Top Banner

of 5

RefreshRefresh (dynamic_bypass_reload)Click here if you are not automatically redirected.For assistance, contact your network support team.

Oct 11, 2015

Download

Documents

nn
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Baca dialog di bawah ini dengan teliti.

Asyraf: Assalamualaikum cikgu, bolehkah saya menemu ramah cikgu tentang sambutan kemerdekaan di sekolah ini?

Sofia:Waalaikumsalam. Silakan, Asyraf.

Asyraf:Terima kasih, cikgu. Siapakah yang mencadangkan pertandingan nyanyian lagu patriotik?

Sofia:Guru besar kita telah memutuskan dalam mesyuarat yang lalu. Beliau mahu semua murid mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Asyraf:Cikgu, di manakah pertandingan ini berlangsung?

Sofia: Pertandingan ini diadakan di Dewan Kejora Sekolah ini.

Asyraf:Rakan-rakan saya ingin menghantar wakil setiap kelas bagi pertandingan itu. Mereka juga ingin melihat sambutan kali ini lebih meriah. Apakah pendapat cikgu tentang idea ini?

Sofia: Bagus cadangan kalian semua. Jika kita bermuafakat, pasti kerja yang berat menjadi ringan.

Asyraf: Seperti peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kami berjanji akan membantu cikgu sepanjang program ini berlangsung.

Sofia:Terima kasih, Asyraf.

Kata GantiNama Diri

Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhMerdeka! Merdeka!Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah

Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhHari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..Merdeka!