Top Banner

of 24

HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

Apr 06, 2018

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    1/24

    i

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    KANDUNGAN

    RUKUN NEGARA ii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii

    KATA PENGANTAR iv

    PENDAHULUAN 1

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3

    PEMBINAAN KEMAHIRAN MENERUSI

    PENDIDIKAN MORAL

    6

    BIDANG PEMBELAJARAN 1 :Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

    8

    BIDANG PEMBELAJARAN 2 :Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

    13

    BIDANG PEMBELAJARAN 3 :Nilai Berkai tan Dengan Diri Dan Masyarakat

    15

    BIDANG PEMBELAJARAN 4 :Nilai Berkai tan Dengan Diri Dan Alam Sekitar

    17

    BIDANG PEMBELAJARAN 5 :

    Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

    19

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    2/24

    ii

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    3/24

    iii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    4/24

    iv

    KATA

    PENGANTAR

    Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang

    bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dansemangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan

    menyediakan murid menghadapi arus globalisasi sertaekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan

    kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolahaktivi ti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap

    dapat membantu guru merancang dan melaksanakan

    pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

    Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur

    bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiranbelajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaranmasteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan

    pembelajaran akse s kendiri. Di samping i tu, nilai murnidan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap

    diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikeyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam

    kehi dupan harian dan dunia pekerjaan.

    Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guruperlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira

    perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkahlaku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan

    secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatanmurid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan

    menggembirakan.

    Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini,banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan

    universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan individuyang mewakili badan-badan tertentu.

    Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya HuraianSukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    5/24

    1

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid

    supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak muliadengan menekankan aspek perkembangan pemikiran

    moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

    Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuankepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

    kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam

    agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang

    membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Inimembolehkan mereka menjadi individu yang

    bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segalakeputusan dan tindakan yang dilakukan.

    Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai

    panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi

    jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.

    Prinsip-prinsip itu adalah :

    bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;

    berpegang teguh pada ajaran agama;

    prihatin kepada alam sekitar;

    mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

    bersemangat patriotik

    menghormati hak asasi manusia; dan

    mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

    Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untukmerealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung

    dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan FalsafahPendidikan Kebangsaan.

    KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

    Untuk membolehkan murid memahami, menghayati

    serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyaklima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan

    nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidangpembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan

    kemanusiaan, bidang pembelajaran itu jugamenekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.

    Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

    i. Nilai berkai tan dengan Perkembangan Diri

    ii. Nilai berkai tan dengan Diri dan Keluarga

    iii. Nilai berkai tan dengan Diri dan Masyarakat

    iv. Nilai berkai tan dengan Diri dan Alam Sekitar

    v. Nilai berkai tan dengan Diri dan Negara

    Takrifan

    Pendidikan

    Moral

    LimaBidang

    Pembelajaran

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    6/24

    2

    Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh

    yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan.(Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yangpositif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu

    pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.Pendidikan Moral yang efekti f seharusnya membantu murid

    memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkankomitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam

    kehi dupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untukmembolehkan seseorang murid mencapai tahap

    kematangan moral.

    Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yangmempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran

    moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembanganmoral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur

    dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yangmenyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat

    apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan

    sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. ProgramPendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikanaspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan

    ketiga-tiga dimensi moral tersebut.

    PEMIKIRAN

    MORAL

    PERASAAN

    MORAL

    TINDAKANMORAL

    KESEDARAN

    HATI NURANI

    RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

    INSAN

    BERAKHLAK

    MULIA

    Rangka

    Konsepsi

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    7/24

    3

    Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk

    individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh

    menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negaraserta masyarakat global.

    Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:

    i. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat

    Malaysia;

    ii. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

    iii. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawabmoral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan

    hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

    iv. Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran

    moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam

    membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yangselaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantuguru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahapkematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan

    untuk membantu guru melaksanakan kurikulum PendidikanMoral dalam bilik darjah dengan berkesan.

    Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang

    pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik,hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran.

    Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikuttahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama

    diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalahberbeza kerana isu moral atau kandungan yang

    dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selarasdengan tahap kematangan murid.

    Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empatlajur utama, iaitu :

    Lajur Nilai

    Lajur Kandungan Akademik

    Lajur Hasil Pembelajaran

    Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

    MatlamatPendidikan

    Moral

    Objektif

    Pendidikan

    Moral

    Tujuan

    Penerangan

    Lajur

    1

    2

    FormatEmpat

    Lajur

    3

    4

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    8/24

    4

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang

    terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiapnilai disertakan penerangannya yang dipetik

    daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan).

    Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik

    yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap

    kematangan murid bermula dari diri, keluarga,

    masyarakat, negara hingga ke peringkat

    antarabangsa.

    Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan

    jelas bermula dengan tema diikuti oleh tajuk

    pengajaran dan huraian tajuk pengajaran

    yang disertakan dengan contoh j ika perlu bagi

    memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam perkembangan kurikulum dan proses

    pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak bolehdipisahkan daripada kandungan atau pengetahuanakademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikirsecara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadapsesuatu isu moral j ika mereka dapat mengkaji danmemahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,murid dapat mentelaah dan mengkaji bahanpembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan

    akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidangseperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasadan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandunganakademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dankemahiran dalam usaha mencapai matlamat pendidikanmoral.

    Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataantentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid

    dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalambentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan

    yang disampaikan.

    5

    LajurNilai

    LajurKandungan

    Akademik

    Lajur

    Hasil

    Pembelajaran

    6

    7

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    8

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    9/24

    5

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau

    situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atausituasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitandengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi

    hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, danperingkat antarabangsa. Aktiv iti, isu atau situasi

    tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yangterdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapiguru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagaisumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diajar.

    Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah

    kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perludihubungkai tkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran

    dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan danmenyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada

    pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalammerancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik

    darjah.

    TAHUN 6

    BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan DenganPerkembangan Diri

    LAJUR NILAI

    Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan

    Penerangan nilai :

    Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam danmematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan

    agama masing-masing selaras dengan prinsip RukunNegara.

    LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK

    Tema : Kesejahteraan hidup dinikmati anugerahTuhan disyukuri

    Tajuk pengajaran : Kewajipan mensyukuri nikmat Tuhan

    Huraian tajuk pengajaran : Kehidupan yang sedia ada diterima dengan mensyukuri

    anugerah Tuhan dan sentiasa berusaha untuk

    meningkatkan kesejahteraan hidup

    - Kesihatan yang sempurna- Keluarga yang bahagia- Alam sekitar yang bersih

    - Negara yang aman damai

    LAJUR HASIL PEMBELAJARAN

    i. Menjaga apa yang dianugerahkan oleh Tuhandengan baik

    ii. Berusaha untuk meningkatkan apa yang

    dianugerahkan oleh Tuhan ke tahap yang lebih baik

    LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    i. Sumbangsaran berkaitan dilema moral- Perbezaan hidup antara individu yang miskin

    dengan yang kaya

    - Kepayahan hidup individu yang kurang upaya danakhi rnya berjaya mencapai kejayaan

    ii. Perbincangan tentang cara menunjukkan kesyukuran atasnikmat Tuhan

    ContohPersembahan

    Lajur

    Lajur

    CadanganAktiviti

    Pembelajaran

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    10/24

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    11/24

    7

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral,

    murid diberi kesempatan mencari dan memperolehsumber-sumber maklumat yang tepat melalui TeknologiMaklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web,

    e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktivitiseperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan

    pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selainitu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat

    membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yangpositif dan mengelakkan mereka daripada melayari

    laman-laman web yang berunsur negatif.

    Kemahiran sosial memberi penekanan kepada

    kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang laindalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh

    masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaatkepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh

    diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah

    pengajaran.

    Kemahiran

    TeknologiMaklumat

    Kemahiran

    Sosial

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    12/24

    8

    BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIKHASIL

    PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.1 Kepercayaan kepada

    Tuhan

    Keyakinan wujudnya

    Tuhan sebagai penciptaalam dan mematuhisegala suruhan Nya

    berlandaskan peganganagama masing-masing

    selaras dengan prinsipRukun Negara.

    Kesejahteraan hidup dinikmati

    anugerah Tuhan disyukuri

    Kewajipan mensyukuri nikmat Tuhan

    Kehidupan yang sedia ada d iterimadengan mensyukuri anugerah Tuhan

    dan sentiasa berusaha untukmeningkatkan kesejahteraan hidup

    - Kesihatan yang sempurna- Keluarga yang bahagia

    - Alam sekitar yang bersih- Negara yang aman damai

    i. Menjaga apa yang dianugerahkan oleh

    Tuhan dengan baik

    ii. Berusaha untuk meningkatkan apa yang

    dianugerahkan oleh Tuhan ke tahap yanglebih baik

    .

    i. Sumbang saran berkaitan dilema moral

    Perbezaan hidup antara individuyang miskin dengan kaya

    Kepayahan hidup individu yangkurang upaya dan akhirnya berjaya

    mencapai kejayaan

    ii. Perbincangan - cara menunjukkan

    kesyukuran atas nikmat Tuhan

    1.2 Kebers ihan Fizikal danMental

    Kebersihan dan

    kesihatan diri sertapemikiran yang sihat dan

    positif dalam setiap

    perlakuan.

    Berbaik sangka mencerminkan fikirandan jiwa yang bersih

    Kebersihan pemikiran dan jiwa menjamin

    hubungan yang sihat

    Amalan berbaik sangka dan sentiasaberfikiran positif terhadap orang lain

    Berbaik sangka dan berfikiran positif

    terhadap orang lain

    i. Syarahan atau perbahasan bertajuk

    `Berbaik sangka membawakesejahteraan hidup

    ii. Senarai semak tentang perasaan baiksangka terhadap rakan/anggotakeluarga

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    13/24

    9

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.3 Har ga Diri

    Keupayaan dan

    keyakinan diri agarmampu memulia dan

    menjaga maruah diri

    dalam kehidupan.

    Perancangan masa depan menjaminkecemerlangan

    Hala tuju hidup membina maruah diri

    Hala tuju hidup yang positif- Pegangan agama yang kukuh- Usaha memajukan dir i ke arah

    cita-cita yang ditentukan- Hobi yang sihat

    Menjaga maruah diri dengan menen tukan

    hala tuju hidup yang positif.

    i. Membincangkan usaha-usaha yang

    boleh dilakukan untuk menentukan halatuju hidup

    ii. Menyediakan satu kontrak diri/ akujanjitentang hala tuju kehidupan

    iii. Senarai semak tentang usaha yangdilakukan untuk menentukan hala tuju

    hidup

    1.4 Kerajinan

    Usaha yang berterusan

    penuh dengan semangatketekunan, kecekalan,

    kegigihan, dedikasi danberdaya maju dalam

    melakukan sesuatu

    perkara.

    Amalan kerajinan tanda penganut yangbaik

    Agama menuntut amalan kerajinan

    Kerajinan mengikut perspektif pelbagaiagama

    Mengamalkan sikap kerajinan sebagaimana

    yang dituntut oleh agama

    i. Mengumpul maklumat dan berbincang

    tentang amalan kera jinan mengikutperspektif pelbagai agama

    ii. Mengumpul kata-kata h ikmat tentang

    amalan kerajinan mengikut perspektif

    agama dan mempamerkan di papankenyataan kelas

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    14/24

    10

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.5 Hemah Tinggi

    Beradab sopan dan

    berbudi pekerti muliadalam pergaulan

    seharian.

    Amalan berhemah memupukkeharmonian

    Kesopanan menjamin perkhidmatan

    berkualiti

    Amalan bersopan dalam perkhidmatankera jaan dan swasta

    i. Mencontohi amalan bersopan dalam

    perkhidmatan kerajaan dan swasta

    ii. Menunjukkan tingkah laku bersopan

    dalam perhubungan dengan orang lain

    i. Mengumpul moto/slogan/tema kempen

    tentang amalan kesopanan d i jabatankera jaan dan swasta dan

    membincangkannya

    ii. Main peranan sebagai kakitangansebuah agensi dalam memberi

    perkhidmatan bersopan kepadapelanggan

    1.6 Kasih Sayang

    Kepekaan dan perasaan

    cinta yang mendalamserta berkekalan yang

    lah ir da ripada hati yangikhlas.

    Kasih sayang menjamin kesejahteraanhidup

    Gaya hidup sihat amalan yang baik

    Sokongan kepada penghidap dankeluarga penghidap HIV/AIDS

    Memberi sokongan mora l dan kebendaan

    kepada penghidap dan keluarga penghidapHIV/AIDS

    i. Mengumpul maklumat tentang punca

    dan akibat HIV/AIDS danmempamerkan di bilik darjah

    ii. Simulasi tentang memberi sokongan

    kepada penghidap / keluarga

    penghidap HIV/AIDS

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    15/24

    11

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.7 Kesederhanaan

    Bersikap tidak

    keterlaluan dalammembuat pertimbangan

    dan tindakan sama ada

    dalam pemikiran,pertuturan atauperlakuan tanpa

    mengabaikankepentingan diri dan

    orang lain.

    Pert imbangan yang bijaksanamembawa kebaikan

    Amalan be rsederhana dalam menangani

    sebarang masalah

    Masalah dan krisis d itangani denganmengambil kira kepentingan dir i dan

    orang lain Masalah remaja

    Menye lesaikan masalah dengan mengambil

    kira kepentingan diri dan orang lain

    i. Penyelesaikan masalah

    Mengenal pasti isu-isu semasa

    Berbincang tentang cara menanganimasalah dan isu secara rasional

    ii. Menyediakan rangka penyelesaian

    masalah remaja menggunakan cartapengurusan grafik

    1.8 Kejujuran

    Kewajipan bercakap

    benar, bersikap amanahdan ikhlas dalam setiap

    perlakuan.

    Amanah tunjang kemuliaan

    Amalan amanah satu cara hidup yang

    mulia

    Amanah dalam menjalankan tugas dantanggungjawab sebagai murid dan

    pekerja- Tidak terlibat dalam

    penyelewengan kuasa dan wang

    Bersikap amanah dalam menjalankan tugas

    dan tanggungjawab.

    i. Lakonan bertemakan `Murid yang

    amanah

    ii.Perbincangan tentang kesan pekerjayang amanah terhadap diri, keluarga,

    majikan, masyarakat dan negara.

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    16/24

    12

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.9 Baik Hati

    Kepekaan terhadapperasaan dan kebajikan

    diri sendiri dan orang laindengan member i

    ban tuan dan sokongan

    moral secara tulus ikhlas.

    Bakti ditabur masyarakat sejahtera

    Sikap ba ik hati sesama manusia menjaminkesejahteraan bersama

    Amalan ba ik hati terhadap pe lbagailap isan masyarakat di da lam dan luarnegara

    - Individu yang menghidap penyakitkronik

    - Mangsa bencana a lam danpeperangan

    Bersikap baik hati kepada semua anggotamasyarakat di dalam dan luar negara

    i. Mengadakan tabung kemanusiaanperingkat kelas/sekolah

    ii. Mengumpul keratan akhbar dan

    mengadakan perbincanan ten tang

    bantuan kemanusiaan kepada pelbagailap isan masyarakat yang ditimpakesusahan

    1.10 Berterima Kasih

    Perasaan dan perlakuan

    untuk menunjukkanpengiktira fan dan

    penghargaan terhadapsesuatu jasa,

    sumbangan a taupemberian.

    Pemimpin negar a kebanggaan rakyat

    Pemimpin berjasa dihargai rakyat

    Hargai jasa dan pengorbananpemimpin

    - Pemimpin yang memperjuangkankemerdekaan negara

    - Pemimpin yang membangunkan

    negara

    Berterima kasih dan mengenang jasa

    pemimpin negara

    i. Menghasilkan buku skrap ten tang

    pemimpin negara

    ii.Menulis surat/kad mengucap terima kasihkepada pemimpin negara

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    17/24

    13

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

    NILAI KANDUNGANAKADEMIK

    HASILPEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN

    2.1 Kasih Sayang terhadap

    Keluarga

    Perasaan cinta dansayang yang mendalamserta berkekalan

    terhadap keluarga demimelahirkan keluarga

    bahagia.

    Agama menuntut kehidupan keluarga

    bahagia

    Kasih sayang terhadap keluarga amalan suci

    Kasih sayang terhadap ke luargamengikut perspektif agama

    Menunjukkan kasih sayang terhadapanggota keluarga seperti yang dituntutagama

    i. Mengumpul kata-kata hikmat tentangamalan kasih sayang terhadap anggotakeluarga mengikut perspektif agama dan

    mempamerkan d i kelas

    ii. Mengumpul maklumat/cerita danberbincang tentang amalan kasih sayang

    terhadap anggota keluarga mengikutpelbagai agama

    2.2 Hormat dan Taat

    kepada AnggotaKeluarga

    Memuliakan setiap

    anggota keluarga denganber interaksi dan memberi

    layanan secara bersopanuntuk mewujudkan

    keluarga yang harmoni.

    Saling menghormati mengukuhkan

    keakraban keluarga

    Bermusyawarah meningkatkan hubungan

    kekeluargaan

    Penyelesaian masalah secaramusyawarah

    - Berbincang dan berterus terangdengan anggota keluarga

    Menyelesaikan masalah secara

    musyawarah dengan anggota keluarga

    i. Peta minda tentang kebaikan

    menyelesaikan masalah bersama keluarga

    ii. Main peranan tentang penyelesaianmasalah dengan anggota keluarga

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    18/24

    14

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    2.3 Tanggungjawabterhadap Keluarga

    Kewajipan yang harus

    dilaksanakan oleh setiapind ividu terhadap

    keluarga untuk

    melahirkan keluargabahagia, meningkatkanimej dan menjaga

    maruah keluarga.

    Keluar ga bahagia impian semua

    Kehidupan keluarga bahagia kewajipan

    anggotanya

    Kehidupan keluarga yang berkualiti- Berkongsi masa suka duka

    - Perpaduan

    Bertanggungjawab mengekalkan

    kehidupan ke luarga yang berkualiti

    i. Menulis esei tentang cara meningkatkan

    perpaduan dalam hubungan keluarga

    ii. Berceri ta tentang cara berkongsi masa

    suka duka dengan anggota keluarga

    iii. Main peranan tentang perkongsian masa

    suka duka dengan anggota keluarga

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    19/24

    15

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    3.1 Tanggungjawabterhadap Masyarakat

    Kesanggupan memikul

    serta melaksanakan

    tugas dan kewajipandengan sempurnasebagai anggota

    masyarakat.

    Rakyat cemerlang negara gemilang

    Permuafakatan antara rakyat dan pemimpin

    menjamin kesejahteraan masyarakat

    Sokongan kepada pemimpin dalammemajukan masyarakat dan negara

    Menyokong usaha pemimpin memajukan

    masyarakat dan negara

    i.Mencipta sajak bertemakan sokongan

    rakyat kepada pemimpin

    ii.Buku skrap mengumpul gambar/risalahtentang tanggungjawab rakyat

    bekerjasama dengan pemimpinmemajukan negara

    3.2 Toleransi dalam

    Masyarakat

    Kesanggupan bertolakansur, sabar dan

    mengawal diri bagimengelakkan berlakunyapertelingkahan dan

    perselisihan faham demikesejahteraan hidup.

    Toleransi asas perpaduan

    Kepelbagaian kebudayaan mencerminkanperpaduan masyarakat

    Fahami dan hormati kebudayaanpelbagai kaum

    Memahami dan menghormatikebudayaan pelbagai kaum

    i. Membuat persiapan menyambut sesuatuperayaan/hari kebesaran pelbagai kaum

    di bilik darjah

    ii.Syarahan bertajuk Kebudayaan pelbagai

    kaum di Malaysia

    iii.Buku skrap tentang kebudayaan pelbagaikaum di Malaysia

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    20/24

    16

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    3.3 SemangatBermasyarakat

    Kesediaan melakukan

    sesuatu dengansemangat kekitaan untuk

    kepentingan bersama

    demi keharmonian hidupbermasyarakat.

    Ber bakti demi kesejahteraan masyarakat

    Kesediaan bekerjasama menjamin

    kesejahteraan bersama

    Kesediaan bekerjasama dengan pihakberkuasa untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah demi kebaikan bersama

    Bersedia untuk bekerjasama dalam

    menyelesaikan sesuatu masalah demikebaikan bersama

    i. Perbincangan tentang cara menghubungi

    pihak berkuasa bagi melaporkan sesuatukes/masalah - kes jenayah, kebakaran

    ii. Lakonan perbualan telefon melaporkansesuatu kes/masalah

    3.4 Peka terhadap Isu-isu

    Sosial

    Bertanggungjawab danprihatin terhadap

    masalah dan isu semasayang berlaku dalam

    masyarakat danberusaha

    menyelesaikannya.

    Masyarakat prihatin hidup sejahtera

    Isu-isu sosial ditangani bersama

    Prihatin terhadap langkah menangani isu-

    isu sosial- Anti dadah- Anti cetak rompak

    - Anti lumba haram

    Prihatin dengan masalah sosial danmenjauhkan diri daripada terlibat dalam

    kegiatan yang tidak sihat

    i.Ceramah oleh pihak Polis Di RajaMalaysia/Pemadam

    ii.Pertandingan menulis cogan kata tentang

    anti dadah/anti cetak rompak

    iii.Menghasilkan artikel untuk maja lah

    sekolah/akhbar tempatan tentang isudadah/cetak rompak/lumba haram danmengemukakan cadangan untuk

    menangani masalah tersebut.

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    21/24

    17

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIKHASIL

    PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    4.1 Kebersihan dan

    Keindahan Persekitaran

    Pemeliharaan dan

    pemuliharaanpersekitaran agarsentiasa bersih dan cer ia

    demi kesejahteraanhidup.

    Kebersihan ke arah kesejahteraan

    bersama

    Penjagaan alam sekitar tanggungjawab

    bersama Peranan pelbagai pihak dalam

    memelihara dan memulihara alamsekitar

    - Anggota masyarakat- Agensi kerajaan

    - Agensi swasta dan pertubuhanbukan kerajaan (NGO)

    Menyokong dan melibatkan diri dalam

    usaha-usaha memeliha ra alam sekitar

    i. Mengumpul maklumat tentang Jabatan

    Alam Sekitar/WWF/agensi swasta dalammemeliha ra alam sekitar

    ii. Permainan alam sekitar Menara haloba

    iii.Program kesedaran alam sekitar

    Lawatan

    Perkhemahan

    4.2 Menyayangi AlamSekitar

    Mencintai dan

    menghargai alam sekitardemi mengekalkan

    keharmonian hidup.

    Kemapanan alam sekitar untuk generasimasa depan

    Sayangi alam sekitar untuk masa depan

    Perlindungan terhadap spesies haiwandan tumbuhan yang hampir pupus

    Menyayangi a lam sekitar dengan

    melindungi haiwan dan tumbuhan yanghampir pupus

    i. Mencari maklumat berkenaan haiwan

    dan tumbuhan yang hampir pupus danmempamerkan d i papan kenyataan

    ii. Menghasilkan buku skrap tentang haiwan

    dan tumbuhan yang hampir pupus

    iii.Menyediakan kertas cadangan tentangcara melindungi haiwan yang hampir

    pupus

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    22/24

    18

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    4.3 Peka terhadap Isu AlamSekitar

    Prihatin terhadap

    persoalan yang berka itandengan alam sekitar dan

    berusaha

    menyelesaikannya.

    Alam sekitar ter jaga hidup sejahtera

    Isu alam sekitar tanggungjawab semua

    Prihatin terhadap isu berkaitan tanahbencah (Wetland)- Pencemaran

    - Penebangan pokok secaraberleluasa

    i. Menunjukkan sikap prihatin terhadap

    isu-isu yang berkaitan dengan tanahbencah

    ii. Menyokong dan melibatkan diri dalamusaha-usaha menjaga kawasantanah bencah

    i. Mengumpul maklumat dan berbincang

    tentang isu d i kawasan tanah bencah

    ii. Menghasilkan buku skrap tentang isu

    tanah bencah

    iii. Lawatan ke kawasan tanah bencah

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    23/24

    19

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIKHASIL

    PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    5.1 Hormat dan Setiakepada Pemimpin, Raja

    dan Negara

    Hormat dan kepatuhan

    yang berkekalan kepadapemimpin dan raja sertasetia kepada negara.

    Kesetiaan rakyat mengukuh kedaulatannegara

    Rukun Negara mengukuh kesetiaan rakyat

    kepada negara Hayati dan patuhi prinsip-prinsip Rukun

    Negara

    Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun

    Negara dan menjadi warga negara yangbaik

    i. Menu lis pr insip Rukun Negara secara

    kreatif

    ii. Berceri ta cara-cara mematuhi prinsip-

    prinsip Rukun Negara

    iii. Berbincang tentang kepentingan prinsipRukun Negara terhadap masyarakat

    5.2 Patuh kepada

    Peraturan danUndang-undang

    Menerima dan mematuhi

    peraturan dan undang-undang yang

    dikuatkuasakan sebagai

    amalan hidup.

    Undang-undang menjamin kesejahteraan

    bersama

    Patuhi undang-undang keamanan

    terpelihara

    Patuhi undang-undang yangdikuatkuasakan di dalam dan luar negara

    Mematuhi undang-undang yang

    dikuatkuasakan di semua tempat

    i. Mendapatkan maklumat tentang

    undang-undang/akta di dalam/luarnegara dan membuat perbandingan

    ii. Perbincangan tentang fungsiundang-undang dalam sesebuah negara

  • 8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 6

    24/24

    20

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSR

    NILAIKANDUNGAN

    AKADEMIK

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    5.3 Cinta akan Negara

    Perasaan sayang danbangga kepada negara

    serta meletakkankepentingan negara

    meleb ihi kepentingan diri.

    Demi negara yang dicintai

    Maruah negara tanggungjawab semuawarganya

    Tanggungjawab menjaga danmempertahankan maruah negara

    Mempertahankan kemerdekaan

    negara Menentang penjajahan

    Bersedia menjaga dan mempertahankanmaruah negara

    i. Carta a liran sejarah negara dari zamanpenjajah sehingga kini

    ii.Perbincangan tentang kepentingan

    kemerdekaan bagi sesebuah

    negara/bentuk-bentuk penjajahan baru penjajahan minda/ekonomi

    iii.Tayangan filem Bukit Kepong/LeftenanAdnan/Sarjan Hasan dan

    membincangkan mesej filem tersebut

    5.4 Keamanan dan

    Keharmonian

    Kedamaian danperpaduan yang

    berkekalan danberterusan di kalangan

    rakyat Malaysia ser tamasyarakat global.

    Perpaduan asas keharmonian hidup di

    Malaysia

    Masyarakat majmuk di Malaysia h idupharmoni

    Pengl ibatan dalam usaha mengekalkanperpaduan kaum

    Melibatkan diri dalam usaha mengekalperpaduan kaum demi keharmonian

    hidup

    i. Mengenali sumbangan tokoh-tokohperpaduan seperti Tun Hussein Onn,

    Tun Tan Siew Sin, Tun Sambathan danTemenggong Jugah

    ii. Mengumpul maklumat dan berbincang

    tentang kesan jika tiada perpaduan

    Contoh : Peperangan di beberapa buahnegara

    iii. Program kunjungan ke rumahrakan/guru berlainan kaum