Top Banner
106

KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

Oct 12, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah
Page 2: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

1 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

ISI KANDUNGAN

Kalendar Akademik ............................................ 2

Pengenalan Dan Latar Belakang ...................... 3-4

Objektif, Visi Dan Misi ....................................... 5

Lokasi Kampus Aswara ..................................... 6

Program Pengajian Diploma ............................. 7-8

Sistem Semester ................................................ 9

Struktur Kursus Wajib Akademi......................... 10-17

Pusat Seni Pentas Tradisional (Putra) .............. 18-19

Unit Bahasa ......................................................... 20

Fakulti Muzik ....................................................... 21-34

Fakulti Teater ...................................................... 35-43

Fakulti Tari .......................................................... 44-56

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem .................. 57-80

Fakulti Animasi Dan Multimedia......................... 81-89

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual ................... 90-105

Page 3: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

2 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KALENDAR AKADEMIK ASWARA SESI 2019/2020

DIPLOMA DAN

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER I ( 09 SEPTEMBER 2019 – 17 JANUARI 2020 )

Pendaftaran Pelajar Baharu Isnin, 02.09.2019 - Jumaat, 06.09.2019 01 minggu 01.09.19 (Ahad) & 02.09.19 (Isnin): Awal Muharram

09.09.19 (Isnin): Hari Keputeraan YDP Agong

16.09.19 (Isnin): Hari Malaysia

27-28.10.19 (Ahad-Isnin): Deepavali

09.11.19 (Sabtu): Maulidur Rasul

25.12.19 (Rabu): Krismas

01.01.2020 (Rabu): Tahun Baru

25-27.01.2020 (Sabtu-Isnin): Tahun Baru Cina

01.02.2020 (Sabtu): Hari Wilayah

08.02.2020 (Sabtu): Thaipusam

Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 08.09.2019 - Ahad, 08.09.2019 01 hari

Kuliah Isnin, 09.09.2019 - Jumaat, 25.10.2019 07 minggu

*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 09.09.2019 - Jumaat, 20.09.2019 02 minggu

Cuti Pertengahan Semester Ahad, 27.10.2019 - Ahad, 03.11.2019 01 minggu

Kuliah Isnin, 04.11.2019 - Jumaat, 20.12.2019 07 minggu

Cuti Ulangkaji Ahad, 22.12.2019 - Ahad, 29.12.2019 01 minggu

Peperiksaan Akhir Isnin, 30.12.2019 - Jumaat, 17.01.2020 03 minggu

Cuti Antara Semester Ahad, 19.01.2020 - Ahad, 16.02.2020 04 minggu

SEMESTER II ( 17 FEBRUARI 2020 – 26 JUN 2020 )

Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 16.02.2020 - Ahad, 16.02.2020 01 hari

01.05.2020 (Jumaat): Hari Pekerja

07.05.2020 (Khamis): Hari Wesak

10.05.2020 (Ahad): Nuzul Al-Quran

24-26.05.2020 (Ahad-Selasa): Hari Raya Aidilfitri

Kuliah Isnin, 17.02.2020 - Jumaat, 03.04.2020 07 minggu

*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 17.02.2020 - Jumaat, 28.02.2020 02 minggu

Cuti Pertengahan Semester Ahad, 05.04.2020 - Ahad, 12.04.2020 01 minggu

Kuliah Isnin, 13.04.2020 - Jumaat, 29.05.2020 07 minggu

Cuti Ulangkaji Ahad, 31.05.2020 - Ahad, 07.06.2020 01 minggu

Peperiksaan Akhir Isnin, 08.06.2020 - Jumaat, 26.06.2020 03 minggu

Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 28.06.2020 - Ahad, 06.09.2020 10 minggu

SEMESTER PENDEK ( 29 JUN 2020 – 21 OGOS 2020 )

Pendaftaran Pelajar Lama Isnin, 29.06.2020 - Isnin, 29.06.2020 01 hari

31.07.2020 (Jumaat): Aidiladha

20.08.2020 (Khamis): Awal Muharram

31.08.2020 (Isnin): Merdeka

Kuliah Isnin, 29.06.2020 - Jumaat, 14.08.2020 07 minggu

Peperiksaan Isnin, 17.08.2020 - Jumaat, 21.08.2020 01 minggu

Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 23.08.2020 - Ahad, 06.09.2020 02 minggu

Page 4: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

3 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

PENGENALAN Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994

dengan nama asalnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK) merupakan agensi di bawah

Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu. Di dalam

Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971,

salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah institusi ditubuhkan untuk

pembelajaran dalam bidang seni. Di dalam konteks pembangunan negara, kemajuan

pendidikan kesenian hendaklah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, sosial dan

pembinaan modal insan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju perlu didokong

bersama oleh penggiat seni tanah air. Pengalaman beberapa buah negara maju seperti

Perancis dan United Kingdom membuktikan bahawa pelaksanaan program pembangunan

seni yang mantap bukan sahaja memastikan kesenian bangsa dipelihara dan boleh diangkat

ke tahap lebih cemerlang, malah bidang seni juga boleh memberikan pulangan ekonomi

yang baik kepada penggiatnya.

ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang bermatlamat menghasilkan

seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa di samping menentukan

kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya, ASWARA menumpukan pendidikan

seni ke arah mengeluarkan „performer‟ yang kreatif, profesional dan berilmu. Penekanan

pembelajaran ditumpukan kepada pendidikan amali bagi memastikan pelajar mencapai

tahap kemahiran yang tinggi. Siswazah ASWARA adalah diharapkan dapat menampung

keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan kemahiran. Ini dapat mengisi keperluan

tenaga profesional seni seperti anggota orkestra, pencipta muzik / lagu, penyanyi,

penggubah, pelakon, pengarah, penulis skrip, pendidik seni, penari, koreografer serta

kerjaya lain yang berkaitan dengan industri seni kreatif.

Pengembangan bidang pengajian yang merangkumi filem dan televisyen, tari, muzik, teater,

penulisan kreatif, seni halus, animasi dan multimedia, reka seni visual dan pengurusan seni

dan budaya serta ilmu yang berkaitan menjadikan ASWARA sebagai satu-satunya institusi

pengajian tinggi yang menjalankan fungsi dan peranannya sebagai sebuah institusi induk

pengajian kebudayaan, kesenian dan warisan yang komprehensif dan bertanda aras sebagai

yang terbilang.

Page 5: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

4 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

LATAR BELAKANG

Penubuhan ASWARA merupakan hasrat terbesar rakyat Malaysia untuk melihat sebuah

institusi khusus yang menyediakan sistem pendidikan kesenian yang formal, tersusun,

sistematik serta memenuhi keperluan industri kreatif negara dalam bidang seni budaya dan

warisan.

Aspirasi, semangat serta harapan yang dijelmakan melalui Kongres Kebudayaan Melayu

Pertama di Melaka (30 Disember 1957 - 2 Januari 1958) dan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971 di Kuala Lumpur (16 - 20 Ogos 1971) menjadikan pengujudan ASWARA

juga sebagai sebuah institusi masyarakat yang bertanggungjawab mempertahankan jati diri

dan kebudayaan rakyatnya.

Sesuai dengan tuntutan penubuhan, perubahan, visi serta misi membangunkan institusi

pendidikan kesenian cemerlang, akademi yang pada awalnya dikenali sebagai Akademi Seni

Kebangsaan (ASK) 1994 telah dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi kerajaan melalui

Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006. Akta yang

dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 telah menzahirkan ASWARA untuk melengkapkan

harapan akademi ini sebagai sebuah institusi latihan induk bagi pengajian seni budaya dan

warisan di Malaysia.

Page 6: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

5 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

OBJEKTIF VISI MISI

OBJEKTIF Sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran, pusat penyelidikan akademik, penerbitan dan khidmat nasihat professional, dalam bidang seni, budaya dan warisan.

VISI Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang diiktiraf dalam Negara, serantau dan diperingkat antarabangsa.

MISI • Menjadi institusi ‘pembangunan modal insan’ dalam bidang seni

budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara;

• Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian warisan negara;

• Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat, penyelidikan dan eksperimentasi seni, budaya dan warisan;

• Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.

Page 7: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

6 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

LOKASI KAMPUS

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

464, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR

Keluasan Kampus:-

keluasan 8.5 hektar, 11

blok bangunan dengan

keluasan 91,900 kaki

persegi.

Lokasi strategik di pusat

ibukota, dikelilingi dengan

jabatan awam dan swasta.

Rangkaian kemudahan

pengangkutan seperti bas,

komuter, teksi dan stesen

LRT.

Berdekatan ruang

persembahan utama

(Bandaraya KL dan

Petaling Jaya) –

Panggung Bandaraya,

KLPAC, Auditorium DBKL,

MTC, Istana Budaya.

Berdekatan dengan taman

riadah sesuai untuk situasi

pembelajaran – Laman

ASEAN, Taman Burung,

Taman Rama-rama.

Page 8: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

7 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

PROGRAM PENGAJIAN

DIPLOMA

Kurikulum Pengajian bagi Program Diploma

Seorang pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Sembilan puluh (90) unit

jam kredit untuk dianugerahkan Diploma.

Modul/Kursus Wajib Akademi

Modul/Kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan

oleh Akademi dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan Diploma.

Modul/Kursus Teras Fakulti

Modul/Kursus Teras Fakulti mengandungi kursus-kursus teras program yang

ditetapkan oleh sesebuah fakulti dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan

Diploma.

Kursus Elektif

Kursus Elektif adalah kursus-kursus pilihan yang diikuti oleh seseorang pelajar

sebagai memenuhi syarat mendapatkan Diploma yang boleh diambil dari fakulti

berkenaan atau fakulti lain.

Syarat Akademik

Seseorang pelajar perlu mamatuhi Syarat Akademik sebagai melengkapkan

keperluan untuk memperoleh Diploma.

Komponen Kursus

Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua kursus

dalam komponen-komponen berikut:

Kursus Wajib Akademi

Kursus Teras Fakulti

Sejumlah kursus-kursus Elektif

Page 9: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

8 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

Kursus Fakulti

Setiap Fakulti mempunyai kod sendiri iaitu:

1. AWA bagi Kursus Wajib Akademi

2. KUR bagi Kursus Wajib Akademi (Kokurikulum)

3. AMZ bagi program Fakulti Muzik

4. APN bagi program Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem

(pengkhususan Penulisan Kreatif)

5. AFT/AFV bagi program Penulisan Kreatif dan Filem

(pengkhususan Filem dan Televisten)

6. ATE bagi program Fakulti Teater

7. ATR bagi program Fakulti Tari

8. AAM bagi program Fakulti Animasi dan Multimedia

9. APS bagi program Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya

10. ARV bagi program Fakulti Rekaan Komunikasi Visual

Setiap kursus mempunyai makna dan bilangan iaitu:

Contoh: Kod Kursus Nama Kursus

APN 1012 TEORI DAN PRINSIP PENULISAN

Makna:

Angka pertama 1 012 mewakili tahun pengajian

Angka kedua dan ketiga 1 01 2 mewakili nombor bilangan kursus

Angka keempat 101 2 mewakili jumlah jam kredit

Page 10: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

9 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SISTEM SEMESTER

Sistem akademik yang diamalkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

ialah sistem semester. Dalam satu sesi akademik terdapat dua (2) semester iaitu

Semester I dan Semester II. Di dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri

kuliah, tutorial, bengkel, produksi dan lain-lain bentuk pembelajaran selama empat

belas (14) minggu dan diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan.

Dalam keadaan biasa, tempoh minimum bagi seseorang pelajar memperolehi Diploma

ialah enam (6) semester. Dalam jangkamasa ini, pelajar perlu mengambil dan lulus

sejumlah kredit yang disyaratkan oleh satu-satu fakulti. Dalam sistem semester,

kemajuan seseorang pelajar itu dinilai terus-menerus. Pencapaiannya dalam satu-satu

semester akan memberi kesan kepada pencapaian keseluruhannya.

Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang diambilnya. Pengiraan Purata

Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) akan dilakukan pada akhir

setiap semester. Pengiraan ini dilakukan sehingga seseorang itu telah mengumpul

sejumlah kredit seperti yang telah disyaratkan oleh satu-satu Fakulti.

Pada semester akhir berada di Akademi, seseorang pelajar itu hendaklah mencapai

sekurang-kurangnya PNGK yang bernilai tidak kurang daripada 2.00 untuk

dianugerahkan Diploma. Sekiranya dia gagal mencapai PNGK bersamaan 2.00 pada

semester akhir, pelajar juga dibenarkan melanjutkan pengajiannya sehingga ke

semester lapan (8).

Page 11: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

10 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS WAJIB AKADEMI

Kursus-kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan

oleh Akademi dan WAJIB LULUS sebagai syarat mendapatkan Diploma.

Page 12: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

11 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURSUS WAJIB AKADEMI

PENAWARAN KESELURUHAN KURSUS WAJIB AKADEMI (WA)

SESI AKADEMIK 2019/2020

DIPLOMA

SEMESTER I SEMESTER II

Tahun Kod Kursus Kod Kursus

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam/Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/Bangsawan I/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I

7 unit kredit 7 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/Bangsawan II/ Makyong II/ Randai II/ Mek Mulong II AWA 2212

Wayang Kulit III/Bangsawan III/ Makyong III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu

4 unit kredit 2 unit kredit

3 AWA 3112 Pengajian Malaysia

2 unit kredit

JUMLAH KESELURUHAN WAJIB AKADEMI = 22 UNIT KREDIT

Page 13: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

12 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS WAJIB AKADEMI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

KUR 1011

Kokurikulum I

PISPA ( Pasukan Institusi Pertahanan Awam)

Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pasukan beruniform negara bagi menubuhkan pasukan beruniform di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada Lapan teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu teras kesukarelawanan, yang mana pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.

2.

AWA 1122

Bahasa Inggeris I

Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan dan kebolehan pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris di dalam perbualan, persembahan dan penulisan.

3.

AWA 1112

Pengenalan Teater Tradisional

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari aspek teori, sejarah dan latar belakang teater tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Makyung, Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa, Wayang Kulit Melayu, Bangsawan, Mek Mulung, Randai, Awang Batil, Tok Selampit, Jikey dan Menora. Pelajar juga turut mempelajari asas pengurusan sesebuah produksi teater tradisional. Di akhir kursus pelajar mampu memahami dan mengenalpasti topik-topik dengan jelas menerusi penilaian secara individu, kerja kumpulan dan ujian bertulis.

4.

AWA 1162

Asas Seni Pentas

Tradisional

Di dalam kursus ini pelajar akan didedahkan dengan asas muzik Wayang Kulit, asas tari dan lakon Makyung, Bangsawan, Mek Mulung dan Randai melalui pembelajaran secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar mampu mempersembahkan kesemua teater tradisional tersebut secara berkumpulan dan dapat mengenalpasti salah satu kesenian yang ingin dijadikan pilihan pada semester II – IV.

Page 14: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

13 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

KUR 1021

Kokurikulum II

Kursus ini adalah di bawah penyeliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Menawarkan sebelas (11) pilihan iaitu : 1. PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) Lanjutan

Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pasukan beruniform negara bagi menubuhkan pasukan beruniform di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada lapan teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu teras kesukarelawanan, yang mana pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.

2. Coral Speaking

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan teknik berbicara secara berirama di hadapan audiens secara berkumpulan melalui penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Keutamaan kursus ini ialah dengan menitikberatkan latihan terhadap pelajar untuk membuat persembahan dalam kumpulan dengan menekankan kemahiran dan teknik-teknik berbicara dengan irama yang satu secara berkumpulan dengan nada, intonasi dan kadar suara yang kuat dan tepat, lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang tersendiri.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan dalam menghasilkan/menulis teks yang baik untuk persembahan. Para pelajar turut berpeluang mengaplikasikan dan mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman ini dalam pelbagai situasi seperti persembahan di hadapan audiens dan situasi sosial.

3. Koir Nasyid

Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan teknik nyanyian berkumpulan dalam lagu-lagu bergenre ketuhanan. Pelajar akan dikelaskan mengikut kumpulan suara SATB setelah melalui suatu sesi ujibakat. Tumpuan juga akan diberikan terhadap penguasaan teknik vokal agar pelajar dapat menghasilkan nyanyian yang baik dan beberapa repertoire lagu juga akan diberikan mengikut kemampuan pelajar. Pada akhir kursus, pelajar akan mengaplikasikan hasil pembelajaran dan diminta membuat persembahan nyanyian lagu nasyid dari repertoire yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing.

4. Silat Seni

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar mengenai gerak asas seni silat Melayu dari segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar juga akan mempelajari mengenai latar belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pancak silat.

Page 15: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

14 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KUR 1021

Kokurikulum II

5. Khidmat Masyarakat

Melalui kursus ini para pelajar akan didedahkan mengenai pengenalan kepada khidmat masyarakat, kumpulan sasar masyarakat (bandar/luar bandar/golongan dewasa/muda/remaja/kanak-kanak/ bangsa/jantina) serta kreativiti dalam aktiviti yang menjurus kepada khidmat masyarakat. Para pelajar juga akan diperkenalkan dengan S.O.P mengenai khidmat masyarakat, khususnya bagi dijadikan garis panduan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kemasyarakatan. Selain itu beberapa tokoh penting yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan juga akan diperkenalkan kepada para pelajar. Keprihatinan terhadap sesuatu isu, penekanan kepada konsep berkhidmat kepada komuniti melalui gaya hidup sihat, harmoni serta membimbing para pelajar bagi membina minda yang positif serta mempertingkatkan kemahiran menganjurkan program bersama komuniti adalah antara yang dititikberatkan melalui kursus ini.

6. Sepaktakraw

Kursus ini mendedahkan mengenai sejenis sukan tradisional kepada pelajar khususnya tentang undang-undang dan peraturan permainan yang melibatkan pertandingan dan kejohanan serta langkah-langkah pembentukan pasukan. Kursus ini juga memberikan penekanan kepada aspek teori falsafah, motivasi, pasukan pengurusan, dan latihan kaedah operasi yang sistematik. Pada akhir kursus ini, para pelajar dapat menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral serta fizikal pada suatu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat kecintaaan terhadap negara.

7. Rekreasi

Kursus ini menekankan kepada ilmu teori dan praktikal yang berkaitan dengan rekreasi khususnya rekreasi luar. Di antara isi kandungan bagi kursus ini ialah mengenai Pengenalan kepada rekreasi luar, pertolongan cemas, aktiviti air (kayak), aktiviti perhutanan dan perkhemahan dan asas ikhtiar hidup. Melihat kepada cabaran dan keperluan masa kini, maka kursus rekreasi diwujudkan dan isi kandungan subjek yang ditawarkan dalam program ini adalah menepati kehendak dan keperluan 8 Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mewujudkan masyarakat yang seimbang dari aspek fizikal, mental dan spiritual.

8. Kepimpinan

Kursus ini ditawarkan secara khusus dengan tujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep kepemimpinan dan pemimpin. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada sejarah dan pengertian kepemimpinan, teori-teori kepemimpinan, peranan dan tanggungjawab pemimpin dan praktis kepemimpinan diri, masyarakat dan organisasi. Kursus ini merupakan kursus asas kepada kursus kepemimpinan lanjutan yang lain.

Page 16: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

15 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KUR 1021

Kokurikulum II

Sebagai pelajar yang akan berinteraksi dalam masyarakat, mereka memerlukan kemahiran bersosial untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi sukarela. Subjek ini akan menyediakan latihan kepada mahasiswa kepada kemahiran pengetahuan gaya kepimpinan pelbagai tokoh. Di akhir kursus ini diharapkan pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas iaitu kepemimpinan, pemimpin dan kepemimpinan yang diaplikasikan, mengenal pasti corak dan cara kepemimpinan yang di amalkan dalam organisasi dan masyarakat dengan dikaitkan kepada teori-teori kepemimpinan serta menjelaskan kepentingan peranan dan tanggungjawab kepemimpinan dan pemimpin penting dalam menjana pembangunan keluarga, masyarakat, dan organisasi.

9. Taekwando

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah serta kemahiran dalam seni bela diri/sukan Taekwando. Para pelajar akan dibimbing dengan latihan yang berbentuk fizikal bagi tujuan mempertingkatkan kekuatan, ketangkasan, kelajuan dan juga pengurusan berat badan.

Teknik penting yang dikenali “ Self Defense Taekwon-do Korporat ” turut didedahkan kepada pelajar bagi tujuan: * Meningkatkan motivasi pelajar dalam mengawal diri dan juga membina keyakinan diri bersama teknik praktikal pertahanan diri yang berbentuk praktikal. * Membina gaya hidup yang sihat dan melegakan tekanan serta kebimbangan akibat daripada

cabaran kehidupan. * Membentuk keyakinan dan semangat pelajar untuk menempa kejayaan sama ada dalam bidang akademik atau kerjaya mereka pada masa akan datang.

10. Pengkomersilan Seni

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai pengetahuan asas berkenaan pemasaran dan pengkomersilan produk serta perkhidmatan. Para pelajar akan mempelajari proses pengurusan pemasaran, pemahaman peluang pemasaran, sikap pembeli, petunjuk pasaran, segmen pasaran dan kedudukan jenama dalam pasaran serta juga strategi pemasaran dalam keadaaan dan situasi tertentu.

Para pelajar akan dibimbing dengan pengetahuan asas yang lebih menjurus kepada:

* Strategi pengurusan proses pemasaran dan pengkomersilan.

* Analisis peluang dan halangan yang mempengaruhi keuntungan. * Keputusan program pemasaran melalui kehendak

pasaran dan saingan. * Strategi program pengkomersilan dan pemasaran

dengan menggunakan peluang dan mengurangkan halangan.

Page 17: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

16 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KUR 1021

Kokurikulum II

11. Pidato

Kursus ini bertujuan untuk membimbing para pelajar mengenai kemahiran dan teknik berbicara di hadapan khalayak di samping memastikan mereka berupaya menguasai kefahaman bahasa tubuh yang merangkumi gerak tubuh (gestures) serta penggunaan vokal yang terkawal. Fokus terhadap sesebuah persembahan, teknik-teknik berbicara dengan irama, nada, intonasi dan tingkat suara yang kuat, tepat, lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang tersendiri turut diberikan penekanan melalui kursus ini. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan ilmu pengetahuan semasa/lampau yang luas (ekonomi, sosial, politik) dalam menghasilkan/menulis teks yang baik untuk sesebuah persembahan. Para pelajar turut berpeluang mengaplikasi dan mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman ini dalam pelbagai situasi seperti persembahan di hadapan khalayak atau dalam aktiviti sosial yang tertentu. Selain itu, pendedahan kepada penggunaan peralatan video/audio serta penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer riba, projektor dan tablet juga dapat membantu kepada peningkatan kemahiran dan teknik berbicara dalam kalangan pelajar.

Kursus ini juga secara langsungnya membantu para pelajar dalam membentuk dan mempertingkatkan keyakinan diri.

2.

AWA 1132

Bahasa Inggeris II

(Kursus Pra-Syarat

AWA 1122 Bahasa Inggeris I)

Kursus ini adalah kesinambungan pada AWA 1122 – Bahasa

Inggeris I. Penekanan diberi untuk meningkatkan prestasi Bahasa

Inggeris pelajar dalam pertuturan, kefahaman, pendengaran dan

penulisan supaya mereka berkeyakinan menggunakan Bahasa

Inggeris dalam apa jua situasi.

3.

AWA 1182

Pengajian Islam/Moral

Kursus ini disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.

4.

AWA 1172

Wayang Kulit I/

Bangsawan I/

Makyung I/

Mek Mulung I/ Randai I

(Pilih: Wayang Kulit/ Bangsawan/ Makyung/ Mek Mulung/ Randai) Nota: Pada semester ini, pelajar perlu MEMILIH SALAH SATU (1) daripada LIMA (5) jenis Teater Tradisional yang ditawarkan. Kursus AWA 1172 merupakan pra-syarat kepada kursus AWA 2112.

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari tentang

elemen asas teater tradisional secara teori dan praktikal. Di akhir

kursus pelajar mampu menjelaskan dan mempersembahkan elemen

asas yang telah dipelajari dalam bentuk penulisan dan praktikal.

Page 18: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

17 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AWA 2112

Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II/

Mek Mulung II/ Randai II

(Pra-syarat: AWA 1172)

Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 1172 untuk menduduki kursus

ini. Di peringkat ini pelajar akan mempelajari elemen lanjutan teater

tradisional secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar boleh

menunjukkan kemahiran praktikal serta mampu mengubahsuai

secara kreatif dalam teater tradisional.

2.

AWA 2122

Bahasa Melayu

Kursus ini mendedahkan para pelajar dengan penguasaan Bahasa

Melayu yang betul dalam bidang penulisan dan non-kreatif.

Kepentingan bahasa sebagai wacana pembinaan dan

pengembangan ilmu penting untuk dikuasai oleh pelajar dalam masa

menghasilkan tulisan kreatif dan deskriptif, mahupun setelah keluar

dan bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Aspek-aspek yang diajar

ialah mengenai sejarah Bahasa Melayu, perkembangannya, bahasa

daerah/dialek, pengaruh bahasa asing dan bahasa sebagai alat

perpaduan.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AWA 2212

Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III/

Mek Mulung III/ Randai III

(Pra-syarat: AWA 2112)

Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 2112 untuk menduduki kursus

ini. Pelajar akan mempelajari kesemua aspek ke arah persembahan

secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar dapat mengatur

sesebuah persembahan dari proses pra produksi, produksi dan

pasca produksi serta memahami disiplin, nilai-nilai budaya dan

norma dalam teater tradisional.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AWA 3112

Pengajian Malaysia

Kursus ini bertujuan untuk memberikan ilmu dan pendedahan

kepada pelajar mengenai tamadun atau peradaban yang telah

dilalui Malaysia. Perbincangan tentang pencapaian negara

dalam berbagai lapangan akan diberi perhatian dalam kursus

ini. Dengan ini diharapkan dapat memberikan pelajar

kesedaran tentang negara dan melalui ini akan

memperkukuhkan semangat kebangsaan.

Page 19: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

18 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

ASWARA pada awalnya ditubuhkan adalah untuk memikul tanggungjawab melestarikan seni tradisi dalam masyarakat moden di negara ini. Ini diperkukuhkan lagi apabila ASWARA telah mewujudkan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) yang dilancarkan oleh Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Malaysia iaitu YBhg.Tan Sri. Dr. Rais Yatim. PuTRA merupakan satu usaha yang amat relevan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dalam industri kreatif dan mempunyai signifikan yang sangat besar dalam agenda pelestarian kesenian tradisi di negara ini. PERANAN PuTRA

• Sebagai tunggak utama (The meeting point) dalam melahirkan tokoh dan seniman yang seimbang antara ilmu amali, ilmu akademik dan ensaiklopedik di dalam seni persembahan tradisional.

• Melestarikan seni tradisi dengan penerapan idea-idea baru berprinsipkan traditions a key to modernity.

• Mengenal konsep-konsep seni dan estetika bagi functional protective and Academic protective.

• Menjana penghasilan ilmu berteraskan kepada Arts, Self, Aesthetic serta positivismenya.

• Mencambahkan pemikiran strategik sebagai persediaan untuk menjayakan dialog estetik berhubungan dengan interprestasi seni.

OBJEKTIF PuTRA

• Pusat rujukan dan pusat koleksi warisan kesenian negara.

• Menjadikan ASWARA sebagai agensi kesenian yang berwibawa dan gedung khazanah tradisi Malaysia.

• Sebagai pusat dokumentasi kesenian tradisional dan menyediakan asas intelektual yang kukuh dalam pendidikan kebudayaan.

PUSAT SENI PENTAS TRADISIONAL

(PuTRA)

Page 20: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

19 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK PuTRA PENGARAH

Puan Juhara Ayob

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Intan Carina Abd Karim

PEMBANTU TADBIR

Puan Ibtihaj Abdullah

ADIGURU / PENSYARAH - PENSYARAH

Adiguru Che Mohd Nasir Yusoff

Encik Ahmad Lokman Ayub

Encik Anuar Ismail

Encik Kamarul Baisah Hussin

Puan Nor Azura Abu Bakar

Page 21: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

20 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

Unit Bahasa merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pejabat Timbalan Hal Ehwal Akademik, ASWARA. Fungsi Unit Bahasa adalah untuk menguruskan dan menawarkan kursus-kursus bahasa wajib akademi yang menjadi pelengkap kepada kurikulum di setiap fakulti. Unit ini menawarkan kursus-kursus bahasa wajib iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh semua pelajar serta kursus-kursus bahasa ketiga seperti bahasa Korea, Jepun dan Mandarin yang ditawarkan secara elektif.

Sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) kursus-kursus bahasa ini, kelas-kelas akan dijalankan secara kuliah. Namun, penekanan di dalam PnP kursus-kursus bahasa ini adalah lebih kepada kemahiran berkomunikasi dan penggunaan bahasa yang betul dalam konteks dan situasi tertentu, terutamanya di dalam konteks seni dan budaya, supaya pelajar bukan sahaja dapat menguasai bahasa tersebut dengan efektif, malah mampu bersaing di dalam industri tempatan dan antarabangsa. Selain itu, PnP juga akan diadakan di dalam makmal bahasa yang akan memperkasakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan.

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK UNIT BAHASA

KETUA UNIT

Puan Julaila Nadia Paiman

PENSYARAH - PENSYARAH

Puan Anis Shamshinar binti Ahmad @ Che

Soh

Puan Malligah K. Subramaniam

Puan Nur „Izzati Muhiddin

Puan Stephanie Tay Chin Wun

Puan Zaiton Md Isa

UNIT BAHASA (BHEA)

Page 22: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

21 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI MUZIK Program Diploma Seni Muzik [MQA/FA 0164] diwujudkan bagi melahirkan graduan

yang menguasai ilmu muzik dari sudut teori dan praktikal pada tahap kemahiran

menerusi pembelajaran yang diiktiraf sesuai dengan program di peringkat diploma

(dari segi konteks kepakaran dan pengurusan muzik) selaras dengan keperluan

industri muzik tanahair dan global.

Selain program ini dapat :

Melahirkan graduan berfikiran kreatif, dinamik, beretika dan berdisiplin;

Menyediakan graduan ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi agar dapat

berkecimpung di dalam arena asas penyelidikan yang tertumpu kepada konsep

pembelajaran sepanjang hayat.

Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program Diploma ini merupakan tunggak

(asas) utama di dalam pembelajaran akademik bidang muzik dimana ianya telah

disusun-atur oleh gabungan tenaga pengajar yang berpengalaman, berkelulusan,

berkaliber dan berobjektif.

Page 23: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

22 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI MUZIK

DEKAN

Encik Ramlan Mohd Imam

KETUA PROGRAM

Encik Isyam Swardy Daud (Ketua Program Persembahan)

Encik Ruslan Mohd Imam (Ketua Program Komposisi dan Gubahan)

Encik James Philip Sheng Boyle (Ketua Program Produksi Audio)

PENOLONG PENDAFTAR

Cik Zo Faradiva Suleiman

PEMBANTU TADBIR

Cik Norfarahida Mahfar

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Mohd Khair Abdul Latif

Encik Ayob Ibrahim

Encik Muhamad Syukor Datuk Ibrahim

Encik Shamsul Kamal Abdul Rahman

Encik Azlan Che Othman

Puan Tan Lea Fung

Puan Yeoh Ker Ker

Encik Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar

Page 24: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

23 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI MUZIK

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I

AMZ 1503 Alat Muzik Major I AMZ 1533 Alat Muzik Major II

AMZ 1513 Teori Muzik I AMZ 1543 Teori Muzik II

AMZ 1523 Solfeggio AMZ 1162 Orkestra/Koir I

AMZ 1552 Ensembel I

16 unit kredit 17 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu AMZ 2953 Alat Muzik Major IV

AMZ 2913 Alat Muzik Major III AMZ 2963 Teori Muzik IV

AMZ 2923 Teori Muzik III AMZ 2973 Orkestra/Koir III

AMZ 2932 Orkestra/Koir II AMZ 2983 Ensembel III

AMZ 2942 Ensembel II AMZ 2993 Sejarah Muzik

AMZ 2000 Latihan Industri

14 unit kredit 17 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia AMZ 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AMZ 3483 Alat Muzik Major V

AMZ 3493 Orkestra/Koir IV

AMZ 3503 Ensembel IV

AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia

14 unit kredit 4 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 25: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

24 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AMZ 1331 Lyric Diction - Itali Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar vokal sahaja

AMZ 1351 Lyric Diction – Peranchis Tahun 1, Semester I Persembahan-Pelajar vokal sahaja

AMZ 1411 Pemuliharaan dan Pembaikan Alat Muzik I

Tahun 1, Semester I Persembahan

AMZ 1613 Asas Keyboard I Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja

AMZ 1563 Ensembel Minor I (Gamelan/ Caklempong/ Percussion)

Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja

AMZ 1341 Lyric Diction – Jerman Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar vokal sahaja

AMZ 1361 Lyric Diction – English/Indonesia/Malaysia

Tahun 1, Semester II Persembahan-Pelajar vokal sahaja

AMZ 1623 Asas Keyboard II Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja

AMZ 1311 Alat Muzik Minor Tahun 1, Semester II Persembahan

AMZ 1431 Pemuliharaan dan Pembaikan Alat Muzik II

Tahun 1, Semester II Persembahan

AMZ 1573 Ensembel Minor II (Gamelan/ Caklempong/Percussion)

Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja

AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2361 Ensembel Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2392 Teknik Improvisasi I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2351 Alat Muzik Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2371 Ensembel Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2422 Teknik Improvisasi II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2872 Pembuatan Alat Muzik II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 3231 Alat Muzik Minor III Tahun 3, Semester I Persembahan

AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia Tahun 3, Semester I Persembahan

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat

Page 26: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

25 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AMZ 1503

Alat Muzik Major I

Kelas individu mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major. Matlamat

kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam permainan

alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik, repertoire dan

persembahan. Pelajar akan bertemu dengan pensyarah secara

perseorangan (sejam seminggu). Selain dari kerja kursus, pelajar juga

diwajibkan mengambil bahagian di dalam resital, konsert muzik, bengkel

atau Masterclass. Pelajar juga dikehendaki menduduki peperiksaan ber-

panel pada akhir semester.

2.

AMZ 1513

Teori Muzik I

Pembelajaran teori muzik merupakan elemen terpenting di dalam

pengaplikasian dan pembentukan muzik asas yang kukuh. Di dalam

kursus ini pelajar akan diajar mengenali dan menyanyi skala major, empat

skala minor, diatonic and chromatic intervals, triad, 7th

chord dan lain-lain

inversions.

3.

AMZ 1523

Solfeggio

Solfeggio Solf ge merupakan metodologi pendidikan penting yang

digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik untuk mengenali

(identify) nota muzik dan menyanyikannya secara „sight-reading‟ atau

„sight-singing‟. Setiap suku-kata (do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan

mewakili tangga-nada sesebuah skala muzik. Terdapat dua sistem yang

digunakan : i „fixed-do‟ di mana „do‟ adalah notasi „C‟, ii ‟movable-do‟ di

mana „do‟ merupakan nota pertama mana-mana skala yang digunakan.

Penekanan juga dibuat terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di

mana kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan. Selain dari itu,

kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai dan

mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan di dalam skil

sight-reading menggunakan cara perubahan tradisional di dalam „do‟.

Penekanan kepada ritma, jeda dan nada. Pembelajaran di dalam skala

major dan minor.

Page 27: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

26 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AMZ 1533

Alat Muzik Major II

Prasyarat : Lulus AMZ 1503 Alat Muzik Major I

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major I.

Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-

syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan

peningkatan pengajaran per semester

Seminar Persembahan. Pelajar akan mempraktikkan tanggungjawab

berkisar kepada proses penyediaan dan pelaksanaan di belakang tabir

selain dari membuat satu persembahan secara solo ataupun pemain

pemuzik pengiring.

2.

AMZ 1543

Teori Muzik II

Prasyarat : Lulus AMZ 1513 Teori Muzik I

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik I.

Pelajar akan diajar untuk mengenali dan menyanyi triad arpeggios, 7th

chord arpeggios (major / minor), intermediate rhythmic dan mengendalikan

kaedah transposing.

3.

AMZ 1162

Orkestra / Koir I

Sinopsis Orkestra I

Para pelajar orkestra akan diperkenalkan kepada jenis-jenis orkestra dan

cara pengaplikasian pengajaran muzik secara teori dan praktikal ke dalam

pelbagai jenis genre muzik. Secara langsung ianya juga menyumbang

kepada peningkatan pengalaman, kemahiran dan bakat di dalam alat

muzik menerusi latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration.

Pembentukan sikap, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang

pemuzik akan terserlah, membolehkan berlakunya proses komunikasi di

dalam melahirkan idea ke dalam persembahan secara berkumpulan.

Sinopsis Koir I

Para pelajar koir diajar untuk memahami teknik asas pernafasan, suara,

posisi badan yang betul untuk menghasilkan bunyi ton yang baik,

mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor. Selain dari tu

mereka akan mempraktikkan suara berpadu dengan membezakan empat

tingkat suara iaitu suara Bass, Tenor, Alto dan Soprano secara solfege

dan rote.

4.

AMZ 1552

Ensembel I

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik

secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik

Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan

repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan

ensemble masing-masing. Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan

adalah :

Klasikal : Ensemble String, Brass, Wind dan Voice.

Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina,

Muzik Melayu, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik

Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat, Dondang

Sayang.

Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions.

Page 28: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

27 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AMZ 2913

Alat Muzik Major III

Prasyarat : Lulus AMZ 1533 Alat Muzik Major II

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major Tahun 1. Kelas persendirian

mingguan bersama pensyarah utama diteruskan. Matlamat dan objektif

kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik,

repertoire dan persembahan.

Seminar Persembahan. Pelajar diberi pendedahan kepada tanggungjawab

untuk membantu merancang dan melaksanakan seminar persembahan

setiap minggu, selain daripada membuat satu persembahan secara solo

ataupun pemain pemuzik pengiring.

2.

AMZ 2923

Teori Muzik III

Prasyarat : Lulus AMZ 1543 Teori Muzik II

Lanjutan kepada kursus Teori Muzik II. Pelajar akan diajar mengaplikasi

skala major dan empat skala minor, menganalisa lagu-lagu dalam „drop 2

voicing‟ dan mempraktikkan corak ritma (rhythmic pattern).

3.

AMZ 2932

Orkestra / Koir II

Prasyarat : Lulus AMZ 1162 Orkestra / Koir I

Sinopsis Orkestra II

Lanjutan kepada Orkestra I, para pelajar orkestra akan meneruskan

latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan

kepelbagaian muzik dari genre yang lebih mencabar.

Sinopsis Koir II

Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan mengikuti latihan vokal

dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan susunan sama ada

dalam bentuk unison, part singing secara acapella, iringan piano,

ensembel atau pita rakaman.

4.

AMZ 2942

Ensembel II

Prasyarat : Lulus AMZ 1552 Ensembel I

Lanjutan kepada kursus Ensembel I dan ianya diteruskan mengikut

objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan dilakukan ke atas

tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan -

bersesuaian dengan perkembangan / peningkatan pengajaran per

semester.

Page 29: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

28 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AMZ 2953

Alat Muzik Major IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2913 Alat Muzik Major III

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major III dan ianya diteruskan

mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Peningkatan dari satu

tahap ke tahap yang lain bergantung kepada kesesuaian perkembangan

dan peningkatan pengajaran per semester.

Seminar Persembahan. Pelajar akan memastikan bahawa persembahan

mingguan berjalan dengan lancar selain daripada membuat satu

persembahan secara solo ataupun pemain pemuzik pengiring.

2.

AMZ 2963

Teori Muzik IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2923 Teori Muzik III

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik III. Pelajar akan seterusnya diajar menganalisa lagu-lagu dalam „four ways close, drop 2‟ dan „drop 3 voicing‟.

3.

AMZ 2973

Orkestra/Koir III

Prasyarat : Lulus AMZ 2932 Orkestra / Koir II

Sinopsis Orkestra III

Lanjutan kepada Orkestra II, para pelajar orkestra akan meneruskan

latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan

kepelbagaian repertoire muzik dari genre klasikal, pop, jazz atau

tradisional pada tahap yang lebih mencabar.

Sinopsis Koir III

Lanjutan kepada Koir II, para pelajar koir akan meneruskan latihan vokal

dengan penggunaan repertoire lagu yang lebih kompleks dari segi ritma,

notasi dan penghayatan.

4.

AMZ 2983

Ensembel III

Prasyarat : Lulus AMZ 2942 Ensembel II

Lanjutan dari kursus Ensembel Tahun 1. Pelajar akan terus didedahkan dengan repertoire tahap sederhana dan tinggi dan yang bersesuaian mengikut kumpulan ensemble masing-masing.

5.

AMZ 2993

Sejarah Muzik

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendidik pelajar untuk mengenal sejarah muzik Barat yang

merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah perkembangan muzik

dunia. Pelajar akan dapat melihat perkaitan antara sejarah perkembangan

muzik Barat dengan perkembangan muzik dunia secara amnya dan muzik

Malaysia. Pembelajaran kursus ini mencakupi zaman-zaman gaya muzik

klasik barat iaitu zaman Medieval, Renaissance, Baroque, Classical dan

Abad ke-20. Kursus ini meninjau kehidupan beberapa komposer terkenal,

perkembangan gaya, struktur dan sumbangan inovasi masing-masing di

dalam genre utama. Selain dari itu, ianya juga menumpu kepada

perspektif muzik sebagai suatu proses peralihan sosial, ekonomi, politik

dan sejarah.

6.

AMZ 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar

kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara

persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar

wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.

Page 30: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

29 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AMZ 3483

Alat Muzik Major V

Prasyarat : Lulus AMZ 2953 Alat Muzik Major IV

Lanjutan dari kursus Alat Muzik Major Tahun 1 dan 2. Kelas persendirian

mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major diteruskan dengan

berfokuskan penyediaan pelajar ke arah Projek Tahun Akhir. Matlamat dan

objektif kursus diteruskan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar.

.

2.

AMZ 3493

Orkestra/Koir IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2973 Orkestra / Koir III

Sinopsis Orkestra IV

Menerusi pelbagai persembahan yang dibuat, para pelajar orkestra akan

dinilai bukan sahaja menerusi skil dan kemahiran bermain alat muzik tetapi

terhadap sikap, peranan, cara berkomunikasi dan tanggungjawab sebagai

seorang pemuzik di dalam menyumbangkan idea kepada peningkatan

kualiti persembahan solo, sectional, ensemble dan orchestration.

Sinopsis Koir IV

Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk

mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara (Bass,

Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan rote, mengawal

dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor - menerusi repertoire

yang lebih kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.

3.

AMZ 3503

Ensembel IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2983 Ensembel III

Lanjutan dari kursus Ensembel III dan berpandukan kepada objektif pencapaian yang telah ditetapkan, perubahan dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan - bersesuaian dengan perkembangan / peningkatan pengajaran per semester.

4.

AMZ 3513

Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang utama

merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya di dalam

masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya

juga membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional yang

terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi

penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem muziknya. Ini

termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur bentuk, elemen

komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh idiosinkrasi masing-masing

untuk tujuan perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam

masyarakat.

Page 31: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

30 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AMZ 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Prasyarat : Lulus semua subjek (Wajib Akademi dan Teras Fakulti) Tahun 1 dan Tahun 2. Di dalam projek akhir ini, pelajar akan dinilai oleh penal penilai dalaman secara holistik iaitu menerusi: I) Persembahan Projek Akhir II) Penulisan Buku Laporan III) Viva Voce (Ujian Lisan) Penekanan dibuat terutamanya pada pengaplikasian: • Skil dan Teknik • Kreativiti • Berfikiran Kritis • Penelitian (dan Penganalisaan) • Stail Mengurus dan Memimpin • Keterampilan Diri

Page 32: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

31 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AMZ 1331

Lyric Diction - Itali

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai

kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus

ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan

penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA

(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar

membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di

dalam lirik nyanyian mereka.

2.

AMZ 1351

Lyric Diction - Peranchis

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai

kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus

ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan

penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA

(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar

membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di

dalam lirik nyanyian mereka.

3.

AMZ 1411

Pemulihan & Pembaikan

Alat Muzik I

Kursus ini memberi pendedahan geografi asas yang berhubungkait

dengan jenis-jenis hutan yang menghasilkan pelbagai kayu-kayan yang

boleh digunakan untuk membuat alat muzik. Ianya juga memberi

penekanan kepada pelajar untuk mengenal pasti punca kerosakan yang

sering berlaku pada sesebuah alat muzik dan cara mengatasinya. Kerja-

kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pelajar mengikut tahap

kerosakan pada alat muzik.

4.

AMZ 1613

Asas Keyboard I

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran

teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif, ekspresif dan konsep

teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing melalui pembelajaran bersemuka,

mendengar contoh dan aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan

pemahaman yang lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang

menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks pembelajaran

sepanjang hayat.

5.

AMZ 1563

Ensembel Minor I

(Gamelan / Caklempong)

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik

secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik

Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan

repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti

kumpulan ensemble masing-masing.

Page 33: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

32 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AMZ 1341

Lyric Diction - Jerman

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai

kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus

ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan

penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA

(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar

membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat

di dalam lirik nyanyian mereka.

2.

AMZ 1361

Lyric Diction –

English/Indonesia/Malaysia

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai

kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus

ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan

penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA

(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar

membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat

di dalam lirik nyanyian mereka.

3.

AMZ 1623

Asas Keyboard II

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran

teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif, ekspresif dan konsep

teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing melalui pembelajaran bersemuka,

mendengar contoh dan aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan

pemahaman yang lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang

menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks pembelajaran

sepanjang hayat.

4.

AMZ 1311

Alat Muzik Minor

Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan

lanjutan tentang kemahiran praktikal pada alat muzik kedua

pilihan pelajar. Pelajar juga akan diajar tentang terminologi ,

sistem notasi , interpretasi yang betul dan latihan teknikal yang

diperlukan bagi memahirkan pelajar dalam mengusai alat muzik

tersebut.

5.

AMZ 1431

Pemulihan & Pembaikan

Alat Muzik II

Lanjutan daripada AMZ 1411 Pemulihan & Pembaikan Alat

Muzik I. Kursus ini meluaskan lagi perihal cara-cara lain untuk

mengenal pasti punca kerosakan sesebuah alat muzik dan cara

mengatasinya. Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh

pelajar mengikut tahap kerosakan pada alat muzik.

6.

AMZ 1573

Ensembel Minor II

(Gamelan / Caklempong)

Lanjutan kepada kursus Ensembel Minor I dan ianya diteruskan

mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan

dilakukan terhadap tahap kesukaran repertoire, skil yang

diperlukan dan mutu persembahan-bersesuaian dengan

perkembangan/ peningkatan pengajaran per semester.

Page 34: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

33 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AMZ 2392

Teknik Improvisasi I

Satu teknik yang perlu bagi seorang pemuzik di mana teknik ini

akan terbaik bagi setiap alat Individual untuk sesebuah lagu

samada ianya berbentuk komposisi, idée atau gubahan semula.

Ianya akan fokus kepada kemahiran,menganalisa dan

pemahaman tentang teknik teknik improvisasi dari sudut teori dan

pratikal.

2.

AMZ 2311

Alat Muzik Minor I

Lanjutan daripada kursus AMZ 1311 Alat Muzik Minor. Kursus ini

mendidik pelajar dengan pengetahuan lanjutan tentang

kemahiran teknikal, pengaplikasian ritmik dan elemen seni

persembahan menerusi repertoir pilihan berstail – Asli, Inang,

Zapin, Pop Rock Bayon, Bossanova, Cha Cha, Shuffle, Slow

Swing yang diperlukan dalam sesuatu persembahan.

3.

AMZ 2592

Pembuatan Alat Muzik I

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang

pembuatan alat muzik. Pendedahan akan diberikan dari segi

tatacara penggunaan alat pertukangan dan teknik pambuatan

alat muzik, sama ada daripada klasifikasi alat muzik erofon,

kordofon ataupun membranofon.

4.

AMZ 2361

Ensembel Minor I

Kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran permainan,

kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu menerusi

permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu

menerusi persembahan secara berkumpulan sama ada menerusi

genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan

didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang

bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-

masing.

Page 35: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

34 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AMZ 3513

Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang

utama merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya

di dalam masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu

dicipta. Ianya juga membincangkan secara terperinci perihal muzik

tradisional yang terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia

dengan memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem

muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur

bentuk, elemen komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh

idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan perbandingan dan makna

muzikal serta fungsinya dalam masyarakat.

2.

AMZ 3231

Alat Muzik Minor III

Lanjutan daripada kursus AMZ 3231 Alat Muzik Minor II. Pembelajaran

kursus bagi alat muzik pilihan. Membentuk kemahiran penjarian, teknik

persembahan pelbagai repertori. Penekanan kepada pembacaan not.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AMZ 2422

Teknik Improvisasi II

Kesinambungan dari Teknik Improvisasi 1, Satu teknik yang perlu bagi

seorang pemuzik di mana teknik ini akan terbaik bagi setiap alat

Individual untuk sesebuah lagu samada ianya berbentuk komposisi, idée

atau gubahan semula. Ianya akan fokus kepada kemahiran,

menganalisa dan pemahaman tentang teknik teknik improvisasi dari

sudut teori dan pratikal.

2.

AMZ 2351

Alat Muzik Minor II

Lanjutan daripada kursus AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Kursus ini

memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan lanjutan tentang

kemahiran praktikal pada alat muzik pilihan. Pelajar juga akan diajar

tentang terminologi lanjutan, sistem notasi, interpretasi yang betul dan

latihan teknikal yang diperlukan bagi memahirkan pelajar dalam

mengusai alat muzik. Penekanan diberikan kepada teknik bermain alat

muzik pilihan dengan gaya yang betul.

3.

AMZ 2371

Ensembel Minor II

Lanjutan kepada kursus AMZ 2361 Ensembel Minor I. Ia diteruskan

mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan

dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan

mutu persembahan – bersesuaian dengan perkembangan/peningkatan

pengajaran per semester.

4.

AMZ 2872

Pembuatan Alat Muzik II

Lanjutan kepada AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik II. Penekatan teknik

pembuatan alat muzik diteruskan mengikut klasifikasi organologi dan

pilihan jenis alat muzik tradisional Melayu/Barat yang berbentuk akustik.

Page 36: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

35 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI TEATER FAKULTI TEATER menawarkan Diploma Teater [MQA/FA 0162] dengan menyediakan ruang dan

peluang kepada pelajar untuk mengikuti latihan secara formal dan sistematik. Peluang turut

disediakan kepada mereka yang bercita-cita untuk mengembangkan bakat dan memahirkan diri dalam

bidang teater secara berperingkat bertaraf diploma.

Berteraskan teater tradisional Melayu dan bergerak selari dengan perkembangan teater moden,

pendekatan pembelajaran Fakulti Teater adalah melalui sistem kuliah, kerja studio dan produksi

dengan menitikberatkan pada perguruan dengan tokoh, rujukan pembacaan, perbincangan kumpulan,

pelayaran komputer dan pelaksanaan projek. Pengisian kursus membekalkan kemahiran dan

pengalaman secara mampan berdasarkan keperluan industri seni persembahan semasa dengan

pemberatan pada aspek praktikal tanpa melupakan aspek penguasaan dan pengukuhan teori.

Terdapat empat (4) skop pengajian di Fakulti Teater iaitu:

i) SEJARAH DAN PENGURUSAN

Mengemukakan kursus yang berkaitan dengan teori, sejarah dan falsafah seni teater serta

pentadbiran dan pengurusan teater, sebagaimana yang dipraktikkan di luar dan di dalam

negara. Kursus-kursus berbentuk produksi juga diwajibkan kepada semua pelajar.

ii) LAKONAN

Untuk melatih dan mengasuh bakat serta minat melalui pembinaan diri sebagai aktor dengan

gaya dan teknik lakon klasik, moden dan eksperimen berdasarkan sistem dan gaya tokoh-

tokoh terpilih dari timur dan barat. Gaya lakon pilihan untuk medium televisyen dan filem juga

diperkenalkan.

iii) PENGARAHAN

Skop ini mendedahkan tugas dan peranan seorang pengarah dengan mendekati sistem

berkaitan pengarahan. Pelajar akan bekerja dan bertanggungjawab secara langsung sebagai

pengarah dalam produksi untuk menguji dan mendapatkan pengalaman mengarah sebuah

produksi.

iv) SINOGRAFI

Skop ini adalah suatu penerokaan artistik melalui bahasa visual dalam bentuk perekaan dan

operasi teater berdasarkan falsafah, teknik dan proses tertentu merangkumi aspek rekaan

kostum, pencahayaan, set, props, latarias, tatarias dan produksi. Pelajar akan dilatih untuk

mengimbangi antara kemahiran teknikal dari aspek lukisan dan rekaan berkomputer bagi

persiapan pra-produksi kearah produksi sebenar.

Page 37: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

36 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Ts. Azizul Zahid Jamal

KETUA PROGRAM

Y.M Tengku Iefizulasyrifie Putra bin Tengku Alaudin (Sinografi)

Encik Mohd Sharul Mizad bin Asaari (Lakonan)

Encik Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri (Pengarahan)

PEMBANTU TADBIR

Puan Norziani Mansor

PENSYARAH-PENSYARAH

Puan Balkis Omar

YM. Engku Nor Zalifah Engku Abdul Rased

Encik Shariful Akma Abdullah

Encik Rime Nazren Abd Razak

Page 38: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

37 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA TEATER

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I/

Randai I/

Mek Mulong I

ATE 1012 Sejarah & Pengenalan Teater

ATE 1042 Pengenalan Sinografi

ATE 1022 Asas Lakon ATE 1053 Produksi Teater Moden

ATE 1032 Asas Vokal ATE 1062 Teknik Vokal

ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks ATE 1092 Teater Moden Malaysia

ATE 1082 Komunikasi Visual

ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan Kecederaan

19 unit kredit 16 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II/

Randai II/

Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III/

Randai III/

Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu ATE 2023 Produksi Teater Kanak-Kanak

ATE 2012 Pengurusan Pentas ATE 2032 Pengarahan

ATE 2042 Improvisasi Gerak ATE 2062 Rekaan Set & Prop

ATE 2043 Rekaan Cahaya ATE 2063 Kritikan Seni Persembahan

ATE 2102 Asas Pengarahan ATE 2092 Lakonan Lanjutan

ATE 2112 Rekaan Kostum & Solekan ATE 2000 Latihan Industri

15 unit kredit 14 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ATE 3042 Vokal Lanjutan

ATE 3023 Devised Theatre ATE 3073 Kesan Khas Untuk Teater

ATE 3072 Teori & Teknik Lakon ATE 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ATE 3992 Projek Awal

9 unit kredit 9 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 39: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

38 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF YANG DITAWARKAN

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

ATE 1022 Asas Lakon Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1032 Asas Vokal Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1082 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1042 Pengenalan Sinografi Tahun 1, Semester II Teori

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat

Page 40: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

39 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 1012

Sejarah &

PengenalanTeater

Kursus ini merupakan pengenalan terhadap konsep, falsafah dan

sejarah teater, khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam

teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan

perkembangan teater tempatan dan luar negara, terutamanya dari segi

aliran dan bentuk. Tumpuan diberikan kepada tradisi Eropah, Amerika

dan Asia.

2. ATE 1022

Asas Lakon

Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan mengemukakan

gabungan tiga disiplin: gerak, suara dan ruang bagi memecahkan rasa

gentar dan kaku dalam membentuk watak dan perwatakan berdasarkan

skrip dan improvisasi lakon. Pelajar akan dibiasakan dengan „peralatan‟

yang ada pada tubuh mereka kearah membentuk seorang pelakon yang

baik.

3. ATE 1032

Asas Vokal

Pengenalan kepada sistem pernafasan dan anatomi yang menyokong

kepada lontaran vokal melalui latihan olah tubuh, minda dan suara.

Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi sangat penting diberi

penekanan kerana „peralatan‟ ini selalunya kurang diberikan perhatian

oleh calon-calon pelakon.

4. ATE 1072

Analisis dan

Interpretasi Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui

pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi

terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu

akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang

menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

5. ATE 1082

Komunikasi Visual

Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek lakaran,

garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik dengan

menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan maklumat dan

pemikiran visual.

6. ATR 1592

Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

Kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan

tentang badan manusia. Ini akan meliputi pembelajaran tulang, otot dan

sendi. Pengetahuan ini adalah penting bagi memahami pergerakan

dengan betul dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat.

Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan memanaskan badan

dan menguatkan otot. Kursus ini juga meliputi aspek mengelakkan

kecederaan serta memberikan pengetahuan asas tentang tindakan

yang perlu diambil apabila sesuatu kecederaan berlaku.

Page 41: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

40 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ATE 1042

Pengenalan Sinografi

Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas dalam

pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka nilai-nilai artistik

di pentas dan menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi

mendapatkan nilai-nilai kekaguman di pentas dengan menitikberatkan

kajian pelbagai segi seperti; naskhah, ruang, pengarahan, warna dan

komposisi, watak dan perwatakan,dan penonton.

2. ATE 1053

Produksi Teater Moden

Kursus ini melibatkan para pelajar kepada kerja-kerja produksi teater

moden (realism) dengan tugas menyeluruh pengurusan pentas dan

rekaan kreatif bagi merealisasikan sebuah skrip pilihan. Sebahagian

pelajar akan terlibat secara langsung sebagai pelakon.

3. ATE 1062

Teknik Vokal

Proses melahirkan makna dan mood melalui keberkesanan vokal hasil

daripada penguasaan dalam sistem penafasan dan pemahaman

tentang fungsi anatomi.

4. ATE 1092

Teater Moden

Malaysia

Kursus ini akan menyentuh sejarah perkembangan teater moden di

Malaysia, berdasarkan zaman tertentu dengan mengkaji skrip dan

produksi terpilih. Penekanan diberikan terhadap aliran dan bentuk

teater, termasuk sebarang konsep dan falsafah di sebalik sesuatu

penciptaan atau pementasan.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ATE 2102

Asas Pengarahan

Kursus ini adalah kursus mempelajari aspek-aspek pengarahan dengan

memberi fokus kepada fungsi seorang pengarah dan elemen-elemen

yang diperlukan dalam persiapan sesuatu pementasan atau produksi

teater. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan konsep dan tekinik-

teknik pengarahan secara teori dan praktikal.

2. ATE 2012

Pengurusan Pentas

Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan pentas,

meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan di hadapan pentas.

Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah

panggung teater.

3. ATE 2042

Improvisasi Gerak

Satu teknik eksplorasi bertujuan untuk melahirkan makna, perasaan,

mood dan gerak timbal (tindak balas fizikal) dalam lakonan fizikal tanpa

dialog.

4. ATE 2043

Rekaan Cahaya

Menekankan kepada peranan dan kualiti pencahayaan melalui kaedah-

kaedah merekacipta berdasarkan keperluan persembahan setelah

memahami sistem penggunaan dan pengendalian pelampuan pentas

serta hubungannya dengan latar hias, set, ruang lakon dan watak-

watak.

5. ATE 2112

Rekaan Kostum &

Solekan

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan

berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori)

berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran

didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan

terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan

kostum dan juga teknik solekan.

Page 42: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

41 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1. ATE 2023

Produksi Teater

Kanak-Kanak

Kursus produksi (praktikal) ke arah pementasan sebuah teater khusus

untuk khalayak kanak-kanak (6 – 12) tahun. Pelajar akan memilih

sebuah teks yang juga dihasilkan untuk khalayak kanak-kanak bagi

tujuan pementasan ini dan mengangkat satu pementasan yang

memberikan penekanan kepada elemen-elemen terpenting yang

seharusnya ada di dalam sebuah produksi teater kanak-kanak.

2. ATE 2032

Pengarahan

Aspek lanjutan dalam kerja-kerja pengarahan melalui teori. Kaedah dan

pendekatan khusus. Penekanan diberikan terhadap pemahaman

konsep, analisis teks, watak dan perwatakan serta rekaan produksi.

3. ATE 2062

Rekaan Set dan

Prop

Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek penciptaan dan

penyediaan set serta prop untuk sesuatu persembahan teater. Pelajar-

pelajar akan digalakkan mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta

pemahaman daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat

dipraktikkan untuk tujuan pementasan.

4. ATE 2063

Kritikan Seni

Persembahan

Memperkenalkan dan membincangkan teori-teori kritikan yang boleh

digunakan untuk menganalisa karya teater sama ada berbentuk

produksi atau skrip melalui karya-karya terpilih sebagai meningkatkan

apresiasi karya teater dengan lebih mendalam dan berkesan.

5. ATE 2092

Lakonan Lanjutan

Pelajar-pelajar akan mendalami bidang lakonan melalui pemerhatian,

penyelidikan, perbincangan dan penilaian sesuatu lakonan melalui

skrip, pementasan dan penontonan.

6. ATE 2000 Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar

kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara

persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar

wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. ATE 3023

Devised Theatre

Bagaimana membina atau merangkaikan bahan cerita yang tidak

lengkap atau tidak berdiri sendiri menjadi sebuah bentuk penceritaan

yang lengkap. Disiplin ini mendedahkan pelajar kepada cara bekerja

secara berkumpulan dan bagaimana kolektif idea dirangkai dan dijalin

melalui proses non konvensional.

2. ATE 3072

Teori dan Teknik Lakon

Mendekati lakonan melalui teknik dan gaya lakon terpilih bagi

memantapkan diri sebagai pelakon. Kursus ini menekankan teknik lakon

Sistem Stanislavski juga memperkenalkan teknik Grotowski, Brecht,

Suzuki dan lain-lain lagi.

3. ATE 3992

Projek Awal

Pelajar lebih memfokuskan tentang pembacaan dan perbincangan

tentang naskhah yang dipilih. Pelajar akan memilih dan menentukan

sebuah projek penilaian yang berkaitan dengan bidang pengkhususan.

Membuat proposal dan pembentangan tajuk projek.

Page 43: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

42 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1. ATE 3042

Vokal Lanjutan

Ini merupakan kursus lanjutan untuk memperhalusi kekuatan vokal

supaya sentiasa di dalam keadaan bersedia, bertenaga dan terkawal.

Kursus ini bertujuan membantu pelajar-pelajar mematangkan lagi

penggunaan vokal dan mengetahui permasalahan serta cara-cara

mengatasinya. Penekanan lebih banyak diberikan kepada aspek

pemahaman teks dan gaya pengucapan yang tepat serta bervariasi.

2. ATE 3073

Kesan Khas Untuk

Teater

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta pengalaman

asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah kesan khas dalam

persembahan pentas (teater).

3. ATE 3994

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Pelajar akan melaksanakan satu projek akhir berdasarkan kertas

cadangan yang telah diluluskan dalam Projek Awal. Projek berbentuk

produksi ini sama ada melibatkan pelajar sebagai pelakon, pengarah atau

sinografer, secara individu atau berkumpulan. Pelajar juga wajib

menduduki Seminar Akhir (viva voce) yang akan menilai hasil kerja

mereka melalui projek tersebut.

Page 44: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

43 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 1022

Asas Lakon

Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan

mengemukakan gabungan tiga disiplin, gerak, suara dan ruang bagi

memecahkan rasa gentar dan kaku dalam membentuk watak dan

perwatakan berdasarkan skrip dan improvisasi lakon. Pelajar akan

dibiasakan dengan peralatan yang ada pada tubuh mereka kearah

membentuk seorang pelakon yang baik.

2. ATE 1032

Asas Vokal

Pengenalan kepada sistem penafasan dan anatomi yang menyokong

kepada lontaran vocal melalui latihan olah tubuh, minda dan suara.

Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi sangat penting diberi

penekanan kerana peralatan ini selalunya kurang diberikan perhatian

oleh calon-calon pelakon.

3. ATE 1072

Analisis dan Interpretasi

Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui

pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi

terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu

akan dipilih sebagai moden pembelajaran di samping teks yang

menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

4. ATE 1082 Komunikasi Visual

Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek lakaran, garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan maklumat dan pemikiran visual.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

ATE 1042

Pengenalan Sinografi

Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas dalam

pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka nilai-nilai artistik

di pentas dan menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi

mendapatkan nilai-nilai kegaguman di pentas dengan menitikberatkan

kajian pelbagai segi seperti naskhah ruang, pengarahan, warna dan

komposisi watak dan perwatakan dan penonton.

Page 45: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

44 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI TARI FAKULTI TARI menawarkan pengajian yang menyeluruh di dalam teknik-teknik dari pelbagai genre

Tarian Malaysia, Asia dan Barat. Fokus utama fakulti dalam pengajian tahap Diploma Seni Tari

[MQA/FA 0163] adalah untuk melahirkan penari profesional yang berilmu dan berkaliber dengan

pengetahuan yang mendalam mengenai kesenian khususnya teknik tari tradisional dan kontemporari.

Pada masa yang sama fakulti ini berhasrat melahirkan graduan yang berkemampuan menghasilkan

karya kreatif di samping mengendalikan bengkel dan kursus dalam bidang tari.

Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui

kegiatan studio, kuliah dan produksi melalui pendekatan pembelajaran bersifat perguruan dengan

tokoh, rujukan pembacaan, pelaksanaan projek serta bengkel-bengkel tari yang dianjur khas bersama

pengiat seni tanahair. Pengisian yang menyeluruh ini akan mengasah kemahiran dan memberikan

pengalaman serta semangat juang yang tinggi khususnya dalam bidang seni tari agar graduan tari

mampu menyumbang kepada pembangunan industri tari di Malaysia.

Terdapat empat (4) modul pengajian di Fakulti Tari iaitu:

i) Modul Kesenian Tradisional

Modul Kesenian Tradisional adalah wajib bagi semua pelajar dalam Fakulti Tari. Modul ini

melatih dan mengasah bakat serta minat berdasarkan sistem pendidikan beberapa tokoh

yang terpilih. Pengenalan bentuk penting serta kefahaman gerak tradisi, latarbelakang

dan asal-usul tarian, konteks persembahan serta etnologi. Modul ini merangkumi tarian

Klasik Melayu, Tari Rakyat yang wujud di serantau negara seperti Dabus, Asyik dan Joget

Gamelan, Tarian Joget, Inang dan Zapin, Tarian Sabah dan Sarawak serta Tai Chi dan

Silat. Turut ditawarkan ialah tarian Cina dan India. Kesenian tarian tradisional yang ada di

Malaysia teramat luas dan kaya, maka tidak mungkin diajar semuanya dalam enam

semester. Dengan itu, pelajar akan dibekalkan ilmu untuk meneliti, menganalisa dan

memahami pergerakan supaya dapat mengaplikasikan sistem ini dalam sebarang tarian

yang ingin dikaji seterusnya.

ii) Modul Koreografi

Modul ini bertujuan menghasilkan karyawan tari yang inovatif dan kreatif. Daya kretiviti

diasah melalui proses pembelajaran yang bermula di dalam studio tari ke alam sekitar.

Kursus seperti improvisasi, komposisi dan koreografi dapat membentuk dan

memperkembangkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar secara sistematik. Pelajar

digalakkan mengambil bahagian dan menyaksikan sebanyak mungkin produksi tari

samada di dalam mahupun di luar ASWARA. Eksplorasi gerak berteraskan gaya tradisi

diharapkan dapat menghasilkan suatu nafas kotemporari yang beridentitikan Malaysia.

Page 46: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

45 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

iii) Modul Teori dan Sejarah

Modul ini menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan teori dan falsafah seni tari.

Kursus ini juga memperkuatkan kebolehan pelajar berkomunikasi, menganalisa serta

mengkaji bidang tari. Kursus Sejarah Tari, Anatomi dan Pencegahan Kecederaan

merupakan kursus wajib di samping kursus Pengenalan Teori Persembahan dan Sejarah

Tari Malaysia. Semua pelajar diwajibkan melengkapkan satu program berbentuk kajian

tradisional bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah penyelidikan dan

etnologi tari.

iv) Modul Kesenian Kontemporari

Modul ini juga merupakan modul wajib untuk pelajar Fakulti Tari. Modul ini bertujuan

untuk memupuk minat dan kecenderungan kepada bentuk dan teknik tarian seperti Ballet,

Moden, Jazz dan gaya tarian terkini. Teknik moden seperti Graham, Cunningham,

Hawkins dan sebagainya diajar secara terperinci dan intensif supaya pelajar dapat

menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya tarian berkenaan. Modul ini berperanan penting

dalam membantu pelajar khususnya aspek pembinaan perbendaharaan gerak yang

akhirnya akan di kembangkan untuk tujuan berkarya. Pada masa yang sama, teknik--

teknik yang diajar ini amat berfaedah untuk memberi kefahaman tentang ruang, tubuh,

tenaga dan konsep masa.

Page 47: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

46 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Puan Norsafini Jaafar

KETUA PROGRAM

Encik Mohd Seth Hamzah (Persembahan)

Encik Mohd Nur Faillul Adam (Koreografi)

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Siti Maszura Jumadi

PEMBANTU TADBIR

Puan Nora Tambi

PENSYARAH – PENSYARAH Datin Marion D‟Cruz

Encik Umesh Shetty Puan Zamzuriah Zahari

Puan Murni Omar

Puan Norbaizura Abd Ghani

Cik Ng Xin Ying Encik Mohd Yunus Aliallah @ Ismail

Page 48: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

47 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI TARI

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional

AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I

ATR 1512 Tari Tradisional Awalan ATR 1542 Tari Tradisional Pertengahan

ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan ATR 1552 Teknik Tari Barat Lanjutan

ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan ATR 1562 Pergerakan Kreatif Lanjutan

ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan Kecederaan

15 unit kredit 13 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu ATR 2562 Tari Rakyat Pertengahan

ATR 2502 Silat ATR 2572 Tari Klasik Melayu Pertengahan

ATR 2512 Tari Rakyat Awalan ATR 2582 Persembahan Pertengahan

ATR 2522 Tari Klasik Melayu Awalan ATR 2592 Komposisi Lanjutan

ATR 2532 Persembahan Awalan ATR 2602 Pengenalan Teori Persembahan

ATR 2542 Komposisi Awalan ATR 2000 Latihan Industri

ATR 2552 Sejarah Tari Malaysia

16 unit kredit 12 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ATR 3562 Persembahan Tari Rakyat

ATR 3502 Tari Rakyat Lanjutan ATR 3574 Praktikal Persembahan

ATR 3552 Tai Chi ATR 3554 Projek Tahun Akhir PeTA

ATR 3572 Tari Klasik Melayu Lanjutan

ATR 3534 Persembahan Lanjutan

ATR 3544 Asas Koreografi

ATR 3550 Projek Awal

16 unit kredit 10 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 49: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

48 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

ATR 1512 Tari Tradisional Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester 1 Praktikal- Persembahan

ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal - Persembahan

ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal - Koreografi

ATR 1542 Tari Tradisional Pertengahan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan

ATR 1552 Teknik Tari Barat Lanjutan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan

ATR 1562 Pergerakan Kreatif Lanjutan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 50: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

49 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

ATR 1512

Tari Tradisional Awalan

Kursus ini berteraskan keunikan seni tarian di Malaysia yang wujud

berdasarkan kepelbagai kaum dan etnik. Sukatan pembelajaran

kursus ini memberi penumpuan kepada tarian-tarian kaum terbesar di

Malaysia iaitu Tarian Rakyat Melayu (Asli dan Joget), Tarian Cina (Tari

Rakyat/ Tarian Klasik) dan Tarian Klasik India.

2.

ATR 1522

Teknik Tari Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari

kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari adalah pengenalan

teknik yang merangkumi aspek seperti postur, kekuatan otot,

kelenturan badan, kefahaman gerak, konsep, falsafah, teori dan

sejarahnya.

3.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara spontan yang

sangat berfaedah untuk penari dan pelakon. Pelajar akan didedah dan

dilatih melalui proses eksplorasi pergerakan dengan menggunakan

motivasi yang berbeza seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa

yang sama, pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

4.

ATR 1592

Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

Kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan

tentang tubuh badan manusia. Ini akan meliputi pembelajaran tulang,

otot dan sendi. Pengetahuan ini adalah penting bagi memahami

pergerakkan dengan betul dan seterusnya membuat gerakan dengan

selamat. Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan

memanaskan badan dan menguatkan otot. Kursus ini juga akan

meliputi aspek mengelakkan kecederaan serta memberi pengetahuan

asas tentang tindakan yang perlu diambil apabila sesuatu kecederaan

berlaku.

Page 51: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

50 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

ATR 1542

Tari Tradisional

Pertengahan

Kursus ini adalah sambungan kepada kursus yang diperkenalkan pada

semester I. Pelajar akan mendalami lagi kefahaman dalam bidang

tarian tradisional dan mempelajari beberapa tarian daripada genre

tarian Malaysia seperti Tari “Mou Li Hua”, Tari Ikan, Tari Inang, Tari

Zapin dan “Adavus” untuk Tari India. Beberapa persembahan akan

dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar.

2.

ATR 1552

Teknik Tari Barat Lanjutan

Kursus ini merupakan sambungan daripada kursus daripada semester

satu iaitu Teknik Tari Barat Awalan. Masih menyentuh tentang

pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari kontemporari. Pelajar

diharap dapat mempertingkatkan lagi kebolehan dan kefahaman

teknik, konsep, falsafah serta sejarah amnya.

3.

ATR 1562

Pergerakan Kreatif

Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Pergerakan Kreatif Awalan.

Selain dari melatih pelajar mencari gerak secara spontan, ia

mementingkan aspek persembahan dan elemen koreografi. Melalui

proses eksplorasi, pelajar digalakkan mengadakan persembahan

berkonsep „improvisasi‟ dan menggunakan proses „improvisasi‟ untuk

menghasilkan karya. Ini adalah satu cara berkarya yang unik dan

tersendiri. Latihan dan persembahan dalam kumpulan merupakan satu

aspek penting dalam kursus ini.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

ATR 2502 Silat

Kursus ini merupakan asas teknik seni silat yang merupakan seni mempertahankan diri masyarakat Melayu. Tujuan kursus ini ialah untuk memantapkan dan memusatkan tenaga bagi memperkuatkan stamina dan badan seorang penari. Pelajar akan memahami asas utama estetika gerak silat dan kemurnian olahan tubuh yang berjiwa Melayu.

2.

ATR 2512

Tari Rakyat Awalan

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada beberapa bentuk

tarian rakyat Malaysia seperti Tari Inai, Tari Kipas, Sapu Tangan dan

Allarippu. Tari Inai merupakan sebuah tarian yang berlandaskan teknik

seni mempertahankan diri iaitu silat di mana ianya berasal daripada

kampung Bechah Tedong, Kelantan. Pelajaran tarian Cina dan India

akan diteruskan dengan menambah ilmu dan pengetahuan bentuk,

gaya, sejarah dan falsafah.

3.

ATR 2522

Tari Klasik Melayu Awalan

Kursus ini memberi latihan intensif repetoire tarian klasik Melayu

seperti tarian Layang Mas dan tarian Asyik. Pembelajaran menjurus

kepada ciri–ciri tarian yang unik dan tersendiri. Selain daripada itu,

pelajar juga diberi pemahaman tentang disiplin dan tertib tarian klasik

yang mementingkan keayuan, kelembutan, kesinambungan

pergerakan, kesopanan dan lain-lain yang berkaitan.

Page 52: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

51 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

4.

ATR 2532

Persembahan Awalan

Kursus ini adalah sambungan daripada kursus dalam tahun satu semester dua iaitu Teknik Tari Barat Lanjutan. Kursus ini menekankan aspek perkembangan dan pemantapan kefahaman serta teknik, konsep, falsafah dalam tari ballet dan kontemporari. Antara teknik yang diajar adalah seperti Graham, Cunningham, Limon dan Hawkins.

5.

ATR 2542

Komposisi Awalan

Kursus ini menyentuh elemen-elemen yang berkaitan tentang tatacara penyusunan sesebuah karya tari. Pada peringkat awal, Pelajar akan dilatih dalam aspek asas yang juga merupakan elemen penting di dalam dunia penciptaan tari seperti ruang, masa, aras dan cara menyusun pergerakkan. Seterusnya, pergerakan yang diperolehi hasil daripada eksplorasi gerak berdasarkan elemen asas berkenaan akan disusun ke dalam bentuk persembahan. Akhirnya, pelajar perlu mempersembahkan karyanya dalam bentuk solo dan berkumpulan.

6.

ATR 2552

Sejarah Tari Malaysia

Kursus ini merupakan pengenalan sejarah tari di Malaysia secara global. Kursus ini membincangkan kepelbagaian genre tari-tari klasik, rakyat, ritual, moden, pascamoden dan kontemporari. Kursus ini juga membincangkan beberapa contoh yang spesifik daripada budaya tari yang terpenting seperti China, Indian, Asia Tenggara, Eropah dan juga Amerika. Peninjauan terhadap tema-tema global yang terkini turut dimuatkan dalam pengajaran kursus ini. Perkembangan tari akan dikaji dalam konteks sosio-budaya dan senario politik di negara-negara yang berkenaan. Tokoh-tokoh tari iaitu koreografer, penari dan impresario akan dibincang dari segi sumbangan dan pengaruh mereka.

Page 53: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

52 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

ATR 2562

Tari Rakyat Pertengahan

Tarian-tarian yang akan diajar dalam kursus ini adalah Tari Piring yang

berasal dari Negeri Sembilan, Tarian Cina (Tari Pahlawan/ Tarian

Duang Huang) dan Tari India (Allarippu). Teknik tarian-tarian

berkenaan adalah lebih rumit berbanding tarian yang diajar pada

semester-semester sebelumnya. Selain daripada itu, pelajar akan

belajar mengenai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri yang terdapat

dalam tarian-tarian yang diajar dengan lebih terperinci dan mendalam.

2.

ATR 2572

Tari Klasik Melayu

Pertengahan

Kursus ini memberi latihan intensif repetoire tarian klasik Melayu Joget

Gamelan. Pelajar akan mempelajari teknik pergerakan secara

terperinci dan seterusnya memahami tentang aspek tertib dan dan ciri-

ciri tersendiri yang perlu dalam persembahan tarian Joget Gamelan

seperti keayuan, kelembutan serta kesopanan.

3.

ATR 2582

Persembahan Pertengahan

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus pada tahun dua,

semester satu iaitu kursus Persembahan Awalan. Kursus ini lebih

kompleks di mana ianya merangkumi pergerakkan dan „sequence‟

yang lebih mencabar khususnya dalam tarian ballet dan tari

kontemporari.

4.

ATR 2592

Komposisi Lanjutan

Kursus ini bertujuan memperkembangkan pengetahuan tentang

bidang koreografi. Peringkat kedua ini akan menyambung peningkatan

pengetahuan dan pengalaman terhadap elemenelemen penting di

dalam dunia penciptaan tari. Selain daripada itu,kursus ini juga

menuntut pelajar untuk menghasilkan karya solo dan berkumpulan

yang digarap dengan elemen-elemen sokongan seperti muzik, teks,

penggunaan ruang persembahan dan sebagainya yang bersesuaian

dengan koreografi.

5.

ATR 2602

Pengenalan Teori

Persembahan

Kursus ini memberi pengenalan kepada teori dan konsep dalam seni

persembahan. Perkara dan elemen-elemen yang menghasilkan

prestasi yang tinggi dalam persembahan termasuklah kaitan dengan

skrip, pembawaan watak, penghayatan gerak serta hubungan dengan

penonton. Pelajar diwajibkan menghadiri beberapa bentuk

persembahan yang berlainan dan seterusnya membuat ulasan tentang

persembahan tersebut secara lisan dan bertulis.

6.

ATR 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di

luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara

persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap

pelajar wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan

pengajian.

Page 54: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

53 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

ATR 3502

Tari Rakyat Lanjutan

Kursus ini akan memperkenalkan tarian-tarian rakyat seperti

tarian suku etnik di Sarawak, tarian suku etnik di Sabah, Tari

Cina (Xinjiang, Mongolia dan Tarian Tibet) dan Tari India (Tarian

Jatiswaram).

2.

ATR 3552

Tai Chi

Kursus ini menawarkan kefahaman tentang teknik asas

pergerakan Tai Chi yang mementingkan prinsip penyatuan minda

dan tubuh badan berdasarkan kepada elemen-elemen seperti

Song (relaxation), Chen (rooting), Zhong (center equilibrium),

Ding (calmness). Seterusnya pelajar akan belajar jurusan-

jurusan penting dalam gerak Tai Chi yang terdiri daripada Jing

(motion), Qi (breath) dan Shen (mind).

3.

ATR 3572

Tari Klasik Melayu

Lanjutan

Kursus ini memberi latihan intensif Tari Klasik Melayu -Terinai.

Terinai adalah merupakan sebuah Tari Klasik Melayu yang

berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Tarian ini

mempunyai ciri ciri kemelayuan yang unik dan tersendiri yang

penuh dengan keayuan, kelembutan serta kesopanan.

4.

ATR 3534

Persembahan Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus tahun satu dan dua.

Pembelajaran diteruskan ke atas teknik tarian moden dari

Amerika Syarikat seperti teknik Graham, Cunningham, Limon,

Hawkins dan teknik ballet. Walau bagaimanapun, teknik-teknik

lain yang berkaitan juga di ajar untuk membina perbendaharaan

gerak yang luas dan bebas.

5.

ATR 3544

Asas Koreografi

Kursus ini melibatkan semua elemen yang dipelajari dalam

kursus improvisasi dan komposisi. Ia menyediakan pelajar untuk

mementaskan suatu karya dengan memikirkan keseluruhan

elemen persembahan seperti konsep, gaya dan idea-idea kreatif

serta elemen pementasan seperti set, prop, kostum dan lampu.

6.

ATR 3550

Projek Awal (PeTA)

Kursus ini merupakan kursus yang menumpu kepada projek penilaian

tahun akhir. Pelajar perlu menyiapkan projek masing-masing serta

membuat persembahan pra-tonton. Semua pelajar dinilai sebagai penari

dalam seksyen tarian tradisional dimana para pelajar wajib

mempersembahkan tujuh(7) buah tarian tradisional. Para pelajar yang

dinilai sebagai penari perlu mempersembahkan dua(2) buah tarian

kontemporari. Manakala para pelajar yang dinilai sebagai koreografer,

perlu menghasilkan sebuah karya koreografi.

Page 55: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

54 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

ATR 3562

Persembahan Tari Rakyat

Kursus ini merupakan pemantapan kesemua kursus Tari Rakyat yang

telah dipelajari sebelum ini. Pemantapan ini adalah bagi membantu

dalam proses persiapan Penilaian Tahun Akhir Diploma (PeTA).

2.

ATR 3574

Praktikal Persembahan

Kursus ini merupakan lanjutan dari kursus teknik tari barat. Pada

semester ini lanjutan pembelajaran teknik tarian kontemporari seperti

Graham, Cunningham, Limon, Hawkins dan ballet diteruskan. Pada

masa yang sama kursus ini juga memberi fokus kepada pembinaan

dan perkembangan perbendaharaan gerak yang luas dalam teknik

kontemporari dan teknik ballet.

3.

ATR 3554

Projek Tahun Akhir (PeTA)

PeTA merupakan peperiksaan akhir bagi penganugerahan diploma

ASWARA. Semua pelajar fakulti tari harus menyediakan dan

memenuhi syarat berikut:

Bahagian 1:

Penilaian sebagai penari/performer dalam tujuh(7) buah tarian

tradisional (Wajib)

1) Tari Piring

2) Tari Inai

3) Tarian klasik India (Bharatanatyam)

4) Tarian Cina

5) Tarian Sarawak/Sabah

6) Tarian Zapin

7) Tarian Klasik Melayu

(Joget Gamelan/Terinai/Mengadap Rebab)

Bahagian 2:

Penilaian sebagai performer dalam dua(2) buah karya kontemporari.

Page 56: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

55 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER I

1.

ATR 1512

Tari Tradusional Awalan

Kursus ini berteraskan keunikan seni tarian di Malaysia yang wujud berdasarkan kepelbagai kaum dan etnik. Sukatan pembelajaran kursus ini memberi penumpuan kepada tarian-tarian kaum terbesar di Malaysia iaitu Tarian Rakyat Melayu (Asli dan Joget). Tarian Cina (Tari Rakyat/Tarian Klasik) dan Tarian Klasik India.

2

ATR 1522

Teknik Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari

kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari adalah postur,

kekuatan otot, kelenturan badan, kefahaman gerak, konsep, falsafah,

teori dan sejarahnya.

3.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara spontan yang

sangat berfaedah untuk penari dan pelakon. Pelajar akan didedah dan

dilatih melalui proses eksplorasi pergerakan dengan menggunakan

motivasi yang berbeza seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa

yang sama, pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER II

1.

ATR 1542

Tari Tradusional

Pertengahan

Kurus ini adalah sambungan kepada kursus yang diperkenalkan pada semester I. Pelajar akan mendalami lagi kefahaman dalam bidang tarian tradisional dan mempelajari beberapa tarian daripada genre tarian Malaysia seperti Tari “Mou Li Hua”. Tari Ikan, Tari Inang, Tari Zapin dan “Adavus” untuk Tari India. Beberapa persembahan akan dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar.

2

ATR 1552

Teknik Tari Barat Lanjutan

Kursus ini merupakan kursus daripada semester II iaitu Teknik Tari Barat Awalan. Masih menyentuh tentang pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari kontemporari. Pelajar diharap dapat mempertingkatkan lagi kebolehan dan kefahaman teknik konsep serta sejarah amnya.

3.

ATR 1562

Pergerakan Kreatif

Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Pergerakan Kreatif

Awalan. Selain dari melatih pelajar mencari gerak secara

spontan, ia mementingkan aspek persembahan dan digalakkan

mengadakan persembahan berkonsep ”improvisasi” dan

menggunakan proses “improvisasi” untuk menghasilkan karya

ini adalah satu cara berkarya yang unik dan tersendiri. Latihan

dan persembahan dalam kumpulan merupakan satu aspek

penting dalam kursus ini.

Page 57: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

56 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 HINGGA 3 SEMESTER I DAN II

1.

ATR 1522

Teknik Tari Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari

kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari adalah pengenalan

teknik yang merangkumi aspek seperti postur, kekuatan otot,

kelenturan badan, kefahaman gerak, konsep, falsafah, teori dan

sejarahnya.

2.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara spontan yang

sangat berfaedah untuk penari dan pelakon. Pelajar akan didedah dan

dilatih melalui proses eksplorasi pergerakan dengan menggunakan

motivasi yang berbeza seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa

yang sama, pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

Page 58: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

57 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM

Pada Januari 2019, Fakulti Filem dan Televisyen telah digabungkan dengan Fakulti Penulisan Kreatif

dan kini dijenamakan sebagai Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF). Barisan tenaga pengajar

pula terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran serta pengalamannya dalam bidang

akademik dan penggiat industri penulisan kreatif dan filem terkenal tanahair. Matlamat FPKF ialah

untuk melahirkan ilmuan dan karyawan yang terlatih, berilmu dan profesional dengan menguasai

pengetahuan, kemahiran dalam bidang penulisan kreatif serta penerbitan filem dan televisyen. FPKF

menawarkan:

Diploma Penulisan Kreatif [MQA/FA 0165]

Diploma Filem dan Video [MQA/FA 0166]

Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian – tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para

pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya penulisan kreatif, filem dan

televisyen berindetitikan jati diri budaya tempatan.

DIPLOMA PENULISAN KREATIF [MQA/FA 0165]

Program Diploma Penulisan Kreatif diwujudkan dengan matlamat memberikan pendedahan dan

peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk

mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah,

pendekatan dan praktik lebih bersistematik.

Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam displin penulisan oleh para

pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpegalaman dan berkalayakan dalam bidang

masing-masing. Tumpuan atau kursus teras pada peringkat Diploma, menjurus kepada penulisan

dramatik (drama pentas, drama televisyen dan lakon layar), meskipun kursus-kursus penulisan

cereka, biografi, penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan

pembelanjaran memberat kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di samping

mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam

penulisan. Kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat Diploma, disusun sedemikian rupa bagi

disesuaikan dengan keperluan dan permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen

dan filem).

DIPLOMA FILEM DAN VIDEO [MQA/FA 0166]

Program Diploma Filem dan Video memberi peluang menimba kemahiran yang luas kepada pelajar

melalui aktiviti-aktiviti secara praktikal melalui kursus bengkel, produksi filem dan penilaian tahun

akhir. Pembelajaran berbentuk praktikal dan „hands-on‟ mampu menghasilkan graduan yang

berkemahiran tinggi dalam pasaran. FPKF juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur

peralatan pembelajarannya standing dengan penggunaan dan keperluan industri semasa.

Page 59: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

58 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Encik Dzul Karnain Abdullah

KETUS PROGRAM

Encik Muhammed Izzat Hasan (Sinematografi)

Encik Gulam Shaffi Khan Gulab Khan (Pengarahan)

Encik Richard Lau Chee Tat (Filem dan Televisyen)

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Yusri Hidayat Yusof

PEMBANTU TADBIR

Encik Muhammad Nor Hisham Mustapa

Cik Nurul Erna Musa

PENSYARAH - PENSYARAH

YBhg. SN Dato‟ Dr. Mohd Anuar Rethwan

Dr. Azman Ismail

Puan Susilawati Kamaruzzaman

Cik Jolaina M. Nasseri

Encik Mohd Kamal Abdul Ghani

Encik Mahantheran Maxwell

Encik Mohd Ridzuan Harun

Cik Nurul Aqilah Md Razalli

Page 60: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

59 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA PENULISAN KREATIF

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional

AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan Melayu

APN 1122 Pengenalan Drama Melayu

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif

APN 1132 Bahasa dalam Penulisan Kreatif

AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi

APN 1142 Penulisan Drama Radio

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen

13 unit kredit 15 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu APN 2452 Teori Apresiasi dan Kritikan Teks

APN 2402 Penulisan Rencana APN 2463 Penulisan Cerpen

APN 2412 Psikologi Watak APN 2473 Penulisan Biografi

APN 2423 Penulisan Skrip Animasi APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

APN 2433 Penulisan Drama Pentas APN 2493 Desktop Publishing

APN 2443 Penulisan Drama Televisyen APN 2000 Latihan Industri

17 unit kredit 16 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia APN 3542 Pengucapan Awam

APN 3503 Penulisan Novel Remaja APN 3552 Seminar Cereka

APN 3512 Penulisan Lirik APN 3994 Projek Akhir (PeTA)

APN 3523 Penulisan Lakon Layar II

APN 3543 Penulisan Dokumentari

13 unit kredit 8 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 61: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

60 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan Melayu

Tahun 1, Semester I Kreatif

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif

Tahun 1, Semester I Kreatif

APN 1122 Pengenalan Drama Melayu Tahun 1, Semester 2 Kreatif

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen

Tahun 1, Semester 2 Kreatif

APN 2402 Penulisan Rencana Tahun 2, Semester I Kreatif

APN 2412 Psikologi Watak Tahun 2, Semester I Psikologi

APN 2483 Penulisan Lakon Layar 1

Tahun 2, Semester 2 Layar

APN 2493 Desktop Publishing Tahun 2, Semester 2 Teknologi Maklumat

APN 3512 Penulisan Lirik

Tahun 3, Semester I Kreatif

APN 3542 Pengucapan Awam

Tahun 3, Semester 2 Komunikasi

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 62: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

61 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I 1.

APN 1102 Pengenalan Kesusasteraan Melayu

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi, cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain. Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di samping meneliti pemikiran serta weltanschauung pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.

2.

APN 1112 Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif

Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka – cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat di dalam penulisan genre naratif itu.

3.

AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi

Pengenalan asal usul animasi dan perbincangan meliputi topik genre, pemikiran dan teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan filem animasi.

TAHUN 1 SEMESTER II 1.

APN 1122 Pengenalan Drama Melayu

Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden. Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah dihasilkan.

2.

APN 1132 Bahasa Dalam Penulisan Kreatif

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul, tepat, sesuai dan berkesan dalam penulisan kreatif, terutama dalam menghasilkan karya cereka dan puisi serta naskhah drama pentas. Tumpuan akan diberikan kepada aspek tatabahasa, gaya bahasa dan seumpamanya, serta bagaimana menerapkannya dalam penghasilan karya/naskhah. Bahasa dari sudut kreatif dan keberkesanannya sebagai wahana menyampaikan cerita dan pemikiran pengarang akan menjadi tumpuan utama kursus ini.

Page 63: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

62 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II 3.

APN 1142 Penulisan Drama Radio

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam menghasilkan skrip drama radio yang bermutu dan sesuai dengan perkembangan semasa. Beberapa jenis drama radio berdasarkan durasi penyiaran yang diamalkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia memerlukan penulis skrip yang peka dan memahami selok belok sistem dan etika penyiaran. Teknik yang digunakan dalam skrip dan semasa rakaman, latar belakang dan sejarah perkembangan drama radio di negara ini menjadi sebahagian kandungan kursus. Matlamat akhir kursus ini adalah untuk membantu memantapkan daya kreatif pelajar dalam menghasilkan skrip drama radio bermutu sebagai sumber pendapatan atau kerjaya sepenuh masa mereka.

4.

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.

TAHUN 2 SEMESTER I 1.

APN 2402 Penulisan Rencana

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis, muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.

2.

APN 2412 Psikologi Watak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif (cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi berkenaan.

Page 64: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

63 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I 3.

APN 2423 Penulisan Skrip Animasi

Lanjutan daripada kursus AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak) yang sesuai untuk satu siri animasi televisyen . Pelajar akhirnya akan dibimbing untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan skrip untuk siri animasi sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa skrip dan siri/filem animasi yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

4.

APN 2433 Penulisan Drama Pentas

Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama pentas, merangkumi drama sebabak (one act play) dan drama panjang (full-lenght play/well-made play) untuk khalayak dewasa. Kursus ini juga

memperkenalkan para pelajar kepada contoh-contoh skrip drama pentas yang berkualiti yang pernah diterbitkan dan dianalisis dari segi idea, watak dan perwatakan, pemikiran dan struktur dramatiknya. Seterusnya pelajar akan diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk menulis skrip drama pentas yang berpotensi untuk dipentaskan. Pada tahap ini penekanan akan lebih diberikan kepada penulisan drama beraliran realisme.

5.

APN 2443 Penulisan Drama Televisyen

Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama televisyen, merangkumi drama bersiri (serial), komedi situasi (situational comedy) dan cereka televisyen (telemovie atau made for tv movie). Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar kepada contohcontoh skrip dan drama televisyen yang pernah diterbitkan dan dianalisis dari segi bentuk, konsep, idea, watak dan perwatakan, pemikiran dan struktur dramatiknya. Seterusnya pelajar akan diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk menulis skrip drama televisyen yang berpotensi untuk diterbitkan serta disiarkan.

TAHUN 2 SEMESTER II 1.

APN 2452 Teori Apresiasi dan Kritikan Teks

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai teori apresiasi dan kritikan teks dalam pelbagai genre, khususnya cereka dan drama. Melalui kursus ini, pelajar diharap mampu menghayati dan memberikan apresiasi terhadap genre sastera berlandaskan teori kritikan tertentu. Kursus ini juga memperkenalkan konsep penulisan kritikan sastera dan teori-teori kritikan serta pendekatan teori yang diperkenalkan dalam bidang kritikan termasuk teori dan penerapan analisis teks atau kritikan sastera.

2.

APN 2463 Penulisan Cerpen

Kursus ini memperkenal cerita pendek atau cerpen sebagai salah satu genre cereka moden. Pelajar terlebih dahulu akan meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan dan pertumbuhan genre ini sambil meneliti contoh-contoh karya terbaik yang pernah terhasil, di samping mengenali tokoh-tokoh penulis terpilih. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan cerpen, bagi memastikan mereka akhirnya mampu dan mahir menghasilkan karya mereka sendiri.

Page 65: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

64 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II 3.

APN 2473 Penulisan Biografi

Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan non-kreatif yang agak popular di barat tetapi kurang mendapat sambutan di negara ini. Meskipun pada asasnya ia bersifat deskriptif, pendekatan kreatif sering juga diambil dalam penulisannya, bagi menjadikan sesebuah karya biografi itu lebih menarik dan berkesan. Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai cabang/bentuk genre biografi, seperti autobiografi, memoir, diari dan travelogue, selain bentuk-bentuk biografi itu sendiri yang mempunyai pecahannya.

4.

APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

5.

APN 2493 Desktop Publishing

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.

6.

APN 2000 Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman

bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan

didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di

dalam industri seni. Setiap pelajar wajib mengikuti penempatan

mengikut pengkhususan pengajian.

Page 66: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

65 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I 1.

APN 3503 Penulisan Novel Remaja

Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan kreatif yang sedang diberi perhatian oleh penerbit dan pembaca negara ini. Kemahiran dan kebolehan menerokai pelbagai genre novel remaja ini akan menjadikan sesebuah novel remaja itu lebih menarik dan berkualiti. Bentuk dan tema yang biasa diterokai oleh pengarang remaja terdahulu seperti fiksyen sains, fantasi, detektif dan kembara akan diketengahkan sehingga pelajar benar-benar jelas dan yakin untuk menulis sebuah novel remaja yang bermutu.

2.

APN 3512 Penulisan Lirik

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik. Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada realiti sebenar dunia penulisan lirik.

3.

APN 3523 Penulisan Lakon Layar II

Lanjutan daripada kursus APN 2483 Penulisan Lakon Layar I. Pada tahap ini pelajar mula dibimbing untuk menulis lakon layar berdasarkan idea, sinopsis dan treatment yang telah dilakukan melalui kursus terdahulu. Dari semasa ke semasa pelajar akan didedahkan lagi kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan. Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan mampu dan mahir menulis sebuah lakon layar filem cereka lengkap mereka sendiri.

4.

APN 3543 Penulisan Dokumentari

Kursus ini memberi penekanan terhadap teknik dan norma penulisan skrip program dokumentari di samping memberikan pendedahan teori terhadap elemen-elemen penerbitan program dokumentari untuk televisyen secara menyeluruh. Pembelajaran bermula dengan kefahaman terhadap aspek cambah idea (brainstorm), olahan skrip (treatment) lakaran papan cerita (story board), skrip separa (draft script) dan akhir sekali skrip penuh (full script). Pelajar dikehendaki menghasilkan projek skrip akhir termasuk kertas cadangan dan penyelidikan.

Page 67: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

66 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II 1.

APN 3542 Pengucapan Awam

Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media. Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila berhadapan dengan khalayak.

2.

APN 3552 Seminar Cereka

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai karya cereka (cerpen dan novel) menggunakan pelbagai teori dan sudut fikiran pengkritik serta pengkaji cereka dalam dan luar negeri. Cereka sebagai sebuah teks dianalisis dari segi struktur dan aspek naratifnya. Dengan cara itu, pelajar juga turut memahami kaedah menganalisis teks berdasarkan teori dan aspek penting kritikan untuk dibentangkan dalam seminar terbuka.

3.

APN 3994 Projek Akhir (PeTA)

Melalui „kursus‟ ini, pelajar wajib menulis sebuah karya kreatif sebagai projek akhir mereka, sebagai sebahagian daripada syarat bagi membolehkan mereka memperoleh Diploma Penulisan Kreatif. Cadangan karya kreatif tersebut mestilah telah dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu dalam Semester I Tahun 3. Untuk projek ini, pelajar hanya dibenarkan memilih sama ada penulisan novel remaja, skrip drama pentas atau lakon layar cereka televisyen (telemovie) sahaja, tertakluk pada keputusan peperiksaan dalam kursus berkaitan. Panjang setiap karya adalah tertakluk pada syarat-syarat Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Fakulti yang telah digariskan.

Page 68: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

67 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I 1.

APN 1102 Pengenalan Kesusasteraan Melayu

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi, cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain. Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di samping meneliti pemikiran serta weltanschauung pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.

2.

APN 1112 Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif

Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka – cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat di dalam penulisan genre naratif itu.

TAHUN 1 SEMESTER II 1.

APN 1122 Pengenalan Drama Melayu

Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden. Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah dihasilkan.

2.

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.

Page 69: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

68 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I 1.

APN 2402 Penulisan Rencana

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis, muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.

2.

APN 2412 Psikologi Watak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif (cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi berkenaan.

TAHUN 2 SEMESTER II 1.

APN 2493 Desktop Publishing

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan

grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.

2.

APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

Page 70: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

69 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I 1.

APN 3512 Penulisan Lirik

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik. Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada realiti sebenar dunia penulisan lirik.

TAHUN 3 SEMESTER II 1.

APN 3542 Pengucapan Awam

Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media. Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila berhadapan dengan khalayak.

Page 71: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

70 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA FILEM DAN VIDEO SEMESTER I SEMESTER II

TAHUN KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan 1/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I

AFV 1132 Sinema Malaysia APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen

AFV 1142 Sinematografi I AFV 1172 Rekaan Produksi I

AFV 1152 Analisis dan Apresiasi Filem AFV 1182 Pengurusan Produksi II

AFV 1162 Pengurusan Produksi 1 AFV 1192 Penataan Bunyi I

AFV 1202 Sinematografi II

15 unit kredit 17 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyong II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyong III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu AFV 2252 Pengarahan II

AFV 2192 Pengarahan I APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

AFV 2202 Rekaan Produksi II AFV 2262 Penyuntingan II

AFV 2213 Sinematografi III AFV 2273 Bengkel Produksi II

AFV 2223 Bengkel Produksi I AFV 2283 Rekaan Produksi III

AFV 2232 Penyuntingan I AFV 2292 Penataan Bunyi III

AFV 2242 Penataan Bunyi II AFV 2000 Latihan Industri

18 unit kredit 17 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia

AFV 3172 Pengarahan III AFV 3214 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AFV 3182 Penyuntingan III

AFV 3193 Bengkel Produksi III

AFV 3202 Projek Awal

11 unit kredit 4 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 72: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

71 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AFV 1132 Sinema Malaysia Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.

AFV 1152

Analisis dan Apresiasi Filem Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.

AFV 1162 Pengurusan Produksi I Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.

AFV 1172 Rekaan Produksi I Tahun 1, Semester II Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.

AFV 1182 Pengurusan Produksi II Tahun 1, Semester II

Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1162 Pengurusan Produksi I).

AFV 2202 Rekaan Produksi II

Tahun 2, Semester I

Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1172 Rekaan Produksi I).

AFV 2283 Rekaan Produksi III

Tahun 2, Semester II

Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1172 Rekaan Produksi I & AFV 2202 Rekaan Produksi II).

*Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dan fakulti lain yang berminat

Page 73: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

72 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AFV 1132

Sinema Malaysia

Kursus ini mengkaji dan mengalur sejarah serta aliran pemikiran

karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan Film Unit (MFU)

hingga kini. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dan

menganalisa konsep penceritaan, pengarah dan penerbitan cereka,

dokumentari dan animasi. Ianya juga akan menyentuh badan-badan

penerbitan di era itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi

sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio Merdeka

pasca Singapura hingga kini.

2.

AFV 1142

Sinematografi I

Kursus ini memperkenalkan prinsip dan komponen asas yang diguna

pakai dalam rekaan visual, komposisi sinematografi dan tatacahaya.

Pendedahan kepada teori pencahayaan dan imej akan disertai dengan

amali dengan menggunakan kamera “still foto” ini akan mengajar

pelajar menyampaikan maklumat dan cerita melalui imej.

3.

AFV 1152

Analisis dan Apresiasi

Filem

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek penting dalam

menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem daripada genre-genre

yang berlainan dipertontonkan dan diperbincangkan bersama-sama

pelajar.. Perbincangan akan menjurus terhadap genre, pemikiran dan

teori-teori filem yang berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk

memperkukuhkan dan mendalami kefahaman mengenai filem sebagai

satu bentuk seni.

4.

AFV 1162

Pengurusan Produksi I

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina kemahiran

pengurusan dalam bidang produksi filem dan video pada peringkat

pra-produksi dan produksi. Pelajar akan didedahkan dengan peranan

penerbit, penerbit eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-

lain. Pelajar juga akan diajar bagaimana menyediakan perancangan

dan bajet, jadual produksi, mencari lokasi penggambaran, pengurusan

logistik, pengurusan pelakon atau pengurusan bakat, proposal projek,

laporan produksi dan sebagainya.

Page 74: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

73 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

APN 1152

Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau

lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam).

Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan

mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang

terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas

penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk

kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini

juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa

disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan

seumpamanya.

2.

AFV 1172

Rekaan Produksi I

Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman bidang rekaan

produksi terutamanya terhadap peranan, tanggungjawab dan tugas-

tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam

sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal

hands-on experience, kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi filem.

Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara mempelajari

konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk bengkel yang akan

mengasah kemahiran pelajar menceburi diri dalam bidang rekaan

produksi filem. Dalam kursus ini juga para pelajar akan dilatih dalam

bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan

bengkel.

3.

AFV 1182

Pengurusan Produksi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan Produksi I.

Para pelajar akan mempelajari dan membincangkan perkara-perkara

yang bersangkutan dengan pengurusan produksi filem peringkat

lanjutan. Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan

filem pendek cereka.

4.

AFV 1192

Penataan Bunyi I

Pada kursus ini pelajar akan diajar tentang asas pemasangan

peralatan audio secara profesional, asas prinsip-prinsip mikrofon, dan

latihan amali untuk pengunaan audio di lokasi sebenar. Digital Audio

Workstation (DAW) akan diajar pada peringkat kedua semester ini di

mana ia akan menfokuskan tentang rakaman bunyi, penyuntingan dan

adunan.

5.

AFV 1202

Sinematografi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada AFV 1142 di mana pelajar

akan mendalami aspek sinematografi yang merangkumi

cahaya, warna, kontras dan pergerakan. Pelajar juga akan

mempelajari tentang kamera filem dan video daripada sudut

teknologi dan kreatif sebelum mereka mula menggunakan

kamera (motion) secara amali.

Page 75: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

74 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AFV 2192

Pengarahan I

Kursus asas pengarahan memperkenalkan fungsi dan tugas-

tugas seorang pengarah filem/video cereka dan bukan cereka.

Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengarahan dan

hubungan di antara pengarah dengan individu-individu lain di

dalam sebuah produksi pada peringkat pra-produksi, produksi

dan pasca-produksi seperti penerbit, pengurus produksi,

pengarah fotografi, pereka produksi, pengarah seni,

penyunting, juruaudio, jurusolek dan sebagainya. Kursus ini

juga memperkenalkan pelajar tentang bahasa dan nahu filem.

2.

AFV 2202

Rekaan Produksi II

Kursus ini akan membantu pelajar membina kemahiran

memahami konsep dan praktikal sebagai persediaan menjadi

Pereka Produksi yang professional untuk filem cereka.. Kursus

ini adalah lanjutan daripada Kursus Rekaan Produksi I, di mana

para pelajar akan dilatih membina skil-skil rekaan produksi

seperti interpretasi, komunikasi, penceritaan secara visual dan

latihan amali berbentuk bengkel seperti Bengkel Rekaan dan

Persolekan Rambut.

3.

AFV 2213

Sinematografi III

Kursus ini memberi penekanan kepada teknik sinematografi

yang diguna pakai untuk tujuan kawalan dan ubahsuai imej.

Pelajar akan didedahkan kepada kemampuan kamera dalam

merakam imej, pelbagai teknik pencahayaan dan teknik-teknik

yang boleh digunakan di peringkat pasca produksi. Ilmu dan

kemahiran ini akan membantu pelajar menghasilkan naratif

visual yang kreatif dan berkesan.

4.

AFV 2223

Bengkel Produksi I

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana para

pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan produksi

tertentu. Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk menerbitkan

filem atau video bukan cereka seperti dokumentari, video

muzik, iklan, video korporat dan sebagainya. Para pelajar akan

dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca

produksi. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu penerbitan

filem atau video dari peringkat mencari idea sehinggalah ke-

peringkat pasca produksi. Kursus ini adalah bertujuan untuk

melatih pelajar menerbitkan filem atau video dan menguji

kemahiran serta kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan

praktikal yang telah dipelajari daripada setiap kursus.

Page 76: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

75 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

5.

AFV 2232

Penyuntingan I

Kursus ini memperkenalkan teori penyuntingan visual dan bunyi dalam

penyuntingan non-linear. Para pelajar akan didedahkan kepada teori

dan bahasa penyuntingan visual agar mereka boleh bercerita dengan

bahan yang telah disediakan semasa produksi.

6.

AFV 2242

Penataan Bunyi II

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan mengenai lanjutan

pengunaan perisian Digital Audio Workstation (DAW) dalam rakaman

muzik dan produksi. Selain itu teknik-teknik dan susunletak mikrofon

yang dihubungkaitkan dengan genre filem dan video serta produksi

muzik turut diperkenalkan. Pelbagai jenis perakam dan outboard gears

akan diperkenalkan secara teori. Dalam masa yang sama peralatan ini

juga diaplikasikan oleh pelajar secara praktikal. Para pelajar juga

didedahkan dengan cabaran-cabaran yang akan dilalui dalam produksi

filem dan cara-cara mengatasinya dengan efisyen.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AFV 2252

Pengarahan II

Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan I yang

melatih pelajar tentang skil pengarahan filem cereka dan bukan

cereka. Para pelajar akan didedahkan dengan teori „auteur‟ dan

pemikiran pengarah-pengarah terkenal dalam sejarah sinema

antarabangsa dan tempatan. Kursus ini juga melatih untuk

mengarah pelakon dan bukan pelakon (contohnya kanak-kanak

dan haiwan dalam penerbitan dokumentari) serta tenaga

produksi mengenai interpretasi skrip/lakon layar, memilih

pelakon, melakukan latihan membentuk gaya sinematik

daripada sudut sinematografi, lakonan, pengarahan seni,

penyuntingan dan sebagainya.

2.

APN 2483

Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan

Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk

mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas),

mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan

(termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan

teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah

dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk

menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum

menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari

semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada

beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai

contoh, panduan dan perbandingan.

Page 77: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

76 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

3.

AFV 2262

Penyuntingan II

Kursus ini memberikan pendedahan mengenai teori penyuntingan

visual dan bunyi dalam penyuntingan filem dan video. Para pelajar

juga akan didedahkan kepada teknik-teknik penyuntingan visual dan

bunyi. Tumpuan akan diberikan kepada keupayaan para pelajar dalam

mengaplikasikan teknik-teknik penyuntingan dalam situasi penerbitan

yang berbeza. Pelajar juga akan dilatih dengan kerja-kerja

penyuntingan digital.

4.

AFV 2273

Bengkel Produksi II

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana para pelajar

akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan produksi tertentu.

Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk menerbitkan filem atau video

pendek cereka atau eksperimentasi. Para pelajar akan dibimbing dari

peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Pelajar akan

didedahkan dengan ilmu penerbitan video dari peringkat mencari idea

sehinggalah ke peringkat pasca produksi. Kursus ini adalah bertujuan

untuk melatih pelajar menerbitkan filem atau video dan menguji

kemahiran serta kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan

praktikal yang telah dipelajari daripada setiap kursus.

5.

AFV 2283

Rekaan Produksi III

Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan terhadap

pemindahan rekaan dari atas kertas kepada rakaman kamera. Kursus

ini dapat membantu seseorang pereka produksi atau individu yang

terlibat dengan tugas-tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti

akan rekaan mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila

dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus ini juga

akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke tahap akhir proses

rekaan dan pengurusan di- peringkat pra produksi. Selain itu, pelajar

juga diberi kemahiran dan pengetahuan dalam merekabentuk props

dan set, asas rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta

penyimpanan set.

6.

AFV 2292

Penataan Bunyi III

Pelajar akan didedahkan mengenai skor filem muzikal dan juga secara

keseluruhannya mengenai adunan surround melalui kursus lanjutan

ini. Pelajar akan berkerjasama dengan komposer, konduktor muzik

dan pelbagai orkestra muzikal yang akan diaplikasikan melalui latihan

di dalam studio dengan mengunakan pelbagai format orkestra dan

skor muzikal. Kelas ini juga memberi tumpuan sepenuhnya mengenak

komponen teknik adunan, penekanan terhadap pengunaan format

surround.

7.

AFV 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di

luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan dengan

persekitaran pekerjaan yang sebenar dalam industri seni. Setiap

pelajar diwajibkan mengikuti penempatan mengikut pengkhususan

pengajian.

Page 78: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

77 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AFV 3172

Pengarahan III

Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan II dalam

mempertingkatkan skil pelajar pengarahan filem cereka dan bukan

cereka. Matlamat kursus adalah untuk membina kekuatan seorang

pengarah yang berdepan dengan cabaran visual, dramatic dan

teknikal serta melatih pelajar untuk memiliki kekuatan gaya seni

bercerita. Selain itu, kursus ini mendedahkan pelajar kepada unsur-

unsur estatik dalam mise-en-scene, pilihan shot, komposisi, setting,

point of view, action of the picture plane dan gerakan kamera.

2.

AFV 3182

Penyuntingan III

Tumpuan kursus menjurus kepada teknik-teknik penceritaan melalui

penyuntingan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyuntingan.

Pelajar akan dilatih berfikir sebagai seorang penyunting filem dan

pereka bunyi. Mereka turut didedahkan mengenai konsep serta cara

penyuntingan visual dan rekaan bunyi di makmal dan studio. Pelajar

juga akan didedahkan dengan rekaan komposisi muzik yang sekaligus

memperlihatkan kepentingan elemen muzik sebagai latar dalam filem.

Pendedahan menjurus kepada kepelbagaian gaya muzik Timur dan

Barat yang merangkumi sejarah, pemikiran, pendekatan, instrumentasi

dan karya komposer-komposer muzik untuk filem yang terkenal.

3.

AFV 3193

Bengkel Produksi III

Kursus ini melatih pelajar bagi menerbitkan produksi filem pendek

(cereka) dengan menggunakan medium celluloid (filem 16mm atau

35mm). Kaedah pengajarannya berbentuk bengkel. Para pelajar akan

dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi

iaitu daripada proses mencari idea sehinggalah ke peringkat

penyuntingan (adunan visual dan bunyi) akhir dan tayangan. Tokoh-

tokoh dalam industri filem akan dijemput bagi berkongsi pengalaman

dan ilmu mereka. Kursus ini juga merupakan suatu latihan kepada

pelajar yang akan menghasilkan Projek Akhir. Pada akhir kursus,

pelajar akan menghasilkan dan menerbitkan Filem pendek (cereka)

secara berkumpulan.

4.

AFV 3202

Projek Awal

Sebelum menghasilkan Projek Akhir, setiap pelajar perlu menyediakan

skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan berdasarkan

bidang yang dipilih dan dinilai pada Projek Tahun Akhir sama ada dari

aspek Pengarahan, Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi,

Pengurusan Produksi atau Rekaan Produksi. Para pelajar akan

membentangkan skrip dan proposal kepada panel yang terdiri

daripada pihak fakulti, pensyarah dan tokoh industri. Setiap pelajar

akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai

pembimbing dan penasihat pelajar dari peringkat pra-produksi,

produksi dan pasca produksi berdasarkan pengkhususan yang akan

diambil dan dinilai semasa Projek Tahun Akhir.

Page 79: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

78 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AFV 3214

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

PeTA, merupakan peringkat penilaian akhir terhadap pelajar dalam

menghasilkan produksi sesebuah filem – cereka atau eksperimentasi

(filem pendek) atau bukan cereka. Setiap pelajar dikehendaki memilih

satu pengkhususan bidang untuk dinilai sama ada Pengarahan,

Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan Produksi

atau Rekaan Produksi. Para pelajar dikehendaki menerbitkan filem

pendek (durasi tidak melebihi 10 minit) atau dokumentari (durasi tidak

melebihi 25 minit) secara bergabung atau individu berdasarkan

pengkhususan bidang masing-masing. Projek Akhir dinilai oleh sebuah

Panel Penilai bagi memenuhi syarat dan melayakkan pelajar

menerima anugerah Diploma Filem dan Video ASWARA.

Fakulti

Page 80: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

79 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AFV 1132

Sinema Malaysia

Kursus ini mengkaji dan menggalur sejarah serta aliran pemikiran

karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan Film Unit (MFU)

hingga kini. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dan

menganalisa konsep, penceritaan, pengarah dan penerbitan cereka,

dokumentari dan animasi. Ianya juga akan menyentuh badan-badan

penerbitan di era itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi

sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio Merdeka

pasca Singapura hingga kini.

2.

AFV 1152

Analisis dan Apresiasi

Filem

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek penting dalam

menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem daripada genre-genre

yang berlainan akan dipertontonkan dan diperbincangkan bersama-

sama pelajar. Perbincangan tertumpu pada genre, pemikiran dan teori-

teori filem yang berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk

memperkukuhkan dan mendalami kefahaman mengenai filem sebagai

satu bentuk seni.

3.

AFV 1162

Pengurusan Produksi I

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina skil

pengurusan dalam bidang produksi filem dan video pada peringkat

pra-produksi dan produksi. Pelajar akan didedahkan dengan peranan

penerbit, penerbit eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-

lain. Pelajar juga akan dilatih dalam perancangan dan penyediaaan

bajet, penyediaan jadual produksi, mencari lokasi penggambaran,

pengurusan logistik, pengurusan pelakon atau talent, proposal projek,

laporan produksi dan sebagainya.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AFV 1172

Rekaan Produksi I

Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman bidang rekaan

produksi terutamanya terhadap peranan, tanggungjawab dan tugas-

tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam

sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal

hands-on experience skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi

filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara

mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk

bengkel yang akan mengasah kemahiran pelajar menceburi diri dalam

bidang rekaan produksi filem. Dalam kursus ini juga para pelajar akan

dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara

kuliah dan bengkel.

2.

AFV 1182

Pengurusan Produksi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan Produksi I.

Para pelajar akan mempelajari dan membincangkan perkara-perkara

yang bersangkutan dengan pengurusan produksi filem peringkat

lanjutan. Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan

filem pendek cereka.

Page 81: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

80 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AFV 2202

Rekaan Produksi II

Kursus ini akan membantu pelajar membina konseptual dan praktikal

sebagai persediaan menjadi Pereka Produksi yang profesional untuk

filem cereka. Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Rekaan

Produksi I, di mana para pelajar akan dilatih membina skil-skil rekaan

produksi seperti interpretasi, komunikasi, penceritaan secara visual

dan latihan amali berbentuk bengkel seperti Bengkel Rekaan dan

Persolekan Rambut.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AFV 2283

Rekaan Produksi III

Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan terhadap

pemindahan rekaan dari atas kertas kepada rakaman kamera. Kursus

ini dapat membantu seseorang pereka produksi atau individu yang

terlibat dengan tugas-tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti

akan rekaan mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila

dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus ini juga

akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke tahap akhir proses

rekaan dan pengurusan di- peringkat pra produksi. Selain itu, pelajar

juga diberi kemahiran dan pengetahuan dalam merekabentuk papan

lapis props dan set, asas rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta

penyimpanan set.

Page 82: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

81 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI ANIMASI DAN MULTIMEDIA

FAKULTI ANIMASI & MULTIMEDIA bermatlamat melahirkan graduan pakar dalam bidang

animasi dan seni permainan digital. Fakulti menawarkan tiga program yang direka dengan

teliti bersama pakar-pakar industri, penyelidik, dan persatuan industri untuk menghasilkan

graduan yang berkualiti. Selain itu, pelaksanaan pembelajaran secara interdisiplin dalam

media kreatif, teknologi, seni, dan budaya menggalakkan pelajar menghasilkan karya yang

penuh nilai seni warisan.

DIPLOMA ANIMASI [MQA/FA 3001]

Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi penggiat industri animasi yang boleh

menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran

produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi

multimedia. Kaedah pembelajaran secara studio memberi pelajar pengalaman yang lebih

semasa mempelajari animasi.

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Encik Fariz Azmir Mohd Ghazali

KETUA PROGRAM

Cik Siti Noraisyah binti Abd. Rahman (Permain Digital)

Encik Marzuki Abdullah (Kemahiran Seni)

Encik Muhammad Rasfan Haji Abu Bakar (Animasi)

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Mohd Shahryl bin Musa

PEMBANTU TADBIR

Encik Mohd Redzuan bin Aziz

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Jazmi Izwan Jamal

Cik Husna Adlyna Sidek

Page 83: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

82 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA ANIMASI

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1.

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan I/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I

AAM 1013 Studio Animasi 2D AAM 1022 Permodelan Komputer

AAM 1032 Analisis dan Apresiasi Animasi AAM 1063 Studio Animasi 2D Lanjutan

AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi

AAM 1072 Papan Cerita

AAM 1052 Lukisan Asas AAM 1092 Lukisan Figura

AAM 1142 Penulisan Skrip Animasi

16 unit kredit 18 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Makyong II/ Bangsawan II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Makyong III/ Bangsawan III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu AAM 2014 Projek Animasi

AAM 2013 Studio Animasi 3D AAM 2023 Komputer Animasi Lanjutan

AAM 2052 Lukisan Gesture AAM 2033 Kesan Khas Visual

AAM 2072 Naratif dan Sinematik AAM 2063 Studio Animasi 3D Lanjutan

AAM 2073 Komputer Animasi AAM 2082 Lukisan Media Campuran

AAM 2133 Penyuntingan Video dan Audio

17 unit kredit 17 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia AAM 3008 Latihan Industri

AAM 3032 Penerbitan Animasi

AAM 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AAM 3052 Kaedah Penyelidikan Rekabentuk

10 unit kredit 8 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 64

ELEKTIF 8

94

Page 84: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

83 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AAM 1102 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Multimedia

AAM 1122 Asas Konsep Seni Tahun 1, Semester I Illustration

AAM 1112 Digital Media Tahun 1, Semester II Multimedia

AAM 1132 Rekaan Watak Tahun 1, Semester II Illustration

AAM 2092 Teknologi Animasi Tahun 2, Semester I Multimedia

AAM 2112 Ilustrasi Animasi Tahun 2, Semester I Illustration AAM 2122 Seni Komik Tahun 2, Semester II Illustration AAM 2102 Motion Capture Tahun 2, Semester II Multimedia

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 85: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

84 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AAM 1013

Studio Animasi 2D

Penyediaan penghasilan animasi 2D di peringkat pra-produksi.

Merangkumi latihan penyediaan melalui penghasilan storyboard

development, 2d character design, props dan penyediaan lain berkenaan

penghasilan animasi 2D.

2.

AAM 1032

Analisis dan Apresiasi

Animasi

Kursus bertujuan menyediakan pelajar dalam pengenalan menganalisa

dan menghayati karya-karya animasi. Pelajar akan mempelajari proses

penghayatan, kritikan, penceritaan dan apresiasi untuk menilai hasil karya

animasi.

3.

AAM 1042

Pengenalan dan

Penceritaan Animasi

Kursus ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang teknik penceritaan

animasi dan beberapa elemen penting dalam penceritaan animasi.

Seterusnya pelajar akan dapat menulis cerita animasi mereka sendiri yang

boleh digunakan sebagai portfolio mereka di masa akan datang.

4.

AAM 1052

Lukisan Asas

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur seni

(seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna) dan prinsip

rekaan (seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama &

pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan). Dengan pendedahan ini pelajar

akan dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ketika

menghasilkan karya seni.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AAM 1022

Permodelan Komputer

Topik Pembelajaran merangkumi asas perisian 3D max: pengenalan,

jenis-jenis modeling (polygonal, mesh, surfaces), texture, lighting dan

composition.

2.

AAM 1063

Studio Animasi 2D

Lanjutan

Lanjutan studio animasi 2D. Pembelajaran merangkumi teknik

penghasilan animasi 2D dengan kompleksiti yang berbeza. Penekanan

diberikan dalam proses penghasilan idea dan konsep yang terlibat di

peringkat pra-produksi.

3.

AAM 1072

Papan Cerita

Fokus kursus adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang papan

cerita. Pelajar akan diajar tentang bagaimana menghasilkan papan cerita

yang efektif melalui teknik dan proses yang betul.

4.

AAM 1092

Lukisan Figura

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk

memahami struktur, kadar banding, pergerakan dan pengompotan dalam

lukisan figura. Pelajar juga diberi pendedahan tentang penggunaan

garisan, tona, bentuk dan ruang dengan menggunakan pelbagai alat dan

bahan bagi menghasilkan figura.

Page 86: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

85 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II

5.

AAM 1142 Penulisan Skrip Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam memahami dan memahirkan diri di dalam proses awal penulisan untuk pre-produksi sesebuah animasi. Pelajar akan didedahkan tentang kaedah dan teknik yang berkesan bagi membina dan mereka watak dan latar sebuah cerita animasi di samping mempelajari teknik penulisan skrip animasi yang bersesuaian mengikut kehendak industri. Dihujung sesi kelas ini nanti, skrip yang telah siap adalah sebuah naskhah skrip yang siap sedia untuk menjalani proses produksi.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AAM 2013

Studio Animasi 3D

Topik pembelajaran merangkumi penyediaan di peringkat penghasilan

idea/ konsep yang kreatif, art direction dan penekanan lebih akan

diberikan dalam proses penghasilan papan cerita dan character designs

dalam 3D (pra-produksi).

2.

AAM 2052

Lukisan Gesture

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik melukis

dengan pantas dan cepat. Pelajar diajar cara untuk melihat arah

pergerakan subjek serta melatih mata para pelajar untuk melihat cahaya

dan bayang. Melalui pendedahan ini pelajar akan dapat menghasilkan

karya dengan cepat serta meningkatkan lagi keyakinan dan kefahaman

pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.

3.

AAM 2072

Naratif dan Sinematik

Kursus ini menjelajah unsur-unsur yang meningkatkan sesuatu cerita,

seperti lampu digital, teknik-teknik lighting dan komposisi kamera.

Memperkenalkan seni wayang untuk video digital dan imej janaan

komputer (computer generated images). Ia meliputi prinsip-prinsip dan

konsep-konsep praktikal sinematografi melalui physical lighting,

koreogarafi, gerak kamera dan lighting of computer-generated

environment untuk meningkatkan impak visual.

4.

AAM 2073

Komputer Animasi

Topik pembelajaran merangkumi lanjutan perisian animasi 3D, lukisan

lanjutan; in-between; teknik animasi 3D; lanjutan membuat model; dan

lanjutan teknik texturing & shading; rendering & editing.

5.

AAM 2133

Penyuntingan Video

dan Audio

Topik pembelajaran merangkumi asas proses penyuntingan untuk

animasi 2D dan menggunakan teknologi animasi dalam pengeluaran

video digital.

Page 87: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

86 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AAM 2014

Projek Animasi

Satu peringkat pra-produksi sebelum Projek Akhir. Di peringkat ini,

penyediaan skrip cadangan dan proposal secara individu atau

berkumpulan akan disediakan dan proses produksi dan pasca produksi

akan disambung pada Projek Tahun Akhir.

2.

AAM 2023

Komputer Animasi

Lanjutan

Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada animasi 3D. Topik merangkumi

pendedahan di peringkat proses penyuntingan visual dan bunyi, penataan

bunyi, komposisi muzik serta beberapa teknik kesan khas visual.

3.

AAM 2033

Kesan Khas Visual

Topik merangkumi proses dalam post-production dengan penekanan kuat

kepada kreatif dan cara penyelesaian masalah (problem solving).

4.

AAM 2063

Studio Animasi 3D

Lanjutan

Lanjutan daripada kursus Studio Animasi 3D. Merangkumi penghasilan

animasi 3D dengan kompleksiti yang berbeza. Penekanan diberikan

dalam proses penghasilan idea dan konsep yang terlibat di peringkat pra-

produksi.

5.

AAM 2082

Lukisan Media

Campuran

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengolahan

medium/bahan serta subject matter. Pelajar akan dilatih agar lebih kreatif

serta bereksperimen dengan pelbagai medium seperti bahan yang sedia

ada mahu pun bahan yang terbuang. Pelbagai teknik akan digunakan

seperti kolaj dan assemblage.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AAM 3032

Penerbitan Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu dalam

penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan pengamalan

terbaik untuk memasarkan sebuah produk animasi.

2.

AAM 3044

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Penilaian tahun akhir. Proses penghasilan filem animasi pendek dan

merangkumi semua proses dari pra-produksi sehingga produksi untuk

menghasilkan sebuah animasi pendek. Di akhir kursus, sebuah filem

animasi pendek akan dihasilkan.

3.

AAM 3052

Kaedah Penyelidikan

Rekabentuk

Topik merangkumi proses penyelidikan dalam bidang animasi dan

rekabentuk. Pembelajaran termasuk dari sudut penyelidikan berkaitan

animasi, proses analisis, methodologi dan penghasilan kesimpulan dari

analisis penyelidikan.

Page 88: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

87 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AAM 3008

Latihan Industri

Latihan Industri melatih pelajar memahami sesebuah syarikat

produksi yang menerbitkan kandungan animasi. Pelajar juga

merasai pengalaman sebenar dalam industri animasi tempatan

dengan didedahkan mengenai carta aliran kerja organisasi

tersebut, pembahagian tugas kepada pekerja-pekerja animasi,

menguruskan jadual kerja penerbitan animasi sehinggalah

pengeluaran produk akhir sesebuah kandungan animasi oleh

syarikat animasi tersebut.

Page 89: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

88 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AAM 1102

Komunikasi Visual

Kursus ini adalah satu pengenalan kepada aspek asas dalam seni visual.

Ia meliputi pemahaman terhadap elemen rekaan serta prinsip rekaan.

Pelajar akan diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan

elemen dan prinsip tersebut agar mesej dapat disampaikan dengan

berkesan.

2.

AAM 1122

Asas Konsep Seni

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur seni

rekaan dan komposisi. Dengan pendedahan ini pelajar akan dapat

mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya

seni. Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk meningkatkan

lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AAM 1112

Digital Media

Asas penghasilan grafik. Pembelajaran merangkumi proses penghasilan

grafik, iaitu raster dan vektor, design konsep melalui idea dan asas dalam

multimedia.

2.

AAM 1132

Rekaan Watak

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang rekaan karakter.

Ia meliputi bagaimana kaedah untuk menghasilkan watak karakter,

ekspresi wajah karakter, arah dan pergerakan karakter. Selain itu kursus

ini juga akan membimbing para pelajar untuk menghasilkan rekaan

fesyen dan props set animasi.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AAM 2092

Teknologi Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu

dalam penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan

pengamalan terbaik untuk menerbitkan sebuah produk animasi.

2.

AAM 2112

Ilustrasi Animasi

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur

seni dan prinsip rekaan. Pelajar akan dapat mengaplikasikan

unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni.

Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk meningkatkan

lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.

Page 90: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

89 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AAM 2122

Seni Komik

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyampaian

mesej menggunakan komik dan kartun dengan melaksanakan proses

menjana idea dan mesej, rekaan watak dan latarbelakang, rekaan dialog

berlandaskan prinsip rekaan dan elemen rekaan.

2.

AAM 2102

Motion Capture

Kursus ini melatih pelajar mengendalikan sesebuah Motion Capture dalam

pembuatan setiap animasi 3D yang mempunyai pergerakan yang

kompleks untuk dibuat terus ke melalui software animasi 3D yang biasa.

Pelajar akan diedahkan dengan kaedah merekod, manipulasi, clean-up,

dan pemindahan aset dalam kursus ini.

Page 91: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

90 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

FAKULTI REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual (Visual Communication Design – VCD) merupakan sebuah fakulti

yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang

menggabungkan ilmu fine arts, 3D design dan performing arts. Keunikan kursus ini ialah menawarkan

kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design hingga kepada

moving images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada

kursus ini berbanding dengan kursus rekaan komunikasi visual yang lain.

Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang

painting, drawing dan photography. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat

menguasai bidang senireka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banner, bunting, brochures,

pamphlet, corporate image dan lain-lain.

Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada moving

images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran

merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem dan

animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting

dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui rekaan bentuk (texture),

warna (color), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi membolehkan pelajar membuat rekaan

set dan prop, kostum, mekap, multimedia, pencahayaan dan bunyi.

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti ADOBE

dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang kepada pelajar

melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran tinggi.

Graduan Diploma Rekaan Komunikasi Visual dan Diploma Seni Halus mempunyai potensi yang tinggi

untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri kreatif khususnya seni komunikasi visual

dan seni persembahan sama ada sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer), Pengarah Artistik

(Artistic Director), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art Director), Pereka Set

(Set Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Cahaya (Lighting Designer), Pereka Audio

(Sound Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan (Make-up Designer), Pereka

Multimedia (Multimedia Designer) dan Pelukis (Arstist).

Page 92: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

91 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Encik Suzlee bin Ibrahim @ Sulong

KETUA PROGRAM

Puan Rosyida Rozlan (Seni Reka Persembahan)

Encik Mohd Bakir Baharom (Seni Halus)

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Yusniza Rahman

PEMBANTU TADBIR

Puan Norzaiton Akma binti Samsudin

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Mohd Safwan bin Ahmad

Encik Mohamad Aqbar bin Mohd Amin

Page 93: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

92 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional

AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I

ARV 1013 Lukisan dan Catan ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual

ARV 1023 Fotografi ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi

ARV 1033 Rekaan Komunikasi AFV 1172 Rekaan Produksi I

ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks ARV 1042 Pengenalan Perisian ADOBE

18 unit kredit 16 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan Rekaan

ARV 2013 Pengenalan kepada Sinografi ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks

ARV 2033 Proses Rekaan Produksi APN 2493 Penerbitan Desktop

ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik ATE 2062 Rekaan Set dan Props

ATE 2112 Rekaan Kostum dan Solekan ARV 2002 Latihan Industri

15 unit kredit 14 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ARV 3013 Amalan dan Gunaan Rekaan ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia

ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater

ARV 3032 Pengurusan Pameran

9 unit kredit 10 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 94: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

93 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I 1.

ARV 1013 Lukisan Dan Catan (Drawing And Painting)

Kursus yang menggabungkan pembelajaran lukisan dan catan. Pelajar akan diajar melalui kaedah mengenali bahan kajian atau “subject matter”, mengeksploitasi bahan dan bahantara, observasi dan sebagainya yang berkaitan. Seterusnya pemahaman ini akan digunapakai dalam pembelajaran catan. Pelajar akan diajar dalam beberapa aliran seperti realism, semi abstract, impressionist dan abstract. Pemahaman ini sangat berguna selain dari eskplotasi kendiri oleh pelajar.

2.

ARV 1023 Fotografi (Photography)

Kursus ini merupakan asas kepada program komunikasi visual. Pelajar akan didedahkan kepada asas fotografi, di mana keutamaan akan diberikan kepada penghasilan imej visual yang mampu untuk berkomunikasi secara langsung. Kursus ini juga akan dapat membuka minda pelajar kepada berbagai persepsi dalam penghasilan imej fotografi digital khususnya. Para pelajar akan didedahkan mengenai pencahayaan komposis, pengarahan seni, imej dan pengimejan.

3.

ARV 1033 Rekaan Komunikasi (Communication Design)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada peranan rekabentuk dalam konteks global dan pelbagai displin. Pelajar akan mempelajari prinsip-prinsip reka bentuk asas dan elemen reka bentuk seperti warna, tipografi, garisan dan bentuk bagi pemahaman estetik, aplikasi dan fungsi.

4.

ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui

pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi

terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu

akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang

menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

Page 95: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

94 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 1 SEMESTER II 1.

ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual (Visual Language and Culture)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada penggabungan fenomena budaya dalam pelbagai masyarakat. Ia berkaitan dengan alam sekitar, ideologi, kewarganegaraan, etnik, kelas sosial dan jantina. Ia adalah mengenai pemahaman gaya hidup tradisional dan kontemporari dari perspektif sejarah sosio-politik dan proses intepretasi dan pemindahan ke bentuk visual yang mampu memberikan pengertian dan kefahaman berdasarkan kerangka rujukan terhadap penggunaan bahasa dan amalan budaya sesebuah masyarakat.

2.

ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi (AutoCAD and Visualisation)

Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan praktikal mengenai pemahaman fungsi-fungsi penggunaan perisian Auto-CAD (Computer Aided Design). Perisian ini akan membantu pelajar mengenai pelaksanaan kerja-kerja merekabentuk sesebuah set (pentas, televisyen dan filem) menggunakan kaedah lukisan berkomputer; penghasilan dan pembuatan pelan lantai, lukisan 2D, lukisan 3D, perspektif dan pembuatan model. Kemahiran menggunakan perisian melukis melalui komputer ini akan membuka skop pekerjaan yang lebih luas dalam pelbagai bidang profesional.

3.

AFV 1172 Rekaan Produksi I (Production Design I)

Kursus ini merupakan asas pemahaman bidang rekaan produksi terutamanya mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal hands-on mengenai pengalaman skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk bengkel yang kan mengasah kemahiran pelajar untuk menceburi diri dalam bidang rekaan produksi filem. Dalam kursus ini juga pelajar akan dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan bengkel.

4.

ARV 1042 Pengenalan Prisisan ADOBE (Exploring ADOBE Software)

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar di dalam penggunaan perisian ADOBE. Penjurusan dan pengkhususan akhirnya akan diberikan kepada ADOBE Photoshop, ADOBE Illustrator, ADOBE InDesign, ADOBE After Effects, ADOBE Flash, ADOBE Dreamweaver. Pelajar akan dikehendaki menghasilkan kerja-kerja kreatif di dalam bentuk ilustrasi.

Page 96: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

95 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I 1.

ARV 2013 Pengenalan Kepada Sinografi (Introduction to Scenography)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan pelaksanaan Sinografi dalam seni persembahan pentas. Melalui pembelajaran ini pelajar akan menjadi seorang tenaga artistic yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah produksi. Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.

2.

ARV 2033 Proses Rekaan Produksi (Production Design Process)

Subjek ini memberi pendedahan kepada teknik, prinsip-prinsip dan proses kerja dalam menghasilkan sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Bagaimana setiap elemen sinografi digunakan dan menyokong satu sama lain untuk mencapai suatu kesatuan didalam suatu bentuk rekaan. Subjek ini juga akan menyentuh mengenai elemen kesenian, pemikiran dan gabungan kerja kraf. Pelajar juga akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan di dalam kelas.

3.

ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik (Computer Graphic Design)

Kursus ini merupakan pendedahan pertama kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerja seni secara digital. Pelajar juga didedahkan kepada teknik penghasilan dan pengubahsuaian imej untuk menghasilkan poster secara digital, antaramuka perisian, halaman web, dan sebagainya. Kepentingan penggunaan „Layer‟ dan perbezaan setiap „Tools‟ dalam perisian Adobe Photoshop juga didedahkan kepada pelajar.

4.

ATE 2112 Rekaan Kostum dan Solekan (Costume Design and Make-Up)

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan kostum dan juga teknik solekan.

Page 97: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

96 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II 1.

ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan Rekaan (Introduction to Design Research)

Subjek ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pentingnya kajian dalam proses kerja rekaan. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik, metod dan proses kerja yang dilakukan dalam kerja kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Pelajar juga akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan didalam kelas.

2.

ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks (Design from Text)

Kursus ini merupakan keperluan asas permulaan persediaan sesebuah persembahan. Kemahiran menterjemah teks kepada visual ini akan melancarkan persediaan produksi. Pelajar akan mempunyai kemahiran sebagai tenaga penyokong kreatif yang berwibawa dalam menjayakan apa-apa persembahan.

3.

APN 2493 Penerbitan Desktop (Desktop Publishing)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya.

4.

ATE 2062 Rekaan Set dan Props (Set and Props Design)

Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek penciptaan dan penyediaan set serta prop untuk sesuatu persembahan teater. Pelajar-pelajar akan digalakkan mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta pemahaman daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat dipraktikkan untuk tujuan pementasan.

5.

ARV 2002 Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini selama sebulan (4 minggu). Pelajar dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.

Page 98: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

97 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I 1.

ARV 3013 Amalan dan Gunaan Rekaan (Design and Practice)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal tentang amalan dan gunaan rekaan, membudayakan rekaan dan seterusnya kaedah pelaksanaan rekaan. Pelajar juga dapat menguasai kemahiran komunikasi interaktif.

2.

ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan (Business and Design)

Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan praktikal mengenai pemahaman perihal hubungkait rekaan dan perniagaan melaui perjalanan, pengalaman dan teori ekonomi terkini. Sebuah modul yang membuka mata pelajar untuk mengenali selok-belok langkah mempromosi dan seterusnya menjual hasil karya sendiri.

3.

ARV 3032 Pengurusan Pameran (Exhibition Management)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal dalam seni pengurusan pameran. Melalui pembelajaran ini pelajar akan menjadi seorang tenaga Artistik yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah pengurusan pameran. Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.

TAHUN 3 SEMESTER II 1.

ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Kursus ini mengarah kepada penyediaan pelajar menghadapi projek Penilaian Tahun Akhir. Pelajar akan berada di bawah pemantauan dan bimbingan staf akademik yang di kenalpasti oleh fakulti. Pelajar akan bertindak sebagai Sinografer atau Pereka Profesional dan diberi tugasan melaksanakan sebuah produksi.

2.

ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia (Asian Thought and Tradition)

Kursus yang memberikan kefahaman tentang pemikiran dan tradisi Asia melalui Seni Persembahan. Melalui pembelajaran ini pelajar dapat meneroka bidang seni, seni bina dan filem (tradisional dan kontemporari) yang merangkumi pelbagai gaya dan genre, termasuk konteks sosial, budaya dan sejarah mereka. Pelajar juga akan mengenali hubungan kompleks dalam pembangunan Pemikiran dan Tradisi Asia.

3.

ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater (Special Effect)

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta pengalaman asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah kesan khas dalam persembahan pentas (teater).

Page 99: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

98 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI HALUS

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I

ASH 1012 Lukisan Asas ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D

ASH 1022 Fotografi Digital ASH 1062 Kajian Warna

ASH 1032

Elemen Dan Prinsip Seni Visual ASH 1072 Kajian Bahan

ASH 1082 Sejarah Dan Penghayatan Seni Visual

ASH 1092 Pengimejan Digital

15 unit kredit 15 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III

AWA 2122 Bahasa Melayu ASH 2072 Lukisan Alternatif

ASH 2012 Lukisan ASH 2082 Catan

ASH 2022 Catan Asas ASH 2092 Cetakan

ASH 2032 Cetakan Asas ASH 2102 Arca

ASH 2042 Arca Asas ASH 2122 Teori Persepsi

ASH 2062 Seni Khat dan Ragam Hias ASH 2002 Latihan Industri

14 unit kredit 14 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ASH 3072 Alam dan Manusia

ASH 3012 Catan Alternatif ASH 3084 Kerjaya Seni

ASH 3022 Cetakan Alternatif ASH 3102 Persembahan Studio

ASH 3032 Arca Alternatif ASH 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ASH 3052 Seni dan Komuniti

ASH 3082 Penyelidikan Studio

12 unit kredit 12 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 100: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

99 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN

ASH 1012 Lukisan Asas Tahun 1, Semester I

ASH 1022 Fotografi Digital Tahun 1, Semester I

ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D Tahun 1, Semester II

ASH 1062 Kajian Warna Tahun 1, Semester II

Page 101: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

100 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ASH 1012

Lukisan Asas

Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran dengan

lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan lakaran, pelajar

dikehendaki menghasilkan lakaran wajib sebanyak 500 helai setiap

semester. Projek melakar terbahagi kepada projek luar dan studio.

Pelajar didedahkan pada latihan melakar manusia, bangunan dan

alam sekitar.

2. ASH 1022

Fotografi Digital

Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada kemungkinan

mentafsirkan dunia dengan menggunakan kamera. Keutamaan dalam

imej fotografi ialah berbentuk luahan dengan menggunakan kamera

untuk meneroka dan mendapat gambaran imej secara digital.

3. ASH 1032

Elemen Dan Prinsip Seni

Visual

Kursus ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan asas elemen

dan prinsip seni tampak melalui proses pemahaman yang berhubung

dengan kebolehan menghasilkan data-data tampak secara analitikal

dalam menghasilkan sesuatu karya.

4. ASH 1082

Sejarah Dan Penghayatan

Seni Visual

Kursus ini membolehkan pelajar membuat pemerhatian terhadap objek

seni dan fasih membuat pernyataan estetik. Pelajar juga akan

didedahkan kepada objek seni dan karyawan seni supaya dapat

berinteraksi secara kritis dan kreatif. Penumpuan diberikan bagi

mengenali Tokoh Agong tempatan dan serantau Asia Tenggara.

Pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah dan

aplikasi pelbagai ini, bakal memupuk nilai murni, nilai jati diri, nilai

kepekaan terhadap persekitaran.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ASH 1052

Kajian 2D Dan 3D

Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan menyelesaikan

masalah secara analitikal dan kreatif dalam bentuk 2 dan 3 dimensi.

Pengenalan awal kepada bahan dan bahantara serta alat-alat yang

boleh digunakan ke arah merealisasikan karya seni yang tinggi nilai

estetiknya. Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan

pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan melahirkan idea

dalam setiap karya yang dihasilkan.

2. ASH 1062

Kajian Warna

Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi serta

kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna melalui latihan

secara teori, praktik dan observasi.

3. ASH 1072

Kajian Bahan

Kajian Bahan ini merupakan satu matapelajaran untuk bidang seni

cetak, seni arca dan seni catan. Pelajar-pelajar dikehendaki membuat

kajian terhadap bahan dengan bantuan pensyarah atau pakar dari luar

dalam bidang yang berkaitan. Kajian termasuk bahan semulajadi

seperti bentuk padu dan serat.

4. ASH 1092

Pengimejan Digital

Kursus ini memberi pendekatan praktikal dalam pengimejan digital dan

pengaplikasian dalam memperkenalkan perbezaan sosial, artistik,

teoritikal, dan amalan budaya yang merupakan keperluan dalam

penghasilan karya pengimejan digital. Kursus ini membolehkan

pelajar berkomunikasi secara visual, meneroka dan memberi respon

melalui pengimejan digital.

Page 102: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

101 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

ASH 2012

Lukisan

Kursus ini menawarkan kepada pelajar cara-cara melukis objek

berbagai bentuk dengan tumpuan diberi pada ketelitian dan ketetapan

objek. Penekanan diberikan untuk membezakan diantara melukis

benda-benda hidup (nature) dan mati (buatan manusia).

2.

ASH 2022

Catan Asas

Cat air dan akrilik merupakan medium yang popular di dalam

menghasilkan karya catan. Pelajar didedahkan pada pengertian catan

dan bahan-bahan yang digunakan untuk catan. Kursus ini juga

membolehkan pelajar mengenal dan mencuba berbagai medium catan

seperti cat air dan akrilik. Sesuai dengan matlamat ASWARA pelajar

juga dibimbing dan diarahkan untuk menghasilkan karya-karya yang

bermotifkan elemen-elemen warisan negara.

3.

ASH 2032

Cetakan Asas

Kursus ini merupakan satu aktiviti dan pembelajaran yang

menggunakan asas-asas berkarya iaitu; prinsip seni tampak,

penghayatan seni tampak, lakaran, seni karya tangan dan muzik

tradisional. Ia juga termasuk pelajaran sejarah dan falsafah seni, serta

wayang kulit. Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa

pengantaraan. Seni cetakan merupakan medium yang digunakan

untuk berkarya.

4.

ASH 2042

Arca Asas

Pendedahan awal pelajar membuat karya seni arca sebenar.

Pengalaman tantang bahan dan teknik seni arca. Mula menerapkan

nilai warisan ke dalam bentuk karya menerusi gayaan dan sindiran.

Memperkenalkan apa itu seni arca sezaman yang berjiwa warisan.

5.

ASH 2062

Seni Khat dan Ragam Hias

Pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan terhadap ragam hias

serta rekaan motif pada berbagai seni karya tangan dan persuratan

tradisional. Penekanan ditumpukan pada kehalusan hasil kerja artifak-

artifak tersebut.

Page 103: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

102 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

ASH 2072

Lukisan Alternatif

Kursus semester ini memberi penekanan kepada ketelitian objek-objek

alam benda yang dilukis pelajar. Tumpuan diberi pada melukis

anatomi manusia. Pelajar juga ditekankan untuk dapat menguasai

melukis mengikut cita rasa individu. Kursus ini juga menekankan

pelajar untuk melukis di atas kertas ukuran besar.

2.

ASH 2082

Catan

Kursus ini memberi penekanan kepada para pelajar untuk memcuba

dan menguasai aliran-aliran yang terdapat dalam seni catan. Pelajar

harus dapat menguasai aliran realis hingga ke abstrak. Penekanan

diberi pada aliran yang pelajar dapat menguasai dengan baik.

3.

ASH 2092

Cetakan

Pembelajaran seperti teori persepsi, kajian bahan, dan teori warna

akan membantu mengembangkan karya pelajar. Dengan sejarah seni,

kajian budaya serta ragam hias, ia akan mengembangkan proses idea

dalam berkarya. Di sini pelajar akan di ajar berkarya dengan cara yang

lebih konstruktif dan objektif.

4.

ASH 2102

Arca

Pelajar akan dapat menghasilkan arca yang menerapkan nilai-nilai

warisan, dapat mengenal bentuk dan corak karya. Pengolahan

kreativiti pelajar didalam menghasilkan karya moden yang bercirikan

warisan supaya mereka jelas dan mampu menghasilkan karya dengan

baik.

5.

ASH 2122

Teori Persepsi

Pelajar akan diberi pendedahan dan kefahaman tentang teori persepsi

serta kepentingan tatabahasa visual dan kaitannya dalam komunikasi

visual. Kaedah-kaedah ekspresi visual dan hubungkaitnya dengan

psikologi dalam rekaan.

6.

ASH 2002

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus.

Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja

yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib

mengikuti Latihan Industri ini selama sebulan (4 minggu). Pelajar

dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka

mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh

seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti.

Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah

penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga

laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.

Page 104: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

103 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

ASH 3012

Catan Alternatif

Pelajar dikehendaki mengemukakann idea dalam bentuk tulisan,

lakaran-lakaran dan lukisan untuk meneruskan catan mereka. Pelajar

juga perlu mengadakan penyelidikan, penelitian dan sedia

bertanggungjawab pada karya yang akan dihasilkan.

2.

ASH 3022

Cetakan Alternatif

Pelajar akan diasuh berkarya dengan lebih objektif dan konsisten

dengan bantuan matapelajaran Lukisan Alternatif, Metodologi dan

Kemahiran Komunikasi. Pelajar diajar bersikap rasional dan terurus

dalam berkarya.

3.

ASH 3032

Arca Alternatif

Pelajar akan berpengetahuan dan melalui suatu pengalaman tentang

persediaan penghasilan arca. Penekanan terhadap hasilan arca,

kandungan yang mengadaptasikan nilai serta entiti budaya dan

warisan lampau serta mengangkat seni warisan ke persada dunia.

4.

ASH 3052

Seni dan Komuniti

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap projek seni

berorientasikan komuniti. Menerusi kursus ini, pelajar akan menimba

pengalaman praktis dalam aspek-aspek perlaksanaan kegiatan

komuniti dengan menggunakan kemahiran studio dan kreativiti.

Menerusi projek ini, pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa

kaedah perlaksanaan kajian aksi berdasarkan projek yang

dilaksanakan dengan komuniti. Kursus ini juga menjadi titian antara

ASWARA dengan beberapa komuniti terpilih.

5.

ASH 3082

Penyelidikan Studio

Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman berkaitan metodologi penyelidikan studio. Pelajar akan

didedahkan dengan konsep asas berkaitan dengan pendekatan ilmiah

dalam membuat penyelidikan untuk projek studio.

Page 105: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

104 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

ASH 3072

Alam dan Manusia

Di peringkat ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan tentang

alam kosmologi dan penglibatan manusia terhadapnya. Pembelajaran

akan ditumpukan pada konsep seni tradisional sejagat dan bagaimana

ianya mempengaruhi seni tradisional tempatan.

2.

ASH 3084

Kerjaya Seni

Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman asas berkaitan proses persediaan untuk melangkah ke

alam kerjaya seni secara profesional. Dalam kursus ini, pelajar akan

didedahkan dengan beberapa aspek asas, skop dan dimensi kerjaya

berkaitan dengan bidang seni halus, terutama sekali penjenamaan

yang meliputi pembinaan identiti, strategi komunikasi dan rangkaian,

rekabentuk pemasaran dan promosi. Pelajar juga akan diperkenalkan

kepada beberapa struktur dan rangkaian individu, organisasi dan

badan-badan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam

perkembangan dan amalan seni halus tempatan dan antarabangsa. Ini

termasuklah pemilik dan pengusaha muzium dan galeri, promoter,

kurator, penulis/kolumnis, kolektor atau pembeli, pereka, jurugambar,

penaja, dan pihak media seperti editor dan wartawan.

3.

ASH 3102

Persembahan Studio

Kursus ini membina kemahiran asas terhadap persembahan studio,

pengurusan folio dan komunikasi yang berkesan di antara pelukis dan

khalayaknya.

4.

ASH 3994

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Para pelajar akan menghasilkan satu projek akhir di dalam salah satu

modul seni halus (catan/cetakan/arca). Pembentangan tajuk pilihan

dibuat dalam kuliah untuk mendapat persetujuan. Projek akhir ini

berbentuk satu kajian terperinci yang menitikberatkan kepada kajian-

kajian, analisa, perkembangan idea dan karya akhir.

Page 106: KALENDAR AKADEMIK ASWARA - aswara.edu.my · Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah

105 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

ASH 1012

Lukisan Asas

Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran dengan

lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan lakaran, pelajar

dikehendaki menghasilkan lakaran wajib sebanyak 500 helai setiap

semester. Projek melakar terbahagi kepada projek luar dan studio.

Pelajar didedahkan pada latihan melakar manusia, bangunan dan

alam sekitar.

2.

ASH 1022

Fotografi Digital

Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada kemungkinan

mentafsirkan dunia dengan menggunakan kamera. Keutamaan dalam

imej fotografi ialah berbentuk luahan dengan menggunakan kamera

untuk meneroka dan mendapat gambaran imej secara digital.

TAHUN 1 SEMESTER Ii

1.

ASH 1052

Kajian 2D Dan 3D

Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan menyelesaikan

masalah secara analitikal dan kreatif dalam bentuk 2 dan 3 dimensi.

Pengenalan awal kepada bahan dan bahantara serta alat-alat yang

boleh digunakan ke arah merealisasikan karya seni yang tinggi nilai

estetiknya. Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan

pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan melahirkan idea

dalam setiap karya yang dihasilkan.

2.

ASH 1062

Kajian Warna

Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi serta

kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna melalui latihan

secara teori, praktik dan observasi.