Top Banner
TREND & ISSUES IN EDUCATIONAL IN MATHEMATICS SCIENCES KUMPULAN 8: KEPERCAYAAN GURU TERHADAP MATEMATIK NAMA NOMBOR MATRIK SITI NORJANNAH NAIMAH BINTI MD AZIB D 20111048013 NORFAEZAH BINTI HAMZAH D 20111048860 KAK ZATI HANAN BINTI KHALIL D 20111048887
88

Kepercayaan Guru

Sep 25, 2015

Download

Documents

Wan Nabil Fikri

Kepercayaan Guru (kumpulan 8)
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

PowerPoint Presentation

TREND & ISSUES IN EDUCATIONAL IN MATHEMATICS SCIENCESKUMPULAN 8:KEPERCAYAAN GURU TERHADAP MATEMATIK

NAMANOMBOR MATRIKSITI NORJANNAH NAIMAH BINTI MD AZIBD 20111048013NORFAEZAH BINTI HAMZAHD 20111048860KAK ZATIHANAN BINTI KHALILD 20111048887

Definisi Guru

Guru-menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Dalam konteks pendidikan, seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat. Guru merupakan tenaga pengajar dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah.

Definisi Kepercayaan

Menurut Gardner (2006), kepercayaan bermaksud nilai, sikap, sistem konsep, teori peribadi dan juga persepktif tentang sesuatu.

Cunningham et.al (2005) telah memperincikan kepercayaan sebagai struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang untuk berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara

Van Der Sandt (2007) membahagikan sistem kepercayaan guru matematik kepada empat bahagian iaitu kepercayaan terhadap pengajaran, pembelajaran, sifat matematik dan pelajar.

Roslina (2007) pula berpendapat kepercayaan terhadap matematik boleh dibahagikan kepada kepercayaan matematik secara umum, kepercayaan terhadap tajuk matematik dan kepercayaan terhadap kaitan matematik dengan kehidupan seharian manusia.

Secara umumnya, kepercayaan guru merangkumi kepercayaan guru terhadap pendidikan matematik dengan isu matematik sebagai suatu subjek, pembelajaran matematik dan penyelesaian masalah, pengajaran matematik secara umum, kepercayaan kepada diri sendiri dan kepercayaan dalam konteks sosial (Opt Eynde et al., 2002)

Peranan Kepercayaan

Asas yang penting dalam usaha penerapan nilai disekolah

Kepercayaan merupakan konstruk peribadi bagi seseorang guru yang berkait rapat dengan perancangan dan pelaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah

Nik Azis (1997)

Kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan yang besar kepada PdP. Hal ini adalah kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai dan sikap yang dimiliki oleh seseorang guru banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka dalam bilik darjah.

8

Fang (1996)

kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran.

Kepercayaan ini bukan hanya mempengaruhi cara dan tindakan guru semasa mengajar tetapi juga bagaimana mereka mentafsirkan pengajaran dan pembelajaran.

Gardner (2006)

Kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan dan dizahirkan kepada amalan, namun kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang world view dan pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan

Habsah et al (2007)

Dalam aspek psikologi, sistem kepercayaan membolehkan seseorang guru atau bakal guru memahami profesion keguruan dan berpegang kepada falsafah yang didokongnya

Definisi Kurikulum

Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah.

Definisi Kurikulum

Kurikulum juga berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan (maklumat yang akan disampaikan mengikut peringkat tertentu)

Definisi Kurikulum Kebangsaan

... suatu program pendidikan yang termasuk

kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,

norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid

dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,

mental dan emosi serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan

untuk menyampaikan pengetahuan

Fokus Proses Persekolahan

Pra sekolah

Perkembangan sahsiah, persediaan ke sekolah rendah

Menengah atas (tingkatan 4-5)

Perkembangan minat & bakat, perkembangan sahsiah, nilai, dan sikap, perkhususan kerjaya, dan pendidikan tinggi.

Menengah rendah (tingkatan 1-3)

Pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh pada sekolah rendah,peningkatan bakat & minat, asas pra vokasional, perkembangan sahsiah sikap dan nilai.

Tahap 2 sekolah rendah (tahun 4-6)

Pengukuhan dan aplikasi kemahiran 3M,

Kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai.

Tahap 1 sekolah rendah (tahun 1 -3)

Penguasaan 3M, perkembangan sahsiah, nilai dan sikap.

11 tahun

Isu yang diketengahkan..

1. Kurangnya konsep kendiri dan kepercayaan

2. Kelemahan kaedah pengajaran

3. Guru bukan opsyen

4. Penggunaan ICT

5.Guru memberi tumpuan kepada sukatan mata pelajaran matematik dalam melaksanakan PdP

Kurangnya konsep kendiri dan kepercayaan dalam diri guru.Konsep kendiri didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sama ada secara positif atau negatif.Berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita.

Isu 2: Kelemahan kaedah pengajaran dalam kelas

Apakah isu lain yang ingin kita bincangkan?

Guru lama

Guru baru

Lemah dalam konsep matematik

Ketidaksepadanan antara matlamat kurikulum dan sistem kepercayaan guru.

Pengalaman mengajar

Apakah kaitannya??

1) Lemah konsep matematik

Guru lama- kurang pengalaman dan sukar membuat perkaitan dalam elemen yang terlibat. Masih bergantung kepada rumus dan petua.

Guru baru- kurang membuat rujukan dan tidak memahami masalah yang timbul dalam kalangan pelajar.

BACK

2) Pelaksanaan kurikulum

Guru lama & guru baru perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran bagi mengikut kurikulum baru yang digubal

Contoh: PPSMI & MBMMBI,PT3

BACK

3) Pengalaman mengajar

Guru lama- mengajar lebih daripada 14 tahun mempunyai tahap keyakinan dan konsep kendiri yang tinggi.

Guru baru- mengajar kurang daripada 3 tahun mempunyai tahap keyakinan yang rendah.

BACK

Penambahbaikan / tindakan

Guru perlu menguasai topik yang ingin diajar.

Penggubalan kurikulum mengambil kira kepercayaan pelaksana kurikulum iaitu guru.

Mempertimbangkan peluang yang lebih luas kepada guru yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran yang membantu membina kepercayaan efikasi .

ISU

iSU : GURU BUKAN OPSYEN

Bagaimana masalah ini timbul?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, statistik ini sehingga 31 Jan 2012.

LELAKIPEREMPUANRENDAH72 266164 047MENENGAH55 155121 252JUMLAH127 421285 299

Hal ini menyebabkan ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen.

Sumber: Jabatan Pelajaran Sabah 2011

Bilangan guru: 39 487

23% = 8996 (Sn & Maths bukan opsyen)

Kesan guru bukan opsyen mengajar matematik

Penjelasan sesuatu konsep tidak jelas dan kukuh.

Kurang pengetahuan dalam konsep matematik.

Bersikap sambil lewa (tiada semangat).

Kurang persediaan.

Mengajar sekadar mengajar.

GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR KELAS PEPERIKSAAN

Guru mengajar untuk peperiksaan (exam oriented).

Memusatkan kepada latih tubi.

Kurang mementingkan proses pemahaman dan pembinaan konsep oleh pelajar

Cadangan

Kementerian Pelajaran Malaysia,KPM dan Kementerian Pengajian tinggi perlu membuat unjuran yang tepat bagi memenuhi guru mengikut opsyen.

Penempatan mengikut kekosongan.

Kurangkan pengambilan guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

Masalah dan cabaran ICT dalam kurikulum sekolah di Malaysia

ICT DALAM P & P

ICT - Information Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

Maksud Penggunaan ICT dalam P&P

Menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana ict digunakan dalam P & P

Aspek pengajaran

Guru guna sebagai:

Alat persembahan

Alat demonstrasi

Aspek pembelajaran

Murid guna sebagai:

Tutorial

Penerokaan

Aplikasi

komunikasi

Mengapa penggunaan ICT diperlukan?

Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep

Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang paling minimum

Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.

Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.

FAKTOR

Isu ICT

KEMUDAHAN

SIKAP GURU

LATIHAN

MASA

KEMUDAHAN

Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar-kurikulum sama. (Kulanz, 2009)

Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah

Sikap guru

Sikap fobia atau takut komputer serta tanggapan negatif untuk menggunakannya dalam P & P.

Guru sudah terbiasa dengan menggunakan teknik pengajaran tradisional (Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi,2011).

Latihan

Kepakaran guru terhad

Menurut Zoraini (2000), dalam proses mengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya terhad.

Pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru rendah.

Masa

Pengajaran di dalam makmal komputer

Pengajaran di dalam kelas- penyediaan, peralatan dan perkakasan komputer.

KelasMakmal komputer

10 minit

Langkah mengatasi

Pemberian bajet yang seragam.

Guru perlu diberi latihan yang cukup dalam mengendalikan penggunaan komputer.

Guru dibekalkan dengan perisian yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran.

Isu guru memberi tumpuan kepada sukatan mata pelajaran matematik dalam melaksanakan PdP

Menurut Lim dan Zhao (2005) dalam kajian mereka yang bertajuk bertajuk: Assessment and Examination System: A Comparative Study between Malaysia and Shanghai (China), di mana menyatakan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan prestasi pelajar dalam matapelajaran matematik di China lebih baik daripada di Malaysia walaupun terdapat banyak persamaan di antara sistem peperiksaan di kedua-dua negara ini. Antara faktor tersebut ialah ketinggian tahap kandungan pengajaran di negara China.

di China, guru matematik cenderung untuk mengajar lebih daripada apa kandungan kurikulum yang diperlukan. Kandungan matapelajaran yang diajar oleh guru adalah lebih sukar berbanding buku teks sekolah dan kurikulum yang dirancang dan mereka percaya jika pelajar-pelajar diajar lebih daripada kandungan yang disediakan ia akan membawa kepada skor yang lebih baik dalam peperiksaan.

di Malaysia, guru-guru hanya mengajar kandungan yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran walaupun kandungan yang dinyatakan bertujuan untuk mencapai kecekapan minimum. Malah, sesetengah guru mungkin memilih untuk mengorbankan beberapa kandungan atau topik-topik di mana mereka merasakan terlalu sukar untuk pelajar-pelajar mereka dan mereka hanya menumpu pada topik yang terhad untuk memastikan pelajar-pelajar mereka boleh menguasai topik-topik ini dan seterusnya lulus dalam peperiksaan.

Jika pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran dan strategi penyelesaian masalah selain yang terdapat dalam sukatan matapelajaran yang ditetapkan, mereka akan lebih cemerlang tanpa perlu memberi penekanan terhadap bentuk soalan peperiksaan dan latih tubi.

Tabii ( Nature ) Matematik

Clark(1997)

Corak dan perhubungan

Haylock (2003) membuktikan bahawa: ...the negative effect of the teachers response to failure to understand...

Cara pemikiran

Ada cara yang betul dan salah untuk membuat matematik. (Cherkas, 1992)

Clark (1997)

Hasil seni (art)

Tidak semestinya apabila seseorang itu bagus di dalam bidang seni,maka ia tidak boleh bagus dalam matematik (Tobias, 1991);

Bahasa

Kesukaran juga terjadi apabila mengenali dan mengelasifikasi matematik bentuk dan simbol. (Schwartz, 2000).

Marzita puteh (1998)

Pengiraan (m/s 37)

Menyelesaikan masalah (m/s 37)

Brady and Bowd (2005) membuktikan bahawa pelajar dijangka dapat memahami selepas sedikit penerangan tentang konsep,tetapi guru juga memalukan diri mereka di hadapan pelajar.

Pelajar terhalang untuk memahami sesuatu masalah kerana pelajar telah diajar bahawa matematik ini tidak perlukan penyiasatan (Oxford and Anderson, 1995).

Marzita puteh (1998)

Latihan (m/s 41)

Abstrak (m/s 38)

Latihan yang banyak membolehkan seseorang itu mahir dalam matematik.

Keyakinan meningkat apabila melakukan banyak latihan.

Tidak melibatkan kehidupan seharian.

Square roots , pi dan trigonometri

Marzita puteh (1998)

Video

Alat pengukur IQ dan kreativiti (m/s 40)

Kurang daya kreativiti dalam penyelesaian masalah(Austin and Wadlington, 1992)

Mengatasi anxiety

Video

Sikap positif

Mengajar untuk pemahaman

Kesalahan adalah biasa

Kongsi minat dengan pelajar

Galakkan membuat latihan

Pelbagaikan cara pengajaran

KEPERCAYAAN GURU TERHADAP PENGAJARAN MATEMATIK

Alat untuk guru membuat keputusan tanpa bergantung kepada pengetahuan pedagogi dan garis panduan yang ditetapkan dalam kurikulum semata

(Handal, 2004)

Roehrig & Kruse, 2005

Kepercayaan merupakan konstruk peribadi bagi seseorang guru dan berkait rapat dengan perancangan dan pelaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah

Ernest (1994)

Peranan guru, tindakan, dan aktiviti kelas merupakan aspek-aspek yang terkandung di dalam pengajaran matematik

Tiga jenis pengajaran guru iaitu sebagai penunjuk ajar, penerang (explainer), dan fasilitator.

Zaidah (2005)

Hubungan kepercayaan dan pengajaran guru merupakan satu proses kerana kepercayaan adalah dinamik yang dipengaruhi oleh pengalaman

guru-guru berpengalaman mempunyai kurang variasi dalam corak kepercayaan mereka dan ianya disebabkan oleh pengalaman mereka berkadar langsung dengan tahap kerasionalan mereka.

Isu 1

Pengajaran Berdasarkan Buku Teks

Sumber yang utama dan penting

Mengandungi semua kandungan isi pelajaran

Pemikiran pelajar terhad

Isu 2

Kaedah Pengajaran Guru

Kaedah pengajaran guru

Guru gemar memanggil pelajar kehadapan untuk menjawab soalan

Pelajar menjadi gementar dan takut

Guru merasakan keseluruhan pelajar memahami PdP

Kaedah tradisional

Berpusatkan guru semata

Pelajar hanya didedahkan dengan teknik hafalan

Tidak mahu ubah kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang .

Kepercayaan guru terhadap pembelajaran Matematik

Definisi Pembelajaran

Menurut Gages dan Liner (1991), pembelajaran didefinisikan sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman dan latihan.

Pembelajaran adalah proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran (Rohazal, 2004).

Menurut Earnest (1989), sistem kepercayaan guru dalam pembelajaran Matematik mengandungi pandangan guru tentang proses pembelajaran, tingkah laku dan aktiviti mental pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, jangkaan, konsepsi dan imej aktiviti pembelajaran dan proses pembelajaran Matematik secara umum.

Sistem kepercayaan guru terhadap pembelajaran Matematik

Prose pembelajaran

Tingkah laku

Mental pelajar

Aktiviti pembelajaran pelajar

Jangkaan

Konsepsi

Menurut Barkatsas & Malone (2005), perkara-perkara yang berlaku semasa aktiviti pembelajaran dalam kelas matematik dipengaruhi oleh kepercayaan guru.

Ini termasuklah bagaimana guru mengenal pasti proses pengajaran, pembelajaran, potensi pelajar, keupayaan, dan kemampuan mereka.

Menurut Liljehdahl (2008), hubungan kepercayaan dan pedagogi adalah sangat jelas bagi guru matematik.

Penggunaan pelbagai takrif dan pembuktian merupakan strategi pedagogi amalan guru yang mempunyai pandangan sistematik tentang matematik.

Menurut Zawawi (2001), kajian tentang kepercayaan dan amalan pengajaran masih kurang di Malaysia.

Jenis-jenis Kepercayaan yang Berkaitan dengan Pembelajaran

Shuhua et al. (2004) menyatakan terdapat dua jenis kepercayaan yang berkaitan dengan pembelajaran iaitu :-

1) Pembelajaran untuk mengetahui

2) Pembelajaran untuk memahami

Kepercayaan jenis pertama merujuk kepada guru yang percaya bahawa pembelajaran matematik dapat dipelajari sekiranya sesuatu konsep atau kemahiran telah diajar.

Kepercayaan terhadap pembelajaran yang kedua menyatakan bahawa kefahaman telah dicapai sekiranya pelajar mampu mengaitkan dengan pengetahuan lepas.

Menurut Ibrahim (1994), pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi tidak bermakna.

Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, petua dan hukum-hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi, 1999; Omar, 1994; Amin, 1993).

Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran Matematik (Tengku Zawawi, 1997).

Beberapa kajian dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku apabila murid-murid mengasimilasikan maklumat baru dengan aktif serta mengalami dan membina skim matematik mereka sendiri

Wang, S. Y. P et al (1999)

Setiap murid perlu menguasai ilmu matematik pada tahap literasi yang tinggi.

Murid hanya belajar apabila mereka meneroka perkara-perkara baru yang melebihi batas dan skop ilmu yang diajar kepada mereka (Bayer 1987). Ini bermakna literasi matematik pada tahap tinggi membabitkan aktiviti yang bersifat konstruktif dan bukan pasif, membabitkan pembinaan skim matematik yang canggih dan bukan hafalan maklumat matematik yang tidak bermakna (Nik Azis, 1996).

Isu-isu yang Berkaitan dengan Kepercayaan Guru Terhadap Pembelajaran Matematik

Pilih Kasih

Guru Bersifat Autokrasi

Pilih Kasih

Melebihkan pertimbangan/

perhatian

Tidak adil

Latar Belakang Keluarga, dan Pencapaian

Bukan isu baru dalam dunia pendidikan

Sedar atau tidak

Yang menjadi masalah ialah sikap seorang guru di sekolah ini yang pilih kasih terhadap pelajarnya. Saya perasan guru ini hanya akan beri tumpuan kepada pelajar yang kaya. Dengan pelajar yang bukan daripada keluarga kaya, dia selalu mengatakan kami tidak akan berjaya dalam kerjaya nanti. Kata-kata guru itu membuatkan saya kecil hati dan kurang bermotivasi.

(Berita Harian, 6 Jun 2010)

Guru Bersifat Autokrasi

Autokrasi

Chalk &talk

Kemampuan murid

Peluang untuk bertanya

Penglibatan murid dalam PDP

Percambahan minda murid

Masalah ponteng sekolah

finish your presentation

THANK YOU =)