Top Banner
1 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 1
29

Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

Dec 07, 2014

Download

Marketing

(Preview) Panduan Lengkap Buat Ebook dan Jana Pendapatan Dengannya
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

1 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 1

Page 2: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

2 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Panduan Lengkap Buat Ebook dan

Jana Pendapatan Dengannya

FaizAlias

www.bisnesebook.com

www.faizalias.com

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 2

Page 3: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

3 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Penafian

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan

maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk

kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan

yang bersifat khusus untuk diri anda..

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang

terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang

dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa

risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang

berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama

ada secara langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk

setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu

kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2014 www.bisnesebook.com

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan

apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman

atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.

Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena

mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh AzZahra Creative Enterprise (RA0029102-D).

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 3

Page 4: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

4 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Penghargaan

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah terlibat

secara langsung atau tidak langsung semasa saya siapkan ebook

panduan lengkap bagaimana cara nak buat ebook dan jana

pendapatan melaluinya.

Selama 5 bulan hasil kajian, pembacaan dan pengalaman sendiri yang

terlibat hampir dua tahun dalam dunia bisnes online, akhirnya siap

juga panduan yang saya buat secara terperinci ini. KHAS UNTUK YANG

BARU BERMULA. Jadi saya buat cara penyampaian yang agak panjang

lebar sikit supaya tiada ada info tertinggal.

Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah menyokong

secara tidak langsung dari belakang. Tanpa sokongan daripada

mereka, tentu ebook ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

kawan-kawan yang mengenali saya kerana faham keadaan saya

yang sentiasa sibuk dan mereka banyak membantu dengan tidak

mengganggu untuk saya menyiapkan ebook ini.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 4

Page 5: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

5 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Tidak lupa juga kepada Abu Muhammad iaitu pengasas website

Murahnya.my kerana beliau turut membantu saya serba sedikit dalam

idea untuk siapkan panduan ebook secara langkah demi langkah ini.

Kepada anda, saya juga ucapkan ribuan terima kasih kerana percayakan saya dengan mendapatkan ebook ini.

Semoga apa yang saya sampaikan nanti anda dapat baca, fahami

dan hadam ilmu buat ebook serta menjualnya. Keuntungan anda

simpan 100% dalam kocek anda.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 5

Page 6: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

6 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Kandungan

Pendahuluan---------------------------------------------------------------7

Topik 1:Rahsia Bisnes Ebook-------------------------------------------19

Topik 2:Mencari Idea Tajuk--------------------------------------------30

Topik 3:Tiga Cara Menjadi Penulis Ebook---------------------------37

Topik 4:Cara Hasilkan Ebook-------------------------------------------43

Topik 5:”Plan” A,B---------------------------danC 56Menjual E

Topik 6:Membina Platform Jualan-----------------------------------64

Topik 7:Surat Jualan Memukau---------------------------------------67

Topik 8:Teknik Promosi-------------------------------------------------85

Topik 9:Cara Dapatkan Testimoni-----------------------------------109

Topik 10:Rahsia 25k----------------------------------------------------114

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 6

Page 7: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

7 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Pengenalan

Sebelum kita meneruskan pembelajaran cara buat ebook dan

menjualnya secara underground, ada baiknya saya menceritakan

serba sedikit kisah pahit hidup saya sepanjang menjadi Internet

Marketer secara underground selama hampir dua tahun.

Secara ringkas dan padat…

Ouh ya, saya sarankan anda supaya print sahaja ebook ini dan jadikan

ia sebagai panduan anda untuk hasilkan ebook anda sendiri nanti. Baca

di Komputer atau smartfon anda akan menyebabkan mata anda cepat

letih.

Nama saya Faiz. Dalam dunia online ni saya

telah memperkenalkan diri saya sebagai FaizAlias. Saya ada satu blog

peribadi yang berkongsikan tentang bisnes internet, tutorial wordpress,

mengisahkan tokoh-tokoh bisnes dan lain-lain lagi yang berkaitan

dengan bisnes.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 7

Page 8: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

8 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Blog Peribadi >>> www.FaizAlias.com

Penglibatan saya dalam dunia perniagaan online ini adalah saya

bermula dengan Jobdirumah iaitu selepas saya tamatnya pengajian

saya di Matrikulasi Kedah, Changlun. Melaluinya, saya buat kerja

seperti menaip, masukkan data dan lain-lain lagi. Senang kata saya

di sini adalah sebagai freelancer sambilan.

Selepas itu, saya mula terlibat dalam bisnes servis seperti design banner

timeline, buat website dan sebagainya. Saya cukup bertuah pada masa

itu kerana saya memasarkan bisnes servis saya ini di dua buah platform

jualan iaitu Fiverr.com dan juga Murahnya.my.

Kedua-dua buah platform inilah yang membantu saya mengumpulkan

modal sehingga saya mampu untuk buat modal bisnes yang lain tanpa

meminjam.

Nak buat bisnes dengan meminjam sebenarnya tidak digalakkan kerana

akan timbul banyak masalah. Jika anda yakin bisnes anda menjadi,

meminjam menjadi salah satu kaedah terbaik.

Kata otai, meminjam adalah untuk membesarkan perniagaan, bukan untuk memulakan perniagaan.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 8

Page 9: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

9 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Tidak cukup dengan itu, saya juga buat bisnes servis di website www.i-

creative.my dan bisnes printing T-shirt di laman web rasmi saya

www.azzahracreative.com. Saya ada syarikat kecil sendiri iaitu Az Zahra

Creative Enterprise ( RA0029102-D ) dengan dibantu oleh beberapa

rakan. InsyaAllah…Inilah-benarnyabakal bis nanti.

Kisahnya bermula begini…

Pada suatu hari, saya terbaca kisah Muaz Hadi, Jamaluddin

Bahari, Hafizi Zain (sepupu saya sendiri), Tengku Faris dan Gobala

Krisnan dalam menjual ebook.

Mereka ini semua boleh dikategorikan sebagai usahawan ebook yang

berjaya kerana mampu hasilkan 5 angka dalam masa sebulan. Ada juga

yang mencecah 6 angka tidak sampai sebulan.

Kisah mereka ini, nanti saya akan selitkan dalam panduan ini

untuk menjadi motivasi kepada anda dan menjana idea untuk

anda buat ebook sendiri. Ada produk sendiri.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 9

Page 10: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

10 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Dari situ saya mula melihat potensi menjual ebook dan saya mula cuba

buat bisnes ebook sendiri. Ebook yang saya hasilkan tersebut adalah

berdasarkan 100% pengalaman saya sendiri iaitu bagaimana cara saya

buat duit di internet tanpa modal.

Pada awal mulanya saya menjual ebook sendiri, sambutan tidak begitu menggalakkan. Lebih kurang seminggu seorang saja ada pembeli.

Sedikit agak kecewa…

Tetapi saya tidak berputus asa. Banyak kaedah cuba jaya yang saya buat supaya jualan terus berlangsung dengan cara sendiri.

Dalam masa sebulan di lancarkan, ada sikit peningkatan berbanding

pada mula-mula di lancarkan. Pertama sekali saya lancarkan ebook ini

adalah di wangcyber.com.

Maklumlah…Ebook yang saya buat tu sesuai untuk mereka yang dah jana ribu-riban di internet. Ebook ini

sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari untuk jana pendapatan yang pertama di internet. Alhamdulillah. Ada yang berjaya.

Berbalik kepada kisah tadi…

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 10

Page 11: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

11 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Akhirnya, kaedah cuba jaya saya menjadi apabila saya menjumpai

kaedah sebenar untuk jual ebook- se mana pakar jualan.

Ya! Sambutan yang amat menggalakkan menyebakan saya mampu mengumpul sebanyak 5 angka BERSIH dalam masa 6-7 bulan sahaja

secara UNDERGROUND tanpa ber”JV”-manadenganotaidi man internet. Saya buat ebook sendiri dan saya sendiri berusaha

memasarkannya.

Lima angka tersebut saya simpan sepenuhnya dalam simpanan!

Menarik bukan? Tentu anda nak buat perkara yang sama bukan?

Ber”JV” dengan otai atau jual eboo kelebihan masing-masing. Tetapi ikutlah sesuai dengan ebook yang

anda hasilkan.

Jadi, dalam panduan lengkap ini, saya akan ceritakan kepada

anda langkah-langkah mudah buat ebook sehinggalah anda

berjaya memasarkannya secara underground.

Kepada anda yang tidak ada kemahiran IT langsung, saya

nasihatkan anda jangan risau kerana apa yang bakal saya tunjukkan

ini adalah sangat-sangat sesuai untuk newbie. Zero knowledge.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 11

Page 12: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

12 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Kaedah demi kaedah. Langkah demi langkah saya tunjukkan supaya

anda berjaya membuat ebook sendiri dan menjualnya. Asalkan anda

ikut 90% apa yang saya katakan ini dan 10% lagi gunakan idea

kreatif anda untuk mendapat jualan.

Saya tahu…

Tidak semua manusia boleh ikut strategi orang lain 100%. Apa yang

penting adalah idea yang saya berikan dan anda kembangkan sedikit

idea yang saya sampikan nanti. Manipulasikan idea saya tersebut

untuk menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan dengan ebook.

Dengan izin Allah….Amin…

Kenapa saya keluarkan panduan ini?

Dari sehari ke sehari, apa yang saya perhatikan, bisnes ebook atau

produk digital kini menjadi satu trend bisnes pada masa kini. Ramai

yang ingin buat ebook atau produk digital sendiri tetapi tidak tahu

cara sebenar nak buatnya. Tools yang tidak cukup, tidak tahu

membina webjualan, kekurangan idea menulis dan sebagainya

menyebabkan mereka tergendala nak hasilkan produk digital sendiri.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 12

Page 13: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

13 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Jadi dalam panduan ini juga saya akan sediakan tools kepada anda.

Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi dah nak cari itu ini nak

hasilkan sebuah ebook. Semuanya saya akan tunjukkan kepada anda.

Buat masa ini, ketepikan dahulu jika anda kata anda tidak ada satu idea

pun untuk hasilkan sebuah ebook. Saya akan tunjukkan tiga kaedah

atau tiga plan yang menarik kepada anda bagaimana anda boleh

menjadi penulis ebook. Saya akan terangkan dengan lebih mendalam

pada topik 2 nanti.

Bisnes paling efektif

Bisnes ebook ini juga adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk

anda yang ingin memulakan bisnes online. Ini kerana, ia adalah salah

satu bisnes yang berpotensi besar dan kurang risiko kerugian. Kosnya

hampir kosong jika anda ada kelebihan dalam kemahiran IT!

Ouh ya! Selain saya ceritakan bagaimana saya jual ebook dengan cara

saya sendiri secara underground, saya juga akan ceritakan kepada

anda bagaimana cara otai-otai buat dan jual ebook ni.

Saya buat penambahan ini sedikit supaya jualan ebook anda lebih bagus daripada apa yang saya buat.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 13

Page 14: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

14 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Mitos Penjualan Bisnes Ebook

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah

melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan

untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook

kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut

teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang

boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka

terhadap perniagaan ebook. Berikut adalah tujuh mitos yang

menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 14

Page 15: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

15 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Mitos Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.

Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli.

Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan

ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang

betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di

dapati secara percuma di internet.

Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada

orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam

ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang

hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari

sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook

berdasarkan maklumat tersebut.

Mitos Kedua: Anda perlu menjadi pakar.

Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang

anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu.

Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk

menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 15

Page 16: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

16 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual

maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di

perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut

kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang

ramai di internet. Tidak susah bukan?

Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.

Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri

anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda

cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual

penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah

sangat mudah.

Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam

sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook.

Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula

melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan

melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah

faham mengenai tajuk tersebut.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 16

Page 17: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

17 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu

serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah

memberangsangkan untuk di baca.

Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan ebook.

Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook

kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang

sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang

berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri

anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan

jaminan anda mencukupi.

Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari

pembeli untuk di jadikan testimoni.

Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu.

Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang

adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam

industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam

niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 17

Page 18: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

18 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook

orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta

minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan

mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.

Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP

USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang

pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada

pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP.

Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan

USP di dalam ebook anda.

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang

senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat

menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda

anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan

mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 18

Page 19: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

19 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Bab Rahsia1: Bisnes Ebook

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang buat ebook dan menjualnya, di

sini saya nak anda tahu apa maksud ebook sebenarnya. Saya yakin,

masih ramai yang tidak tahu apa itu ebook.

Oleh sebab itu, saya terangkan sikit disini supaya anda lebih faham

dan dapat menerima serta mencari peluang baru untuk menambahkan

pendapatan anda.

Apa itu ebook?

Ebook atau dalam bahasa sebenarnya adalah Elektronik Book. Apabila ia diringkaskan, ia dipanggil ebook.

Sebenarnya ada yang tidak tahu dan mempersoalkan kenapa ebook

boleh jual? Sedangkan hanya hantar melalui email dan di download.

Malah ia hanya dalam bentuk digital bukannya seperti buku fizikal

yang biasa dimana memerlukan kos untuk cetak dan kos kertas.

Maka persoalan mula timbul. Kos penghantaran zero! Kos buat ebook pun zero! Jadi apa yang dijualnya?

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 19

Page 20: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

20 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Apa yang dijual dalam ebook sebenarnya adalah informasi dan

ilmu yang ada dalam ebook tu. Informasi atau ilmu inilah yang kita

jual kepada mereka yang berminat.

Seperti keadaan sekarang ini. Anda sedang membaca ebook

saya tentang informasi yang saya jual. Informasi yang saya jual

adalah bagaimana cara nak buat ebook dan memasarkannya

secara underground.

Memang betul kos buat ebook yang anda sedang baca ini adalah RM0

tetapi banyak masa sudah saya habiskan dengan melakukan kajian

dan cuba jaya sendiri selama 5-6 bulan merancang untuk siapkannya.

Menulis ebook ini saya hanya mengambil masa seminggu setelah maklumat telah lengkap semuanya.

Akhirnya, pada penghujung tahun 2013 barulah dapat disiapkan

sepenuhnya untuk dijadikan panduan lengkap bisnes ebook untuk

anda.

Pernah ada seorang pembeli ni, perempuan, dia menghantar email

kepada saya dengan nada yang marah ditempahnya tidak pernah sampai ke rumahnya setelah seminggu

ditempah.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 20

Page 21: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

21 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Maka saya dituduh sebagai penipu dan sebagainya. Sedangkan

dalam masa sehari sahaja saya telah menghantar link download

kepadanya untuk beliau download dan baca apa informasi yang saya

ingin sampaikan dalam ebook tersebut.

Jadi di sini tiada istilah menipu. Mungkin dia tersalah faham apa yang

saya jual sebenarnya. Lepas saya terangkan sebaik mungkin, barulah

dia boleh faham dan boleh terima.

Rupanya masih ada lagi yang tidak tahu apa itu istilah ebook. Jika ada

pelanggan anda seperti ini di kemudian hari, anda bolehlah terangkan

sebaiknya kepada mereka. Mungkin mereka baru berjinak-jinak

dengan dunia internet.

Rahsia Ebook

Kini fenomena bisnes ebook tidak lagi menjadi rahsia kerana sudah banyak mereka yang biasa-biasa di luar sana menjana pendapatan yang

“luar biasa” dengan hanyalandabisnes e sendiri.

Mereka pada mulanya tidak dikenali oleh sesiapa pun. Bermula

dengan bisnes ebook dan ebook mereka laku keras di pasaran, mereka

mula dikenali oleh usahawan-usahawan tempatan.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 21

Page 22: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

22 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Kenapa ebook mereka boleh laku keras?

Ini adalah kerana mereka pandai buat kajian sebelum melakukan sesuatu ebook.

Bagi mereka, “Masalah adalah peluang”

Perniagaan ebook sudah tidak releven?

Perniagaan ebook yang mula-mula diperkenalkan di Malaysia adalah otai

Internet Marketer, Mohd Suhaimy a.k.a SHUTH. Beliau adalah pelopor

pertama dalam dunia bisnes ebook di Malaysia di mana ebook

pertama beliau Maskahwinyang YangditulisHilang”. adalah

Jika anda nak tahu, itulah ebook pertama di Malaysia dan sehingga kini masih lagi bertahan di pasaran.

Dilaporkan juga, dari tahun 2005 sehingga sekarang, sebanyak berbelas ribu salinan yang telah terjual!

Jadi adakah anda nampak potensi menjual ebook tersebut? Persoalanya, adakah perniagaan ebook sekarang sudah tidak releven?

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 22

Page 23: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

23 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Tidak sama sekali. Selagi mana manusia ada masalah dan ebook

anda mampu menyelesaikan masalah tersebut, ebook anda pasti

laku di pasaran.

Dalam panduan ini, anda bukan buat ebook sahaja. Saya juga

sediakan anda satu software di mana anda boleh buat panduan dalam

bentuk video. Jual panduan anda tersebut!

Lima Kelebihan Bisnes Ebook

Berikut adalah senarai kelebihan apabila anda buat bisnes ebook.

1. Kos rendah

Bisnes ebook merupakan bisnes yang paling efektif untuk anda yang

ingin mulakan bisnes internet. Cuba anda bayangkan, anda hasilkan

ebook ini hanya dengan menggunakan perisian Microsoft dan

menukarkannya ke dalam bentuk PDF. Tiada kos pun yang terhasil.

Apa yang anda perlukan adalah hanya nama domain, hosting serta

design sebuah web jualan untuk anda memasarkannya. Jika saya buat

kira-kira, anda yang buta IT hanya memerlukan kos seminimum bawah

RM400 sahaja untuk mulakan bisnes ebook ini.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 23

Page 24: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

24 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Jika anda mahir dalam bidang IT, anda boleh minimumkan lagi kos tersebut sehingga hampir kosong kosnya.

Tetapi saya ada kaedah lain untuk anda benar-benar nak buat

bisnes ebook tetapi tiada modal pun nak beli nama domain dan bina

webjualan yang mampu menjual. Topik tersebut akan dibincangkan

dalam topik 5.

Saya tidak bercakap kosong. Ia adalah benar dan ramai sudah berjaya walaupun kosnya adalah RM0.

2. Risiko minimum

Bisnes ebook membawa kepada anda risiko yang paling minimum.

Hal ini kerana jika anda habis sebanyak RM400 (bajet saya) semuanya

untuk siapkan sebuah ebook yang lengkap termasuk sebuah minisite

jualan, anda tidak akan mengalami kerugian yang teruk jika dikatakan

tiada yang berminat dengan ebook anda.

Tapi saya rasakan ia mustahil jika tiada seorang pun yang akan

membeli ebook anda. Pada bab yang seterusnya lagi, saya akan

tunjukkan kepada anda cara bagaimana anda hanya perlu menulis

sahaja dan pihak lain akan membantu anda dalam membina minisite

dan juga jentera affiliate akan membantu anda dalam jualan.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 24

Page 25: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

25 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Kerja anda cuma perlu hasilkan ebook sahaja! Tiada modal langsung yang akan dikenakan.

3. Untung lumayan

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sudah ramai mereka dari

golongan yang tidak dikenali kepada golongan yang dikenali

setelah jualan ebook mereka laku keras di pasaran.

Cuba bayangkan anda mampu menulis sebuah ebook yang banyak

permintaan di pasaran. Harga sebuah ebook yang anda jual adalah

sebanyak RM30 sahaja. Katakan anda mampu menjual sebanyak

3000 hingga 4000 salinan dalam masa setahun. Anda sudah menjana

diantara RM90,000 hingga RM120,000 dalam masa setahun. Tidak

perlu pandang cara otai buat 5 angka sebulan kerana ebook mereka

memang banyak permintaan.

Sekarang ini pandang diri anda dulu. Adakah ebook anda mampu

mencapai angka sebanyak itu dalam masa setahun? Tidak mustahil

jika ebook anda ada permintaan.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 25

Page 26: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

26 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

4. Senang Urus

Ebook adalah dalam bentuk digital yang berformat PDF atau exe.

Tetapi format yang paling popular adalah PDF. Ia pula bersaiz lebih

kecil dan anda hanya memerlukan beberapa space sahaja di computer

anda untuk menyimpan file ebook anda.

Apabila ada yang menempah pesanan ebook anda, anda hanya

perlu menghantar link download sahaja kepada mereka melalui

email. Mudah dan senang nak urus bukan?

Tidak seperti buku fizikal. Jika ada yang menempahnya, anda

memerlukan kos penghantaran dan pergi ke pejabat pos untuk

dihantar kepada pelanggan anda.

5. Pendapatan Pasif

Adakah anda tahu apa itu pendapatan pasif? Pendapatan pasif

adalah anda hanya buat sekali kerja dalam sesuatu masa dan anda

boleh nikmati secara berterusan wang masuk ke dalam poket anda.

Masa anda sedang makan, masa anda sedang tidur, masa anda

sedang bershopping dengan keluarga dan lain lain lagi, duit akan

sentiasa masuk saja pada bila-bila masa ke dalam bank anda tanpa

anda sedari pun.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 26

Page 27: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

27 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Kerja anda nanti, semak saja email tempahan dan hantar link download kepada mereka yang telah membuat tempahan.

Bunyi macam menarik dan tidak masuk akal kan? Tapi itulah realitinya seorang usahawan ebook! Saya dah alami. Anda bila lagi?

Bagaimana nak mulakan bisnes ebook ini?

Tahniah! Anda semakin menghampiri pembelajaran cara-cara mudah buat ebook dan menjual ebook.

Nak mulakan bisnes ebook ini hanya ada tiga turutan langkah mudah.

Pilih Tajuk Ebook

Perkara yang paling penting dalam bisnes ebook adalah memilih idea tajuk ebook. Inilah yang paling penting sekali dalam bisnes ebook.

Adakah tajuk yang anda pilih itu menjadi permintaan ramai? Adakah

tajuk yang anda pilih itu berdasarkan pengalaman anda yang sebenar?

Adakah anda expert dalam topic yang dibincangkan tersebut? Jika tidak

ada semua itu bagaimana caranya nak buat ebook? Saya akan

ceritakan nanti dalam bab seterusnya.

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 27

Page 28: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

28 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Bina Minisite

Bina sebuah laman webjualan yang mampu menjual. Tidak semua

orang boleh hasilkan sebuah ministe kerana tiada kemahiran. Anda

tidak perlu risau. Dalam bab yang seterusnya, saya akan ceritakan

kepada anda tiga plan yang menarik dan mampu untuk anda

mulakan bisnes ebook anda sendiri dengan kos RM0.

Topik ini adalah hanya intro sahaja supaya anda rasa ada getaran dan tak sabar nak hasilkan ebook sendiri.

Promosi

Produk dah ada iaitu ebook anda. Laman webjualan sudah ada

iaitu sebuah minisite yang diyakini dan yang ketiga sudah

semestinya promosi.

Bahagian inilah “jantung” atau nad anda ada sebuah ebook yang hebat dan sebuah minisite dengan ayat

jualan memukau tetapi tidak pandai promosi. Tidak ada seorang

pun yang menjumpai website anda. Jadi bagaimana jualan boleh

berlaku jika trafik kurang?

“Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda

gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal” .

Donald Trump, Billionaire Amerika

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 28

Page 29: Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

29 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual

Sama-sama kita fikirkan.

Baiklah, sebelum kita mula nak hasilkan ebook ni, saya nak anda semak

bahawa dengan pakej ini anda telah menerima bonus seperti berikut

untuk memudahkan pembelajaran anda nanti. Sila semak dalam folder

anda sekarang juga.

Kisah Kejayaan 10 Orang Usahawan Ebook

Software Videoscribe

Software Camtasia Studio 8

Action Script Buat Cover Ebook beserta Video Panduan

MagicecoverCreator

Skript Auto Update Tarikh dan Masa

Kesimpulan

Pada topik ini saya telah menerangkan kepada anda apa itu ebook,

mengapa ia boleh dijual dan kenapa ia boleh dijadikan sebagai

produk anda sendiri yang sangat menguntungkan. Saya juga telah

menerangkan kepada anda kelebihan menjadi seorang usahawan

ebook supaya fikiran anda lebih terbuka untuk menjadi seorang

usahawan ebook.

Full Version >>>> BisnesEbook

Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 29