Top Banner
1 ELEMEN WARNA, RUANG DAN IRAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU PELATIH SEMESTER 5 IPG, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Zulina bt Ahmad Zawawi (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) [email protected] Ramlah Hj Mohd Dom (Jabatan Sains Sosial) [email protected] Abstrak Pendekatan dalam pengajaran merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Pendidikan Islam,pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Antaranya adalah pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu dalam Pendidikan Islam dilakukan dengan memasukkan elemen-elemen luar seperti nilai, seni,bahasa mahupun kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian ini merupakan satu analisis konten berkaitanpendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni yang dilakukan oleh guru- guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islamyang menjalani praktikum Fasa 1. Skop analisis hanya melibatkan penggunaan elemen warna, ruang dan irama serta kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian dijalankan dengan menganalisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian dan pemerhatian terhadap sesiP&P guru-guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam.Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dengan menggunakan pendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni. Kata kunci : Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pendekatan bersepadu, elemen warna, ruang dan irama
22

Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

Nov 26, 2015

Download

Documents

akuseoranghamba
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

1

ELEMEN WARNA, RUANG DAN IRAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU

PELATIH SEMESTER 5 IPG, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Zulina bt Ahmad Zawawi (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)

[email protected] Ramlah Hj Mohd Dom (Jabatan Sains Sosial)

[email protected]

Abstrak

Pendekatan dalam pengajaran merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Pendidikan Islam,pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Antaranya adalah pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu dalam Pendidikan Islam dilakukan dengan memasukkan elemen-elemen luar seperti nilai, seni,bahasa mahupun kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian ini merupakan satu analisis konten berkaitanpendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni yang dilakukan oleh guru-guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islamyang menjalani praktikum Fasa 1. Skop analisis hanya melibatkan penggunaan elemen warna, ruang dan irama serta kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian dijalankan dengan menganalisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian dan pemerhatian terhadap sesiP&P guru-guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam.Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dengan menggunakan pendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni.

Kata kunci : Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pendekatan bersepadu,

elemen warna, ruang dan irama

Page 2: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

2

Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu proses yang melibatkan peranan

guru, pelajar, kurikulum dan persekitaran bilik darjah. Proses pengajaran dan

pembelajaran harus diberipenekanan yang sewajarnya dalam pendidikan formal. Ia

memerlukan suatuusaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif

dan efektif terhadap segalaisi pelajaran yang disampaikan. Olehitu, proses ini perlu

diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isipelajaran yang

disampaikan memberi input yang maksima.

Menurut Russel (1968), matlamat proses P & P ialah untuk membentuk kanak-kanak

dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk,

tekstura dan irama yang membolehkan peningkatan daya estetika. Sehubungan itu,

guru perlu kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat murid terhadap

proses pembelajaran. Leonard M.S et al (1996,) menyatakan bahawa, kreativiti dalam

bilik darjah boleh dan seharusnya dapat memimpin murid-murid supaya lebih

berminat dan mengambil bahagian untuk mendapatkan pengalaman semasa proses P

& P dijalankan.

Dalam konteks Pendidikan Islam, proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus

kepada proses pemindahan ilmu, kemahiran, nilai, amalan dan penghayatan. Hassan

Langgulung (1981) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

sebagai satu proses memindahkan nilai-nilai yang bersumberkan al-Quran,as-

Sunnah,qias,kemaslahatan umum dan ijmak bagi tujuan memelihara keutuhan dan

kesatuan masyarakat.

Page 3: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

3

Proses pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam perlu sentiasa kompetetif dan

relevan dengan kehendak dan situasi semasa. Roh Pendidikan Islam perlu sampai

kepada mad’uagar mereka dapat mendepani cabaran era globalisasi dengan

menjadikan Pendidikan Islam sebagai asas dan benteng dalam diri mereka. Justeru

para murabbi dan da’iehari ini perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu dan

kemahiran untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang.

Bagi mencapai matlamat tersebut, salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah pendekatan bersepadu.

Melalui pendekatan bersepadu, Pendidikan Islam boleh diintegrasikan dengan

elemen-elemen lain yang sesuai, tidak menyalahi syarak dan mampu menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan mencapai objektif

pembelajaran.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti elemen warna, irama dan ruang dalam Rancangan Pengajaran

Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

2. Membincangkan perlaksanaan elemen warna, irama dan ruang dalam proses

pembelajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis dokumen dan

kaedah pemerhatian. Melalui kaedah analisis dokumen, pengkaji akan menganalisis

dokumen Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dalam buku Rekod Persediaan

Mengajar guru pelatih Pendidikan Islam. Dokumen RPH ini digunakan untuk

mengenalpasti penggunaan elemen warna, irama dan ruang dalam aktiviti

Page 4: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

4

Pembelajaran dan pengajaran. Manakala kaedah pemerhatian dijalankan semasa

pengkaji menyelia guru-guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah. Pengkaji

akan memerhati guru yang diselia melalui kaedah pemerhatian dengan menggunakan

borang Bimbingan Praktikum PR1 untuk menilai perlaksanaan P & P.

Batasan Kajian

Kajian ini adalah berkaitan konsep penyepaduan elemen Seni Dalam Pendidikan

dalam Pendidikan Islam. Elemen seni yang dikaji hanya melibatkan elemen warna

(seni visual), ruang (pergerakan) dan irama (muzik).Kajian ini melibatkan empat

orang guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam yang telah menjalani

praktikum Fasa 1 selama empat minggu. Skop kajian melibatkan bidang Tilawah al-

Quran dan Ulum Syariah. Dalam bidang Tilawah al-Quran pengkaji hanya

menganalisis dokumen RPH komponen ayat bacaan sahaja. Manakala dalam bidang

Ulum Syariah, pengkaji hanya menganalisis dokumen RPH komponen Sirah

Nabawiyah, Adab dan Akhlak Islamiyah serta Akidah.

Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka

pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap

aktiviti pembelajaran. Selain dari belajar membaca, menulis, dan mengira murid juga

digalakkan memberi pelbagai pandangan untuk mereka berfikir secara kreatif,

imaginatif, kritis, inovatif dan inventif . Namun yang paling utama ialah SDP

mampu memberikan murid-murid keseronokan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Seni Dalam Pendidikan secara umumnya melibatkan tiga komponen asas iaitu seni

visual, seni muzik dan pergerakan. Melalui tiga komponen tersebut, proses

Page 5: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

5

P&Pdalam bilik darjah dapat dipelbagaikan mengikut kesesuaian keadaan untuk

menjadikan proses P&P lebih berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan.

Penerapan elemen Seni Dalam Pendidikan amat penting untuk mendorong dan

membantu perkembangan minda kanak-kanak secara menyeluruh serta seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falasafah Pendidikan

Kebangsaan.

Elemen Warna, Irama dan Ruang serta KepentingannyaDalam Proses P & P

Seni Dalam Pendidikan mempunyai tiga elemen yang penting iaitu elemen warna,

irama dan ruang. Elemen warna dikaitkan dengan seni visual, elemen irama dalam

seni muzik dan elemen ruang menjadi keperluan untuk memenuhi tuntutan dalam seni

pergerakan. Elemen-elemen ini dapat memudahkan guru mencapai objektif dan

matlamat dalam proses P&P. Hal ini kerana intergrasi warna, irama dan ruang dalam

P & P dapat menghubungkaitkan semua benda alam dan mengaktifkan prosesnya

secara tidak langsung. Ia juga dapat membantu mengimbangkan perkembangan proses

otak kanan dan otak kiri seperti yang dibuktikan dalam Quadrant Conceptoleh

Hermann(1991) .Ini jelas menunjukkan bahawa seni membantu pemikiran yang

rasional dan intuitif dalam diri seseorang.

Elemen Warna Dalam Pendidikan

Elemen warna dalam konteks Seni Dalam Pendidikan dikenali sebagai seni visual. Ia

merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, alam sekitar

yang sangat menarik dan indah dipenuhi objek-objek semulajadi yang berwarna-

warni. Tanpa warna kehidupan akan menjadi bosan dan tidak bermakna. Warna

merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni kerana dapat

menggambarkan emosi, kebudayaan, personaliti dan maksud pada sesebuah karya

Page 6: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

6

selain warna juga digunakan untuk menarik perhatian dengan menjadikan komunikasi

visual lebih menarik, berkesan dan ekspresi.

Visual pula adalah media berbentuk paparan interaktif samada visual tayangan atau

visual bukan tayangan. Visual tayangan seperti transparensi dan OHP, projektor slaid,

kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan ialah carta,

poster, papan tulis dan model. Namun kedua-duanya membolehkan proses P & P

dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000),

berdasarkan piramid kadar perolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan

mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, hidu dan

pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan pemerolehan maklumat

berjalan dengan berkesan.

Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal, 1994) berpendapat bahawa, karya seni

itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal

melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati dan

berpendapat bahawa seni visual adalah pernyataan rasa yang imaginatif.

Dalam proses aktiviti pembelajaran dan pengajaran, elemen warna boleh digunakan

sebagai salah satu alat, bahan dan sumber bantu belajar bagi menarik perhatian murid-

murid di dalam kelas. Ia sesuai bagi membantu perkembangan murid-murid dalam

proses menerima pelajaran di samping keseronokan dalam belajar.Seni mewujudkan

suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

Elemen Irama Dalam Pendidikan

Elemen irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat

dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Irama yang menarik akan

Page 7: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

7

mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik itu berulang kali. Dalam kehidupan

seharian tanpa disedari setiap masa kita akan menemui pelbagai irama seperti bunyi

tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya.

Menurut Noraini (2003), iringan irama dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya

ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan

minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Ab. Fatah

(1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan

emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat tidak

menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada individu itu, semakin mudah

maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah

pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Ini menunjukkan

pengabungjalinan antara otak kanan dan otak kiri berlaku membolehkan penghasilan

suatu pembelajaran yang bermakna.

Selaras dengan kenyataan ini, Abd Fatah (1994) mengutarakan bahawa jika seseorang

pelajar itu mengintergrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar

akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah

kuat, penggambaran car dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan

masalah dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. Kenyataan Routier (2003)

berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan

bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan

menghafal dan kemahiran matematik. Kesimpulan awalnya ialah elemen irama dapat

memberikan kesan yang positif dalam proses P & P.

Page 8: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

8

Elemen Ruang Dalam Pendidikan

Elemen ruang melibatkan pergerakan dalam proses P & P. Pergerakan di peringkat

sekolah rendah melibatkan permainan berunsur pendidikan, pergerakan berunsurkan

pendidikan, sukan dan atletik dan kecerdasan jasmani. Pergerakan-pergerakan ini

membolehkan murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-

teknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang

berteraskan kegiatan-kegiatan seperti penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan juga ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk

belajar.

Ruang juga dapat didefinasikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu

objek atau jarak antara dua objek. Ruang diperlukan untuk bergerak dan melakukan

aktiviti untuk mendapatkan keselesaan dan keselamatan. Menurut Dauer dan

Pangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan

sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan kerana mereka gemar bergerak bebas.

Pergerakan ini melibatkan pelbagai domain iaitu psikomotor, kognirif dan afektif.

Secara tidak langsung mereka akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri dari

segi kemampuan, kawalan diri dengan alam sekeliling, kesesuaian diri dan dapat

melahirkan perasaan dan idea. Dalam hal ini, pengurusan bilik darjah perlulah diberi

bimbingan dan perhatian agar perkembangan fisiologi dan intelektual kanak-kanak

tidak terbantut.

Kesimpulannya, elemen-elemen warna, irama dan ruang saling memerlukan dalam

proses P & P kerana dapat memupuk minat murid dan menjadikan aktiviti

menyeronokkan dan tidak membosankan. Selain itu, elemen-elemen ini perlu

diaplikasikan dalam pengajaran untuk memastikan pengajaran dapat merangsang ke

Page 9: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

9

arah pembelajaran yang berkesan di samping menggalakkan murid bergerak aktif

ketika proses P & P berlangsung. dengan menggunakan pelbagai pendekatan

pengajaran. Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan

digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang

disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dalam keadaan

berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dan bersepadu terhadap pelbagai jenis elemen

memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada lebih kreatif.

Kesepaduan Ilmu Dalam Pendidikan Islam

Islam memandang serius tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan

asas kepada pembinaan insan dan peradaban manusia. Menurut al-Attas (1979) , ilmu

terbahagi kepada dua peringkat iaitu ilmu yang diberi oleh Allah (ilmu wahyu) dan

ilmu yang diperolehi oleh manusia berdasarkan usaha aqliahnya sendiri (ilmu bukan

wahyu). Namun kedua-dua cabang ilmu ini sangat penting dan saling berkait antara

satu sama lain.

Dalam konteks Pendidikan Islam, ilmu wahyu dan ilmu bukan wahyu boleh

disepadukanuntuk membentuk keperibadian dan sahsiah individusehingga mampu

melahirkan insan kamil. Selari dengan matlamat Pendidikan Islam di Malaysia iaitu

melahirkan muslim yang berilmu,beriman, berketerampilan, beramal soleh dan

berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba dan

khlifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun

bangsa dan negara.

Terdapat beberapa istilah lain yang memberi maksud yang hampir sama dengan

pendekatan bersepadu seperti islamisasi ilmu dan integrasi ilmu. Istilah-istilah ini

memberi maksud proses penyebatian antara ilmu wahyu dan bukan wahyu. Ini

Page 10: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

10

menunjukkan bahawa tiada pemisahan antara ilmu agama dan bukan agama. Kedua-

dua ilmu ini saling berkait antara satu sama lain.(Hamizul,2006)

Al-Attas (1979) menyatakan kedua-dua ilmu wahyu dan bukan wahyu adalah

bersepadu kerana ilmu wahyu menunjukkan tujuannya kepada roh dan diri insan

dalam kehidupan sehari-hari serta menetapkan nilai hidup supaya kehidupan

terpimpin ke arah jalan yang benar. Ilmu wahyu menjadi ilmu asasi yang menjadi

dasar kepada ilmu bukan wahyu. Jika tiada kesepaduan ,maka ilmu bukan wahyu

tidak dapat memandu dan membimbing insan dalam kehidupan.

Menurut Tajul Ariffin&Noraini (2002), konsep pendidikan bersepadu merupakan

penyepaduan ilmu wahyu dengan ilmu akal dalam pendidikan yang memetingkan

akhlak manusia. Ia bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah

seimbang dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani. Usaha untuk mencapai matlamat

ini dibuat melalui penyepaduan ilmu pengetahuan,nilai murni dan akhlak, strategi

pengajaran dan pembelajaran bersepadu yang merangkumi aspek

kemahiran,bahasa,ko kurikulm dan budaya sekolah.

Elemen Seni Dalam Pendidikan Islam

Antara elemen yang boleh disepadukan dalam Pendidikan Islam ialah Pendidikan

Seni. al-Qardhawi (1999) menyatakan kesenian merupakan satu tuntutan naluri dan

perasaan . Tuntutan tersebut adalah sama penting seperti ibadat yang merupakan

tuntutan rohani dan ilmu yangmerupakan tuntutan akal fikiran.Justeru elemen seni

yang boleh diintegrasikan dengan Pendiidkan Islam adalah seni yang bernilai yang

dapat meningkatkan kemanusiaan dan bukan kesenian yang boleh meruntuhkan nilai-

nilai kemanusiaan.

Page 11: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

11

Elemen seni tidak boleh diabaikan dalam kehidupan.Al-Quran memberi perhatian

kepada unsur keindahan dan kecantikan yang dicipta oleh Allah SWT di samping

unsur manfaat dan faedah yang terdapat padanya. Di samping mengambil manfaat,al-

Quran membenarkan manusia menikmati kecantikan dan perhiasan yang terdapat

padanya.(an-Nahl : 5,an-Nahl : 8,an-Nahl : 14,al-An’am : 141)

Al-Qardhawi (1999) menyatakan mengambil perhiasan merupakan satu keperluan

naluri.Firman Allah SWT yang bermaksud

“Wahai anak Adam, pakailah perhiasan kamu setiap kali kamu memasuki masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui. (Surah al-A’araf ; 31-32)

‘Perhiasan Allah’ dalam ayat tersebut digambarkan sebagai unsur keindahan yang

disediakan Allah SWT kepada hamba-hambanya di samping unsur manfaat yang

terdapat pada rezeki yang baik. Perkataan tersebut juga menunjukkan bahawa dalam

perhiasan tersebut terkandung kemuliaan dan kehormatan.

.

Pandangan ini menjelaskan bahawa seni dan alam sangat berkait rapat dalam

membentuk kesedaran jiwa manusia.Alam semulajadi merupakan ciptaan Allah dan

melalui ciptaan inilah wujudnya hasil kesenian manusia. Contohnya warna laut yang

kebiru-biruan, nilai estetika pada penciptaan anggota badan (seni visual), irama

kicauan burung berzikir (muzik) dan keluasan ruang bumi yang membolehkan

manusia bebas bergerak (pergerakan).

Page 12: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

12

Rasulullah s.a.w juga menggunakan elemen seni iaitu melukis dan melakar sesuatu

bagi menerangkan perkara yang ingin disampaikan. Contohnya dalam satu peristiwa

yang dirakamkan dalam sebuah hadis yang bermaksud,

Diriwayatkan oleh Jabir r.a : “Ketika kami sedang duduk bersama dengan Nabi, baginda membuat satu garisan di atas tanah dengan menggunakan tangan baginda, seraya baginda berkata, inilah jalan Allah Azza Wajalla. Kemudia baginda membuat dua garisan lagi di sebelah kiri,stelah itu baginda bersabda, inilah jalan-jalan syaitan. Kemudian baginda meletakkan tangan yang mulia di garisan tengah lalu membaca ayat : Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah,janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain (surah al-An,am ;153)” (al-Halabi,2002)

Selain daripada itu, banyak syair-syair, qasidah dan lagu-lagu taranum al-Quran yang

dicipta oleh para ilmuan Islam sebagai salah satu teknik penyerapan dan penyuburan

sikap cintakan ilmu pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa seni visual, irama dan

pergerakan (ruang)tidak menyimpang dari ajaran Islam,malahia turut menyumbang

kepada keberkesanan proses P & P Pendidikan Islam.

Analisis Elemen Warna, Ruangdan Irama dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam

RPH 1

Tajuk : Perjanjian Hudaibiah (Tahun 6)

Bidang : Sirah Nabawiyah

Warna : Paparan peta Semenanjung Arab dan paparan slaid menunjukkkan isi perjanjian, kesan perjanjiandan kuiz interaktif

Ruang : Aktiviti menulis perjanjian dan mengklik jawapan bagi soalan interaktif

Irama : Tiada

Page 13: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

13

Dalam P&P ini guru memberi fokus kepada penggunaan warna sebagai unsur

kesepaduan antara Penddikan Islam dan Pendidikan Seni. Penggunaan warna dilihat

dengan jelas pada paparan peta Semenajun Arab dalam Langkah 1.Penggunaan peta

yang berwarna digunakan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar-pelajar

kedudukan tempat (Hudaibiah) perjanjian diadakan. Guru berjaya menerangkan

konsep tajuk dengan jelas dalam Langkah 1 dengan menyepadukan tajuk dengan

elemen warna pada paparan peta.

Penggunaan ruang dalam P&P ini sangat minimum. Guru memilih untuk

menyepadukan tajuk dengan penggunaan ruang melalui aktiviti menulis perjanjian

dengan ibu bapa,guru dan rakan dalam Set Induksi dan mengklik jawapan bagi soalan

iteraktif dalam Langkah 2 . Penyepaduan tajuk dengan irama tidak dilakukan dalam

P&P ini.

RPH 2

Tajuk : Surah al-Buruj ayat 1-25 (Tahun 6)

Bidang : Tilawah al-Quran

Warna : Video cakerawaladan paparan slaid mengandungi potongan ayat

Ruang :Permainan ‘Alhamdulillah Saya Terpilih’

Irama : Video cakerawala berlatarbelangkan audio

Dalam P&P Tilawah al-Quran ini, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen

dalam tajuk Surah al-Buruj.Elemen warna jelas disepadukan dalam Set Induksi

melalui penggunaan video yang menunjukkan alam cakerawala sebagai bukti

kebesaran Allah. Video ini juga mengandungi elemen irama(audio) yang sangat

mengesankan pendengar.Penggunanan audio dan video ini berkesan untuk mengajak

murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebelum guru mengaitkan

Page 14: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

14

dengan surah yang akan dibaca iaitu Surah al-Buruj yang bermaksud ‘bintang-

bintang’.

Elemen warna disepadukan dengan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 apabila guru

menayangkan paparan slaid mengandungi potongan ayat al-Quran yang berwarna..

Dalam paparan slaid ini ,guru menunjukkan perbezaan huruf ha dan kha.Perbezaan

tesebut ditunjukan dengan penggunaan warna yang berbeza. Penggunaan ruang

disepadukan dalam Langkah 3 semasa aktiviti permainan dijalankan. Permainan

tersebut dikenali sebagai permainan ‘Alhamdulillah,Saya Terpilih’. Permainan yang

dikendalikan oleh guru bertujuan memberi peluang kepada semua murid untuk

membaca ayat al-Quran yang telah diajar oleh guru.

RPH 3

Tajuk : Allah Bersifat Wahdaniyah (Tahun 4)

Bidang : Ulum Syariah

Warna : Paparan kad manila mengandungi erti Allah Bersifat Wahdaniyah dan Dalil

Ruang :Aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan Kesan Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak Beriman Dengan Sifat Wahdaniyah

Irama : Tiada

Dalam tajuk ini, guru hanya memilih elemen warna dan ruang untuk disepadukan

dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 semasa

guru menerangkan maksud dan dalil Wahdaniah. Manakala elemen ruang pula

disepadukan dalam Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan

Kesan Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak Beriman Dengan Sifat

Wahdaniyah.

Page 15: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

15

RPH 4

Tajuk : Adab Bertanya (Tahun 4)

Bidang : Adab dan Akhlak Islamiyah

Warna : Paparan kad manila berkaitan Faedah Adab Bertanya

dan Akibat Tidak Beradab

Ruang : Lakonan pendek

Irama : Lagu – Lirik ::

Adab pertama memberi salam

Kedua pula tanya dengan ikhlas

Adab ketiga guna bahasa dengan baik

Adab terakhir ucap terima kasih

Mari belajar kawan-kawan

Mari belajar adab bertanya

(diiringi kompang)

Dalam tajuk Adab Bertanya ini, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen dalam

pengajaran. Elemen warna disepadukan secara mimima pada paparan kad manila

yang mengandungi faedah bertanya dan akibat tidak beradab dalam Langkah 3. Guru

hanya menggunakan warna yang sama pada tulisan pada kedua-dua paparan.

Bagi elemen ruang,guru memasukkan elemen ini dalam Langkah 2 iaitu dengan

menggunakan kaedah lakonan. Dalam langkah 2 ini,guru memberi beberapa situasi

berkaitan tajuk dan murid melakonkan situasi tersebut. Di akhir aktiviti ini, guru dan

murid berbincang dan mengaitkannya dengan tajuk.

Elemen irama pula dimasukkan dalam Langkah 1. Guru telah mencipta lagu dan lirik

sendiri berkaitan tajuk. Murid diperdengarkan terlebih dahulu lagu tersebut dan

kemudian mengajak murid menyanyi bersama-sama dengan diiringi paluan kompang

Page 16: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

16

oleh guru. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan murid mudah mengingat isi pelajaran

iaitu adab-adab ketika bertanya,

RPH 5

Bidang : Akidah

Tajuk : Allah bersifat Wahdahniah

Kelas : Tahun 4

Warna :Menggunakan keratan ayat tentang kesan beriman dengan

sifat Wahdahniah

Irama : Murid mendengar lagu nasyid sifat-sifat Allah

Ruang : Murid di bahagi kepada empat kumpulan untuk melakukan

aktiviti iaitu memilih jawapan yang tepat tentang kesan

beriman dengan sifat Wahdahniah yang diberi oleh guru

Dalam tajuk ini, guru memilih elemen warna dan irama dalam aktiviti untuk

disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah 1 semasa set

induksi dijalankan untuk menarik minat murid serta penumpuan murid untuk berlajar

iaitu dengan mempendengarkan nasyid. Langkah seterusnya guru menggunakan

elemen warna iaitu seni visual dengan mengedarkan keratan ayat yang di lukis kepada

murid untuk di tampal ke hadapan. Manakala elemen ruang pula disepadukan dalam

Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan kesan beriman dengan

sifat Wahdaniyah dan Akibat tidak beriman dengan sifat Wahdaniyah.

RPH 6

Bidang : Tilawah Al Quran

Tajuk : Ayat Bacaan

Kelas : Tahun 4

Warna : Menggunakan kad imbasan dan mempamerkan kalimah Surah Yusuf menggunakan slaid

Irama : Menggunakan ICT untuk memperdengarkan lagu nasyid

Page 17: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

17

Ruang : Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melakukan aktiviti

Dalam tajuk ini, guru memilih semua elemen-elemen seperti elemen irama, warna dan

ruang untuk disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah

1 semasa set induksi dijalankan iaitu diperdengarkan nasyid yang berkaitan dengan

mata pelajaran. Langkah seterusnya guru menggunakan elemen warna dengan

memaparkan kalimah surah Yusuf dengan menggunakan slide. Manakala elemen

ruang pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui aktiviti perbincangan

kumpulan.

RPH 7

Bidang : Akhlak

Tajuk : Adap menolong ibu bapa

Kelas : Tahun 5 Cerdas

Warna : Tayangan slaid tentang bentuk pertolongan kepada ibu bapa

Irama : Murid diperdengarkan lagu berirama perlahan

sambil guru berpuisi dalam intonasi yang lembut tentang

kesedaran betapa bertuahnya kepada murid yang masih

mempunyai ibu bapa.

Ruang :Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk

melakukan aktiviti perbincangan tentang adab menolong ibu

bapa)

Dalam tajuk Adab Menolong Ibu Bapa, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen

dalam pengajaran. Elemen warna disepadukan secara baik pada paparan slaid yang

mengandungi bentuk pertologan kepada ibu bapa.

Page 18: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

18

Bagi elemen ruang, guru memasukkan elemen ini dalam Langkah 3 iaitu

membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti perbincangan yang

akan diekspres di hadapan kelas

RPH 8

Bidang : Tilawah

Tajuk : Surah Ar Rum ayat 24

Kelas : 5 Cerdas

Warna : Menyusun huruf jawi (ejaan surah Ar Rum)

Memaparkan potongan ayat yang bertanda hukum tajwid

Irama : Mendengar bacaan potongan ayat oleh guru dan rakan-rakan lain

Ruang : Tiada

Dalam tajuk ini, guru memilih elemen irama dan warna sahaja untuk disepadukan

dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 semasa set induksi

dijalankan iaitu dengan menyusun huruf-huruf untuk membentuk satu perkataan iaitu

Ar Rum. Langkah seterusnya guru masih menggunakan elemen warna dengan

memaparkan slaid potongan ayat yang bertanda hukum tajwid dan

berwarnaManakala elemen irama pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui

aktiviti membaca bacaan Al Quran secara berkumpulan dan individu. Elemen runag

tidak dimasukkan kerana tidak begitu berkaitan dengan mata pelajaran hari tersebut.

Ulasan dan Perbincangan

Berdasarkan penelitian dokumen RPH dan pemerhatian semasa penyeliaan

praktikum,perkara-perkara berikut telah diperolehi :

Page 19: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

19

1. Penggunaan elemen warna – Pelatih mengggunakan elemen warna secara maksima

dan berkesan dalam proses P&P melalui paparan slaid mahu pun kad.Kebanyakan

elemen warna digunakan untuk memberi fokus kepada isi-isi penting. Elemen warna

juga digunakan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar seperti

paparan peta dalam P&P Sirah Nabawiyah (RPH1).Di samping itu,penggunaan warna

juga digunakan untuk menunjukkan maksud yang berbeza. Contohnya dalam RPH2

pelatih menggunakan warna yang berbeza untuk membezakan huruf ‘ha’ dan ‘kha’

dalam P&P Tilawah al-Quran.. Dalam RPH 8 pula perbezaan warna digunakan untuk

membezakan hukum tajwid. Dalam hal ini warna memainkan peranan yang sangat

penting untuk memberi kefahman yang lebih jelas kepada murid.

2. Penggunaa elemen irama – Pelatih berjaya mengaplikasikan elemen irama dalam

P&P dan memanfaatkannya untuk menarik perhatian dan menimbulkan keseronokan

belajar. Kebanyakan elemen irama digunakan sebagai set induksi dalam P&P.(Rujuk

RPH2, RPH5 dan RPH6). Dalam RPH4 pelatih mencipta lagu dan lirik sendiri dalam

P&P Adab dan Akhlak Islamiyah untuk memudahkan pelajar mengingati isi-isi

penting. Elemen irama juga mampu mengajak pelajar menghayati dan berfikir tentang

kebesaran dan kekuasaan Allah. Contohnya dalam RPH2 pelatih menggunakan video

yang menunjukkan alam cakerawala dalam P&P Tilawah al-Quran . Video tersebut

mengandungi elemen irama(audio) yang sangat mengesankan.Gabungan audio dan

video ini sangat efektif digunakan dalam set induksi untuk menarik perhatian murid di

samping mengajak murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Dalam RPH7 pula, pelatih memasukkan elemen irama untuk menimbulkan kesedaran

dan motivasi.

3. Penggunaan elemen ruang – Pelatih kurang menyepadukan elemen ruang dalam

P&P. Ini mungkin disebabkan pelatih tidak dapat menghubungkaitkan elemen ruang

Page 20: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

20

dengan isi pelajaran. Namun begitu , elemen irama sememangnya kurang sesuai

disepadukan dalam P&P Tilawah al-Quran kerana P&P Tilawah al-Quran lebih

memberi fokus kepada kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran. Walaupun demikian,

pelatih masih boleh memasukkan elemen ruang secara minimum dalam P&P Tilawah

al-Quran seperti mengadakan aktiviti permainan ringkas.(Rujuk RPH2) Dalam

komponen Ulum Syariah, elemen ruang sangat sesuai disepadukan dalam P&P Adab

dan Akhlak Islamiyah melalui aktiviti simulasi,demonstrasi dan lakonan.(Rujuk

RPH4). Namun dalam RPH7, pelatih tidak memanfaatkan elemen ruang untuk

membantu keberkesanan proses P&P Adab dan Akhlak Islamiyah. Dalam P&P

tesebut adalah lebih baik jika pelatih menyepadukan elemen ruang melalui aktiviti

simulasi atau lakonan yang berkaitan dengan tajuk. Dalam P&P Akidah pula, pelatih

hanya memasukkan elemen ruang melalui aktiviti perbincangan kumpulan.(RPH3 dan

RPH5)

Kesimpulan

Pendekatan bersepadu dalam proses P&P Pendidikan Islam mampu menimbulkan

suasana positif dalam bilik darjah. Penyepaduan elemen Seni dalam Pendidikan Islam

menjadi contoh kepada pelaksanaan pendekatan bersepadu dalam P&P Pendidikan

Islam. Pelatih yang telah diberi pendedahan berkaitan Seni Dalam Pendidikan semasa

Semester 4 ternyata dapat mengaplikasikan teori yang telah dipelajari semasa

menjalani latihan praktikum. Mereka dapat memasukkan elemen-elemen seni iaitu

warna,ruang dan irama dalam komponen Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah.

Namun penambahbaikan harus dilakukan bagi memaksimumkan penyepaduan

elemen-elemen tersebut dalam komponen-kmponen yang telah dibincangkan dan

komponen lain seperti Ibadah dan Pelajaran Jawi.

Page 21: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

21

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Fatah Abu Ghuddah al-Halabi.(2009). Rasululullah Pendidik Terulung (Terj. Shuhadak Mahmud). Negeri Sembilan : Al-Azhar Media

Abd Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd Aziz & Abdul Rashid Mohamed, (2007). Humor dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: PTS profesional Publishing Sdn. Bhd.

Brualdi, Amy C. (1996) Multiple Intelligences : Gardner’s Theory. (ONLINE) : Available: http://www.teachersrock.net/Edigest_2.htm

Hamizul Mahmud. (2006). Penyepaduan Ilmu Wahyu dan Ilmu Bukan Wahyu.

http://www.gemaislam.com

Gagne,R.(1985), Conditions of learning. New York:Holt,Rinehart and Winston.

Iberahim Hassan & Jamilah Omar, (2004) Pendidikan Seni dan Muzik: Metodologi Pendidikan Seni Visual, Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Lim HUEY Khing Etc, (2003) Modul Pengajian Asas Seni Dalam Pendidikan (Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Page 22: Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

22

Mohd Johari Ab. Hamid (2004), Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

Mohd Johari Ab. Hamid (2006), Asas Seni Visual, Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

Modul Seni Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003

Salmah Ayob (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan, Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2004), Psikologi Pendidikan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1979). Aims and Objectives Of Islamic Education. Jeddah : King Abdulaziz University

Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan. (2001). Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendidikan Bersepadu. Selangor : As-Syabab Media

Yusuf al-Qardhawi. (1999). Seni Dalam Islam.(Terj. Mohd Nazri Dollah). Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf