Top Banner
Karangan Penuh Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan iklan berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia . Secara umumnya, isu berkenaan produk-produk pelancongan dapat dijelaskan sebagai keindahan dan kecantikan pelancongan di Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang datang berkunjung. Sebelum ini, isu berkenaan tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada ia hanya perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan peningkatan jumlah kes berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing seperti yang telah dikeluarkan oleh kementerian pelancongan. Perkara ini turut ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini. Pelbagai produk pelancongan ditawarkan di Malaysia dan pelbagai langkah-langkah perlu di ambil untuk mengembangkan industri pelancongan Negara kita. Salah satu produk yang dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik. Produk kraf tangan yang menarik dapat dijelaskan sebagai produk yang mampu menarik
77

Karangan Penuh

Jan 10, 2017

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Karangan Penuh

Karangan Penuh

Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan iklan berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia . Secara umumnya, isu berkenaan produk-produk pelancongan  dapat dijelaskan sebagai keindahan dan kecantikan pelancongan di Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang datang berkunjung. Sebelum ini, isu berkenaan tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada ia hanya perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan peningkatan jumlah kes berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing seperti yang telah dikeluarkan oleh kementerian pelancongan. Perkara ini turut ditegaskan  oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen  dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini. Pelbagai produk pelancongan ditawarkan di Malaysia dan pelbagai langkah-langkah perlu di ambil untuk mengembangkan industri pelancongan Negara kita.

Salah satu produk yang dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik.  Produk kraf tangan yang menarik dapat dijelaskan sebagai produk yang mampu menarik pelancong asing untuk melihat dan membelinya.Terdapat pelbagai pilihan produk kraf tangan yang berasakan buluh, rotan dan mengkuang seperti kerusi, tudung saji dan tikar. Kebanyakan kraf tangan dapat menarik pelancon asing kerana kraf tangan memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya serta cara penghasilannya yang unik. Oleh itu, produk kraf tangan masih dikekalkan bertujuan untuk memartabatkannya di Malaysia. Produk kraf tangan sering mendapat kunjungan daripada pelancong asing yang ingin menjadikannya sebagai perhiasan rumah atau sebagai kenang-kenangan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Hal ini jelas menunjukkan

Page 2: Karangan Penuh

bahawa produk kraf tangan mampu menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Salah satu produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah produk seni budaya. Produk seni budaya dapat dijelaskan sebagai sesuatu produk yang mampu memikat hati masyarakat seluruh dunia. Apabila produk-produk pelancongan di Malaysia dapat memikat hati hati masyarakat seluruh dunia,hal ini mungkin akan menaikkan nama negara Malaysia di mata dunia. Oleh itu, Menteri Pelancongan perlulah bergiat aktif dan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan agar berkembang maju. Contohnya,mengadakan festival mengenai kesenian. Produk seni budaya yang berpunca daripada matlamat kerajaan yang mengamalkan kepelbagaian strategi dalam memenuhi cita rasa pelancong yang gemarkan sesuatu yang unik telah berlaku di Negara ini seperti yang telah dilaporkan oleh akhbar berita Harian Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah produk seni budaya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri pelancongan ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan dapat dijelaskan sebagai kemudahan yang disediakan kepada orang awam dan pelancong untuk bergerak ke satu tempat ke tempat lain. Apabila pelancong menggunakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang disediakan, pelancong dapat menggunakan peluang yang lebih banyak untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Oleh itu, pelancong dapat melawat lebih banyak tempat-tempat menarik di seluruh negara dan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong.

Page 3: Karangan Penuh

Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia.  Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan pengakutan dan perhubungan sedia ada perlu ditambah bagi menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke Malaysia.

Selain itu, langkah lain untuk menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Pameran dapat dijelaskan sebagai suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya dan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengunjunginya. Apabila pameran kejohanan besar dilakukan, negara dapat menarik pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia disamping dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita.  Oleh itu, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja . Contoh pameran bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia, negara akan menarik lebih banyak pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia.

Di samping itu, langkah lain juga ialah memajukan industri pelancongan ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan. Mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan dapat dijelaskan sebagai salah satu daya tarikkan para pengunjung untuk datang melancong dinegara ini. Apabila Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri,pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka

Page 4: Karangan Penuh

untuk melancong dan berehat di sini. Kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah langkah untuk memajukan industri pelancongan pada masa kini isu ini berlaku di negara ini sendiri seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah satu langkah yang baik untuk meningkatkan lagi  industri pelancongan di negara ini.

Kesimpulannya, produk pelancongan yang menarik dan langkah yang berkesan boleh menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Antara produk pelancongan yang ditawarkan di Malaysia untuk menarik perhatian pelancong asing ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik dan melalui produk seni budaya. Langkah menarik perhatian pelancong pula ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan, dan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Oleh sebab pelbagai langkah bagi menarik pelancong luar mengunjungi Malaysia telah dilakukan, pelbagai kesan positif telah diterima negara antaranya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar. Perkara ini pernah ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen dalam ucapan beliau sempena  cuti-cuti Malaysia. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, masyarakat umum, pihak swasta dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelancong asing supaya datang ke Malaysia. Kerjasama ini amat bersesuaian pula dengan Pelaksanaan konsep  1 Malaysia.

Page 5: Karangan Penuh

Pendahuluan:Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam

Isi-isi:

Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama sekali ketika waktu puncak dapat diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) - bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya akan berkurang Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam - mudah untuk sampai ke destinasi yang dituju -  pengguna hanya perlu memilih satu atau beberapa jenis pengangkutan awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur Sentral - terdapat perkhidmatan bas, kereta api, teksi, komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) - memudahkan pengguna - dari satu destinasi ke satu destinasi dengan lebih lancar Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak menggunakan jalan raya -  perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak dan kawasan tumpuan orang ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut tanpa menempuh dengan kesesakan lalu lintas - tidak membuang masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran parkir dan bayaran tol -

Page 6: Karangan Penuh

pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga tambang berpatutan - perbelanjaan harian berjaya dikurangkan Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual perjalanan dan kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk merancang perjalanan Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam - dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau. Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang datang berkunjung - mudah bergerak dan melawat tempat-tempat menarik di negara kita Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila berjaya menarik kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien, pendapatan negara akan meningkat

Penutup:Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan negara. Penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara dan dijaga dengan rapi - memastikan kelangsungan penggunaannya dalam masyarakat.

Page 7: Karangan Penuh

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor dominan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Dalam konteks ini, minat juga akan menyebabkan seseorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Bertitik tolak

Page 8: Karangan Penuh

daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Kesannya, pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan dengan senang. Sikap kesungguhan ini dapat digambarkan melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, seseorang yang mempunyai minat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerjaya yang diidam-idamkannya menjadi kenyataan.

Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah jika seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek yang mesti dipilih ialah Lukisan kejuruteraan. Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya idaman dan cita-cita yang menggunung tinggi ini, pelajar haruslah memilih subjek yang seiring dengan kursus yang dipilih mereka.

Page 9: Karangan Penuh

Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idola yang ingin dicontohi sebelum mereka menentukan kerjaya masa depan. Biasanya, idola yang dipilih memang dikagumi dan menepati dengan kerjaya yang dipilih. žSebagai contoh, seseorang yang ingin menjadi seorang arkitek, mereka boleh menjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah namanya di persada dunia iaitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itu sahaja, malah segala ketekunan, kegigihan dan kekreatifan beliau akan dijadikan sebagai teladan dalam menggapai kerjaya idaman mereka. Impaknya, seseorang yang dijadikan idola seharusnya mampu mempengaruhi pemikiran, tindak tanduk dalam membuat keputusan serta kesungguhan seseorang untuk memastikan kerjaya yang dihasratkan dapat direalisasikan. Sememangnya, idola dapat mempengaruhi seseorang dalam membina semangat dan motivasi ke arah menjadikan kerjaya sebagai kenyataan bukannya omong-omong kosong sahaja.

Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan

Page 10: Karangan Penuh

harapan kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi

Page 11: Karangan Penuh

yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

Page 12: Karangan Penuh

...........Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum kebangkitan era kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun Dr Mahadhir Mohamed melalui Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan, Malaysia mengerjakan pelbagai tanaman komersial seperti padi sawah, kelapa sawit, lada hitam dan nanas. Walaupun begitu, kepentingannya tidaklah diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah melancarkan Dasar Pertanian Negara yang sebenarnya menjadi garis panduan kepada pembangunan sektor ini. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pertanian kepada negara sehingga mendesak kerajaan memajukannya?

...........Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Oleh hal yang demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk menampung permintaan masyarakat, selain berusaha mengurangkan import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di negara ini. Maka, tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar pertumbuhan penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak boleh dipandang enteng.

...........Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita, pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjana ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti Malaysia, sektor pertanian menyumbang 50 peratus peluang pekerjaan. Perlu

Page 13: Karangan Penuh

diingat bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Lagi pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh diibaratkan bulan jatuh ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur.

...........Bukan itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara melalui hasil eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang hebat, industri ini mampu menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.

...........Konklusinya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan menaruh beberapa strategi yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia keseluruhannya. Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita ada, industri pertanian pasti mampu memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan

Page 14: Karangan Penuh

negara. Realitinya, dijangkan pada tahun 2050 sekiranya telaga minyak yang baharu tidak dijumpai, maka hasil petroleum akan kehabisan seterusnya menganggu pengeluaran dalam sektor perindustrian. Akhir kata, slogan ‘Pertanian Satu Perniagaan’ perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam.

Page 15: Karangan Penuh

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju. Demi merealisasikan hasrat ini, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk menjana ekonomi negara. Salah satu sektor yang mampu memberikan impak yang besar terhadap ekonomi negara ialah sektor perindustrian. Sektor ini bukan sahaja dapat memajukan ekonomi Malaysia, malah turut mampu menaikkan imej negara. Hakikatnya, langkah memajukan sektor perindustrian amat mustahak kerana terdapat pelbagai kebaikan sektor tersebut terhadap negara.

Pertama sekali, sektor perindustrian dapat meningkatkan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana aliran wang masuk ke dalam negara dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport barangan perindustrian ke luar negara. Barangan industri juga boleh dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding dengan barangan sektor lain. Misalnya, pengusaha barangan elektrik dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan individu yang terlibat dengan bidang pertanian. Pada masa yang sama, pendapatan kerajaan turut meningkat apabila lebih ramai pengusaha bidang perindustrian membayar cukai. Maka, secara tidak langsung, ekonomi negara menyumbang kepada pendapatan negara.

Selain itu, sektor perindustrian turut mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Peluang pekerjaan semakin bertambah apabila lebih banyak bidang perindustrian diterokai di negara kita. Lebih-lebih lagi, penduduk luar bandar turut mendapat manfaat daripada bidang perindustrian. Contohnya, industri kecil dan sederhana seperti industri pembuatan tembikar, perusahaan keropok lekor dan perusahaan kraf tangan dapat membuka peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar dan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. Keadaan ini dapat mengikis kehidupan

Page 16: Karangan Penuh

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat boleh ditingkatkan secara menyeluruh dengan adanya sektor perindustrian.

Di samping itu, sektor perindustrian boleh memajukan sektor pertanian. Kemajuan bidang perindustrian turut dapat merangsang perkembangan sektor pertanian. Umpamanya, penggunaan jentera moden membuka peluang kepada para petani untuk mengurangkan keperluan tenaga manusia serta meningkatkan tahap produktiviti mereka. Tambahan pula, kebanyakan bidang perindustrian memerlukan hasil sektor pertanian sebagai bahan mentah. Sebagai contoh, perusahaan ladang kelapa sawit semakin bertambah apabila industri pembuatan minyak kelapa sawit berkembang ekoran permintaannya yang semakin meningkat. Keperluan getah asli dalam industri pembuatan tayar di seluruh dunia pula meningkatkan perusahaan ladang pokok getah. Secara tidak langsung, situasi ini dapat menyumbang kepada pengeksportan bahan-bahan pertanian. Hal inilah yang memangkin perkembangan sektor pertanian.

Seterusnya, kemajuan sektor perindustrian turut mampu meningkatkan imej negara kita di persada dunia. Kemajuan dalam sesebuah bidang perindustrian membolehkan kita bersaing dengan negara-negara di seluruh dunia. Contohnya, penciptaan kereta nasional pertama pada tahun 1980-an dan perkembangan bidang tersebut sehingga hari ini meningkatkan persaingan jenama kereta nasional dengan jenama-jenama kereta yang lain. Lebih menggembirakan lagi apabila budaya negara kita dapat diperkenalkan kepada masyarakat di luar negara melalui bidang perindustrian. Misalnya, batik Tom Abang Saufi yang menggambarkan keunikan masyarakat Malaysia mendapat pasaran yang luas di benua Eropah dan Tanah Arab. Keadaan ini dapat diibaratkan sebagai sambil

Page 17: Karangan Penuh

menyelam minum air kerana bidang perindustrian tempatan dan imej negara dapat ditingkatkan pada masa yang sama. Maka, situasi ini pasti menjadikan negara kita lebih terkenal pada pandangan mata masyarakat dunia.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai kebaikan sektor perindustrian terhadap negara. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya media massa, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan harus berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam bidang perindustrian. Jika hasrat ini berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan pencapaian hasrat ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, “Ilmu apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya murid-murid sekolah. Kecemerlangan murid dalam akademik adalah sangat penting kerana mereka merupakan bakal pemimpin kita pada masa hadapan. Remaja yang cemerlang akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan ungkapan “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ”. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan seseorang murid dalam akademik?

Faktor utama yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik ialah melalui tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Sekiranya seseorang murid itu menumpukan perhatian

Page 18: Karangan Penuh

semasa guru mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam minda murid-murid. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa, “lima puluh peratus kejayaan murid dalam akademik adalah melalui tumpuan seratus peratus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah”. Kebanyakan murid yang berjaya dalam akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa mengemukakan soalan kepada guru-guru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar. Selain itu, murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tentang akademik, pasti meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghindari perasaan malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang akademik kepada guru mereka kerana pepatah menyatakan, malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Murid-murid juga perlu menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan menghantar dengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu mewujudkan proses pengajaran guru yang menarik dan berkesan. Tegasnya, tumpuan murid-murid semasa guru sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utama kecemerlangan murid dalam akademik

Selain itu, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah turut menyumbang kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara program yang diadakan ialah pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan program ini, murid-murid dapat memupuk minat mereka dalam subjek tertentu dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Selain program Minggu Bahasa, pihak sekolah juga banyak mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagi subjek-

Page 19: Karangan Penuh

subjek tertentu . Dengan menghadiri bengkel menjawab soalan , murid-murid dapat mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek dan memperbaiki kelemahan tersebut serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan sebenar dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid supaya lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan yang sebenar. Sekolah turut mengadakan kem kecemerlangan, kem motivasi dan kem bina insan agar murid dapat membina sahsiah diri, mempunyai motivasi dan membentuk keperibadian yang luhur. Program Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberi motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang dianjurkan sekolah juga merupakan salah satu faktor kecemerlangan murid dalam akademik.

Seterusnya, saya akan menubuhkan kumpulan perbincangan di sekolah bagi meraih kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Saya akan mengajak empat atau lima orang rakan saya untuk sama-sama berbincang tentang sesuatu tajuk atau topik pelajaran yang kurang difahami. Selain guru, penerangan dan penjelasan daripada rakan-rakan dalam kumpulan perbincangan berkaitan sesuatu topik amat penting untuk meningkatkan pemahaman murid tarhadap tajuk pelajaran yang kurang difahami semasa di kelas. Bersama rakan perbincangan juga, saya akan membuat lebih banyak latihan terutamanya Matematik, Fizik, Prinsip Akaun dan subjek Sains yang lain. Saya dan rakan kumpulan perbincangan akan selalu mengunjungi perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran dan berbincang dengan rakan-rakan. Kami akan menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru bersama-sama. Kumpulan perbincangan amat penting lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan yang sebenar. Murid-murid yang

Page 20: Karangan Penuh

menyertai kumpulan perbincangan di sekolah akan lebih bersedia dan berkeyakinan ketika menghadapi peperiksaan. Oleh itu, penyertaan murid dalam kumpulan perbincangan guga merupakan antara faktor kejayaan murid dalam akademik.

Akhir sekali, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa. Dorongan daripada ibu bapa dapat menjadikan seseorang murid itu rajin dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlanagn. Hal ini kerana dorongan daripada ibu bapa merupakan satu sumber inspirasi kepada anak-anak. Anak- anak akan lebih berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup dengan adanya dorongan, motivasi, kata-kata perangsang, restu, dan keredaan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi contoh teladan kepada anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan atau menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa dan menganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri mereka sendiri. Bak kata peribahasa, “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Salah satu cara ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak adalah dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak menghadiri kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan untuk anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka. Tegasnya, dorongan ibu bapa amat penting untuk anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Kesimpulannya, banyak faktor penentu kecemerlangan murid dalam akademik. Untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlu memberikan tumpuan ketika

Page 21: Karangan Penuh

pembelajaran di bilik darjah. Murid-murid juga hendaklah menyertai program-program akademik yang dianjurkan oleh sekolah selain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah. Kecemerlangan murid dalam akademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan dorongan daripada ibu bapa. Tegasnya, kecemerlangan seseorang murid dalam akademik bergantung pada keazaman seseorang murid itu untuk berjaya, bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan dan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Page 22: Karangan Penuh

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha

Page 23: Karangan Penuh

kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa memang terbukti

Page 24: Karangan Penuh

kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah,

Page 25: Karangan Penuh

kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

Page 26: Karangan Penuh

Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan. Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Murid akan memperoleh pelbagai manfaat jika memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah. Persolannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah?

Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah dengan memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah dikunjungi oleh murid-murid. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang. Hal ini memudahkan pengunjung untuk mengunjungi PSS. Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, ’tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, suasana di dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi

Page 27: Karangan Penuh

tumpuan terhadap bahan yang dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah ditambah bilangannya dan yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan murid-murid meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji.

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah perlu menghebahkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan. Melalui saluran ini, murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik murid mengunjungi pusat sumber. Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Selain itu, murid-murid dan persatuan-persatuan yang ingin mengadakan mesyuarat di PSS juga dialu-alukan agar mereka dapat memanafaatkan sepenuhnya penggunaan PSS. Mereka perlulah menempah bilik tersebut terlabih dahulu agar tidak berlaku pertembungan. Pihak PSS juga boleh menampal jadual penggunaan bilik mesyuarat di papan notis. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus digiatkan lagi agar murid akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan membuat bacaan di pusat sumber. Program

Page 28: Karangan Penuh

NILAM merupakan satu pendekatan untuk penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan yang dibaca bak kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah pengetahuan’. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak bukan tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid.

Akhir sekali, pelbagai pertandingan dan aktiviti boleh dijalankan dalam usaha menarik pengunjung mengunjungi PSS. PSS boleh mengadakan pelbagai pertandingan sempena minggu-minggu tertentu seperti Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris dan Minggu Patriotik. Pertandingan seperti Menulis Ulasan Buku/Novel, Menulis Esei, Menulis Cerpen, Pertandingan Debat, Forum Remaja dan sebagainya boleh diadakan di PSS. Hal ini membolehkan murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan akan meminjam buku-buku daripada perpustakaan sebagai rujukan. Selain itu, murid-murid lain yang tidak mengambil bahagian akan hadir sebagai penonton untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian. Secara tidak langsung, murid-murid yang terlibat dalam aktiviti atau pertandingan di PSS, dapat mengetahui kemudahan yang di sediakan di PSS.

Page 29: Karangan Penuh

Mereka akan terus mengunjungi PSS pada masa yang lain untuk meminjam buku-buku di PSS. Tegasnya, pelbagai pertandingan dan aktiviti di PSS mampu meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan murid dan menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya, ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu, manfaatkan masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Page 30: Karangan Penuh

Pelabur asing merupakan golongan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara terutamanya bagi negara yang sedang membangun seperti negara kita. Hal ini amat penting untuk dititikberatkan kerana pelabur asing merupakan pihak yang boleh menjadi batu loncatan untuk negara kita mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain. Pihak yang bertanggungjawab di negara ini haruslah aktif memainkan peranan, contohnya bertemu dengan pelabur asing bagi memberikan penerangan yang berkaitan dengan hal ini. Dengan cara itu, sudah tentu pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara ini iaitu apabila mereka yakin akan mendapat pulangan yang sewajarnya hasil daripada penerangan tersebut. Oleh hal yang demikian, pelabur asing memang dialu-alukan untuk melabur di negara kita ini.

Faktor yang boleh mendorong pelabur asing yag lebih banyak melabur di negara kita ialah faktor kestabilan politik. Sudah tentu pelabur tidak akan teragak-agak, malah mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam hal ini sekiranya keadaan politik negara kita stabil. Kita perlulah mempertahankan dan mengekalkan kestabilan politik yang sudah lama wujud di negara kita. Tambahan pula, pada zaman sekarang, tidak banyak negara yang stabil dari segi politik yang menyebabkan pelabur akan berfikir dua kali untuk membuat pelaburan di sesebuah negara. Dengan kelebihan yang kita miliki itu, kita harus memanfaatkannya dengan sebaik-baik yang mungkin kerana peluang baik seperti itu mungkin tidak akan datang bergolek pada masa akan datang.

Dengan adanya tenaga kerja yang banyak, perkara ini boleh membantu negara untuk meningkatkan pelaburan asing. Perkara ini dapat dilihat apabila sesebuah negara itu mempunyai banyak pekerja untuk melakukan sebarang pekerjaan di samping upah kerjanya yang murah. Oleh itu,

Page 31: Karangan Penuh

pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara kita dan seterusnya mereka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di negara ini. Secara tidak langsung, negara kita akan dapat banyak manfaat dalam satu masa seperti kata pepatah, “sambil menyelam minum air”. Oleh itu, masalah pengangguran akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan itu akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

Pelabur asing yang datang ke negara kita ingin akan layanan yang baik dari negara kita, termasuklah kemudahan infrastruktur. Kemudahan-kemudahan seperti sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan jaringan komunikasi merupakan prasyarat dan perkara yang sangat penting untuk membawa produk mereka ke luar negara untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Oleh sebab itu, pihak kerajaan harulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk menarik pelabur asing yang lebih banyak supaya masuk ke negara ini. Layanan yang baik ini akan memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di negara ini dan membawa rakan-rakan pelabur asing yang lain melabur di negara ini.

Faktor birokrasi juga turut memainkan peranan penting bagi menentukan kemasukan pelaburan asing. Hal ini demikian kerana, jika faktor birokrasi sesebuah negara itu tidak terlalu ketat, sudah pasti pelabur asing akan tertarik untuk melabur di sesebuah negara itu. Birokrasi seperti urusan pentadbiran yang merumitkan pelabur, contohnya sesuatu permohonan yang memerlukan masa yang lama untuk diluluskan akan menyusahkan para pelabur asing dan akan menyebabkan mereka menarik pelaburan ke negara lain. Secara tiidak langsung, perkara ini akan memberikan impak terhadap negara ini. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, “kerana nila setitk, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah

Page 32: Karangan Penuh

memastikan urusan pentadbiran di negara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan yang akan memudaratkan negara.

Kegiatan pelaburan asing sering sahaja dikaitkan dengan aspek kestabilan ekonomi sesebuah negara. Dengan cara itu, faktor ekonomi sesebuah negara juga tidak terkecuali daripada pertimbangan para pelabur sebelum melabur di sesebuah negara itu. Sudah tentu para pelabur akan mencari negara yang mempunyai ekonomi yang stabil bagi meluaskan perniagaan mereka untuk mendapat pulangan yang menguntungkan mereka. Jika sesebuah negara itu mundur dan kekurangan modal, tidak mungkin para pelabur akan berminat untuk melabur di sesebuah negara itu kerana hal ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, sesebuah negara itu pula akan menjadi semakin mundur dan tidak akan mendapat keuntungan dari luar negara. Dengan kata lain, faktor ekonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Untuk menarik pelabur asing, sesebuah negara itu haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana kemajuan bagi sesebuah negara. Usaha-usaha yang berkesan haruslah ditingkatkan untuk menarik pelabur asing di negara kita. Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara, sudah pasti ekonomi bagi sesebuah negara itu sukar untuk berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendak mencari jalan untuk menarik pelabur dan menyediakan peluang yang lebih banyak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Page 33: Karangan Penuh

HARI: KHAMIS(19/7/2012)

Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di Negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehjingga boleh membawa kematian.

Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi air.

Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkuranagn. Hal ini menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.

Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan system perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Page 34: Karangan Penuh

Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan.

Page 35: Karangan Penuh

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia..Banyak rakyat Malaysia juga mati akibat penyakit kanser dan kerosakan buah pinggang. Memang terdapat pelbagai punca yang mencetuskan penyakit ini. Lantaran itu, langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil.

    Amalan merokok dan ketagihan arak merupakan punca utama berlakunya penyakit yang serius. Asap rokok mengandungi campuran 4000 jenis bahan kimia termasuk nikotin dan tar.Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung. Hal ini menyebabkan saluran arteri tersumbat dan mengakibatkan sakit jantung. Kanser paru-paru juga berpunca daripada asap rokok. Arak pula mengandungi kafein. Bahan-bahan kimia dalam rokok dan arak itu menyebabkan kanser hati dan penyakit jantung seperti aterosklerosis dan angina.

    Amalan pemakanan yang tidak sihat turut merupakan puncanya. Sesetengah orang mengamalkan tabiat makanan yang negatif. Mereka hanya mengambil makanan tertentu sahaja malah ada yang makan makanan tertentu secara berlebihan. Makanan bersalai dan makanan yang digoreng mencetuskan kanser usus.Kandungan kolesterol yang tinggi mencetuskan penyakit jantung. Makanan berkandungan gula yang tinggi mencetuskan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pengambilan makanan yang berlebihan dan lemak tinggi menyebabkan kegendutan. Hal ini membebankan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan selanjutnya mencetuskan penyakit jantung.

     Tekanan hidup juga merupakan punca penyakit yang serius.Golongan pemarah, pantang  kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup, tekanan keluarga dan tekanan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka.Tekanan hidup menyebabkan pergolakan emosi. Selanjutnya, kekecewaan akan

Page 36: Karangan Penuh

menyebabkan kemurungan. Keseimbangan hormon badan akan terjejas.Lama-kelamaan, hal ini menyebabkan penyakit yang serius seperti sakit jantung dan barah.

     Senaman merupakan langkah yang bijak bagi mengelakkan penyakit yang serius. Seseorang harus menjalani senaman dengan kerap. Simpanan lemak akan digunakan untuk menjana tenaga ketika bersenam.Oleh itu, lemak dan kolesterol tidak akan termendap dalam arteri koronari jantung. Kita juga tidak mudah menghidap penyakit jantung. Senaman juga meringankan tekanan darah dan mengurangkan berat badan. Hal ini meningkatkan daya tahan penyakit seseorang. Maka terhindarlah penyakit yang serius.

     Demi mengatasi masalah ini, amalan pemakanan yang betul juga penting. Kita harus mengurangkan pengambilan makanan berkandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan gula dan garam. Kita sepatutnya tidak menggunakan minyak masak yang telah digunakan. Kita seharusnya makan daging putih atau daging yang telah dibuang lemaknya. Masak makanan dengan cara merebusnya atau mengukusnya daripada menggorengnya.Penganmbilan sayuran dan buah-buahan yang segar digalakkan. Kita juga perlu menjauhi rokok dan arak sama sekali.

     Penyakit yang serius pasti mendatangkan penderitaan kepada diri pesakit dan keluarganya. Oleh itu, kita perlulah menghindarinya. Tabiat hidup yang sihat dan positif amat penting dalam hal ini. 

Page 37: Karangan Penuh

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pendahuluan

· Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat.

· generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisionali.

· permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat.

· Adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?

· sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita

· bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

· Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Page 38: Karangan Penuh

1. Ibu bapa

· pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka

· kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.

· Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil

· bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional.

· membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah

· menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga

· memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing

· akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta

· mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,

· bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Page 39: Karangan Penuh

2. pihak kerajaan

· Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah

· pihak sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa

· pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.

· pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut.

· penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan

· Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut

· agar pelajar dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional

· di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

3. mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional

· Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan

Page 40: Karangan Penuh

kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.

· Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain

· memperkenalkan sejarah dan cara bermain

· pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan Negara

· Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi

· permainan tradisional boleh menjadi popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.

· pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

4. Pertukaran budaya dengan Negara luar

· pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini

· Apabila pulang mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini.

· nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga

· yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Page 41: Karangan Penuh

· agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing

· agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing

· membuatkan para pelancong terhibur sekali gus

· berminat dengan acara-acara yang disediakan dan

· ingin datang kembali ke Malaysia

· pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

5. penganjuran pelbagai bentuk pertandingan

· semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka

· kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu

· Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis

· menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa

Page 42: Karangan Penuh

· contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.

· pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.

· penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara

Penutup

· semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.

· kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.

· Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang

· setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

Page 43: Karangan Penuh

Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung dari 11 hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan di Malaysia pada tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju, penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel, negara kita juga pernah menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya. Persoalannya sekarang apakah faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?

Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan sukan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas kembali Sukan Olimpik yang diadakan di Atlanta. Negara Amerika telah mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran temasya sukan berprestij ini.

Page 44: Karangan Penuh

Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia. Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju lalu ekonomi negara dapat dijana.

Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

Page 45: Karangan Penuh

Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan. Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.

Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

Page 46: Karangan Penuh

Makan makanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan. Nak tahu lebih lanjut tentang makanan seimbang, boleh baca Panduan Diet Seimbang

Minum air secukupnya – minum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula.

Bersenam – Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina.

Buat sesuatu yang kita minat – Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.

Kawal berat badan – Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan Panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

Pengambilan Supplemen – Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat.

Rehat- Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.

Tidur – Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan kita akan terasa letih.

Page 47: Karangan Penuh

Berfikiran positif – Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria.

Pemeriksaan kesihatan – Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tapi yang penting jangan tinggalkan solat.

Page 48: Karangan Penuh

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.

Page 49: Karangan Penuh

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Page 50: Karangan Penuh

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Page 51: Karangan Penuh

Contoh Soalan:

Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak rakyat Malaysia yang suka menyertai aktiviti sukan lasak. Bincangkan kebaikan menyertai sukan ini.

Pendahuluan

Sukan lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia - semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart, terjun bungee dan 'paintball' - aktiviti sukan seperti ini banyak manfaatnya

Isi-isi

meningkatkan ketahanan dalam diri - tidak semua orang berani mencuba sukan lasak - perlu kekuatan dari dalam diri

melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran - tidak membataskan diri apabila berdepan dengan masalah

menguatkan aspek fizikal dan mental - badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif

terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara berpasukan - memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih teknik komunikasi sesama ahli kumpulan

berpeluang mengharumkan nama negara jika mewakili negara menyertai pertandingan sukan lasak yang diadakan

Page 52: Karangan Penuh

Penutup

Sukan lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja - banyak manfaat - para pelajar harus digalakkkan untuk mencuba aktiviti sukan lasak

Page 53: Karangan Penuh

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Page 54: Karangan Penuh

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian

Page 55: Karangan Penuh

Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.