Home >Documents >MAKNA LEKSIKAL DALAM

MAKNA LEKSIKAL DALAM

Date post:21-Jul-2016
Category:
View:49 times
Download:4 times
Share this document with a friend
Description:
leksikal
Transcript:

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYUDIBENTANGKAN OLEH :MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

OPSYEN :6 PISMP BM/PJ/PMMAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYUSINONIMSinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Disebut juga sebagai perkataan seerti.

Contoh perkataan : sejuk = dingin suka = gemar

Terdapat beberapa jenis sinonim seperti:

Sinonim pinjamanSinonim konteksSinonim laras sosialSinonim kolokasi

Sinonim pinjamanBelalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

Sinonim konteksPerkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Sinonim laras sosialPerkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim kolokasiSinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

ANTONIMAntonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.

Disebut juga sebagai perkataan berlawanan.

Contoh perkataan : sejuk - panas baik - jahat

Tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu.

Kata nafi tidak digunakan bagi menunjukkan pertentangn makna tersebut.

Contohnya : lena tidak lena mati tidak hidup

Jenis antonim :Jenis AntonimKeteranganContoh i. pasangan komplemenpasangan perkataan berlawanan yang melengkapi antara satu sama lain.

tidur jagahidup matitidak tidur - tidur

ii. menunjukkan hubungan darjahMakna kata adjektif yang menunjukkan pasangan darjah ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.besar keciltebal nipis iii. hubungan bertentanganKedua-dua pasangan kata tersebut dari segi semantiknya membawa makna yang setara. jual belipekerja - majikanHIPONIMHiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

Hal ini dapat difahami daripada rajah yang berikut.

PERABOT(mempunyai makna umum)

Kerusi Meja Almari Katil(mempunyai makna khusus)

Rajah 2 Pembentukan hiponim

Dalam hal ini, kerusi memang perabot tetapiperabot bukanlah kerusi semata-mata sebaliknya merangkum perabot lain

HOMONIMHomonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama,sama ada daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza.Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza:

I. ketam pisau tidak berhulu untuk menuai padiII. ketam alat untuk melicinkan kayuIII. ketam binatang berkulit keras dan berkaki sepuluhHOMOFONHomofon pula merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya/bunyinya tetapi berbeza daripada segi ejaan dan maknanya.Yang berikut antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon.

baka (asal keturunan) dengan baqa (kekal)bang (seruan azan) dengan bank (institusi kewangan)duet (nyanyian berpasangan) dengan duit (wang)jin (makhluk halus) dengan jean (sejenis seluar tebal)kari (gulai rempah) dengan qari (pembaca Quran lelaki)kota (bandar/pekan) dengan kuota (had minimum)masa (waktu) dengan massa (jumlah yang banyak)HOMOGRAFHomograf pula merujuk kepada kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang berbeza dan sudah tentulah maknanya juga berbeza.

POLISEMPolisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah.

Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan.

Kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

SEKIANTERIMA KASIH