untuk kita untuk memasang niat bagi menjadi orang yang lebih maju kehadapan.

Haji dan Hijrah. Sememangnya dua perkara ini memerlukan kekuatan untuk menempuhinya. Kedua-duanya bukan hanya akan menguji kita darisegi kesabaran, malah akan melihat tahap keimanan kita dalam melaksanakan tuntutan dari Ilahi. Oleh itu, harus kita sebolehnya-bolehnya yakin dengan segala ketentuan Ilahi, kerana sesungguhnya setiap yang terjadi atas muka bumi ini bukanlah kebetulan melainkan ketentuan yang sudah diatur cantik oleh Tuhan.

Ogos 2014 TUTUR EDITOR!

Page 4: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

4

Ogos 2014

PERUTUSAN BERSEMPENA MAAL HIJRAH 1436 H :MANTAPKAN

ILMU, KUATKAN IMAN DAN TING-KATKAN AMAL

Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN

BIN HAMDAN

Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia

(GPTDU Unisel)

Awal Muharram atau Maal Hijrah

merupakan suatu hari yang penting bagi

umat Islam kerana hari tersebut berlakunya

peristiwa yang sangat penting dalam sejarah

Islam. Peristiwa yang menjadi titik tolak mu-

lanya perkembangan Islam dengan lebih

meluas ke seluruh pelosok dunia. Peristiwa

ini mengigatkan kita betapa besarnya pen-

gorbanan Nabi Muhammad SAW dan golon-

gan Muhajirin meninggalkan kampung hala-

man mereka serta betapa besarnya pengor-

banan golongan Ansar menginfakkan apa

yang mereka miliki untuk saudara mereka.

Berlakunya hijrah baginda dan para

sahabat dari Kota Makkah ke Madinah pada

1 Muharram tahun 622 Masihi. Tahun berhi-

jrahnya Rasulullah SAW dari Mekah ke Madi-

nah itu diambil sebagai permulaan kiraan

bagi kalendar Hijrah. Kesan daripada penghi-

jrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madi-

nah adalah satu catatan penting dalam se-

jarah peradaban Islam. Hijrah menjadi saat

penting bermulanya kegemilangan Islam pa-

da suatu masa dahulu. Bahkan pelbagai peri-

stiwa yang dikaitkan seperti hari 'Asyura' juga

merupakan peristiwa penting yang berlaku

yang mencerminkan kegemilangan bagi per-

juangan yang gigih dan tabah bagi mene-

gakkan keadilan dan kebenaran.

Apa yang ingin ditekankan di sini ada-

lah bagaimana kita memaknai erti sebuah

penghijrahan itu dalam konteks seorang ma-

hasiswa. Penekanan yang ingin diberikan

adalah terhadap konsep hijrah dalam me-

maknai serta mengangkat budaya ilmu teru-

tamanya di kalangan Mahasiswa. Perlu kita

fahami ilmu itu adalah kunci kepada keiman-

an kerana ilmulah yang membawa manusia

kenal kepada pencipta serta beriman kepa-

daNya. Ilmu juga menjadi antara ukuran

penting dalam penilaian kualiti seseorang

mahasiswa. Ilmu yang benar akan men-

dorong kepada keimanan. Seterusnya

keimanan akan mendorong kepada pelaksa-

naan terhadap ilmu yang dimiliki.

A l l a h S W T b e r f i r m a n : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang -orang yang berh i j rah ser ta b e r j u a n g p a d a j a l a n A l l a h ( u n t u k menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat A l l a h . D a n ( i n g a t l a h ) , A l l a h M a h a P e n g a m p u n , l a g i M a h a

Mengasihani.” (AlBaqarah; Ayat:218)

Page 5: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

5

Ogos 2014 Pena Presiden

.

Adapun hijrah dalam konteks penguasaan ilmu sangat penting, sebagai seorang Mahasiswa harus menilai sejauh mana ilmu yang dipelajari di Universiti dapat memberi manfaat kepada kita dan masyarakat. Hari ini, pemikiran kita disekat dan terpenjara dengan konsep pembelajaran yang tertumpu kepada satu bidang sahaja. Sekularisasi dalam tradisi keilmuan berjaya menjerat mahasiswa dan masyarakat untuk hanya fokus terhadap satu bidang yang diceburi tanpa memiliki kehendak untuk mempelajari disiplin keilmuan yang lain. Bahkan lebih parah lagi Universiti dijadikan seumpama kilang untuk mencetak sumber manusia bukan melahirkan modal insan dalam mengangkat Karamah Insaniah yang unggul yang mampu berperanan untuk mencorak masyarakat.

Realitinya penguasaan pelbagai cabang ilmu sebenarnya sangat dituntut dalam Islam selagi mana ia bermanfaat serta selagi mana ia mempunyai kudrat dan kekuatan selagi itu harus berlumba lumba mengejarnya. Pemantapan ilmu ini perlu seiring dan saling berkait rapat dengan pemantapan Iman seseorang. Justeru itu, kekuatan sebenar yang ada pada diri adalah kekuatan Iman yang mantap tidak kira pangkat atau harta, tua mahupun miskin ia tetap menjadi sum-ber kekuatan utama. Mahasiswa sebagai golongan pemuda perlulah memainkan peranan untuk memulakan langkah penghijrahan ini. Sering kali istilah kaum mu-da atau pemuda ini diungkapkan serta banyak tokoh-tokoh Islam yang lahir di usia muda seperti Sultan Muhammad Al Fateh dan Sultan Salehuddin yang ber-juang dan mempertahankan Islam.

Mahasiswa juga terdiri daripada golongan pemuda yang mempunyai kekuatan

yang luar biasa. Oleh itu, bersempena Maal Hijrah pada tahun ini menjadi suatu

semangat yang baru dalam memaknai dan mencontohi semangat kepemudaan

sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh yang menguasai pelbagai ilmu penge-

tahuan, menghayati Al-Quran serta bersungguh sungguh dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab. Semoga bermulanya tahun baru hijrah kali ini menjadi

satu lagi detik permulaan untuk kita menggorak langkah maju kehadapan.

Page 6: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

6

Ogos 2014 DALIL QURAN

فمن حج البيت أو اعتمر فال فا والمروة من شعآئر الله إن الص

شاكر عليم ع خيرا فإن الله ف بهما ومن تطو جناح عليه أن يطو

“ Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah maka sesiapa yang

menunaikan ibadat Haji ke Baitullah, atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa`i (berjalan dengan

berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah

memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. .” [ Al Baqarah : 158 [

Berikut ini adalah ayat ayat Al-quran al-Karim yang menerangkan tentang Sa'i di

antara Safa dan Marwah

Kita disuruh sabar dan solat, dan menerima segala penyempurnaan nikmat Tuhan, dan tahan dengan segala macam

cubaan, maka dengan ayat ini ia membawa maksud pengharapan, bahawa akan datang masanya mereka akan mengeliling

di antara bukit Safa dan Marwah. Walaupun sesulit manapun sesuatu dugaan itu, jika kita yakin akan kuasa tuhan, dan

percaya akan Qada dan Qadr, semuanya pasti senang untuk kita lalui

Page 7: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

7

Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

SINDROM LESU DI KALANGAN MAHASISWA

Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Industri

Melihat perkembangan di kalangan generasi pelajar yang sudah kurang kepekaannya terhadap sebarang

isu berbangkit sama ada yang melibatkan pelajar ataupun masyarakat (ummah). Mereka langsung tidak

menunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Mahasiswa kampus pusat pengajian tinggi pula lebih tertumpu kepada dunia akedemiknya sehingga tiada

masa terluang untuk meneliti dan memerhati persoalan masyarakat di sekitarnya. Penumpuan yang ber-

lebih-lebihan terhadap hal-hal yang berkaitan akedemik telah memperbodohkan mahasiswa dan menjeru-

muskan mahasiswa itu sendiri kepada kejumudan tindakan dan kepasifan pemikiran serta idea untuk

diketengahkan kepada masyarakat. Sungguhpun begitu, kita amat menyanjung tinggi sikap segelintir ma-

hasiswa yang mengambil tahu mengenai keadaan sekelilingnya walaupun di belenggu dengan hambatan

akedemik tetapi masih mampu dan bersedia untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam me-

nyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat.

Seterusnya, orientasi peperiksaan dan latihan mental di kampus pusat pengajian tinggi telah meletihkan

mahasiswa yang sibuk dengan tutorial, kuliah, esei, peperiksaan dan lain-lain. Kesibukan ini ditambah pula

dengan terbentuknya budaya takut (culture of fear) di kalangan mahasiswa akibat daripada Akta Universi-

ti dan Kolej Universiti (AUKU) walaupun ada beberapa Akta yang dipinda tetapi mahasiswa di kampus

masih fobia apabila mendengar perkataan AUKU.

Kesemuanya amat mempengaruhi pergerakan mahasiswa. Kelesuan dan ketidakupayaan mahasiswa kem-

bali ke tengah masyarakat dan memperjuangkan nasib dan masa depan umat telah meletakkan taraf ma-

hasiswa ke tempat yang rendah sehinggakan masyarakat yang suatu ketika dahulu meletakkan status ma-

hasiswa begitu tinggi kini telah meremehkan kualiti siswazah yang dilahirkan daripada institiusi pengajian

tinggi di negara ini. Gerakan mahasiswa yang berkembang dalam suasana keilmuan mestilah merealisasi-

kan fungsi tersebut di dalam masyarakat. Kriteria ini menjadikan mahasiswa sebagai egen penting dalam

menerajui perubahan dalam masyarakat.

Kini suasana yang kontradik telahpun berlaku. Penentuan arah perjuangan mahasiswa ditentukan dan di-

pengaruhi oleh suasana luar sehingga menyebabkan gerakan mahasiswa mula hilang kredibiliti dan kewi-

bawaannya. Justifikasinya , kita melihat sendiri siri perpecahan di kalangan mahasiswa dan masyarakat

kampus di sebabkan perbezaan parti dan wadah yang disokong. Seharusnya, kita mencari titik-titik persa-

maan sehingga persoalan yang lebih besar, global dan holistik dapat diperjuangkan oleh mahasiswa itu

sendiri.

Suasana mendung ini mesti segera di ubati seterusnya di tangani. Generasi pelajar dan mahasiswa mesti-

lah diberikan pengarahan yang setepatnya kerana mahu tidak mahu mereka merupakan generasi

penyusul dan pewaris kepada kepimpinan umat masa hadapan. Justeru itu, generasi pelajar dan maha-

siswa seharusnya mendalami dan menghayati matlamat perjuangan supaya pengelibatan dalam gerakan

pelajar ini adalah pengelibatan yang penuh pengertian.

Page 8: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

8

Ogos 2014 Anda Tahu?

! ?

Perkongsian oleh : filhaqiqatulislah

Sumber : http://filhaqiqatulislah.wordpress.com/

Tidakkah kita terfikir bahawa kenapa perlunya

pengorbanan dalam mencapai sebuah kejayaan

ataupun kemenangan yang menggembirakan?

Mengapa kita sentiasa perlu berkorban untuk

mendapatkan sesuatu? Tidak bolehkah Allah

menjadikan hidup ini tenang dengan keadaan se-

luruh umat manusia menyembah kepadaNya,

mempunyai satu agama dan tidak berbeza

fikiran, jiwa dan watak? Kenapa agama Allah ini

akan menang dengan hanya memerlukan pengor-

banan dari manusia-manusia yang berkomited

dengan jalanNya?

Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membuk-

tikan bahawa dengan pengorbanan dalam men-

taati arahan Allah dan meninggalkan larangan

Allah sahaja mampu menobatkan mereka sebagai

manusia agung sepanjang zaman. Seperti mana

yang disebutkan hebatnya 2 manusia ini dalam

Al-Quran:

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangannya), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadi-

kanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim ber-kata: “Dan aku mohon juga dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janjiku ini tidak mengenai orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah,

2:124)

“Dan ceritakanlah kisah Ismail di dalam Al-

Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang

benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan

nabi”. (Surah Maryam, 19:54)

Ya, kedua-duanya dimuliakan oleh Allah atas

pengorbanan hakiki mereka untuk agama ini. Is-

lam. Realitinya, Islam bukanlah sebuah agama

yang bersifat “magic” atau silap mata. Islam

ialah cara hidup yang mengambil kira fitrah

semulajadi dan kemampuan manusia tertentu

dan ia menggunakan kedua-dua aspek ini untuk

mencapai kemenangan hakiki. Ramai yang

menyangka kemenangan Islam akan tiba jika

kuantiti umat Islam melangkaui kuantiti

masyarakat dunia. Ramai juga yang menyangka

kemenangan Islam hanya tercapai dengan berjaya

memilih pemimpin Islam sahaja tanpa diri sendiri

memahami makna Islam yang sebenar. Mereka

juga berfikir bahawa kemenangan Islam akan

tercapai dengan hanya diri sendiri mengamalkan

nilai-nilai murni Islam sahaja dan membiarkan

masyarakat rosak dan punah akhlaknya diserang

oleh musuh Islam. Mereka turut menyangka Islam

akan menang dengan hanya beramai-ramai

menghadiri program-program agama tanpa ada

usaha untuk beristiqamah dalam beramal dan

masih mengekalkan jahiliah-jahiliah dalam diri.

Page 9: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

9

Pengorbanan itu merupakan harga sebuah kehidupan yang hakiki. Mari kita lihat pengorbanan ibunda

Nabi Musa a.s ketika melepaskan Musa yang ketika itu merupakan bayi ke dalam sungai yang entah

ke mana penghujungnya. Seterusnya, bagaimana dengan Nabi Yusuf yang mengorbankan masa mu-

danya di telaga yang gelap lalu di penjara yang terlalu sukar untuk hidup di dalamnya? Bagaimana

dengan Nabi Nuh yang mengorbankan 950 tahun umurnya untuk berdakwah pada kaumnya dan

hasilnya sangat sedikit pengikutnya? Bagaimana dengan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w sela-

ma 23 tahun untuk memastikan di saat ini, kita dapat merasakan kemanisan iman dan Islam?

Kesemuanya itu memerlukan pengorbanan yang sebenar-benarnya untuk menghantar setiap individu

Muslim itu menuju muara kegemilangannya dalam hidupnya dengan Islam.

“Ya Allah, sungguh berat tanggungjawabku ini. Mampukah aku untuk memikulnya?”

Tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan dengan perasaan cinta dan ikhlas andaikata kita

berani melepaskan tali dunia yang mengasyikkan ini. Melepaskan semua keseronokan dunia yang

seketika ini. Melepaskan perkara-perkara lagho yang menghiburkan tetapi menghinakan. Melepaskan

segala keinginan hawa nafsu yang menggila. Dengan pengorbanan ini sahaja sudah mampu memper-

cepatkan diri kita ke arah kemenangan Islam dalam diri dan orang sekitarnya.

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang baik amal-

nya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk, 67:2)

Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Page 10: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

10

Ogos 2014 Lensa GPTD

Page 11: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

11

Ogos 2014 Pelajar Dan Isu

Perkongsian oleh : Akmal Adli B Ahmed

Haji mahupun umrah adalah kunjungan yang dituntut oleh Allah s.w.t kerana ia adalah satu cabang

ibadah dalam Islam. Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke – 5. Hukumnya adalah wajib bagi yang

mampu walaupun hanya sekali seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-imran

(3:97). Mampu itu pula banyak cabangnya, bukan sekadar mempunyai wang yang cukup untuk pergi ke

sana.

Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadah haji, pasti yang diharapkan ialah haji mabrur. Haji mabrur

memang ada disebut dalam kitab. Maksudnya ialah haji yang diterima oleh Allah s.w.t. Jika ibadat ini

diterima, ia boleh dilihat pada kesan atau perubahan pada diri seseorang itu dari segi hati, percakapan dan

perbuatannya. Pasti ada kesan positif yang berlaku.

Namun, jika diperhatikan tidak semua yang pergi menunaikan haji itu berlaku perubahan atau kesan

positif. Perubahan yang dapat dilihat hanyalah tambahan gelaran haji atau hajah pada namanya. Mengapa

begini? Pasti ada sesuatu yang membuatkan pemergian mereka itu tidak memberi kesan pada diri mere-

ka.

Antara sebab-sebabnya mungkin niat pergi menunaikan haji itu bukanlah kerana Allah dan ingin beribadat.

Niatnya hanya ingin mendapatkan gelaran haji atau hajah itu supaya dihormati masyarakat. Maka gelaran

itulah yang diperoleh. Ada juga yang pergi ke Tanah haram itu sekadar ikut-ikutan ataupun tujuan utaman-

ya ialah hendak melancong. Tidak salah untuk pergi sambil melihat keindahan kota suci Makkah dan Madinah

itu, jadikanlah itu sekadar sampingan saja. Malah ada juga yang tidak sabar menunggu waktu lapang untuk

membeli-belah di sana. Rukun-rukun haji itu dilakukan kerana orang lain melakukannya.

Page 12: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

12

Selain itu, mungkin juga rezeki yang diperoleh itu datang dari sumber yang meragukan. Niat itu

baik,tetapi jika caranya salah maka ibadat tetap tidak diterima. Matlamat tidak menghalalkan cara! Niat

ibadat itu suci, tapi jika dicampur dengan perkara yang haram, maka haramlah ia. Jika dilihat pada taraf

ekonomi mereka yang pergi menunaikan haji itu, bukan semuanya kaya. Ada yang berpuluh tahun

mengumpul wang sebelum dapat pergi ke sana.

Antara sebab lain yang menjadikan ibadat haji itu tidak diterima mungkin juga kerana terlalu

fokus pada haji kerana ia dilihat orang, maka rukun Islam yang lain diabaikan. Rukun islam seperti

solat,zakat,dan puasa tidak dijaga dengan baik. Islam itu tertegak di atas kesemua rukun ini, bukan

sekadar haji sahaja. Tidak lupa juga pada ucapan syahadah. Mengucapkannya sahaja tidak cukup jika hati

masih lagi mensyirikkan Allah s.w.t. Contohnya seperti percaya kepada sesuatu dapat memberi manfaat

selain dari Allah,bertilik nasib, percaya kepada bomoh dan sebagainya.Semua ini adalah sebab-sebab ibadat

haji tidak diterima lalu tiada kesan positif yang berlaku pada diri.

Sebagai seorang muslim, niat untuk pergi menunaikan haji perlu ada. Walaupun masih belum

berkemampuan, jika ada niat dan usaha pasti Allah akan menjemput ke sana. Bagi yang berkemampuan,

pergilah menunaikan ibadat haji ini terutamanya mereka yang masih muda. Allah telah memberikan rezeki

yang banyak, maka gunakanlah untuk kepentingan agama. Paling penting niat itu perlulah ikhlas kerana

Allah s..w.t. Mudah-mudahan haji yang yang dilakukan itu diterima dan mendapat haji yang mabrur.

Page 13: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

13

Sumber: FB Ikramteens

Sumber: Google Image

Ogos 2014 Budak Komik

Page 14: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

14

Sumber: ISMA Mesir

Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Sumber: FB Ikram teens

Page 15: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

15

Ogos 2014

Selatan Thai : KEMBARA KORBAN SUATU PENGALAMAN Oleh :Muhammad Redhuan Bin Mohammad Daud.

4 0ktober 2014- Mahasiswa dan Mahasiswi gabungan daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dengan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah melaksanakan kembara Qurban di Thai-land. Seramai, 10 orang pelajar telah mengikhlaskan hati dan diri kerana ingin tahu sekali apa yang sebenarnya berlaku di sana dengan kaca mata sendiri. Kami bermula dengan menziarah saudara melayu kami di sekitar Na-rathiwat dengan memasuki imegresan di Rantau Pan-jang,Kelantan. Kami melihat suasana kemeriahan hari raya Qurban di sana dengan penuh takjub. Walaupun, mereka telah ditekan oleh pihak kerajaan Thailand tetapi mereka tidak pernah berputus asa dan cuba se-daya upaya mereka menegakkan keadilan yang telah ditakdirkan untuk mereka.

Di samping itu, layanan yang diberikan oleh masyarakat terhadap peserta sangat menarik hati kami. Sebagai contoh, di Kampung Banjir Kubu, Narathiwat kami telah diberikan layanan mesra oleh tuan rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Cik Abdullah. Dia telah mem-berikan kami tempat penginapan yang cukup selesa dan juga makanan yang cukup. Selain itu, Dia telah membawa kami di sekitar kampung dan menziarahi ahli keluargan-ya yang terdekat.Oleh itu,kami dapat berjumpa dengan orang-orang tempatan dan mereka telah berkongsi pelbagai cerita dan menceritakan pengalaman hidup mereka kepada kami supaya kami sedar nasib mereka di sana tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia.

Kami berharap dengan kehadiran kami ke sana

dapatlah meringankan beban dan mengubat kelukaan

dalam diri masyarakat Melayu khususnya di sana. Se-

terusnya, antara sebab kembara ini dilaksanakan ada-

lah kerana ingin mendedahkan kepada peserta ter-

hadap Isu Selatan- Thai ini dengan lebih jelas lagi supa-

ya mereka akan mewujudkan satu keazaman dalam

hati untuk membuat program sukarelawan di sana.

Contohnya, program ‘ Camp Immersion of English’ di

Pusat Anak Yatim Tak Bai (AYATA),Pattani yang

merupakan program berkala dari semasa ke semasa

yang sering dijalankan

Seperti di Malaysia kita mempunyai sistem Zakat yang teratur untuk mewakili negeri masing-masing namun tidak untuk Negara Thailand. Mereka tidak mempunyai Zakat yang tersusun bagi membela golongan yang ter-tindas ini. Jadi kitalah harapan mereka selaku saudara islam, memiliki iman yang sama dan bukankah setiap orang Islam itu bersaudara. Jadi, ayuhlah memberi sumbangan anda walau dari segi apapun yang mana se-mestinya akan kami salurkan kepada mereka. Bukankah kita ingin mengejar syurgaNya, Allah yang mahal, sudah cukupkah amalan kita untuk membelinya? Moga dengan sumbangan ikhlas anda itu, Allah terima dan dibalas dengan syurga-Nya yang kekal abadi sela-ma-lamanya.

.

Page 16: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

16

Ogos 2014

Bukti kekejaman kerajaan Thailand ke atas masyarakat Islam melayu disana. Imam surau ini telah terkorban dan sebahagian makmumnya cedera akibat kebiadapan tentera Thailand terhadap rumah ibadat orang Islam. Persoa-lannya, di manakah kita pada waktu ini? Adakah setiap saat kita memikirkan nasib saudara kita disana? Diharapkan, kita semua senantiasa memikirkan nasib sahabat kita disana supaya apabila kita mati, kita tidak akan dituntut daripada mereka kerana kita memikirkan mashalahat umat Islam se-luruhnya. Tapi jangan setakat itu sahaja, lakukanlah aktiviti sukarelawan disana bagi mewujudkan lonjakan pradigma ke atas masyarat melayu di sana khususnya. Pertolongan be-sar diharap daripada kita adalah menghantar sukarelawan untuk mengajar bahasa Melayu kepada masyarakat melayu di sana supaya tahap penguasaan bahasa ini mencapai tahap yang memuaskan.

Gambar ini menunjukkan sebuah bilik darjah yang agak daif untuk digunakan semasa sesi pembelajaran Fardhu Ain dan bahasa Melayu oleh masyarakat melayu di Selatan Thailand.

Page 17: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

17

Ogos 2014 Lensa GPTD

Page 18: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

18

Ogos 2014 Review Buku !

.

Umat Islam Menghadapi Tantangan (Kristenisasi &

Sekularisasi)

Karya Buya Hamka

Oleh: Azmah Aede

Buku ini adalah buku yang merupakan jawapan disetiap persoalan masyarakat yang diajukan kepada

Buya Hamka. Di dalam buku ini terdapat beberapa subtopik, minggu ini subtopik bertajuk Aqidah Kita.

Beberapa tahun yang lalu, banyak buku yang membahaskan mengenai agama Kristian yang ditulis oleh

para ulama dan mubaligh islam, yang bertujuan untuk memberikan penjelasan dan menjawab usaha

pemurtadan yang giat dilakukan olah Zending, Missi, dan Khatolik pada umat islam. Untuk melemahkan

iman umat islam, anggota-anggota Zending dan

Missi menggunakan cara yang agresif. Mereka

ajak pemuda islam bertukar fikiran dalam soal

ibadat dan kepercayaan yang boleh menyebab-

kan pemuda tersebut hilang kepercayaan pada

agamanya dan kemudian pemuda itu murtad.

Terdapat satu contoh di dalam bukunya iaitu

seorang doktor muda muslim mendapat pertan-

yaan dari zending. Soalannya seperti, “mengapa

orang islam melarang orang menyembah

berhala, sedangkan orang islam sendiri menyem-

bah kaabah, iaitu satu berhala besar yang didiri-

kan oleh Muhammad di Mekah?” Bukankah itu

bererti Muhammad melarang orang menyembah

berhala, sedangkan Muhammad sendiri me-

merintahkan umat yang percaya kepadanya

supaya menyatukan saja berhala itu, iaitu

berhala yang didirikan ditanah kelahirannya sendiri, supaya tiap-tiap orang menyembah kepada kaabah

dan memuliakan dirinya dan menjadikan seluruh dunia takhluk kepada orang Arab?”

Maka dijelaskan oleh Buya Hamka dalam buku ini yang berbunyi “betulkah kita orang islam menyembah kaabah?.” Buya menjawab pertanyaan itu, bahawasanya kaum muslimin diseluruh dunia, apa pun ma-zhabnya tidaklah sesekali menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja, dan beribadat pada Kaa-bah, serta kepada Nabi Muhammad. Untuk pengetahuan, Kaabah bukanlah Nabi Muhammad yang mendirikan tetapi Nabi Ibrahim iaitu nenek moyang Nabi-nabi sejak Nabi Musa sampailah Nabi Isa dan sampailah Nabi Muhammad. Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah atas perintah daripada Allah SWT sebagai pusat beribadah kepada umat yang mengakui bahawa Allah SWT adalah Esa. Setelah Nabi Muhammad datang dan merebut Mekkah, seluruh berhala yang ada di sekeliling Kaabah itu diruntuhkan, dan Kaabah dijadikan Kiblat iaitu tempat menghadap bukan tempat menyembah. Kalau ada orang islam menyembah, memuja, dan sembahyang untuk Kaabah, maka kafirlah orang itu menurut hukum islam.

Page 19: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

19

Travelog Jejak Hamka

2014

Oleh: Balqis Hannah

Rabu 16/5| Hari Ketiga

Malam tadi kami tidur dengan nyenyak

sekali. Setiap seorang telah dikasi tilam, bantal

dan bantal peluk. Untuk program kajian sosio

budaya sebegini. Ianya lebih daripada cukup.

Dengan cuaca yang sangat sejuk, kami berasa

sangat selesa.

Pagi ini air tidak ada didalam bilik air. Ini kerana

bekalan air nya tidak tetap lagi. Jadi umi Dada

menyuruh pelajar putra untuk menyambung air

diatas bukit. Menurut Lokman, pelajar Malaysia

(anak setiausaha Agung WADAH ) perjalanan

untuk membaiki dan menyambung paip terpu-

tus itu agak jauh. Dalam sejam perjalanan untuk

berjalan kaki untuk naik ke atas. Airnya sangat

dingin. Seperti air ais. Tapi sangat segar untuk

dibuat mandi.

Sekitar jam 9.30 pagi, kami mengumpulkan

anak-anak Ponpes Hamka untuk melaksanakan

aktiviti. Aktiviti bersama-sama anak-anak santri

di didalam

masjid.

Kebetulan

hari ju-

maat me-

mang

merupakan hari cuti untuk pesantren ini.

Perkenalan kami berjalan dengan agak ceria.

Dua sukarelawan kami, iaitu Kak Azmah dan Kak

Nik, telah keluar untuk membeli barang dapur

untuk anak santri. Jadi kami relawan yang lain,

aku, Kak Ain, Kak Syafiqah dan Fakhrul mene-

ruskan acara.

Kami melakukan aktiviti ice breaking. Anak-anak

ini dibahagikan kepada 5 kumpulan lelaki dan

wanita

Anak-anak pesantren seramai 60 lebih menyer-

tainya. Manakala pelajar kelas 6 tidak menyertai

kerana mereka berada di tahun akhir.

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat,

maka perjalanan aktiviti bersama anak-anak di

tamatkan sedikit awal untuk memberi peluang

kepada mereka bersiap sedia untuk

melaksanakan ibadah solat Jumaat. Salah

seorang relawan kami, Mohd Fakhrul Amiruddin

di minta untuk menyampaikan khutbah Jumaat.

Tajuk khutbah yang di sampaikan saudara

Fakhrul ialah Persaudaraan Sesama Islam. Anta-

ra intipati khutbah Jumaat ialah kita hendaklah

memelihara hubungan persaudaraan antara sa-

tu sama lain.

Ogos 2014 Kembara seorang Hamba

Page 20: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

20

Ogos 2014 Kembara seorang Hamba

Penulis merupakan pelajar ISM Pendidikan Pengaja-

ran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)

tahun dua di UNISEL. Merupakan Exco penerbitan

GPTD UNISEL yang baharu dan telah menjayakan

Misi Ekspedisi Hamka-Projek Khidmat Pendidikan

dan Kajian Sosio Budaya pada 14/5– 26/5 2014

Seterusnya kami mengadakan perbincangan dengan umi untuk menyusun atur jadual kami

disini. Umi Dada sangt membantu kerana beliau dan suaminya beria mahu memberikan

yang terbaik untuk kami.Setelah itu kami mengumpul-

kan anak santri putri untuk meneruskan acara Kum-

pulan .Pelajar Putra tidak dapat kami kumpulkan

kerana mereka ada menyertai latihan silat.

Sewaktu masa perkongsian, anak-anak santri ini turut berkongsi tentang Buya Hamka. Ru-

panya disini terdapat subjek Kehamkaan yang mana kelas tersebut bertujuan untuk mencer-

itakan tentang Buya Hamka itu sendiri. Jelas sekali keperibadian Hamka itu ada pada adik

adik ini. Kematangan sebelum usia, petah berkata kata, menghormati orang yang lebih tua

serta menjaga tatasusila diri Nampak dalam diri mereka.

Sesudah asar, kami melakukan aktiviti Perang

Belon yang mana adik adik di bahagikan kepada

empat kumpulan, belon di letakkan di kaki dan

mereka perlu memijak belon sehingga pecah

untuk mematikan pihak lawan. Menurut mere-

ka, ini pertama kali mereka bermain permainan

seperti itu. Sangat aktif mereka merancang

strategi untuk memijak belon pihak lawan.

Ternyata mereka amat gembira dengan kehadiran kami.

Page 21: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

21

SUMBER :google image

Page 22: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

22

Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Page 23: Risalah Madani Edisi Oktober 2014

23

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu

yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang

berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon

dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke

nombor:

013-3917122