KEPENTINGAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KUMPULAN 1 T1MT2- PISMP JUN 2013
KEPENTINGAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
KUMPULAN 1
T1MT2- PISMP JUN 2013
Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia.
Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton.
Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif.
Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka.
Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara.
Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan.
Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik.
Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan.
Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga
menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli
dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
BIDANG KEJURUTERAAN
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan.BIDANG KEDOKTORAN
Bidang kedoktoran juga memerlukan matematik.
Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik.
Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira
dengan teliti dengan mengunakan matematik.
BIDANG SAINS
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.BIDANG PERNIAGAAN DAN EKONOMI
Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.SEKIAN TERIMA KASIH