Top Banner
Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat 50 Bab IV Pengangkutan Awam Bandar 1. Pengenalan Pada masa silam di Malaysia, iaitu sebelum tahun 1993, pengangkutan awam di samakan dengan pengangkutan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mengadakan kenderaannya sendiri. Oleh itu perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan pengguna baik dari segi keselesaan, masa menunggu, jarak ke tempat perhentian dan keselamatan. Pada masa tersebut pengangkutan awam lebih tertumpu kepada bas dan sedikit teksi. Selepas penggabungan syarikat-syarikat bas di Kuala Lumpur dan bas-bas yang berkualiti tinggi memulakan perkidmatannya, imej pengangkutan awam telah berubah. Imej yang bertambah baik dan kesesakan jalan raya serta bayaran letak kereta yang mahan telah menyebabkan pemilik- pemilik kereta peribadi telah mula menaiki bas. Pada akhir tahun 1990an, perkhidmatan pengangkutan rel besi, iaitu KTM Komuter dan LRT (lLight Rail Transit), telah bermula. Perkhidmata yang cekap, selesa, cepat dan boleh diharap menyebab lebih ramai lagi pemilik kereta meninggalkan kereta lalu menaiki kenderaan awam. Pada hari ini perancang-perancang bandar dan penguasa bandar mengambil perhatian yang besar kepada pengangkutan awam. Perhatian yang besar ini adalah disebabkan kesesakan yang semakin parah, tempat letak kereta yang terhad dan disebabkan pencemaran udara oleh asap kenderaan. 2. Pengangkutan Rel Pengangkutan rel menjadi penting di bandar-bandar kerena ia tidak telibat dengan kesesakan jalan raya. Walaupun kos pembinaan dan operasnya mahal, tetapi keselasaannya dan muatannya yang besar serta perkhidmatan yang boleh diharapkan menyebabkan penguasa-penguasa bandar mebinanya. Perkhidmatan rel boleh dibahagikan kepada 3 klas, iaitu: Mass Rapit Transit (MRT) Light Rail Transit (LRT) People Rapit Mover (PRT) 2.1 MRT MRT kadang-kadang dipanggil “Tube”, metro dan sebagainya. Tetapi hakikatnya ia mempunyai muatan yang tinggi dan boleh membawa ramai penumpang. Ia mempunyai hak jalan yang tersendiri, bergerak dengan kelajuan tinggi, sehingga 100 km/j dan terdiri dari 4 12 gerabak bagi setiap keretapi dengan sais satu-satu gerabak lebih kurang 22m panjang dan 3.1 m lebar. Dengan sifatnya demikian, ia boleh membawa sehingga 80,000 orang satu jam satu arah.
20

Public Transport

Mar 22, 2016

Download

Documents

Cerita berkenaan pengangkutan awam
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

50

Bab IV

Pengangkutan Awam Bandar 1. Pengenalan Pada masa silam di Malaysia, iaitu sebelum tahun 1993, pengangkutan awam di samakan dengan pengangkutan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mengadakan kenderaannya sendiri. Oleh itu perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan pengguna baik dari segi keselesaan, masa menunggu, jarak ke tempat perhentian dan keselamatan. Pada masa tersebut pengangkutan awam lebih tertumpu kepada bas dan sedikit teksi. Selepas penggabungan syarikat-syarikat bas di Kuala Lumpur dan bas-bas yang berkualiti tinggi memulakan perkidmatannya, imej pengangkutan awam telah berubah. Imej yang bertambah baik dan kesesakan jalan raya serta bayaran letak kereta yang mahan telah menyebabkan pemilik-pemilik kereta peribadi telah mula menaiki bas. Pada akhir tahun 1990an, perkhidmatan pengangkutan rel besi, iaitu KTM Komuter dan LRT (lLight Rail Transit), telah bermula. Perkhidmata yang cekap, selesa, cepat dan boleh diharap menyebab lebih ramai lagi pemilik kereta meninggalkan kereta lalu menaiki kenderaan awam. Pada hari ini perancang-perancang bandar dan penguasa bandar mengambil perhatian yang besar kepada pengangkutan awam. Perhatian yang besar ini adalah disebabkan kesesakan yang semakin parah, tempat letak kereta yang terhad dan disebabkan pencemaran udara oleh asap kenderaan.

2. Pengangkutan Rel Pengangkutan rel menjadi penting di bandar-bandar kerena ia tidak telibat dengan kesesakan jalan raya. Walaupun kos pembinaan dan operasnya mahal, tetapi keselasaannya dan muatannya yang besar serta perkhidmatan yang boleh diharapkan menyebabkan penguasa-penguasa bandar mebinanya. Perkhidmatan rel boleh dibahagikan kepada 3 klas, iaitu:

Mass Rapit Transit (MRT) Light Rail Transit (LRT) People Rapit Mover (PRT)

2.1 MRT MRT kadang-kadang dipanggil “Tube”, metro dan sebagainya. Tetapi hakikatnya ia mempunyai muatan yang tinggi dan boleh membawa ramai penumpang. Ia mempunyai hak jalan yang tersendiri, bergerak dengan kelajuan tinggi, sehingga 100 km/j dan terdiri dari 4 – 12 gerabak bagi setiap keretapi dengan sais satu-satu gerabak lebih kurang 22m panjang dan 3.1 m lebar. Dengan sifatnya demikian, ia boleh membawa sehingga 80,000 orang satu jam satu arah.

Page 2: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

51

Walaupun MRT bergerak laju, kadar cepatan dan lambatan biasanya dihadkan kepada 1.2 m/s/s atas sebab keselesaan dan keselamatan terutama bagi penumpang yang berdiri. Bagi membolehkannya bergerak laju, ia menggunakan rel “gauge” piawai, iaitu labar 1435 mm. Muatan yang tinggi dan pergerakan yang pantas, MRT biasanya sesuai untuk perjalanan bentuk jejari, iaitu dari tepi bandar ke pusat bandat atau sebaliknya. Jarak kepala minimum biasanya 120 saat, tetapi di Hong Kong jarak kepala 90 saat telah dilakukan pada waktu puncak. Jarak kepala yang pendek dan kelajuan yang tinggi menyebabkan MRT memerlukan sistem signal yang canggih dan piawai keselamatan yang tinggi. Di samping itu setiap gerabak mempunyai dua atau tiga pintu yang besar manakala pelantar penumpang dibina sama tinggi dengan lantai gerabak supaya penumpang boleh keluar dan masukdengan cepat dan selamat. Disebabkan kos pembinaan dan operasi yang tinggi, penumpang yang ramai diperlukan untuk menampung kedua-dua kos ini. Oleh itu MRT perlu dibina melalui kawasan yang berketumpatan tinggi atau kawasan yang mempunyai nisbah plot yang tinggi. Di samping itu perkhidmatan bas perantara diperlukan supaya lebih ramai orang boleh mencapai perkhidmatannya. Kuasa elektrik lazimnya digunakan untuk menggerakkan MRT untuk mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan hingar bingar. Bekalan elektrik biasanya dari kabel yang direntang di atas gerabak di sepanjang rail dan bekalan adalah arus terus (DC) 750 volt. Ini menyebabkan stesyen penukar dan merendahkan elektrik diperlukan pada jarak 3 hingga 5 km kerana bekalan elektrik dari pembekal elektrik ialah arus ulang alek 11 kilovolt. Bagi Kuala Lumur, KTM Komuter bolehlah diklaskan sebagai MRT. RAJAH 4.1 Pemandangan MRT

2.2 LRT LRT adalah nama yang luas diberikan kepada kenderaan awam yang bergerak di atas rel besi. Di peringkat yang paling rendah, ia berbentuk trem yang mempunyai rel di atas dan selari dengan jalan raya. Biasanya ia terdiri dari dua gerabak sahaja dan bergerak perlahan dan tidak mempunyai stesyen berpelantar. Diperingkat yang paling tinggi pula ialah LRT metro yang beroperasi di dalam hak laluan tersendiri dan mempunyai stesyen berpelantar yang sama aras dengan lantai gerabak. Trem boleh membawa sehingga 15,000 penumpang sejam sehala sahaja dengan kelajuan maksimum 20 km/j. LRT metro pula boleh membawa sehingga 40,000 penumpang sejam sehala dengan kelajuan sehingga 40 km/j. Seperti MRT, ia memerlukan sistem signal yang canggih untuk

Page 3: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

52

membolehkannya memberi perkhidmatan pada jarak kepala 120 saat. Ia juga menggunakan kuasa elektirk arus terus 750 volt. Dengan muatan LRT metro yang tinggi ia lebih sesuai untuk perjalanan bentuk jejari, iaitu dari tepi bandar kenuju ke tepi bandar atau sebaliknya. Trem pula disebabkan jalan perlahan dan muatan rendah ia lebih sesui untuk perjalanan di dalam kawasan pusat bandar sahaja. Kedua-dua perkhidmatan LRT di Kuala Lumpur adalah tergolong dalam klas LRT metro.

RAJAH 4.2 Trem RAJAH 4.3 LRT

2.3 PRT PRT telah diterjemahkan sebagai Penggerak Rakyat Transit. Fungsinya sama seperti LRT-Trem, iaitu untuk perjalanan di dalam kawasanpusat bandar. Ia bergerak perlahan dan muatan maksimum ialah 10,000 penumpang sejam sehala. Biasanya ia mempunyai rel tunggal yang disokong oleh tiang yang tinggi. Oleh itu perkhidmatan PRT tidak mengganggu pergerakan kereta sebagaimana trem yang berkongsi hak laluan dengan kereta. PRT yang model bergerak secara otomatik tanpa pemandu, mempunyai sistem signal yang canggil dan jarak kepala sehingga 90 saat.

Page 4: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

53

RAJAH 4.4 PRT (Monorail) (Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/File:SydneyMonorail1_gobeirne.jpg)

2.4 Muatan Penumpang Muatan penumpang satu-satu MRT, LRT atau PRT ialah jumlah penumpang yang boleh dibawa melepasi satu-satu titik dalam satu tempoh masa tertentu dengan tahap operasi yang ditentukan tanpa lengah, gangguan dan halangan yang nyata. Muatan banyak bergantung kepada perkara-perkara berikut:

Bilangan maksimum kenderaan

Muatan penumpang bagi setiap kenderaan

Masa jarak kepala minimum (masa di antara dua kenderaan)

Bilangan saluran di stesyen, kedudukan tempat turun naik penumpang dan muatan pelantar stesyen.

Muatan MRT. LRT atau PRT boleh dianggarkan seperti berikut: 3600 n S Cp = h (4.1) Di mana Cp = Muatan penumapng n = jumlah gerabak bagi setiap keretapi S = Jumlah penumpang maksimum bagi setiap gerabak h = jarak kepala dalam saat. h = D + tc

Page 5: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

54

D = Masa berada di stesyen (saat). Biasanya 25 saat. tc = Masa untuk mengosongkan stesyen sebelum keretapi lain masuk. Sebagai contoh jika sebuah LRT mempunyai 4 gerabak bagi setiap keretapi, 286 orang bagi setiap gerabak dan jarak kepala minimum 3 minit (180 saat), maka muatannya = 3600 X 4 X 286 / 180 = 22,880 penumpang sejam.

2.5 Rekabentuk Operasi Secara teori persamaan satu adalah muatan kenderaan. Dalam keadaan sebenar beberapa faktor perlu dimasukkan ke dalam persamaan tersebut. Faktor yang perlu dimasukkan ialah faktor

penggunaan rail, , dan faktor beban, . Oleh itu persamaan 4.1 akan menjadi

3600 n S Cp = h (4.2)

Dalam rekabentuk biasanya faktor penggunaan rail, , diambil sebagai 0.6 manakala faktor

beban, diambil sebagai 0.9. Kedua-dua faktor ini diperkenalkan untuk menampung jumlah penumpang yang tiba-tiba ramai sangat dan juga untuk keselamatan apabila satu keretapi tiba-tiba rusak tidak dilangar oeh keretapi yang dibelakangnya. Sebagai contoh, katakan penguasa transit satu bandar hendak mengadakan perkhidmatan LRT untuk menampung keperluan 10,000 penumpang satu jam satu arah. Jarak kepala minimum ialah 120 saat dan supaya penunmpang tidak terlalu lama menunggu, jarak kepala maksimum

ditetapkan 240 saat. Faktor penggunaan rail, = 0.6 manakala faktor beban, = 0.9. Satu gerabak boleh memuatkan 130 penumpang. Plantar pada stesyen telah direkabentuk untuk memuatkan paling banyak 10 gerabak. Berapakah jumah gerabak yang diperlukan dan berapa pula jarak kepala yang sesuai. Masukkan nilai-nilai yang telah diketahui ke dalam persamaan 4.2 : 10,000 = 3600 X 0.6 X 0.9 X n X 130 / h (4.3) h = 25.272 n (4.4) Berdasarkan persaman 4.4, sediakan jadual 4.1 seperti di bawah:

Page 6: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

55

Jadual 4.1 Pengiraan Jarak kepala dan jumlah gerabak.

Gerabak bagi setiap keretapi (n)

Jarak Kepala (h) (saat)

Ulasan

1 25.272

2 50.544

3 75.816

4 101.088

5 126.360 Julat yang boleh diterima

120 < h < 240 6 151.632

7 176.904

8 202.176

9 227.448

10 252.720

Dari jadual 4.1 di atas, LRT penguasa transit berkenaan boleh membuat pilihan samaada hendak menggunakan 5, 6, 7 atau lapan gerabak bagi setiap keretapi dengan jarak kepala 126.36 saat, 151.632 saat, 176.904 saat ataupun 202.176 saat.

Latihan Penguasa transit satu bandar hendak mengadakan perkhidmatan LRT untuk menampung keperluan 20,000 penumpang satu jam satu arah. Jarak kepala minimum ialah 120 saat dan supaya penunmpang tidak terlalu lama menunggu, jarak kepala maksimum ditetapkan 300 saat.

Faktor penggunaan rail, = 0.6 manakala faktor beban, = 0.9. Satu gerabak boleh memuatkan 186 penumpang. Plantar pada stesyen telah direkabentuk untuk memuatkan paling banyak 12 gerabak. Berapakah jumah gerabak yang diperlukan dan berapa pula jarak kepala yang sesuai.

3. Pengangkutan BAS Bas adalah pengangkutan awam yang sangat berkesan dan paling penting kerana dalam bandar-bandar besar ia membawa paling ramai penumpang. Laluannya boleh diubah atau ditambah dengan mudah dan murah. Bagi kawasn yang kurang padat, bas memainkan peranan yang penting. Bahkan pengangkutan rel seperti MRT dan LRT memerlukan bas sebagai perantara stesyennya dengan rumah-rumah atau pejabat. Laluan, tambang dan tempat hentian bas biasanya ditentukan oleh kerajaan. Bas tempatan akan melalui kawasan-kawasan perumahan, pejabat dan tempat membeli belah atau pasar dengan jarak hentian yang lebih dekat manakala bas ekspres bandar akan melalui jalan-jalan utama dan berhenti hanya di beberapa tempat sahaja. Perkhidmatan kedua-dua jenis bas ini kelazimannya dinilai dari segi frekuensi, masa perjalanan, keselesaan dan keboleh percayaan. Jika bas tidak terlekat dalam kesesakan lalu lintas ia boleh mencapai kelajuan perjalanan, termasuk masa berhenti, 12 hingga 25 km/jam. Dengan muatan 90 orang termasuk berdiri, bas boleh membawa sehingga 30,000 penumpang sejam searah jika terdapat lorong keutamaan bas. Corak perjalanan bas boleh dibahagikan kepada 5:

Perjalanan jejari iaitu dari tepi ke pusat bandar

Perjalanan berkeliling iaitu dari tepi bandar ke tepi bandar yang lain

Page 7: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

56

Perjalanan tempatan

Perjalanan khas di pusat bandar

Perjalanan menghubungkan pusat-pusat aktiviti. Perjalanan jejari yang jauh boleh dilakukan oleh bas ekspres ataupun lebih dikenali sebagai bas “shuttle” manakala yang dekat boleh dilakukan oleh bas berhenti-henti. Perjalanan berkeliling juga boleh dilakukan oleh bas berhenti-henti kerana ia menghubungkan taman-taman perimahan yang jaraknya tidak jauh. Perjalanan tempatan , perjalanan di pusat bandar dan yang menghubungkan pusat-pusat aktiviti biasanya dekat tetapi memerlukan frekuensi yang kerap. Perkhidmatan ini sesuai dilakukan oleh bas mini atau yang bermuatan tempat duduk 30 orang.

3.1 Panduan Perancangan Perkhidmatan Bas Perkhidmatan bas dalam satu-satu bandar perlu dirancang dengan baik. Di antara panduan untuk merancang perkhidmatan bas ialah seperti berikut: Perkhidmatan dan jalan laluan

Hendaklah melalui pusat-pusat tempat bekerja, sekolah dan hospital

Hendaklah melalui jalan-jalan utama di kawasan perumahan dengan lebar koridor sekurang-kurang-kurangnya 1 km

Jika ada stesyen MRT atau LRT sediakan perkhidmatan bentuk jejari dari stesyen tersebut sejauh 3.5 km.

Jalan laluan hendaklah memenuhi permintaan perjalanan jejari dan lingkaran. Hala laluan

Laluan mestilah langsung dan mudah. Ia tidak boleh 20% lebih jauh dari jarak perjalanan berkereta.

Apabila lencongan diperlukan untuk memberikan perkhidmatan kepada pendudu, ia tidak boleh melebihi 8 minit dari pada masa perjalanan satu pusingan.

Setiap laluan tidak boleh mempunyai lebih dari 2 cagang. Jarak Perjalanan

Jarak perjalan tidak boleh panjang sangat kerana ia akan menyusahkan mengawal perjalanan dan boleh mengganggu jadual perjalanan.

Jarak satu pusingan perjalanan 40 km atau selama 2 jam adalah menasabah. Jika terdapa dua laluan bas bertemu pada satu stesyen dan 20% atau lebih penumpangnya

akan menyamung perjalanan dengan bas yang satu lagi, maka perlu diwujudkan laluan lain yang mengubungka tempat-tempat kedua-dua laluan. Ini sangat penting apabila perjalanan dari satu tepi bandar ke satu tempat di tempi bandar juga terpaksan melakukan pertukaran bas di pusat bandar.

Laluan bertindih

Laluan bertindih mesti dielakkan

Tidak boleh melebihi dua laluan perkhidmatan melalui satu jalan

Perkhidmatan bas ekspres hendaklah menggunakan lebuh raya

Masa Perkhidmatan Masa perkhidmatan mestilah bermula sebelum pukul 6 pagi dan berakhir selepas pukul 11

malam.

Bagi bandar-bandar besar atau kawasan pekerjaan yang memerlukan perkhidmatan bas tengah malam, perkhidmatan selama 24 jam perlu diadakan.

Jarak Kepala

Page 8: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

57

Jarak kepala tidak lebih daripada 20 minit pada waktu siang. Semasa waktu puncak perkhidmatan yang lebih kerap diperlukan sesuai dengan permintaan.

Pada waktu lewat malam jarak kepala tidak lebih dari 60 minit.

Muatan Muatan bas semasa waktu puncak tidak melebihi 150% daripada muatan tempat duduk.

Muatan di luar waktu puncak tidak melebihi 100% waktu puncak

Hentian bas Hentian bas di pusat bandar yang perlu disediakan ialah antara 5 hingga 7 setiap km

manakala di kawasan tepi bandar antara 1 hingga 3 bagi setiap km.

Lokasi hentian bas mestilah berhampiran dengan pusat aktiviti atau pusat kediaman dan selamat.

Kederaan lain tidak boleh berhenti berhampiran dengan hentian bas.

Kelajuan perjalanan Kelajuan perjalanan termasuk masa berhenti di pusat bandar tidak boleh kurang dari 10km/j

manaka di tepi bandar tidka kurang dari 22km/jam.

Jika kelajuan di atas tidak dapat dicapai, laluan keutamaan bas perlu diadakan.

Keyakinan perkhidmatan Perkhidmatan bas perlu mendapat keyakinan. Pada masa puncak 80% dibenarkan lewat tidak

lebih dari 3 minit sahaja dari yang dijadualkan.

Semasa luar masa puncak, 95% bas dibenarkan lewat tidak lebih dari 3 minit.

Keselesaan Penumpang Semua hentian bas di pusat bandar dan kawasan perumahan mesti berbumbung.

Untuk mengelakkan ganguan perkhidmatan, bas perlu diselenggarakan setiap 8000 km perjalanan dan bas gantian perlu disediakan sebanyak 10% daripada jumlah bas.

Sediakan nombor laluan dan jalan-jalan yang dilalui di hentian bas.

Sediakan perkhidmatan telepon jika ada penumpang hendak pertanya mengenai perkhidmatan bas. Semua pertanyaan telepon mesti dilayan dalam masa 5 minit. Sediakan juha laman internet berkenaan perkhidmatan bas.

Peta laluan-laluan bas perlu dicetak disediakan kepada penumpang. Peta laluan ini juga perlu disediakan dalam laman internet.

Pemandu yang peramah dan memandu bas dengan baik dan tenang.

Adakan sistem pembayaran yang mudah. Kesukaran memulangkan wang walaupun hanya 10 sen boleh menimbulkan rasa tidak puas hati yang meluas.

3.2 Rekabentuk Bas Bas-bas lama di Malaysia boleh dikatakan menggunakan rangka lori. Bas ini mempunyai enjin di depan menyebabkan bunyi bising kepada penumpang dan sistem gantungan yang keras. Ia juga mempunyai lantai yang tinggi. Bas moden memang direkabentuk khas untuk menjadi bas. Ia mempunyai rangka bersepadu seperti rangka kereta, sistem gantungan yang lebih lembut, lantai yang rendah dan enjin di belakang. Muatan bas berbeza-beza daripada 15 tempat duduk hinggalah 90 tempat duduk. Perkhidmatan di kawasan padat memerlukan bas besar manakala di kawasan yang kurang padat atau yang memerlukan kekerapan yang tinggi, bas yang lebih kecil diperlukan.

Page 9: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

58

RAJAH 4.5 Bas bernuatan tinggi

RAJAH 4.6 Bas moden lantai rendah dan enjin di belakang

Page 10: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

59

UKURAN (mm) A) Panjang keseluruhan 11,780 B) Lebar keseluruhan 2,500 C) Tinggi keseluruhan 3,355 D) Tinggi bumbung dari lantai 2,190 E) Jarak gandar 5,725 F) Unjuran depan 2,631 G) Unjuran belakang 3,424 Garis pusat berpusing 21,954 Berat (Kg) Berat Kosong 10,950 Muatan gandar depan 7,500 Muatan gandar belakang 11,500 Muatan penumpang Duduk 40 Berdiri 26

RAJAH 4.7 Satu dari bas moden buatan HICOM

(Sumber HICOM)

Page 11: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

60

3.3 Stesen Bas Perkhidmatan bas bandar kelazimannya tidak mempunyai stesyen yang besar seperti bas ekspres antara bandar. Ia mempunyai banyak stesyen tetapi kecil-kecil dan kebanyakannya berada di dalam kawasan pusat aktiviti di tepi bandar atau di stesyen MRT atau LRT. Contoh stesyen bas di bandar adalah ditunjukkan dalam Rajah 4.8, 4.9 dan 4.10

RAJA 4.8 Bas stesyen selari dan di tepi jalan raya

RAJAH 4.9 Stesyen Bas di Stesyen LRT

Tempat menaikkan dan menurunkan penumpang

Tempat parkir bas

Stesyen LRT Bawah tanah

Parkir kereta

Page 12: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

61

RAJAH 4.10 Stesyen Bas di Stesyen LRT Madrid 3.4 Laluan Keutamaan Bas Apabila kesesakan jalan raya berlaku, perkhidmatan bas akan terjejas dengan teruk. Masa perjalanan akan bertambah panjang menyebabkan jumlah perjalanan yang dilakukan oleh bas akan berkurangan. Akibatnya semakin sedikit penumpang yang boleh dibawa oleh bas. Laluan keutamaan bas boleh mengatasi masalah ini. Pengalaman di Jakarta menunjukkan masa perjalanan bas telah dikurangkan separoh selepas laluan khas bas disediakan. Seterusnya dengan bilangan bas yang sama, jumlah perjalanan telah dapat ditingkatkan sekali ganda. Hal ini telah menarik lebih ramai penumpang sehingga sekali ganda. Penyediaan laluan keutamaan bas telah banyak dibuat di bandar-bandar besar. Bagi jalan raya yang mempunyai 3 lorong sehala atau lebih, lorong keutamaan bas boleh dilakukan dengan membuat garisan kuning yang tebal dan dituliskan perkataan “Khas untuk Bas”. Di persimpangan lampu isyarat, perhatian khusus perlu diberikan. Biasanya lampu isyarat dengan garisan berhenti dua peringkat disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.11.

Page 13: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

62

Rajah 4.11 Lorong Keutamaan Bas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

3.5 Reka Bentuk Operasi Bas Rekabentuk operasi akan melibatkan jarak kepala yang digunakan, frekuensi perkhidmatan, masa kitar, masa di terminal, jumlah bas dan kelajuan. Jarak kepala minimum dalam minit, hm = 2 t /60 ( 4.5 ) Di mana t = aA + bB + C a = purata masa penumpang turun iaitu di antara 1.5 hingga 2 saat b = Purata masa penumpang naik iaitu di antara 2.5 hingga 3.5 saat A dan B adalah jumlah penumpang naik dan turun

C = masa berlepas = masa hilang akibat buka tutup pintu dan lengah semasa bas hendak keluar dari hentian, biasanya 15 saat.

Biasanya syarikat bas menetapkan jarak kepala pada gandaan 7.5 minit atau 10 minit. Frequensi perkhidmatan , f = n / P ( 4.6 )

Garisan Berhenti Pertama

Lorong Keutamaan Bas

Hentian Bas

Lampu hijau untuk bas supaya ia boleh ke barisan depan

Fasa I

Fasa I A Fasa I B

Fasa II

Lorong Keutamaan Bas

Nota: Fasa 1A dan 1B bergilir-gilir

Page 14: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

63

Di mana n = permintaan perkhidmatan (penumpang/jam) P = Jumlah maksimum penumpang dalam bas Muatan maksimum satu-satu laluan bas, Lm = 60 P / hm ( 4.7 )

Masa kitaran satu-satu bas k = j / v + masa di terminal (4.8 ) Di mana j = jarak perjalan sekali kitar (pergi dan balik) V = kelajuan perjalanan (termasuk berhenti) Bilangan bas yang diperlukan untuk satu-satu laluan, N = k / h (4.9) Di mana h = jarak kepala yang ditentukan.

Contoh pengiraan Perkhidmatan bas akan diperlukan dari Bangi ke Putra Jaya yang jaraknya 14.1 km. Dianggarkan 510 orang penumpang sejam akan menaiki bas ini pada waktu pagi sehala. Bas yang digunakan bermuatan 45 duduk dan 20 berdiri. Jarak kepala tidak dibenarkan lebih dari 30 minit dan masa menunggu di terminal tidak boleh kurang dari 5 minit. Masa perjalanan pula tidak boleh lebih dari 30 minit sehala. Kirakan bilangan bas yang diperlukan. Kelajuan operasi v = 60 j / t = 60 x 14.1 / 30 = 28.2 km / j (t = masa perjalanan = 30 minit) Jumlah penumpang maksimum dalam satu bas, P = 45 duduk, 20 berdiri Permintaan penumpang bas bagi laluan berkenaan L = 510 orang sejam Jarak kepala, h = 60 P / L = 60 * (45 +20) / 510 = 7.65 minit (ambil 7.5 minit) Masa kitar = 2 x ( masa diperjalanan + masa berhenti di terminal) = 2 x ( 30 + 5) = 70 minit Bilangan bas, N = k / h = 70 / 7.5 = 9.3 buah bas = 10 buah bas Simak masa kitar, k = N x h = 10 x 7.5 = 75 minit Simak masa di terminal = ( masa kitar – masa perjalanan pergi balik) / 2 = (75 – 2 x 30) / 2 = 7.5 minit Kelajuan perjalanan = jarak pergi dan balik / masa kitar = 2 x 60 x 14.1 km / 75 = 22.56 km / j Secara ringkas, operasi perkhidmatan bas yang diperlukan ialah: Jarak kepala = 7.5 minit Masa kitar = 75 minit Masa di terminal = 7.5 minit Bilangan bas = 10 buah

Page 15: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

64

Kelajuan perjalanan purata = 22.56 km / j

Latihan Perkhidmatan bas akan diperlukan dari Nilai ke Putra Jaya yang jaraknya 16.5 km. Dianggarkan 420 orang penumpang sejam akan menaiki bas ini pada waktu pagi sehala. Bas yang digunakan bermuatan 45 duduk dan 20 berdiri. Jarak kepala tidak dibenarkan lebih dari 30 minit dan masa menunggu di terminal tidak boleh kurang dari 5 minit. Masa perjalanan pula tidak boleh lebih dari 40 minit sehala. Kirakan bilangan bas yang diperlukan.

Page 16: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

65

3.6 Contoh Pengangkutan Bas (Rujukan: http://solstice.crest.org/sustainable/curitiba/) Satu daripada contoh pengangkutan bas yang dibanggakan ialah di Curitiba. Bandar ini adalah sebuah bandar ibu negeri salah satu negeri di Brazil. Perancang bandar ini telah menumpukan pembangunan di sempanjang jalan jejari supaya ia boleh menampung penduduk yang ramai sehingga mampu menampung kos pengangkutan awam. Rekabentuk bendar ini adalah ditunukkan dalam Rajah 4.11

Rajah 4.11 Rekebentuk Bandar Curitiba. Jalan lingkar telah dibina untuk menghubungkan bahagaian-bahagian bandat tersebut tanpa melalui pusat bandar. Di bahagian tengah jalan-jalan jejari ini telah dibina laluan khas untuk bas supaya ia boleh bergerak dengan laju tanpa gangguan menuju ke pusat bandar. Contoh laluan khas adalah ditunjukkan dalam Rajah 4.12. Laluan khas ini ditempatkan di tengah, tidak seperti yang ada di Kuala Lumpur, untuk mengurangkan gangguan dari kenderaan lain yang hendak memasuki bangunan di tepi jalan. Pada tahun 1993, terdapat 1,100 bas beroperasi di Cutitiba yang membuat 12,500 perjalanan setiap hari. Perkhidmatan ini membawa 1.3 juta penumpang, iaitu merupakan 55% dari jumlah keseluruhan perjalanan.

Page 17: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

66

Rajah 4.12 Laluan khas untuk bas di bahagian tengah jalan raya. Terdapat 5 jenis bas iaitu:

Bus ekspres bandar yang beroperasi di sepanjang jalan jejari

Bus cepat yang beroperasi di jalan jejari dan juga jalan-jalan utama di bandar tersebut. Bas jenis ini bermuatan 110 penumpang dan berhenti di hentian yang berbentuk bulat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah x.3. Hentian bas ini direkabentuk khas untuk melindungi penumpang dari cuaca buruk, kemudahan orang cacat dan supaya penumpang boleh keluar masuk dengan cepat.

Bus jenis ‘articulated’ yang mampu membawa sehingga 270 orang. Fungsinya ialah membawa penumpang di jalan-jalan utama sahaja tetapi tidak melalui jalan laluan khas bas.

Bas antara bahagian yang membawa penumpang dari satu bahagian bandar ke bahagian yang lain melalui jalan lingkaran.

Bas perantara yang membawa penumpang dari kawasan rumah atau tempat bekerja ke stesyen atau terminal bas ekspres atau bas cepat. Terminal atau stesyen bas seperti ini biasanya terdapat di setiap bahagian bandar dan ia berbumbung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.13.

Penumpang hanya perlu membeli satu tiket sahaja jika hendak pergi dari satu titik asalan kepada satu titik tujuan walaupun ia menggunakan 3 atau 4 jenis bas yang disebutkan di atas. Semua bas ini dimiliki oleh 10 syarikat tetapi pengurusan operasi adalah dilakukan oleh satu syarikat mililk kerajaan, Syarikat Agensi Perbanaran Curitiba. Syarikat ini memastikan jadual, keselamatan, capaian perkhidmatan bas, kecekapan dan kepentingan-kepentingan lain penumpang. Syarikat bas pula bertanggung jawab menyediakan bas bagi laluan-laluan yang ditentukan pada waktu yang ditetapkan, dan menyelenggarakan bas. Syarikat-syarikat ini tidak mendapat apa-apa subsidi malah penumpang tidak membayar wang tiket kepada syarikat bas. Semua bayaran tiket dikumpulkan dalam satu tabung dan syarikat-syarikat dibawar mengikut jarak perjalanan.

Page 18: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

67

Rajah 4.13 Hentian bas berbentuk bulat. Aras lantai sama dengan aras lantai bas supaya penumpang cacat boleh masuk dengan mudah dan mempercepatkan penumpang-penumpang lain keluar masuk. Dengan perkhidmatan bas yang baik, walaupun Curitiba adalah bandar yang kedua tertinggi kadar pemilikan kereta, iaitu 1 kereta bagi setiap 3 penduduk, penggunaan petrol per kapita adalah 30% lebih rendah dari bandar-bandar lain di Brazil. Di samping itu pencemaran udara adalah sangat rendah dan kesesakan jalan raya hampir-hampir tiada. Keunggulan perkhidmatan bas ini tidak disertai dengan bebanan kepada penumpang kerana secara purata penduduk Curitiba hanya menggunakan 10% dari pendapatannya untuk pengangkutan. Apabila ramai orang menggunakan pengangkutan awam, maka ramailah pejalan kaki. Curitiba telah menyediakan jaringan tempat-tempat pejalan kaki yang baik dan menyenangkan. Pada mulanya peniaga-peniaga tidak suka apabila Perbandaran Curitiba melebarkan tempat-tempat pejalan kaki kerena ia mengurangkan tempat letak kereta. Tetapi apabila mendapati perniagaan mereka bertambah laris akibat lebih banyak ruang untuk pelanggan mereka, maka semakin banyak tempat-tempat pejalan kaki disediakan, bahkan beberapa jalan raya di pusat bandar telah dijadikan tempat pejalan kaki ekslusif. Salah satu tempat pejalan kaki adalah ditunjukkan dalam Rajah 4.15 Laluan pejalan kaki dan prkhidmatan bas yang baik telah menambahkan lagi permintaan manaiki bas. Apabila perkhidmatan bas diperbaiki lagi, ia menarik lebih ramai lagi penumpang yang menyebabkan syarikat bertambah untung dan membolehkannya memperbaiki perkhidmatan. Kemudian pembangunan di koridor laluan bas bertambah pesat yang mengakibatkan pertambahan permintaan perkhidmatan bas. Demikianlah seterusnya yang mengakibatkan perkhidmatan bas bertambah baik dan bertambah banyak. Dalam tempoh 20 tahun, jumlah penumpang bas di Curitiba telah meningkat sebanyak 50 kali ganda, iaitu sebanyak 21.6% setahun. Di samping itu Curitiba juga menyediakan jaringan laluan basikal yang jumlah panjangnya 150 km di tepi sungai atau di tepi rezab laluan keretapi.

Page 19: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

68

Rajah 4.14 Pemandangan di stesyen / terminal bas yang terdapat di setiap bahagian bandar.

Rajah 4.15 Laluan pejalan kaki ekslusif Rujukan: http://solstice.crest.org/sustainable/curitiba/

Page 20: Public Transport

Perancangan Pengangkutan Bandar Pengangkutan Awam Bandar __________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________Nota Kursus KH4543 oleh Riza Atiq Rahmat

69

3.6 Bus Rapid Transit Perkhidmatan bas di Curituba sebenarnya adalah perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT). Ia melibatkan laluan khas untuk bas dan pengurusannya sama seperti LRT (Ligh rail transit) atau MRT (mass rapid transit). Contoh perkhidmatan BRT adalah diberikan dalam Rajah 416.

Rajah 4.16 Perkhidmatan Bus Rapid Transit di Jakarta