Top Banner

of 28

Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

Jun 03, 2018

Download

Documents

Dandin Don
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    1/28

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    2/28

    ISI KANDUNGAN

    HALAMAN

    1.0 Pengenalan 1 2

    2.0 Ujian Aptitud Am 2 6

    3.0 Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen Aptitud Am Tahun 3 6 9

    4.0 Kemahiran Yang Diukur Dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 9

    5.0 Contoh-contoh Item Ujian Aptitud Am Tahun 3 10 16

    6.0 Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 17

    7.0 Pentadbiran dan Pengoperasian Ujian Aptitud Am Tahun 3 17 21

    Lampiran 1

    Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid 22

    Lampiran 2

    Contoh Borang Profil Kelas 23

    Rujukan 24 25

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    3/28

    1

    PRAKATA

    Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan InventoriPersonaliti, yang tidak berasaskan kurikulum dan bertujuan mengukur kebolehan semulajadi

    dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Ujian Aptitud Am

    diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai

    pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

    Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran

    berfikir aras tinggi murid.

    Manual Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3 diterbitkan untuk memandu semua

    pihak yang berkaitan mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 di sekolah. Manual ini

    mengandungi teori kognitif yang menjadi sandaran kepada pembinaan instrumen ujian

    Aptitud Am Tahun 3 oleh Lembaga Peperiksaan dengan bantuan pakar psikologi, kaunselor

    dan pakar pentaksiran negara ini. Selain daripada kaedah pentadbiran ujian, kaedah

    mentafsir skor murid dan pendokumentasian maklumat murid juga diperjelaskan untuk

    memastikan penjaminan kualiti ujian daripada sudut kesahan dan kebolehpercayaan. Profil

    keupayaan kognitif murid boleh dijadikan rujukan oleh guru untuk merancang pengajaran

    dan pembelajaran. Maklumat ini boleh menunjukkan perkembangan kognitif murid.

    Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

    menjayakan penerbitan manual ini. Semoga manual ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh

    semua yang terlibat untuk melaksanakan Pentaksiran Psikometrik di sekolah.

    DR NAIMAH BT ISHAK

    PENGARAH PEPERIKSAAN

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    4/28

    2

    1.0 PENGENALAN

    Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di masa akan datang

    (Chatterjee, 2007). Aptitud seseorang adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

    Maklumat daripada ujian aptitud ini menunjukkan kebolehan seseorang dalam

    sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang

    diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau kapasiti seseorang itu untuk

    berjaya di dalam bidang yang akan diceburinya. Salkind dan Rashmussen (2007)

    mendefinisikan aptitud sebagai ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung

    kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu atau kemahiran. Kubiszyn dan

    Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang.

    Pelbagai definisi mengenai aptitud ini bolehlah disintesiskan sebagai kebolehan

    seseorang individu mempelajari sesuatu dan melakukan sesuatu kemahiran dengan

    mudah dan pantas.

    Ujian Aptitud ditadbir untuk meramal kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.

    Sebagai contoh Scholastic Assessment Test (SAT) yang dahulunya dikenali sebagai

    Scholastic Aptitude Test diduduki oleh pelajar Amerika Syarikat sebagai kelayakan

    untuk meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (Gregory, 2007). SAT

    menguji kemahiran menaakul matematik, algebra, geometri, kefahaman membaca,

    pengetahuan perbendaharaan kata dan kemahiran menulis. Pentaksiran Psikometrik

    dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga memperkenalkan Ujian Aptitud,

    iaitu Ujian Aptitud Am untuk murid Tahun 3 yang menguji aras pemikiran tinggi

    seperti penyelesaian masalah dan menaakul. Penyelesaian masalah dan menaakul

    ini adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid untuk

    mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi di masa akan datang.

    Terdapat ramai murid yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk ke sekolah dan

    tidak berminat untuk belajar (Suppiah, Kamarulzaman Kamaruddin dan rakan-

    rakannya, 2009). Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sekolah

    menitikberatkan hanya aspek kognitif seperti verbal-linguistik, logik-matematik dan

    kecerdasan ruang semasa proses pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Aspek

    kecerdasan yang lain seperti kecerdasan muzik dan kecerdasan naturalis kurang

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    5/28

    3

    diberikan penekanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada

    ujian aptitud ini dapat membantu guru untuk:

    i. mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang perkembangan

    kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman

    hidup seseorang murid.

    ii. mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan

    murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi,

    berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kaedah

    pembelajaran yang bole h digunakan dalam bilik darjah ialah simulasi,

    main peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang

    sama, guru juga boleh mentaksir murid dengan memberikan peneguhan

    semasa sesi maklum balas.

    iii. membantu meningkatkan keyakinan diri murid. Apabila guru dapat

    menyedarkan seseorang murid itu mengenai kecenderungannya dalam

    sesuatu jenis kecerdasan, maka murid itu tidak perlu merasa rendah diri

    jika mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran.

    2.0 UJIAN APTITUD AM

    Ujian Aptitud Am menguji kemahiran menyelesaikan masalah numerik, penaakulan

    numerik, penaakulan Bahasa Melayu dan penaakulan Bahasa Inggeris. Ujian ini

    ditadbirkan kepada murid Tahun 3 untuk mengetahui kemajuan dalam pembelajaran

    yang telah dilalui selama tiga tahun di sekolah. Ujian aptitud yang dibangunkan

    adalah bersandarkan kepada teori perkembangan kognitif. Ujian Aptitud yang dibinatidak berdasarkan kurikulum kebangsaan.

    Ahli psikologi Eropah telah mengenal pasti asas pembentukan mental dan

    hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Ahli kognitif juga telah

    membuktikan bahawa manusia dapat mengkaji serta menghuraikan pembentukan

    keupayaan mental berkembang dan sumbangan yang boleh diberikan oleh

    perkembangan mental dalam setiap tahap perkembangan manusia. Pendapat iniadalah berbeza dengan pendapat ahli teori pembelajaran tingkah laku. Pakar teori

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    6/28

    4

    perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia,

    berupaya atau berpotensi besar untuk menggunakan segala keupayaan mental yang

    ada. Keupayaan mental ini boleh digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau

    menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

    Manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang

    diterima. Justeru, ahli teori perkembangan kognitif memegang prinsip bahawa setiap

    orang merupakan ahli fikir yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu

    berdasarkan kebolehan masing-masing. Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan

    teori kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada pendapat Piaget, minda boleh

    berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

    berinteraksi dengan persekitaran.

    Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977)

    perlu difahami sebelum kita membincangkan tahap perkembangan kognitif kanak-

    kanak. Konsep-konsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan

    keseimbangan.

    Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau

    bertindak dengan cara yang tertentu. Dengan kata lain, skema merupakan model

    tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri

    dengan persekitaran. Sejak dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberpa

    gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya ialah gerakan menghisap,

    memandang, mencapai, merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki.

    Dalam hal ini, skema boleh wujud menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental.

    Misalnya, skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semuatindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada

    bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.

    Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang

    sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur

    kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada

    seseorang. Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalampersekitarannya, misalnya pembelajaran cara makan ala Barat, ia biasanya akan

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    7/28

    5

    menggunakan pengalaman, pandangan dan mentafsirkan situasi pembelajaran

    tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.

    Contohnya , cara hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan

    garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

    Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi

    berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang

    belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap

    perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur

    dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek

    baru kereta dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap

    kereta mainan itu. Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses

    psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk

    mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang

    dihadapi.

    Contohnya:

    2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4

    Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip

    yang salah dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila

    ditambah atau didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta

    memberi jawapan bagi 3 + 3 = 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur

    kognitifnya kerana struktur kognitif yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan

    keperluan yang baharu.

    Adaptasi adalah suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi

    untuk disesuaikan dengan persekitaran. Menurut Piaget, adaptasi merupakan

    proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku

    kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan

    persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah

    mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    8/28

    6

    tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran

    sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.

    Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara

    satu sama lain. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.

    Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan

    semasa proses pengubahsuaian diri, maka seseorang itu tidak lagi perlu

    memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu tidak berlaku. Ini

    bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi pun belum berubah. Oleh

    itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan

    keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema

    sedia adanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan

    keseimbangan antaranya dengan persekitaran akan hilang dan lenyap. Dalam

    keadaan ini, ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan

    persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya. Konsep-konsep ini

    boleh digunakan oleh guru sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah. Bahagian seterusnya membincangkan tahap

    perkembangan mental yang diasaskan oleh Piaget (Piaget, 1970).

    Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan

    yang tersendiri. Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan

    peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif

    mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan

    berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah penting bagi

    perkembangan peringkat yang berikutnya, kerana ia mempengaruhi perkembangan

    di peringkat berikutnya.

    Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu

    semasa proses perkembangan yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan

    kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut

    ialah:

    1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)

    2. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    9/28

    7

    3. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)

    4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)

    Pada tahap sensori motor atau deria motor , Piaget menekankan bayi dapat melihat

    objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan

    diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik

    sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi

    menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun

    begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat

    memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.

    3.0 KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 3

    Rajah 1 : Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen

    Pada tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun), kanak-kanak telah mula menguasai

    bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Kebolehan menggunakan

    lambang sebagai ganti benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada

    terikat kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Walau bagaimanapun,

    perkembangan bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Di

    samping memperkaya kefahaman tentang alam maya, kanak-kanak juga bertambahdaya untuk berimaginasi dan berfantasi di dalam dunia berpura-pura pada tahap ini.

    Teori Piaget(1970)

    TaksonomiBloom

    Kemahiranpenaakulan bahasa,penaakulan matematikdanpenyelesaian masalahbahasa dan matematik

    Pendekatan

    Analisis logikalpakar

    Model asaspembinaaninstrumenTeori PengujianKlasik dan TeoriPengujian Moden

    Instrumen Aptitud AmTahun 3

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    10/28

    8

    Selain itu tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga bertambah. Menurut Piaget,

    kanak-kanak pada tahap ini berada dalam peringkat praolahan, iaitu mereka masih

    belajar untuk mengaitkan perkataan dan lambang dengan cara intuisi dan bukannya

    dengan penaakulan. Mereka masih berada pada tahap permulaan pembinaan

    konsep, iaitu pada tahap mengkelas benda dan kejadian. Konsep yang dibentuk

    juga masih jauh daripada kesempurnaan. Tumpuan perhatian dan ingatan mereka

    juga bertambah. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak

    menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini,

    iaitu:

    1. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku

    yang ketara seperti kebolehan mengira

    2. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan

    digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil

    3. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan

    sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang

    kemajuan dan sesuatu objek.

    Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan kepada tiga

    fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.

    Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,

    ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian kepada

    hubungan antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan

    utama proses kognitif pada tahap ini, iaitu egosentrik, konsep sebab-akibat,

    peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

    Pada tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai

    konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan

    itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan

    seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda

    sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat

    menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada

    peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralihperhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika. Kebolehan

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    11/28

    9

    itu menyebabkan kanak-kanak dapat mempertimbangkan saiz dan isi atau saiz dan

    berat serentak. Proses pemisahan diri ini membolehkan kanak-kanak memahami

    konsep pembalikan kepada keadaan asal. Contohnya air di dalam tabung yang

    tinggi dan runcing dan air di dalam tabung yang rendah dan besar jika dituangkan ke

    dalam bekas yang lain mempunyai kuantiti air yang sama banyak.

    Operasi mental bertugas hanya apabila kanak-kanak mengemukakan keterangan

    yang diperoleh secara langsung. Pada tahap ini kanak-kanak dapat menumpukan

    perhatian mereka kepada sesuatu bidang dan memahami proses konservasi melalui

    kuantiti perturutan proses. Konservasi dirujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk

    memahami bahawa bahan akan tetap sama dari segi bahan, berat dan isi padu

    selagi tidak ditambah atau dikurangkan. Pada tahap ini kanak-kanak dapat

    menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat menyatukan

    dua atau lebih kelas dalam satu kelas; reversibility , iaitu satu kemungkinan yang

    tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan penggabungan,

    iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran. Hasil daripada cara penyelesaian

    yang berbeza itu dapat menunjukkan keputusan yang sama dan akhirnya mereka

    telah dapat memahami identiti sesuatu objek.

    Pada tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) pula, tahap perkembangan

    kanak-kanak berada pada peringkat tertinggi. Piaget mempercayai bahawa pada

    umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat

    sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif

    manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan

    penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan

    yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuatkeputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat

    ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan

    rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya

    menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga

    mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran

    mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada had-

    had tertentu.

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    12/28

    10

    Pembangunan instrumen ujian aptitud Tahun 3 yang mengukur kemahiran menaakul

    bahasa dan menaakul matematik adalah berdasarkan teori Piaget. Pada peringkat

    ini kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini kanak-kanak

    dapat menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat

    menyatukan dua atau lebih kelas dalam satu kelas. Konsep reversibility , iaitu satu

    kemungkinan yang tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan

    penggabungan ( association ), iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran.

    Kemahiran kognitif inilah yang diperlukan oleh murid yang berumur 9 tahun untuk

    melakukan penaakulan dan menyelesaikan masalah.

    4.0 KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

    Kemahiran yang diukur dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 ialah:

    1. Domain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menguji kemahiran menaakul

    seperti kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Kemahiran

    perkataan menguji keterampilan murid mengeja perkataan, memahami makna

    perkataan dan menggunakan perkataan dengan betul. Konsep verbal pula

    menguji kecekapan murid memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu

    perkataan. Aplikasi kritikal menguji kemahiran membaca yang merangkumi

    kefahaman, menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap apa

    yang telah dibaca.

    2. Domain Matematik pula menguji sistem numerik, penyelesaian masalah,

    penaakulan matematik untuk tugasan logik nombor dan membuat persepsi.Penyelesaian masalah memerlukan murid membuat penaakulan dengan

    menganalisis maklumat yang diberikan dalam tugasan. Aspek sistem numerik

    memerlukan murid menterjemahkan simbol yang mewakili nombor. Kemahiran

    menambah, menolak, membahagi dan mendarab diperlukan untuk

    menyelesaikan masalah sistem yang diberikan kepada murid. Penaakulan

    matematik pula memerlukan murid menganalisis maklumat yang diberikan

    untuk menghasil logik dan membuat persepsi bagi menyelesaikan masalahmatematik.

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    13/28

    11

    5.0 CONTOH-CONTOH ITEM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

    Contoh-contoh Item Bahasa Melayu

    Kemahiran perkataan

    1. Pilih perkataan yang salah ejaannya.

    A. cerdik B. pintar C. bijaksanna

    2. Pilih perkataan yang salah ejaannya.

    A. garang B. perama C. mesra

    3. Pilih perkataan yang betul ejaannya.

    A. gerobook B. almari C. keruse

    4. Pilih perkataan yang betul ejaannya.

    A. kaseh B. gumbira C. sayang

    5. Sedih mempunyai maksud yang sama dengan

    A. menangis B. pilu C. mengilai

    6. Gerimis mempunyai maksud yang sama dengan

    A. renyai B. lebat C. terik

    Kemahiran konsep verbal

    7. Paru-paru adalah kepada manusia, insang adalah kepada

    A. semut B. kura-kura C. ikan

    8. Cantik adalah lawan hodoh, manakala malas adalah lawan

    A. rajin B. lalai C. leka

    9. Permaidani adalah untuk lantai, manakala langsir adalah untuk

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    14/28

    12

    A. perabut B. tingkap C. bumbung

    10. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?

    A. Gembira B. Riang C. Duka

    11. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?

    A. Teh B. Kopi C. Santan

    Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

    Farid dan Amri adalah pemain bola sepak, tetapi Aziz dan Faris adalah pemainbola keranjang. Farid dan Faris adalah pemain tenis.

    12. Siapakah pemain bola sepak dan tenis?

    A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

    13. Siapakah pemain tenis dan bola keranjang?

    A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

    Pelbagai makanan disimpan di dalam peti ais. Di dalam sebuah peti ais, terdapat

    tiga rak. Marjerin disimpan di bawah rak telur, sementara santan disimpan di atas

    rak susu. Marjerin juga disimpan di atas rak susu, tetapi telur berada di rak yang

    sama dengan kek. Ais krim pula disimpan di atas rak santan.

    14. Apakah makanan yang disimpan di rak paling bawah? A. Marjerin B. Telur C. Santan D. Susu E. Ais krim

    15. Makanan yang disimpan di rak yang sama adalah

    A. majerin dan santan

    B. ais krim dan susu

    C. majerin dan ais krim

    D. santan dan susu

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    15/28

    13

    Contoh-contoh Item Bahasa Inggeris

    Kemahiran perkataan ( word sk i l ls )

    16. One lion, many _____.

    A. lions B. lionss C. lioness

    17. Over the hills far away,

    Came little frogs hopping away,

    Croak, croak said the frogs,

    _____, _____ replied the ducks.

    A. hoof, hoof B. moo, moo C. quack, quack

    Kemahiran konsep verbal ( verbal concept sk i l l s )

    18. School : Student, Hospital : ?

    A. Nurse B. Doctor C. Patient

    19. Calf is related to cow in the same way as kitten is related to

    A. deer B. duck C. cat

    20. ant = fly = bee

    Hamster = Squirrel = ?

    A. Mouse B. Cat C. Spider

    Kemahiran aplikasi kritikal ( cr i t ica l appl ica tion ski l l s )

    21. The day before yesterday was Monday, so tomorrow it will be

    A. Friday B. Thursday C. Monday

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    16/28

    14

    Azizi, Teo and Sujit each has a pair of shoes, a jacket and a shirt. The threeshirts the three boys wear are of three different sizes: small, medium and large.So are the jackets and the pairs of shoes. Each boys shoes, jacket and shirt are

    all of different sizes. The jacket belonging to Sujit is not a medium one. Teosshirt and Azizi s shoes have the same size label. Sujits shirt , Teos shoes and

    Azizis jacket all have the same size label. Sujits shoes are large.

    22. What size are Teos shoes?

    A. Small B. Medium C. Large

    23. What size is Azizis shirt?

    A. Small B. Medium C. Large

    Contoh-contoh item Matematik

    Penaakulan matematik untuk sistem numerik

    = 60 = 200 = 20

    24. Berdasarkan rajah di atas, yang manakah memberikan nilai yang terkecil?

    A

    B

    C

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    17/28

    15

    = 5 = 4 = 10

    25. Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan yang manakah mempunyai nilai

    yang sama dengan 53 24 = ?

    A

    B

    C

    Penaakulan matematik untuk logik nombor

    26

    A 25

    B 27

    C 28

    27

    A 420

    B 415C 394

    28

    A 4207

    B 4209C 4211

    5 9 14 18 23 ?

    456 447 438 429 ?

    4233 4220 ? 4194 4181

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    18/28

    16

    Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

    29.

    A

    B

    C

    30.

    Apakah urutan selepas ini?

    A B C

    X

    ?

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    19/28

    17

    Penyelesaian masalah

    31. Ali mengambil masa 20 minit untuk ke kedai.

    Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Ali untuk pergi dan balik semula

    ke rumahnya?

    A 15 minit

    B 20 minit

    C 40 minit

    32. Dalam sebuah bakul terdapat 6 ikat rambutan. Setiap ikat mengandungi 20

    biji rambutan. Terdapat 15 biji rambutan yang telah rosak dalam bakul itu. Ibu

    mengambil 2 ikat dan 17 biji rambutan daripada bakul tersebut. Adik pula

    mengambil 8 biji rambutan daripada bakul itu.

    Berapakah baki rambutan yang tinggal?

    A 2 ikat

    B 1 ikat, 10 biji

    C 2 ikat, 5 biji

    33. Berat sebiji tembikai ialah 3 kg. Berat dua biji durian ialah 3 kg lebih daripada

    berat tembikai. Berat sebiji betik pula ialah 1 kg kurang daripada berat sebiji

    durian.

    Buah apakah yang paling ringan?

    A Betik

    B Durian

    C Tembikai

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    20/28

    18

    6.0 FORMAT INSTRUMEN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

    Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa

    Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan

    bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud

    Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur

    kemahiran menaakul ( reasoning ) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh

    ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.

    7.0 PENTADBIRAN DAN PENGOPERASIAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

    Pentadbiran instrumen ini perlu dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap

    dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Semua arahan perlu

    diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil ujian.. Sekiranya murid tidak hadir

    pada hari ujian dengan alasan yang munasabah, murid dibenarkan mengambil ujian

    atas budi bicara GPK/SUP pada hari yang lain. Cara pelaksanaan ujian di sekolah

    adalah mengikut budi bicara pihak sekolah berdasarkan tarikh dan panduan yang

    ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 adalah seperti Rajah 2.

    Rajah 2 : Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

    LP Muat naik di laman web LP

    JPN

    PPD

    SEKOLAH

    Muat turun dan cetak

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    21/28

    19

    Ujian Aptitud Am Tahun 3 hendaklah ditadbirkan berpandukan carta aliran pada

    Rajah 3.

    Rajah 3 : Pentadbiran dan Pengurusan Ujian Aptitud Am Tahun 3

    Hari Peperiksaan

    Edaran kertas ujian danborang jawapan

    Penerangan

    Murid menjawab soalan

    Guru mengumpul kertas jawapan, memeriksa

    jawapan dan memberi skor

    GBKSM / GBKmentafsir skor danmenyediakan profil

    Penyimpanan Fail

    Masa : Bulan OktoberSasaran : Murid Tahun 3Tempat : Sesuai dan kondusif

    (Bilik darjah atau dewan)

    Murid menjawab di atas borang jawapan

    Masa Ujian : 1 jam 30 minit

    Bilangan soalan : 80 soalan objektif anekapilihan

    Guru kelas memeriksa jawapan danmemberi skor.

    Menyerahkan skor kepada Guru Bimbingandan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

    GBKSM / GBK mencatatkan skor secaramanual, mentafsir skor dan menyediakan profil

    GBKSM / GBK menyimpan skor dan profilmurid di dalam fail, mengikut kelas.

    Pengesahan/tandatangan GBKSM / GBK /GB

    Fail disimpan di Unit Bimbingan danKaunseling.

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    22/28

    20

    7.1 Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3

    1) Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif

    2) Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian dan berada

    dalam keadaan selesa3) Edarkan kertas soalan dan borang jawapan kepada setiap murid

    4) Beri arahan kepada murid :

    a. tulis nama dan kelas pada borang jawapan

    b. hitamkan semua jawapan di borang jawapan

    c. jangan meniru

    d. semak jumlah halaman kertas soalan

    e. masa ujian ialah 1 jam 30 minit5) Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti menulis

    dengan meletakkan pensel di atas meja.

    6) Pengawas/Guru hendaklah mengumpul kertas soalan dan borang

    jawapan, dan memastikan jumlah borang jawapan dan kertas soalan

    yang dikumpul akur dengan jumlah calon yang hadir dalam jadual

    kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar dari dewan/bilik

    peperiksaan

    7) Guru kelas hendaklah memeriksa jawapan dan memberi skor

    8) Guru kelas hendaklah menyerahkan borang jawapan dan skor murid

    kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /

    Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

    9) GBKSM / GBK hendaklah masukkan skor murid dalam fail markah

    10) GBKSM / GBK perlu meyimpan skor murid dalam fail mengikut kelas

    dan nama murid mengikut abjad di tempat yang selamat. Maklumat

    skor murid hendaklah disimpan secara hard copy (file) dan soft copy

    (sistem).

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    23/28

    21

    7.2 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah

    (PPD) dan Sekolah

    JPN - (Pegawai Sektor Penilaian dan Peperiksaan)

    1 Memberi taklimat kepada Pegawai PBS Daerah dan Pegawai

    Pelajaran Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah

    2 Mengedarkan bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada PPD

    melalui Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran

    Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah

    3 Melaksanakan pemantauan pengendalian Ujian Aptitud Am

    Tahun 3 di peringkat PPD

    PPD - ( Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran Bimbingan Kaunseling

    dan Kerjaya Daerah )

    1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing

    menerima bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3

    2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD

    masing-masing berkaitan Ujian Aptitud Am Tahun 3

    3 Memastikan pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 di

    peringkat sekolah

    Sekolah - (Guru Besar)

    1 Mengadakan perbincangan bersama guru kelas dan Guru

    Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) / Guru

    Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah masing-masing

    mengenai pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 32 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Ujian

    Aptitud Am Tahun 3

    3 Memastikan guru kelas dan GBKSM / GBK melaksanakan Ujian

    Aptitud Am Tahun 3 berdasarkan proses kerja yang telah

    ditetapkan

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    24/28

    22

    Sekolah - (GBKSM / GBK)

    1 Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar tentang

    prosedur pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

    2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran

    Psikometrik

    3 Memberi taklimat kepada semua murid mengenai Pentaksiran

    Psikometrik

    4 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3

    5 Menyediakan profil berdasarkan skor ujian aptitud am

    6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan

    profil

    7 Menyimpan profil dan dokumen berkaitan di tempat yang

    selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

    8 Menyimpan kertas soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai

    bahan rujukan.

    Sekolah - (Guru Kelas)

    1 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada murid Tahun 3

    2 Memeriksa jawapan murid dan menyerahkan skor kepada

    GBKSM / GBK

    3 Menggunakan hasil dapatan profil yang telah dibincangkan

    bersama GBKSM/GBK untuk penambahbaikan perancangan

    pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    25/28

    23

    Lampiran 1

    Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid

    Nama Murid :

    Kelas :

    Tahun :

    Domain Skor Markah

    PenuhInterpretasi

    Bahasa Melayu

    Kemahiran perkataan 10 > 6 Baik, < 6 Kurang potensi

    Kemahiran konsep verbal 15 > 10 Baik, < 10 Kurang potensi

    Kemahiran aplikasi kritikal(penyelesaian masalah) 5 > 4 Baik, < 4 Kurang potensi

    Bahasa Inggeris

    Word skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

    Verbal concept skills 20 > 15 Good, < 15 Low potential

    Critical application skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

    Matematik

    Penaakulan matematikuntuk sistem numerik danlogik nombor

    7 > 5 Baik, < 5 Kurang potensi

    Penaakulan matematikuntuk membuat persepsi 4 > 3 Baik, < 3 Kurang potensi

    Penyelesaian masalah 9 > 7 Baik, < 7 Kurang potensi

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    26/28

    24

    Lampiran 2

    Contoh Borang Profil Kelas

    Bil. Nama

    Murid

    Domain

    BM

    Domain

    BI

    Domain

    Matematik

    Catatan

    1 2 3 4 5 6 7 8 9

    1 Kemahiran perkataan

    2 Kemahiran konsep verbal 3 Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

    4 Word skills

    5 Verbal concept skills

    6 Critical application skills

    7 Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor

    8 Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

    9 Penyelesaian masalah

    Nama Guru Kelas : .

    Nama Guru Besar : .

    Tarikh : .

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    27/28

    25

    RUJUKAN

    1 Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS ProfesionalPublication

    2 Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya. 2005.Psikologi Kognitif. Johor : Penerbit UTM

    3 Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook . London : Replika Press

    4 Baumrind, D. 1991. Parenting styles and adolescence development. Inencyclopaedia of adolescence learner .

    R.M. Peterson A.C and Brooks-Gunn, J.(Eds). New York : Garland5 Baum, S., Viens, J & Slatin, Barbara. 2005. Multiple Intelligences in the

    elementary school . New York : Teachers College Press

    6 Chatterji, M. 2003. Designing and using tools for educational assessment .USA : Pearson Education

    7 Clark, R.d. dan Shileds, G. 1997. Family communications and deliquency . Adolescence. 32(125)81-92

    8 Fatanah Mohamed. 2007. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa.Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

    9 Gardner. H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligences .New York : Basic Books

    10 Gregory, R. 2007. Psychological testing : History, Principles and Applications. 5 th Edition. Boston : Pearson International Edition.

    11 Guilford, J. P. 1959. Personality . New York : McGraw Hill Book Company

    12 Guilford,J.P.1985. The structure of intellect model . In B.B. Wolman 1 st Edition.Handbook on intelligence : Theories, measurements and applications. NewYork : Wiley

    13 Humphreys, L. G. 1979. The construct of general intelligence .Intelligence 3 : 105-120

    14 Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrumenpentaksiran kecerdasan pelbagai . Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

    15 Jensen, A. R. 1980. Bias in mental testing . New York : Free Press

  • 8/13/2019 Dokumen Instrumen Aptitud Tahun 3 06022014

    28/28

    16 Gagne, R.M. 1977. The Conditions of Learning. Third Edition. New York :Rinehart & Winston

    17 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan PendidikanMalaysi a 2013-2015. Kuala Lumpur

    18 Kubiszyn , T & Borich, G. 2003. Educational Testing and Measurement.7 th ed., Singapore: John Wiley & Sons,Inc.

    19 Murphy, K.R. & Davidshofer, C. O. 1998. Psychological Testing : principlesand applications. 4 th edition. New Jersey: Prentice Hall. New York :Psychological Cooperation

    20 Piaget, J.1970. Piagets Theory. Car Michaels Manual of Child Psychology,Vol. 1 (3 rd edition). New York : Wiley

    21 Salkind ,N.J. and Rashmussen, K. 2007. Encyclopaedia of Measurement andStaistics . 1, London:SAGE Publications, Inc

    22 Spearman, C. 1927. Nature of intelligence and the principles of cognition .London : MacMillan

    23 Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor,Ramlan Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah. 2009.Pembelajaran dan perkembangan pelajar . Kuala Lumpur : Oxford

    24 Sternberg, R.J. 1994. Encyclopeadia of human intelligence . New York :MacMillian Publishing Company

    25 Tun Mahathir Mohamad . 2009. Merealisasikan wawasan negara. JabatanPerkhidmatan Awam Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

    26 Wechsler, D. 1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children -Revised

    27 Wells, D. 2003. Applied Consumer Science . http://myschoolnet.ppk.kpm.my