Hand tools

Date post:06-Dec-2014
Category:
View:249 times
Download:12 times
Share this document with a friend
Description:
Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :- Menanda Memotong Memegang Menguji Mengukur
Transcript:
  • 1. Modul 3 :- hand TOOLS Prepared by :- Md hafizi bin mohamad Tek. Baikpulih badan kenderaan KUCHING

2. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 3. 1. Nyatakan alatan-alatan tangan. 2. Terangkan mengenai tukul. 3. Terangkan mengenai pemutar skru. 4. Terangkan mengenai spannar. 5. Terangkan mengenai allen key. Objektif Pembelajaran 4. Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :- Menanda Memotong Memegang Menguji Mengukur Pengenalan 5. Alatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alat digunakan. Kriteria pemilihan alatan tangan ialah : 1. Kesesuaian alatan tangan dengan bahan. 2. Kemahiran mengendalikan alatan. 3. Kemudahan mendapatkan alatan. 4. Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan. PEMILIHAN ALATAN 6. Alat memacu Alat memacu merupakan alat yang digunakan untuk mengerakkan benda kerja atau alat lain semasa melakukan kerja seperti mengetatkan benda kerja atau melonggarkan benda kerja. TUKUL PEMUTAR SKRU SEPANA ALLAN KEY 7. Tukul digunakan untuk memandu alat (biasanya untuk tujuan memotong),untuk membengkokkan benda, untuk menyambung atau memisahkan gegasan rapat bahagian-bahagian dan untuk kerja- kerja yang bersesuaian. Saiz tukul bergantung pada berat kepala Tukul boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :- a) Tukul besi b) Tukul lembut tukul 8. Kepala tukul besi diperbuat daripada keluli yang dikeraskan khususnya pada bahagian muka dan bongkol. Muka dan bongkol kepala tukul dikeraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut. Biasanya tukul besi digunakan untuk kerja- kerja menggegas dan menanda. Terdapat tiga jenis tukul besi iaitu :- a. Tukul bongkol bulat b. Tukul bongkol lurus c. Tukul bongkol tirus Tukul besi 9. Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan(muka) yang rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja-kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat penanda. Bongkol bulat pula digunakan untuk merivet. Tukul besi TUKUL BONGKOL BULAT 10. Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh tukul kepala bulat. TUKUL BONGKOL LURUS Tukul besi 11. Kepala tukul ini bersudut tepat kepada paksi hulunya. Kegunaannya sama seperti tukul bongkol lurus kecuali sudut penggunaannya sahaja yang berbeza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan. Tukul besi TUKUL BONGKOL TIRUS 12. Tukul LEMBUT Tukul lembut digunakan untuk membentuk dan memasang benda kerja serta mengelakkan permukaan benda kerja menjadi rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada empat jenis iaitu :- a. Tukul bongkol kulit b. Tukul bongkol plastik c. Tukul bongkol gangsa d. Tukul bongkol getah 13. Tukul ini digunakan pada logam lembut seperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada benda kerja. Tukul LEMBUT TUKUL BONGKOL KULIT 14. Tukul jenis ini boleh digunakan pada logam-logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut,hendaklah lebih berhati-hati,supaya tidak meninggalkan kesan. Tukul LEMBUT TUKUL BONGKOL PLASTIK 15. Apabila tukul ini dihentak ,ia tidak akan melantun seperti kedua-dua jenis tukul yang disebut diatas. Hentakan yang kuat boleh dibuat tetapi harus berhati hati jika logam yang dihentak itu adalah logam lembut. Ia digunakan juga semasa kerja-kerja pemasangan. Tukul LEMBUT TUKUL BONGKOL TEMBAGA 16. Tukul LEMBUT TUKUL BONGKOL GETAH 17. Kayu jenis hickory, ash atau spotted gum digunakan untuk membuat batang tukul. Kayu dari Malaysia yang paling sesuai digunakan ialah kayu kapur dan kayu cengal. Kayu-kayu tersebut mempunyai lenturan yang boleh mengelakkan gegaran tangan apabila hentakan dilakukan. Panjang tukul bergantung pada berat kepala dan juga kegunaannya. BATANG Tukul 18. Hentakan tukul mestilah dilakukan pada muka tukul dan bukan pada tepinya. Kepala tukul mestilah sentiasa ketat pada batangnya. Gunakan tukul yang sesuai untuk sesuatu jenis kerja. Pegang tukul pada hampir dengan hujung batang tukul supaya hentakkan yang tepat dan padat dapat dilakukan. Fokuskan mata anda pada tempat yang akan dibuat hentakan,bukanya pada kepala tukul. PENJAGAAN Tukul 19. Cara pengunaan tukul 20. Pemutar skru Terdapat dua jenis pemutar skru yang biasa digunakan:- a) Pemutar skru mata rata Hujungnya rata disuaikan untuk kepala skru jenis belah. b) Pemutar skru mata philip Hujungnya berbentuk pangkah menirus dan digunakan pada skru-skru berlurah pangkah(Philip). Kegunaan :- Dalam proses memasang atau membuka komponen yang melibatkan skru. 21. Pemutar skru 22. sepana Diperbuat daripada keluli campuran krom vanadium atau krom molibdenum. Pada umumnya,sepana terbahagi kepada tiga jenis iaitu:- a) Sepana hujung terbuka b) Sepana bergabung c) Sepana gelang Kegunaan :- a) Untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt atau nat. Terdapat beberapa jenis sepana khas yang digunakan untuk kegunaan tertentu. Mempunyai beraneka saiz dalam MILIMETER atau INCHES 23. sepana 24. Ia merupakan sepana buka hujung dengan rahang yang boleh dilaraskan. Rahang dilaras oleh nat gear belitan. Ia boleh disuaikan dengan nat atau bolt dalam berbagai bagai saiz. Ia cuma dibenarkan apabila sepana lain tidak sesuai dengan kepala bolt atau nat. Sepana BOLEHLARAS 25. Ia mempunyai gigi pada kedua-dua rahang.Rahang dibuka oleh satu nat. Ia digunakan untuk mencengkam atau memutarkan benda-benda yang beraneka bentuk. Ia tidak boleh disuaikan dengan kepala bolt atau nat . Sepana PAIP 26. Sepana khas 27. Sepana khas Jenis sepana kegunaan Sepana boleh laras Untuk membuka dan memasang bolt atau nat pelbagai saiz tanpa menukar sepana yang berlainan Sepana paip Untuk memasang peralatan yang berbentuk silinder atau paip Sepana allen Untuk memasang bolt yang berkepala allen Sepana soket Untuk mencengkam kepala bolt dengan lebih kemas supaya tidak mudah tergelincir Spana L dan sepana T Untuk melindungi bolt yang kerap dipasang dan dibuka supaya tidak rosak 28. Ialah keluli perkakas heksagon berbentuk L . Sepana Allen dibuat untuk dipadankan dengan soket heksagon pada skru penuh tanpa kepala Allen. Skru penuh ini digunakan untuk mengenakan kapi dan relang apabila skru atau bolt dengan kepala yang menonjol tidak boleh digunakan. ALLEN KEY 29. ALLEN KEY

Embed Size (px)
Recommended