Home >Documents >Elemen - Elemen Pengajaran Mikro

Elemen - Elemen Pengajaran Mikro

Date post:09-Oct-2015
Category:
View:100 times
Download:7 times
Share this document with a friend
Description:
elemen2 pengajaran mikro
Transcript:

Perbandingan Kepentingan Elemen elemen Pengajaran Mikro

Perbandingan Kepentingan Elemen elemen Pengajaran MikroPengenalanPengajaran mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran - kemahiran tertentu.Saiz kelas dikecilkan kepada 6 hingga 10 orang.Secara idealnya, murid-murid sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik tempat pengajaran mikro dijalankan.Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru.SambunganKini, pengajaran mikro dijalankan di institusi-institusi latihan guru sama ada di universiti atau maktab perguruan sebagai latihan dan persediaan menghadapi suasana pengajaran sebenar di sekolah.Ia merupakan suatu bentuk simulasi pengajaran dan pembelajaran.Justeru itu, pengajaran mikro menjadi elemen penting dalam memberi latihan kepada bakal guru dalam bentuk latihan praktis bersama rakan-rakan sebelum melangkah ke bilik darjah sebenar.

Elemen elemen dalam Pengajaran MikroPerbincanganDi peringkat ini guru pelatih berbincang dengan pensyarah dan juga dengan rakan-rakan berkenaan perkara-perkara penting yang umum dan khusus berkaitan dengan pengajaran mikro. Perkara-perkara umum seperti langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro, penjadualan dan rakaman. Perkara-perkara khusus pula seperti kemahiran yang akan difokuskan (objektif, prinsip-prinsip, cara pelaksanaan dan kesannya), borang dan aspek-aspek penilaian. Perbincangan sebegini perlu bagi memastikan guru pelatih betul-betul faham dan bersedia menjalankan sesi pengajaran mikro dan sesi tersebut benar-benar bermakna.PerancanganSelepas bersedia di peringkat perbincangan, guru pelatih perlu membuat perancangan. Di peringkat ini guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar. Persediaan mengajar ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad dapat berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlu disediakan.PengajaranDi peringkat ini, guru pelatih berkenaan membuat pengajaran mengikut seperti yang dirancang. Semua prinsip dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan dipraktikkan, misalnya kemahiran menyoal. Rakaman video akan dibuat semasa pengajaran.PenilaianSelepas selesai rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula kepada kelas / kumpulan. Pasa masa ini guru pelatih akan membuat penilaian kendiri, manakala pensyarah dan rakan-rakan yang lain akan membuat penilaian ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian yang diedarkan sebelum rakaman video ditayangkan.Mengikut Model Pengajaran Mikro Allen, semasa sesi perbincangan kemudiannya, pensyarah akan meminta guru pelatih berkenaan membuat komen atau kritikan ke atas pengajarannya.

SambunganManakala rakan-rakan kumpulan yang lain akan member maklum balas menggunakan formula 2+2, iaitu mengemukakan 2 komen positif dan 2 cadangan penambahbaikan. Melalui cara ini jika satu kumpulan terdiri daripada 10 orang guru pelatih, secara logiknya terdapat 20 komen positif dan 20 cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh guru pelatih berkenaan. Pensyarah boleh membuat rumusan berkenaan komen-komen tersebut di samping member komennya yang tersendiri.

Perancangan semulaHasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, guru pelatih membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang akan dirakamkan. Perancangan semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar yang disediakan.Pengajaran semulaSelepas selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat oleh guru pelatih berkenaan dan dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana guru pelatih berkenaan mengambil kira komen dan teguran.Penilaian semulaSelepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di bawah penyeliaan pensyarah bagi mengukuhkan dan meneguhkan kemahiran mengajar kepada guru pelatih dan rakan-rakan.

Embed Size (px)
Recommended