Top Banner
KEK KAREMEL by : Munirah Baharum Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan
13

Resepi Kek Puding Karamel

Aug 16, 2015

Download

Documents

kek
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Resepi Kek Puding Karamel

KEK KAREMELby : Munirah Baharum

Gula Hangus 

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan 

Page 2: Resepi Kek Puding Karamel

Bahan Karemel1/2 tin susu cair 70g gula castor1/2 sudu teh esen vanilla3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.Kacau telur dan esen perlahan.Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Page 3: Resepi Kek Puding Karamel

Adunan Kek Bahan 170g gula kastor3 biji telur kuning135ml air 45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Page 4: Resepi Kek Puding Karamel

Adunan Kek Bahan 2140 gm tepung gandum1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayakMasukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.

Page 5: Resepi Kek Puding Karamel

Merinque  6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning70g gula castor1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan keringPukul putih telur hingga berbuihMasukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuhMasukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.Gaul rata secara kaup balik

Page 6: Resepi Kek Puding Karamel

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Belang- belangkan adunanTuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.Akhir sekali dengan satu sudu.Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Page 7: Resepi Kek Puding Karamel

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160CGunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Page 8: Resepi Kek Puding Karamel

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Page 9: Resepi Kek Puding Karamel

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

Page 12: Resepi Kek Puding Karamel

Posted by Azlita Aziz at 1:04 AM 

Resepi Kek Puding Karamel:

Karamel:60g gula kaster

Puding:400 ml susu segar70 g gula4 biji telurSedikit esen vanilla

Kek span:2 biji telur diasingkan kuning dan putih

Page 13: Resepi Kek Puding Karamel

60g gula kaster70g tepung gandum20g mentega dicairkan

Cara-cara:- griskan loyang dgn mentega- panaskan ketuhar 170 darjah C- sediakan karamel. Masak gula kaster hingga keperangan. Dengan segera tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke dasar loyang- sediakan puding. guna periuk yg digunakan utk masak karamel tadi utk memanaskan susu. Panaskan susu dan gula hingga gula larut. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama esen vanilla. Tuang susu panas ke dalam telur dan kacau. Tapiskan adunan ke dalam loyang- sediakan adunan kek. Pukul putih telur dgn separuh gula hingga kembang. Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula hingga kental dan berkrim. Perlahan2 kaup balikkan putih telur ke dalam kuning telur. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balik perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau sebati.- tuang kek ke atas adunan puding tadi. Kek akan terapung di atas adunan puding- letak loyang di atas dulang yg besar dan tuang air mendidih ke dalam dulang besar. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 35 minit atau hingga kek perangan.- sejukkan, kemudian boleh keluarkan dari loyang.