Top Banner
PEMBANGUNAN LESTARI Disediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia Pembangunan Lestari /Mampan Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber- sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber- sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Konsep Pembangunan Lestari Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing. Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “… balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.” Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan
29

PEMBANGUNAN LESTARI

Sep 27, 2015

Download

Documents

Amy Carter

hijau
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

PEMBANGUNAN LESTARIDisediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia

Pembangunan Lestari /MampanPembangunan atau kemajuan denganpemeliharaandanpemuliharaanalam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.Konsep Pembangunan LestariKonsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasardan program-program pembangunanlestari di negara masing-masing.Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusiadengan keupayaansistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP).Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi.Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut:Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihatsemasa sidang ini berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21:Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21 menandakan abad ke-21;Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; danAgenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 Deklarasi LangkawiDeklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi LangkawiPENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar.Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa danc. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.Apa itu Deklarasi LangkawiDeklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.Tujuan dan Kepentingan Pembangunan LestariPembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.Komponen Dalam Pembangunan LestariPendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan.Komponen ESDPemuliharaan SumberMemastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.Pembangunan FizikalMemastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.Kualiti Alam SekitarMengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.Kesaksamaan SosialMengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.Penyertaan politikMengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.

EkonomiMelihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.BudayaGurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan "Amalkan Penggunaan Lestari".Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuaidengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan1.Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.-pencemaran udara (seksyen 20)-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)-pencemaran tanah (seksyen 24)-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Pembangunan Lestari Di Malaysia

Apakah itu Pembangunan Lestari?

Dari sudut bahasanya, Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Mampan pula bermaksud sesuatu yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Maka Pembangunan Lestari atau Mampan adalah sesebuah pembangunan yang kekal pencapaiannya mengikut apa yang telah dirancangkan. Pencapaian atau prestasi yang dimaksudkan adalah dari segi prestasi pembangunan itu sendiri dan juga prestasi pengguna pembangunan tersebut.

Dari segi praktisnya pula, pembangunan lestari ditakrifkan sebagai sebuah pembangunan yang dijalankan secara terancang supaya tidak menjejaskan keadaan semulajadi, menambah keselesaan sosial dan meningkatkan taraf ekonomi di situ bukan sahaja untuk generasi semasa malah untuk generasi akan datang. Iaitu Pembangunan yang kekal. Maka, oleh kerana ini, nama Pembangunan Lestari itu telah dipilih untuk digunakan.

Definasi Oleh Brundtland Report, 1987Pembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa hadapan.

Definasi Oleh The World Commission Environment and Development, WCED, 1987Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.

Pembangunan mampan / lestari ...mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar...

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.

Deklarasi LangkawiPada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi. Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka EnglandSidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)

Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah melalui Agenda 21 dan Protokol Kyoto.Apa itu Agenda 21?

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Conference on Environment and Development, UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Lestari (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.Latar belakang Agenda 21 :(1). Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan lestari;(2). Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21 menandakan abad ke-21;(3). Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia;dan Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan lestari; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21

Apa Itu Protokol Kyoto?Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar PBB: Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990.Enam gas rumah hijau itu ialah :1). karbon dioksida2). metana3). nitrus oksida4). sulfur heksafluorida5). kloroflurokarbon(CFC)6). perfluorokarbon(PFC).Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah hijau mengikut zon adalah:1). 8% untuk Eropah,2). 7% untuk Amerika Syarikat,3). 6% untuk Jepun,4). 0% untuk Rusia,

Dan penambahan yang diizinkan adalah :1). 8% untuk Australia2). 10% untuk Britain

Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change, UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Hanya pihak yang bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto.

Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan gas-gas rumah kaca).

Kesan Rumah Hijau (Green House Effect)

Komitmen Kerajaan Malaysia

Strategi ke arah mencapai komitmen yang telah diberikan. Antaranya ialah:(1). Rancangan Malaysia - Semenjak Rancangan Malaysia ke-8 lagi, isu kelestarian telah di kenalpasti dan di ambilkira di dalam perancangan pembangunan Negara.(2). Persidangan Kemuncak Dunia - Selain dari itu, pihak kerajaan juga sentiasa peka dan mengambil perhatian mengenai kelestarian dan sentiasa mengambil Bahagian di dalam persidangan peringkat dunia yang melibatkan persetujuan dan komitmen Negara-negara yang terlibat. Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan komitmen Malaysia dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Disember 2009 (COP 15) di Copenhagen, bahawa negara akan mengurangkan pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 40% daripada kadar pelepasan 2005 menjelang tahun 2020.

(3). Majlis Teknologi Hijau - Pada Julai 2009, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (MTH) yang berperanan sebagai badan penyelaras peringkat tertinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama bagi memastikan Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan secara efektif. Ia dipengerusikan sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Kemudian, nama majlis ini telah di tambahbaik kepada Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI).

(4). Dasar Teknologi Hijau - Dasar ini berhubung rapat dengan prinsip pembangunan lestari di mana pembangunan hendaklah Memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan menyelaras dan memastikan kelancaran pelaksanaan dasar ini.Dasar ini adalah berdasarkan empat tonggak iaitu :

1). Tenaga - Mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.2). Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.3). Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi hijau.4). Sosial - Meningkatkan kualiti hidup rakyat.Lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau negara ini :1). Langkah pertama - Dasar itu adalah untuk mengukuhkan rangka kerja institusi, khususnya membabitkan peringkat menteri2). Langkah kedua - Adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau.3). Langkah ketiga - Adalah untuk menggiatkan pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan yang termasuk menyediakan pakej kewangan serta insentif kepada pelajar untuk mengambil subjek yang mempunyai kaitan dengan teknologi hijau.4). Langkah keempat - Adalah bagi menggalakkan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau menerusi pengkomersialan5). Langkah kelima - Adalah meneruskan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap teknologi hijau.

PEMBANGUNAN LESTARI AGENDA BERSAMA

PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenaiAlam Sekitar dan PembangunandiRio de Janeiro pada 1992adalah titik permulaan gagasan pembangunan lestari diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia. Dua tahun berikutnya,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)mewujudkanInstitut Alam Sekitar dan Pembangunanatau dikenaliLestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi kebangsaan dan serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari melalui penyelidikan dan latihan. Selepas sekian lama dibangunkan, pada 1 Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15. Marilah kita ikuti perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan awam. Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu kelestarian dalam konteks ekosistem bandar, ekosistem persisiran, kepelbagaian biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar.Bagaimanapun, pencapaian paling menyerlah ialah apabila Lestari bersama rakan strategiknya,Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangorberjaya menghasilkan dokumen polisi dan implementasi Agenda 21 Selangor. Cadangan ini diterima pakai kerajaan Selangor untuk melaksanakan agenda pembangunan lestari peringkat negeri, menjadikan Selangor negeri pertama di Malaysia menyahut tuntutan global melaksanakan pembangunan secara lestari. Salah satu komponen penting Agenda 21 Selangor ialah keperluan mewujudkan dasar perancanganKawasan Sensitif Alam Sekitar. Pembangunan yang pesat di Selangor, diikuti permintaan untuk membangun di kawasan berbukit dan tadahan air memerlukan dasar yang kukuh untuk mengawal pembangunan di kawasan sensitif. Hari ini, dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar bukan saja digunakan di Selangor, malah diguna pakaiJabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysiasebagai dasar pembangunan lestari kebangsaan, khususnya untuk merancang pembangunan di kawasan bukit. Kajian oleh penyelidik Lestari mengenaiStatus Alam Sekitar dan Keupayaan Tampungan Pulau Sipadanpula, membuka lembaran baru kepada Lestari. Penyelidikan bagi pihakBahagian Keselamatan Negarameletakkan Lestari berada pada kedudukan kritikal sebagaipenasihat saintifikantara Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Sabah untuk menentukan hala tuju pembangunan Sipadan. Sipadan penting untuk Kerajaan Pusat dalam konteks keselamatan negara kerana isu tuntutan bersama Malaysia-Indonesia dan kedudukannya paling selatan di Sabah. Bagi kerajaan negeri Sabah pula, Sipadan adalah permata untuk pelancongan selam skuba yang boleh menjana ekonomi tempatan. Pada masa sama, pulau paling sensitif daripada perspektif alam sekitar sedang menuju kemusnahan. Input akademik berjaya membawa kesepakatan antara Kerajaan Pusat dan negeri untuk melaksanakan perancangan pembangunan Sipadan secara lestari. Pembabitan Lestari dengan beberapa agensi Kerajaan Pusat, khususnya beberapa jabatan diKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitarmembolehkan hasil penyelidikan disalurkan terus kepada pembuat dan pelaksana dasar. Projek Sekolah dan Bandar Lestari bersama Jabatan Alam Sekitar membolehkan idea kelestarian diserapkan dalam pelbagai program dan aktiviti sekolah dan bandar terpilih secara berterusan. Projek berasaskan kepada penyediaan garis panduan untuk anugerah sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian ini telah menjadi pencetus inisiatif kebangsaan untuk kebanyakan sekolah dan bandar merancang aktiviti ke arah pembangunan lestari. Kejayaan paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan global ialah apabila Lestari bekerjasama denganLembaga Pembangunan Langkawi (Lada)untuk membangun kepulauan Langkawi sebagaiGeopark Global. Penyelidikan saintifik secara berterusan mengenai sumber warisan geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di Langkawi dibangunkan dengan menggunakan sumber warisan alam. Pencapaian ini membolehkan Jaringan Geopark Global yang dipeloporiUnescomengangkat Langkawi sebagai satu-satunyaGeopark Global di Asia Tenggara. Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark, dan kini sering dirujuk dan dijemput untuk membantu beberapa negara di Asia, terutama China, Jepun dan Korea, membangunkan geopark mereka. Usaha berterusan menjalin hubungan berasaskan konsep menang-menang, meletakkan Lestari sebagai rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi kerajaan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini Lestari sering diundang untuk menerajui atau bersama merangka dasar dan pendekatan baru, khususnya yang berkaitan dengan inisiatif pembangunan lestari. Lestari terbabit bersamaMajlis Keselamatan Negaramerangka pelan tindakan kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana berasaskanKerangka Tindakan Hyogo; terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memperkemas isu berkaitan tadbir urus bahan kimia berbahaya; pengurusan sumber air secara terintegrasi(IWRM)dan menyediakan dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim. BersamaUnit Perancangan Ekonomi, penyelidik lestari diberi penghormatan merangkaPenunjuk Pembangunan Lestari (SDI)yang bakal digunakan untuk memantau pembangunan negara masa depan secara lestari. Lima belas tahun adalah masa singkat untuk membangun sebuah institusi penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak pantas dan kini berada pada kedudukan dihormati. Apakah ramuan kejayaan ini? Sebagai orang dalam, saya melihat gabungan kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah faktor yang menentukan kejayaannya. Bagaimanapun, strategi menyediakan sekitaran bekerja sebagai satu pasukan dan penekanan kepada aktiviti jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu mencapai kejayaan. Alam sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat dengan pembangunan pada peringkat tempatan. Isu asas, bukan untuk memilih sama ada alam sekitar atau pembangunan, tetapi ia membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan kedua-dua secara bersama daripada perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini bukan untuk kepentingan alam sekitar atau pembangunan, tetapi untuk memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini untuk terus hidup. Bagaimanapun, saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani isu alam sekitar dan pembangunan. Melihat kepada beberapa isu genting seperti pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai, degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap kepenggunaan dan pengurusan sampah-sarap, gejala sosial, kita masih belum jauh bergerak daripada takuk lama. Sekiranya kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan keprihatinan mengenai kesejahteraan komuniti meningkat mengapa gagasan pembangunan lestari masih belum menyerap ke dalam urat dan nadi seluruh jentera pembangunan negara? Mengapa negara yang proaktif dalam banyak perkara, dan memegang slogan Malaysia Boleh sukar menyerahkan jiwa dan raga untuk melaksanakan gagasan pembangunan lestari? Inilah persoalan yang masih belum dijawab oleh Lestari. Persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Malaysia individu, komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.Catatan Editor://Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM yang juga Pengarah Bersekutu Pengasas Lestari.Artikel ini pernah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2009. Pihak editorial mengambil inisiatif untuk memuatkan kembali diMajalahSains.Comdengan keizinan bertulis dariProf Dato' Dr Ibrahim Komoo

LA 21 MALAYSIASejak deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia telah mengambil inisiatif menyokong Agenda 21, Pelan Tindakan Global ke arah pembangunan mampan untuk abad ke-21. Program LA21, iaitu Agenda 21 di peringkat tempatan menekankan penglibatan dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam bab ke-28 Agenda 21.Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan United Nations Development Program (UNDP) memulakan pelaksanaan Program LA21 menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000.Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara PBT, masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan ekonomi.Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Di peringkat kerajaan PBT adalah agensi yang paling rapat dengan orang awam, dan ia memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan menggembleng orang awam serta memberikan maklum balas kepada orang awam bagi menggalakkan pembangunan mampan. LA21 mula disebut dalamBab 28 Agenda 21;menyeru semua PBT di seluruh dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan rakyatnya, organisasi tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang satu LA21 untuk masyarakatnya..

4.0DEFINISI DAN TEORI :4.1Definisi Pembangunan Mampan :Mengikut Brundtland Report 1987 :Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)4.1.1Matlamat Pembangunan MampanRajah 4.1Matlamat PembangunanMampanSumber : Blowers, 19931.Pemuliharaan SumberMemastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.-Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktorintangibleseperti nilai keselesaan dan nilai warisan.2.Pembangunan FizikalMemastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan.-membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut.-meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.3.Kualiti Alam SekitarMengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.-mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.4.Kesaksamaan SosialMengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.-mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.5.Penyertaan PolitikMenggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.4.1.2Objektif-objektif Pembangunan MampanEkonomi-pertumbuhan ,kesaksamaan,KecekapanPembangunan MampanSosial-kuasa-penyertaan-identiti kebudayaan-pembangunan institusiEkologi-keupayaan menampung-kepelbagaian

Sumber : David Drakakis-Smith, 19954.1.3Komponen-komponen dalam Pembangunan Bandar MampanRajah 4.3Komponen-komponen dalam Pembangunan Bandar Mampan4.2Rekabentuk BandarRekabentuk Bandar(urban design)adalah subsektor perancangan yang meneliti perhubungan visual danfunctionalyang wujud di antara manusia dengan alam persekitaran fizikalnya. Premis amalan rekabentuk bandar menyatakan bahawa persekitaran fizikal manusia boleh direkabentuk menerusi pelbagai kaedah rekabentuk bagi menghasilkan rupabentuk bandar yang dihasratkan dalam iklim kekangan politik, ekonomi dan sosial ( Kriken, 1979).Bandar yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk tujuan tertentu. Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan. Ia adalah hasilan daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan ini dipanggil rekabentuk bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun dari sekarang, tetapi ia satu proses membuat keputusan dari hari ke hari.Mengikut Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal bandar untuk mencapai gol yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya rujuk kepada aktiviti danmeaning. Ini bermaksud rekabentuk bandar adalah berkaitan dengan bentuk fizikal, bangunan, jalan, taman dan sebagainya serta perhubungan di antaranya dalam mencapai gol dari segi fungsi, psikologi, sosial dan alam sekitar.4.2.1Pembandaran di Pulau PinangAspek rekabentuk bandar adalah penting kepada perancangan pembandaran Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang adalah kawasan perbandaran yang bersejarah. Sejarah perkembangan Pulau Pinang bermula di George Town pada tahun 1786 yang ketika itu dikenali sebagai The Prince ofWales Island. Pulau Pinang bermula sebagai pos perdagangan British telah mengalami perkembangan perbandaran yang begitu pesat dari hanya sebuah bandar yang dibentuk oleh 4 batang jalan (Jalan Light, Jalan Pantai, Jalan Kapitan Keling dan Jalan Chulia) pada tahun 1786.[1]Kawasan perbandaran pulau berkembang secara berjajar sepanjang jalan-jalan utama dan sehingga kawasan Jelutong, Bagan Jermal dan Jalan Scotland pada tahun 1950. Kebakaran besar George Town pada tahun 1813 telah meninggalkan kesan yang kuat di Georgetown. Celah lima puluh kaki setiap 200 kaki bangunan berderet disediakan dan pemakaian bumbung gentingterra cottatelah bermula pada tahun 1826.Bandar Air Hitam merupakan bandar pasaran pertanian pada zaman penjajahan. Apabila sistem pengangkutan dimajukan, ia telah menggalakkan pertumbuhan bandar secara berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam. Pada lewat 70an hingga awal 1990an, perkembangan perbandaran berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam. Pada lewat 70an hingga awal 1990an, perkembangan perbandaran berjajar telah bergerak dari George Town ke pekan-pekan sekunder berhampiran ( Tanjong Tokong, Air Hitam, Jelutong), sehingga bandar Bayan Baru yang dirancang sebagai bandar baru dan Pusat Wilayah pada awal 70an.Kawasan-kawasan di barat dan barat daya kurang mendapat pengaruh perkembangan perbandaran kerana halangan fizikal. Terdapat kawasan tanah tinggi di tengah pulau, iaitu kawasan Paya Terubung dan Bukit Bendera. Perkembangan di pantai utara pula berlaku secara berjajar sepanjang Jalan Bangan Jermal Batu Feringgi. Perkembangan secara berjajar ini juga diakibatkan oleh halangan fizikal kawasan bukit dan perkembangan industri pelancongan di situ.

4.2.2Rekabentuk Bandar di Pulau PinangRekabentuk bandar meliputiSejarah perkembangan bandar dan pengaruhnya ke atas bandar

Ciri fizikal bandar

Ruang dan aktiviti bandar

Elemen rekabentuk bandar

Imej bandar

Pemuliharaan

5.0FUNGSI, BENTUK DAN KANDUNGAN KAJIAN5.1Fungsi-fungsi Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau PinangFungsi-fungsi Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang adalah seperti berikut :1.Merumuskan dasar, strategi dan matlamat pembangunan rekabentuk bandar kawasan George Town-Membekalkan satu garis panduan pembangunan rekabentuk bandar yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berkesan serta menuju ke arah pembangunan mampan.2.Panduan kepada Pentadbiran Bandar-Untuk dijadikan panduan bagi pentadbiran bandar dengan menyediakan rancangan tahunan atau rancangan pembangunan 10 tahun di samping boleh dijadikan garis panduan bagi mengawas Rancangan Pembangunan kawasan berkaitan di peringkat bandar.3.Mengenalpasti cadangan-cadangan dan keutamaan-Mengenalpasti cadangan ekonomi mahupun sosial dan fizikal dengan program-program perlaksanaan mengikut keutamaan cadangan.5.2Bentuk Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau PinangKajian ini akan dijalankan secara mendalam dan akan menilai kesemua strategi-strategi alternatif untuk pembangunan rekabentuk bandar dan membuat saranan-saranan dalam bentuk cadangan dasar-dasar strategik, lakaran-lakaran serta projek-projek pembangunan berkenaan selaras dengan pembangunan rekabentuk bandar menuju ke arah pembangunan mampan.Kajian ini akan mengambil kira polisi-polisi semasa yang berkenaan dengan rekabentuk bandar kawasan kajian.Dasar-dasar, program-program dan projek-projek yang dijalankan akan megandungi aspek-aspek yang berkaitan dengan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional dan dasar negeri.5.3Kandungan Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau PinangKajian ini akan mengambil kira 3 aspek penting iaitu :1.spek ekonomi yang meliputi aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan kajian, iaitu perniagaan dan pelancongan.2.Aspek sosial yang meliputi sektor perumahan dan komuniti di kawasan kajian.3.Aspek fizikal dan ekologi yang meliputi sektor pengangkutan, lanskap, bangunan dan pemuliharaan.Kajian ini akan mengandungi perkara-perkara berikut:1.Rumusan dasar dan strategi pembangunan tanah di kawasan kajian dan cadangan am kegunaan tanah, terutama cara-cara untuk mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, infrastruktur dan kemudahan masyarakat.2.Mengambil kira sumber-sumber yang sedia ada untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang terkandung dalam kajian rekabentuk bandar selaras dengan kehendak Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang.3.Peta, pelan, rajah dan ilustrasi bagi menjelaskan cadangan-cadangan yang terkandung di dalam kajian rekabentuk bandar.4.Kesemua perkara yang terkandung dalam objektif kajian.PUSAT PENYELIDIKAN LESTARIPusat PenyelidikanPusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK)Pusat ini diwujudkan untuk memfokuskan kepada kajian bersepadu dan transdisiplin berkairan dengan isu kelestarian. Sistem governans yang terdiri daripada polisi, perancangan perundangan dan pengurusan menjadi subjek kajian untuk merealisasikan konsep pembangunan lestari berasaskan input saintifik dan kemanusiaan terutamanya penilaian terhadap perubahan ekosistem fizikal dan kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem untuk pengurusan alam sekitar yang lestari. Objektif penubuhan SGK adalah:1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian transdisiplin dalam bidang Sains Kelestarian dan Governans2. Untuk memainkan peranan sebagai pusat kajian polisi, teori dan pengurusan untuk menyokong pembangunan lestari.3. Untuk menjadi pusat koordinasi untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan keupayaan, jaringan dan pembinaan jangkauan berkaitan dengan sains dan governans kelestarian.Maklumat lanjut:Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES)Pusat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2006 untuk memberikan tumpuan kepada kajian multidisiplin berkenaan kelestarian alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan sosial. Skop kajian pusat ini termasuklah penyelidikan bersepadu dalam integriti alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara lestari serta sistem industri yang menyerlahkan kesejahteraan sosial dan integriti alam sekitar (Kelestarian ekonomi dan industri); dan pembangunan pelbagai komuniti sosial berasaskan konsep kelestarian (kesejahteraan sosial dan komuniti) . Objektif penubuhan KASES adalah:1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian multidisiplin dalam bidang alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian sosial.2. Untuk menyokong kelestarian alam sekitar dan pembangunan sumber asli negara.3. Untuk menjadi pusat koordinasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan keupayaan, jaringan dan jangkauan berkaitan alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian sosial.Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2002 sewaktu teraju kepimpinan LESTARI dijalankan oleh Prof. Dato Dr. Ibrahim Komoo. Pusat ini bertanggungjawab untuk membangunakn sumber warisan asli untuk membina kepupayaan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negara. Objektif Penubuhan PPL adalah:1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pembangunan sumber asli untuk pelancongan. dalam konteks ini, penyelidikan berkenaan penggunaan sumber asli bagi pembangunan pelancongan untuk pembangunan ekopelancongan yang efektif diberikan keutamaan.2. Untuk menjadi pusat penyelidikan terfokus yang menyerlahkan kajian dasar untuk menyokong pelancongan..Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 sebagai sebuah pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. SEADPRI menjalankan penyelidikan yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop wilayah yang global bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana iklim, bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan kemampuan tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya Asia Tenggara.