Top Banner
LnP03.04 KABEL DAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau
64

kabel dan sistem pendawaian elektrik

Jul 13, 2015

Download

Education

Ary HuzAirie
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: kabel dan sistem pendawaian elektrik

LnP03.04 KABEL DAN SISTEM

PENDAWAIAN ELEKTRIK

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARIUnit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau

Page 2: kabel dan sistem pendawaian elektrik

ISI KANDUNGANMengenalpasti sistem pendawaian elektrik fasa tunggal :Pendawaian Permukaan / Surface Wiring Pendawaian Tersembunyi / Concealed WiringPendawaian Pembuluh (Konduit) / Conduit WiringPendawaian Sesalur / Trunking Wiring

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARIUnit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau

Page 3: kabel dan sistem pendawaian elektrik

PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA

SISTEM PENDAWAIAN

•Takrif - Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik . •Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis perlindungan mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis penebat kabel yang digunakan.•Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah semua keadaan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

Page 4: kabel dan sistem pendawaian elektrik

FAKTOR PEMILIHAN

Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan . Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut 1)Jenis beban yang hendak dipasang2)Keadaan tempat pemasangan 3)Kos perbelanjaan 4)Tempoh ketahanan pemasangan 5)Kekemasan dan kecantikan 6)Keadaan sekeliling7)Tempoh masa menyiapkan 8)Perubahan atau penambahan litar 9)Jenis voltan bekalan10)Keselamatan dan kelulusan TNB/JKR

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA

Page 5: kabel dan sistem pendawaian elektrik

JENIS-JENIS SISTEM PENDAWAIAN 

•Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi .•Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan:

1)Sistem permukaan 2)Sistem tersembunyi3)Sistem penyokong katenari4)Sistem konduit5)Sistem sesalur6)Sistem salur7)Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum8)Sistem kabel penebatan mineral pelapik plumbum

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA

Page 6: kabel dan sistem pendawaian elektrik

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan .

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

Page 7: kabel dan sistem pendawaian elektrik

CIRI-CIRI PEMILIHAN  

•Berikut adalah beberapa ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan1)Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal2)Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu3)Kos perbelanjaan murah4)Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit5)Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang6)Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian 7)Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Page 8: kabel dan sistem pendawaian elektrik

JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN

•Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut •Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal .•Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Page 9: kabel dan sistem pendawaian elektrik

KAEDAH PEMASANGAN KABEL

•Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan dinding atau siling .

•Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibangunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling

•Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong

•Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a )

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Page 10: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Jenis Pendawaian Ringkas

Terdapat 6 jenis pendawaian ringkas iaitu :

(a) Pendawaian MenegakJarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak ialah 100mm hingga 120mm

(b) Pendawaian MelintangJarak antara klip plumbum untuk pendawaian melintang ialah 120mm hingga150mm.

Page 11: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Jenis Pendawaian Ringkas

(c) Pendawaian Bengkok 90° (d) Pendawaian Simpang 3.

Page 12: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Jenis Pendawaian Ringkas

(e) Pendawaian Simpang 4

Page 13: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Jenis Pendawaian Ringkas

(f) Double Offset 135°

Page 14: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

Jarak maksimum bagi klipGaris pusat

Kabel getah tanpa perisai pvk

atau plumbum - bersalutKabel beperisai Kabel penebat

mineral salut kuprum atau salut aluminiumKe

seluruhan

umum

Dalam kawalan

Kabel1

Mendatar 2

Memugak 3

Mendatar 4

Memugak 5

Mendatar 6

Memugak 7

Mendatar 8

Memugak 9

Mm 99 1515 2020 40

Mm250300350400

Mm400400450550

Mm 150

Mm 250

Mm 350400450

Mm 450550600

Mm600900500

Mm80012002000

 Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima 

12 kabel boleh diklipkan bersama. 

Page 15: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN

1)Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.- Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhan dan

sebagainya.  2) Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.

- Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.

 3) Harga pendawaian.

- Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.

4) Tempoh ketahanan pemasangan.- Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian.

Page 16: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN

5) Keadaan khusus .- Keadaan khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat

pemasangan itu seperti keadaan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna. 6) Masa menyiapkan.

- Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.

 7) Tambahan litar atau perubahan litar.

- Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi

litar itu perlulah diteliti.

Page 17: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING

PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN

8) Kekemasan dan kecantikan.- Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan

kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.  9) Voltan bekalan .

- Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh

disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan

Page 18: kabel dan sistem pendawaian elektrik

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

Page 19: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM TERSEMBUYI 1)Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa2)Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen3)Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik4)Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan5)Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak6)Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama7)Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN

Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:

- pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk- pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

Page 20: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

KAEDAH PEMASANGAN KABEL •Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang di bangunkan atau bangunan sudah siap.

•Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan kondiut hendaklah diletakkan sebelum dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian di lakukan .

•Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut dan ketebalan kabel yang hendak ditanam. •Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah kedalamannya 1 ½ inci dan bagi kondiut berukuran ¾ inci kedalaman lurah dinding ialah 1 ¼ inci.

•Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara ½ inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Page 21: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI DENGAN MENGGUNAKAN KONDIUT

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI TANAM KABEL

Page 22: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING

KEBAIKAN - KEBAIKAN PENDAWAIAN TERSEMBUNYI: •Pendawaian jenis ini lebih kemas 

KEBURUKAN – KEBURUKAN PENDAWAIAN JENIS INI: •Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki•Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel•Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.

Page 23: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING

 LARIAN KABEL  •Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat menggunakan bahan tahan api (fire barrier) untuk mengelak kemerebakan kebakaran. •Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi mengelakkan kabel luka semasa kerja penarikan kabel dilakukan.•Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi mengelakan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.•Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurang-kurangnya 50mm dari atas atau bawah sambungan kayu

Page 24: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :-

1. Tukul ( Club Hammer )• Ianya juga dikenali sebagai tukul ‘lump’ atau

‘mesh’ dan digunakan untuk mengetuk bantalan atau pahat sejuk untuk memotong bata .

• Hujung kepala tukul direncongkan dan mempunyai berat di antara 1.13 kg hingga 1.36 kg

2. Pahat besi (Cold Chisel)• Ianya digunakan untuk memotong batu dan

bahan-bahan sepertinya, memotong dan memangkas paip saliran, genting lantai atau dinding.

• Ia diperbuat daripada besi tempa, berbentuk bulat atau lapan segi dengan satu hujung sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya mengikut kerja yang dilakukan.

• Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ia bole menyebabkab berlakunya kecederaaan kepada diri sendiri dan untuk keselamatan asah semula mengikut bentuk cendawan sehingga rata semula.

Page 25: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERSEMBUNYI •Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap dilaksanakan, kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan.•Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar kompo. •Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan . •Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa alur pendawaian konduit tersembunyi.

1) Penyediaan Bahan Lepaan

• Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja yang paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan menggunakan tangan.

• Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja pembinaan besar, sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland, kapur dan pasir

• Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata samaada diatas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform dari papan lapis dan sebagainya.

• Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1 simen: 1kapur : 4 pasir halus). • Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan sekop (showel) sehingga betul-betul sebati.

Setelah itu masukkan air secukupnya dan bersesuaian dengan keadaan motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja “Plaster” boleh dilakukan.

Page 26: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

2) Sekop ( Showel )

Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk mencedok bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain.

  3) Teknik Melepa & Peralatan

•Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja yang betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui.• Peralatan lepaan yang biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float (perata kayu) Hawk (samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip). •Kegunaan peralatan tersebut adalah seperti berikut:

Page 27: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

4) Hok ( Hawk ) Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk meletak motar semasa membuat lipaan.

5) Sudip Bata Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara 229mm hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya :Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

Page 28: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING

6) Kayu Perata ( Floats ) Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepa

7) Perata Logam Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-kerja lepaan lurah, iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin permukaan lepaan.

Page 29: kabel dan sistem pendawaian elektrik

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia,misalnya di kilang-kilang, makmal, bengkel dan sebagainya. Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

Page 30: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Kebaikan :-

Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar.Mudah untuk di ubahsuai bentuk permukaan atau di buat tambahan.Tahan lama:dapat mengelakkan daripada kebakaran.Kabel tidak mudah cacat. Kelemahan :-

Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.Bentuk tidak kemas (cantik).Memerlukan pekerja mahir.Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan disiapkan.

Page 31: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

KONDUIT TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS:-

• Konduit Logam.• Konduit Bukan Logam.

KONDUIT LOGAM

Terdapat berbagai-bagai jenis logam yang dijadikan konduit antaranya termasuklah keluli tolok ringan, keluli mudah lentur, aluminium dan kuprum.

KONDUIT KELULI TOLOK BERAT (KELAS B)

•Konduit jenis ini mampu menahan bahaya kerosakan mekanik yang lebih kuat,ia tidak mudah kemik,pecah atau bengkok. •Sambungan konduit ini sesamanya atau pada suatu alat dibuat secara cantuman berpateri,memejal terus atau skru bebenang.•Saiz piawai garis pusat adalah 16mm(1/2 inci),20mm(3/4 inci) serta 25mm(1 inci) dan panjang secara rawak 4-80 meter (12 kaki).

Page 32: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Kelemahan konduit jenis ini: Sukar untuk memperolehi keterusan bumi yang berkesan sekiranya sambungan itu di buat secara skru bebenang.Hanya dapat dibengkokkan dengan menggunakan alat khas.Bilangan pelana(saddle) penyokong dan pekerja perlu ditambah kerana konduit ini berat.Harganya lebih mahal.Tempoh menyiapkkannya lebih lama.Tidak cantik jika dipasang di permukaan. Kelebihan konduit jenis ini:

Tahan lasak.Memberikan perlindungan mekanik yang berkesan.Alat-alat pelengkapnya tahan lasak.Dapat digunakan ditempat berair atau mudah meletup,terbakar,berkimia,berhabuk serta lembab.Dapat ditanam secara terus ke bumi.

Page 33: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

KONDUIT BOLEH LENTUR (FLEXIBLE CONDUIT)

Pada keselurujannya konduit ini dibuat daripada logam tetapi ada juga yang bersarungkan PVC bagi kegunaan ditempat-tempat yang berminyak. Kegunaan :-

1)Sambungan bagi penghujung beban-beban yang bergerak atau ditempat-ditempat yang bebannya selalu diubah suai2)Untuk pemasangan konduit yang sukar dibuat dengan menggunakan konduit biasa.3)Mudah dibentuk bergantung kepada penggunaannya.

Material :-

1)Keluli galvani bertolok ringan.2)Bergelung pilin dan berkait punca antaranya3)Kalis air4)Bahan PVC5)Sambungan konduit ini kepada konduit biasa dibuat melalui penyesuai(adaptor)

Page 34: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Kelemahan :-

1)Tidak sesuai bagi pemasangan yang memerlukan perlindungan mekanikal yang baik.2)Boleh melebihi 1 meter (mengikut peraturan yang ditetapkan)

Kebaikan :-

1)Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi konduit kerana ia tidak dianggap logam keseluruhannya.2)Dapat mengelakkan daripada merebaknya kebakaran kerana ia merupakan sambungan yang putus-putus.3)Pemasangan yang cepat,tidak perlu bengkokkan dan bebenang.4)Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat khas(aksesori)5)Konduit kecil boleh disambungkan dengan melalui pengganding teles. Jika hendak menyambungkan ke konduit bersaiz besar, boleh menggunakan kelongsong.

Page 35: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT. Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian terutamanya kerana ianya :

1)Memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan mekanikal yang banyak2) Hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik 3) Memudahkan penambahan litar pada masa akan datang 4) Boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa5) Dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang

Page 36: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN. Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut ( bertebat ) atau tanpa salut ( tanpa tebat) JENIS-JENIS CONDUIT. •Terdapat 3 jenis konduit yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolok berat , konduit logam tolok ringan dan konduit boleh lentur . •Di antara ketiga-tiga jenis konduit , konduit logam tolok berat (Heavy Gauge ) pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian .•Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorid dan bagi konduit boleh lentur ( Flexsible Core ) pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik . •Saiz nominal konduit pula ialah 16 mm , 20 mm dan 32 mm . •Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang diperlukan sewaktu pemasangan dan ini perlulah dirujuk daripada jadual 12A , 12B , 12C dan 12D Peraturan IEE ( Edisi 16 ).

Page 37: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

CARA-CARA PEMILIHAN SAIZ NOMINAL KONDUIT 1)Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter perlu rujuk pada jadual 12A dan 12B.

- pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12A- campurkan ke semua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit

daripada jadual 12B- saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada

jumlah faktor kabel 2) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset.

- pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12C- campurkan kesemua konduit daripada jadual 12D mengikut panjang larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian- saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada

jumlah faktor kabel

Page 38: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Page 39: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Page 40: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

KAEDAH PEMASANGAN KABEL 1.Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung.2.Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan , sambungkan konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori tertentu ( sesiku , tee dan sebagainya ) dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar . 3.Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah di rujuk daripada jadual 11C . 4.Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabel dijalankan.5.Pastikan kabel-kabel daripada satu litar di masukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama ia adalah bertujuan untuk menggelakkan daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit tersebut.

Page 41: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

Page 42: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT

Page 43: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT

Page 44: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.

Page 45: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.

Page 46: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI

Page 47: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI

Page 48: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN KONDUIT.

1) Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel ke dalamnya dengan ini masalah kesukaran pendawaian ini dapat diatasi.

2) Semua alat kelengkapan jenis pemeriksa seperti sambungan tee , sesiku dan kotak simpang mestilah dipasang pada kedudukan yang mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula.

3) Bilangan kabel maksimum yang dimuatkan ke dalam konduit boleh ditentukan daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk kepada jadual 12A , 12B , 12C dan 12D .

4) Jejari dalam bagi setiap selekoh konduit mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garis pusat luar conduit dan tidak kurang daripada 4 x garis pusat kabel yang terbesar dalam pemasangan itu.Ini berdasarkan kehendak Jadual 12A hingga 12D dan 52C.

5) Faktor ruangnya hendaklah tidak lebih daripada 40% dan dapat dikira dengan formula ini :

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan Luas keratan rentas dalam conduit

Page 49: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING

PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN KONDUIT.

5) Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan pvc brush untuk menggelakkan daripada kabel rosak.

6) Bagi konduit jenis logam , mestilah dibumikan dan setiap sambungan samada jenis skru atau klam mestilah mempunyai keselanjaran elektrik yang baik.

7) Kabel dalam konduit yang membawa arus ulang alik mestilah dipasang supaya semua fasa bagi satu litar masuk ke dalam konduit yang sama.

8) Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu sekeliling ( ambient temperature )

9) Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam ia mestilah ditentukan bahawa suhu ambiennya tidak melebihi 60 0 C dan beratnya tidak lebih 3 kg.

10) Apabila pemasangan konduit terdedah kepada bahaya kerosakan mekanikal yang terlalu banyak perlindungan tambahan perlu diadakan.

11) Apabila konduit boleh lentur digunakan untuk sambungan peralatan elektrik , ia mestilah mempunyai satu kabel tambahan untuk pengalir kelanjaran pembumian

Page 50: kabel dan sistem pendawaian elektrik

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

• Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut.

• Dalam sistem palang bas sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang bas.

• Biasanya, sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama – samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

• Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan sesalur yang demikian dinamakan sesalur bucu dinding.

• Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.

Page 51: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Page 52: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

• Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya melebihi 10 mm² dan bilangannya banyak.

• Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus – lurusnya.

• Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan kerja – kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya.

• Dengan adanya alat tambah ini kerja – kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah.

• Sekarang sistem sesalur atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur hendaklah mematuhi Jadual dibawah.

Page 53: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Luas keratan rentas sesalur

Jarak maksimum di antara penyokong

Logam Penebat

Mendatar Menegak Mendatar Menegak

mm²> 300 , ≤ 700

> 700 , ≤ 1500> 1500 , ≤ 2500> 2500 , ≤ 5000

> 5000

m0.751.251.753.03.0

m1.01.52.03.03.0

m0.50.5

1.251.751.75

m0.50.5

1.252.02.0

Ruang di antara penyokong untuk sesalur kabel

Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm. Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.

Page 54: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN SESALUR Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa

Bangunan besar dan bertingkat

Memerlukan pemasangan kabel yang banyak

Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang

Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih

Memerlukan keselamatan ke atas kabel

Page 55: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka.

Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja.

Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas seperti mana dalam Jadual di bawah.

KAEDAH PEMASANGAN SESALUR Sesalur dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup.Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian.Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel ke dalamnya dilakukan.Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca – punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan.Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini.Peraturan Elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %.Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.

Page 56: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Jenis pengalir Luas keratan rentas mm² Faktor

Padu1.52.5

7.110.2

Berlembar

1.52.546

10

8.111.415.222.936.3

Jadual faktor kabel bagi sesalur

Jadual faktor untuk sesalurDimensi sesalur ( mm ) Faktor

50 X 37.5 767

50 X 50 1037

75 X 25 738

75 X 37.5 1146

75 X 50 1555

75 X 75 2371

100 X 25 993

100 X 37.5 1542

100 X 50 2091

100 X 75 3189

100 X 100 4252

Page 57: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

KEBAIKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR. Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.Kerja pemasangannya cepat.Perlindungan mekaniknya baik.Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya. KEBURUKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya.Ramai pekerja mahir diperlukan.Mudah dimasuki habuk dan kotoran.Sukar dibawa dan dipasang.Kelihatan tidak ekmas kerana sesalur terjojol keluar seperti beroti.Tempat sesalur ini hendak dipasang, hendaklah dirancang dengan teliti.Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku

Page 58: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

 •Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan – bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak bahaya mekanik. •Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 

1) Sistem palang bas sesalur atas2) Sistem palang bas sesalur memanjat3) Sistem sesalur bucu dinding

Page 59: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

SISTEM PALANG BAS SESALUR ATAS. Sistem ini serupa dengan sistem palang bas sesalur memanjat; bezanya hanyalah dari segi kedudukan. Sistem ini ditempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini kerap kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan titik lampu agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas sesalur atas ini.Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalanannya. Sistem pendawaian yang biasa berganding dengan sistem ini ialah sistem pendawaian pembuluh.

Page 60: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Page 61: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

SISTEM PALANG BAS SESALUR MEMANJAT. Sistem ini dipasang pada tempat yang menegak. Ia kerap digunakan di rumah bertingkat – tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar kemampuan arus sistem ini ialah kira – kira 300 A. Panjang setiap sesalur memanjat ini ialah kira – kira 4 – 5 meter. Apabila sesalur ini dilalukan melalui lantai setiap tingkat, dalam sesalur itu hendaklah diadang pada setiap aras lantai dengan bahan tahan kebakaran seperti serabut kaca. Tebal serabut ini kira – kira 5 – 8 cm. Palang bas yang terdapat di dalam sesalur ini disokong oleh asbestos. Palang bas yang berada pada pengadang di setiap aras lantai hendaklah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat bagi memberikan ruang untuk palang bas itu dapat mengembang dan mengecut. Pengadang ini disediakan bagi tujuan mengelakkan kebakaran yang berlaku di sesuatu tingkat daripada merebak ke tingkat lain.Sistem pendawaian palang bas sesalur memanjat tidak boleh berdiri dengan sendiri ( digunakan terus ) untuk membekalkan arus ke beban. Sistem ini memerlukan bantuan sistem – sistem pendawaian lain seperti sistem pendawaian pembuluh sebelum ia dapat membekalkan bekalan ke beban – beban yang dikehendaki.

Page 62: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

Page 63: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK

1) Logam salur atau bahan penebat dan sesalur hendaklah dipasang dengan kemas dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanika , perlindungan secukupnya perlu dibuat .

2) Pembinaan sesalur hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat.

3) Kabel A.U yang diletakkan ke dalam salur keluli atau sesalur hendaklah dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada , di dalam satu salur atau sesalur yang sama.

4) Dari pangkal hingga ke hujung sesuatu atau sesalur hendaklah bebas daripada menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air . Semua penutup hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat .

5) Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem salur , setiap sambungan dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit , hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia ditarik nanti .

Page 64: kabel dan sistem pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI

PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING

PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK

6) Setiap sudut pada logam salur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi salur segiempat . Setiap selekoh dalam salur konkrit ( sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau ditempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya tidk kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap .

7) Salur hendaklah diletakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan bahan konkrit di tempat penarikan kabel . Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap punca . Pada salur , yang diperbuat daripada konkrit , kabel bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk salur jenis ini , di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan , kabel itu hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k.

8) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel . faktor ruang bagi sesalur hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan .Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan , faktor ruang bolehlah ditingkatkan.

9) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam salur atau sesalur hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45% .