Top Banner

of 20

isu kedaulatan

Jul 09, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi Milik Malaysia tanggal 17 Desember 2002 Pulau sipadan adalah sebuah pulau di wilayah Malaysia, dengan luas

10,4 ha yang terletak di laut Sulawesi di sebelah timur kota Tawau . Memiliki ketinggian 600 700 meter. Sipadan terletak di wilayah

patahan Indo-Pasifik, salah satu habitat pantai terkaya di dunia. Lebihdari 3.000 spesies ikan dan ratusan spesies karang laut berhasil dikenalpasti di sekitar ekosistem pulau Sipadan Pulau Ligitan adalah pulau kecil yang terletak di sekitar wilayah kota

Tawau, dengan luas wilayah sebesar 7,9 ha dengan jarak 21 mil dari Sabah dan 57,6 mil dari Sebatik Pulau sipadan Ligitan merupakan salah satu tujuan pelancongan di

dunia.

Secara terperinci tentang kronologi kes Pulau Sipadan dan

Ligitan dapat di lihat pada jadual di bawah :Tahun PeristiwaSengketa Pulau Sipadan dan Ligitan muncul pertama kali pada perundingan mengenai batas landas kontinen antara RI dan Malaysia di Kuala Lumpur (9-12 September 1969). Hasil Kesepakatan: kedua pihak tidak dibenarkan melakukan kegiatan-kegiatan yang menyangkut kedua pulau itu sehingga penyelesaian sengketa

1969

1970

Malaysia melakukan tindakan sepihak dengan menerbitkan peta yang memasukkan kedua pulau tersebut ke dalam wilayah nasionalnya, dan beberapa tahun kemudian melakukan pembangunan dan pengelolaan fasilitas-fasilitas wisata di kedua pulau itu.Pembahasan sengketa oleh Presiden RI Soeharto dan PM Malaysia Mahathir Muhammad di Yogyakarta, tahun 1989. Hasil kesimpulan: sengketa mengenai kedua pulau tersebut sulit untuk diselesaikan dalam kerangka perundingan bilateral.

1989

1997

Kedua pihak sepakat untuk mengajukan penyelesaian sengketa tersebut ke Mahkamah Internasional dengan menandatangani dokumen "Special Agreement for the Submission to the International Court of Justice on the Dispute between Indonesian and Malaysia concerning the Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan" di Kuala Lumpur pada tanggal 31 Mei 1997. Pada tanggal 2 November 1998, kesepakatan khusus yang telah ditandatangani itu kemudian secara rasmi disampaikan kepada Mahkamah Internasional, melalui suatu "joint letter" atau notifikasi bersama Proses argumentasi tertulis ("written pleadings") dari kedua belah pihak dianggap rampung pada akhir Maret 2000 di Mahkamah Internasional. Argumentasi tertulis itu terdiri atas penyampaian "memorial", "counter memorial", dan "reply" ke Mahkamah Internasional.

1998

2000

2002

Proses penyelesaian sengketa Pulau Sipadan dan Ligitan di Mahkamah Internasional memasuki tahap akhir, iaitu proses argumentasi lisan ("oral hearing"), yang berlangsung dari tanggal 3-12 Jun 2002. Pada kesempatan itu, Menlu Hassan Wirajuda selaku pemegang kuasa hukum RI, menyampaikan argumentasi lisannya ("agents speech"), yang kemudian diikuti oleh presentasi argumentasi yuridis yang disampaikan Tim Pengacara RI. Mahkamah Internasional kemudian menyatakan bahwa keputusan akhir atas sengketa tersebut akan ditetapkan pada Disember 2002.Pada tanggal 17 Desember 2002, Mahkamah Internasional di Den Haag menetapkan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi bagian dari wilayah kedaulatan Kerajaan Malaysia atas dasar efektivitas kerana Malaysia telah melakukan upaya administrasi dan pengelolaan konservasi alam di kedua pulau tersebut.

Data-data sejarah Malaysia yang mendukung tuntutan pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan : Kepemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan secara estafet dari Sultan

Dent/Overback - Inggris - Malaysia serta Sultan Sulu -Spanyol - ASInggris - Malaysia ( Chain of Title ). Doktrin penguasaan efektif secara berkesinambungan (effective

occupation) atas kedua pulau tersebut. Malaysia lebih banyak memiliki bukti tindakan administratif di kedua

pulau itu. Antara lain penerbitan ordonansi perlindungan satwa burung

oleh Inggris pada 1917, penarikan pajak bagi pengumpul telur penyusejak tahun 1930 dan pengoperasian mercusuar sejak tahun 1960-an serta melaksanakan aktivitas kepariwisataan sejak 1980.

Fakta bahawa, kapal perang AS pada 1903 mengunjungi Pulau Sipadan

dan mengklaim menjadi miliknya. Tidak ada bukti tertulis bahwa kedua pulau itu pernah berada di bawah

administrasi Belanda yang diperoleh dari Kesultanan Bulungan. Garis batas 40 10 menit Lintang Utara bukanlah allocation line, kerana

Inggeris tidak pemah mengindikasikan keinginannya untuk

menentukan batas laut territorial di Borneo Utara.

Pihak Mahkamah Internasional, yang menggunakan argumen

pendudukan efektif (effective occupation) akhirnya memutuskan Malaysia yang berhak atas kedua pulau. Malaysia beruntung kerana

pernah dijajah Inggeris, yang lebih aktif melakukan tindakankedaulatan hukum terhadap kedua pulau itu, daripada Belanda, yang pernah menguasai Indonesia. Perundang-undangan Inggeris menetapkan suaka burung dan pajak

telur penyu pada Sipadan dan Ligitan. Inggeris pula yang membangun mercu suar di kawasan itu pada awal 1960 dan 1963. Dua bulan sekali, datang petugas yang mengisi minyak di mercu suar. Sedangkan Belanda, yang menguasai koloni Indonesia, hanya mundar-mandir dengan kapal di sekitar kawasan itu tanpa melakukan suatu tindakan kedaulatan hukum yang berarti.

Effective occupation adalah doktrin hukum internasional yang berasal

dari hukum Romawi kuno. Occupation berasal dari konsep Romawi occupatio (baca okupatio) yang beertiti tindakan administratif dan bukan beertiti tindakan pendudukan secara fisik. Effective occupation sebagai suatu tindakan administratif penguasaan suatu wilayah hanya

bisa diterapkan pada terra nullius atau wilayah baru dan wilayah takbertuan, atau wilayah yang dianggap tak bertuan dan disengketakan oleh Negara.

Effective occupation tidak bisa diterapkan kepada wilayah yang diatur

oleh perjanjian, keputusan hakim, keputusan arbitrasi, atau registrasi

kepemilikan dengan hukum yang jelas.

Kita Terlepas Pulau Batu Puteh Kerana Cuai Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan

kedaulatan Pulau Batu Putih dengan kemenangan ( 12:4) kepada Singapura sungguh mengecewakan rakyat negara ini khususnya orang Johor. Kita hanya mendapat sagu hati apabila ICJ memutuskan bahawa Batuan

Tengah yang terletak 0.96km ke selatan Pulau Batu Putih adalah hak milik Malaysia manakala Tubir Selatan kira-kira 4km ke Selatan PBP

diputuskan kepunyaan negara. Bila dianalisa keputusan itu secara menyeluruhnya dan dari hujjah yang

diberikan nyata sekali ICJ mengakui kawasan itu berada dalam taklukan Kesultanan Johor

Apakah faktor penting dalam penghakiman ICJ?Dalam kes Pulau Batu Puteh, kita kalah kerana kecuaian

kerajaan Johor dulu yang membiarkan Singapura mengurus rumah api dan pulau itu.Apa yang telah mendorongnya memutuskan PBP menjadi milik

Singapura adalah surat dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 21hb Sep 1953 yang menyatakan bahawa Kerajaan Johor tidak memiliki pulau itu sebagai jawapan kepada sepucuk surat dari Setiausaha Jajahan British di Singapura pada 12hb Jun tahun itu yang hendak tahu status pulau itu. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih.

seorang peguam berpengalaman luas mengenai undang-undang

antarabangsa (Mathaius Chang) dalam satu analisanya terhadap keputusan itu, kenapakah penjajah British di Singapura ketika itu telah

bertanyakan status pulau itu kepada kerajaan Johor yang ketika ituadalah juga dibawah kuasa penjajahBritish. Surat itu diutuskan oleh Setiausaha Penjajah British di Singapura

kepada Penasihat British kepada Kerajaan Johor. Dengan itu semestinya jawapan yang akan diberikan akan memihak

kepada kuasa penjajah. Chang menyatakan bahawa sungguh aneh surat

itu tidak diutuskan kepada Sultan Johor tetapi sebaliknya kepadaPenasihat British, iaitu pentadbiran penjajah British di Singapura bertanyakan status pemilikan sebuah wilayah Johor kepada wakil kuasa penjajah itu di Johor.

Agak pelik juga yang menjawabnya adalah Pemangku Setiausaha

Kerajaan Johor yang ketika itu adalah dibawah pengaruh Penjajah

British. Chang menghujjah bahawa kedaulatan pulau itu bukannya berada pada

Kerajaan Johor yang dijajah tetapi pada Sultan. Sepatutnya surat

demikian diutusskan kepada Sultan; dan Sultanlah yang harusmenjawab bukannya wakil kerajaan kerana sebenarnya kedaulatan sesebuah wilayah Johor terletak di atas bahu Sultan Apa pun surat itu hanya menyatakan bahawa Kerajaan Johor tidak

memiliki pulau itu. Ia tidak pula menyatakan status kedaulatannya sebagai sebahagian daripada tanah wilayah Johor di bawah nauangan Sultannya

Apa yang dipelajari ? Kecuaian ini menyebabkan kita kehilangan pulau itu. Pengajaran penting daripada penghakiman ini kepada setiap pihak ialah belajarlah daripada sejarah. Kita perlu berhati-hati apabila membuat keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian penderitaan. Siasat betul-betul asal-usul sesuatu perkara dan tidak membuat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa.

PULAU SPRATLY : WORLDS MOST DISPUTED ISLAND Kepulauan Spratly merupakan rangkaian 650 pulau karang yang

terletak di Laut Cina Selatan, antara Filipina dan Vietnam Pulau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi selain mempunyai

nilai sumber bahan mentah yang tidak terkira nilainya Antara negara-negara yang menuntut hak milik terhadap pulau

Spratleys ialah : China, Vietnam, Malaysia, Taiwan, Brunei, Filipina

Yang unik dari kepulauan ini adalah 45 pulau ditempati oleh sejumlah

kecil pasukan militari dari berbagai negara

Keistimewaan Pulau Spratly : mempunyai nilai atau anggaran simpanan (deposit) minyak dan gas asli

yang banyak produktif dalam sektor perikanan iaitu penangkapan ikan secara

komersil sebuah rantau yang sangat sibuk didunia khususnya di sektor

perkapalan Bagi pengkaji, nilai atau faktor ekonomi adalah merupakan faktor

penyumbang utama kepada pertelingkahan serta tuntutan kebanyakan negara bangsa hari ini untuk menuntut kebanyakan atau sebahagian kepulauan itu.

Tuntutan Malaysia ke atas Kepulauan Spratley Malaysia tidak mempunyai sebarang rekod rasmi dan data sebagai

bukti tuntutannya ke atas Kepulauan Spratley seperti negara lain. Malaysia menggunakan prinsip Continental Shelf dalam usahanya

menuntut sebahagian kepulauan Spratley tersebut Prinsip ini membawa bersama undang-undang yang telah ditetapkan

oleh United Nation Convention On The Law Of the Sea UNCLOS semasa perundingan pada tahun 1982 yang mana wujud kawasan EEZ (Exclusive Economic Zone) dalam persidangan tersebut Berdasarkan prinsip ini iaitu tuntutan Malaysia ke atas terumbu yang

berada di bawah zon (EEZ) mereka Kini, Malaysia berjaya menduduki empat terumbu (reefs) di sekitar

kawasan Kepulauan Spratley. Antaranya, Terumbu Layang-Layang, Terumbu Laya, Terumbu Mentani dan Terumbu Perahu