Top Banner
SEJARAH DUNIA TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA AJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan Kadaulatan B TAJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan Kedaulatan China SOALAN : Huraikan Faktor-faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Revolusi China Pada Tahun 1911 DI SEDIAKAN OLEH : Ezah Nuraisah HJ Maliki 6 Rendah Za’Ba
29

DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

Apr 13, 2017

Download

Education

suziana15
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

SEJARAH DUNIATEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

TAJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan KadaulatanSUB TAJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan Kedaulatan China

SOALAN : Huraikan Faktor-faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Revolusi China Pada Tahun 1911

DI SEDIAKAN OLEH : Ezah Nuraisah HJ Maliki 6 Rendah Za’Ba

Page 2: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

PENGENALANRevolusi China 1911 bertujuan untuk menggulingkan dinasti Manchu yang memerintahkan China sejak tahun 1644.

Orang Cina mengusahakan Gerakan Islah & Gerakan pembaharuan Machu untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu yang dipercayai telah kehilangan mandat untuk memerintah negara.

Usaha tersebut gagal untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan Manchu & menyebabkan muncul Gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen.

Kerajaan Manchu berjaya ditumbangkan apabila Maharaja Hsuan- tsung turun daripada taktha pada 12 Februari 1912.

Page 3: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN
Page 4: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

FAKTOR-FAKTOR TERCETUS REVOLUSI CHINA

Kelemahan Kerajaan Manchu

Ketiadaan Pemimpin Yang Cekap

Sentimen Anti Manchu

Kesengsaraan Sosial

Masalah Ekonomi

Peranan Dr. Sun Yat Sen

Page 5: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

1. KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU

Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan dalam bidang pentadbiran & ketenteraan sejak pertengahan abad ke-19.Kelemahan dalam bidang pentadbiran:a) Tidak cekap menjalankan pentadbiranb) Tidak mengambil langkah untuk membaiki taraf hidup rakyat & tidak menjaga kebajikan rakyatc) Pengawai-pengawai kerajaan Manchu mengamalkan amalan rasuahd)Mengenakan cukai yang lebih tinggi sehingga menambahkan beban golongan petani

Page 6: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

Kelemahan dalam bidang ketenteraan:(a)Mengalami kekalahan dalam peperangan

seperti Perang Candu I & II, & Perang China-

Jepun (1894-1895)(b)Terpaksa menandatangani perjanjian-

perjanjian yang berat sebelah dengan kuasa-kuasa Barat seperti Perjanjian Nanking (1842) & Protokol Boxer (1901)

(c) Rakyat juga hilang kepercayaan terhadap kerajaan Manchu & berazam untuk menggulingkan dinasti

Page 7: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

2.KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAPTiada pemimpin-pemimpin yang

cekap&berwibawa di China selepas kematian Maharani Dowager & Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1911selepas kematian Dowager, Hsuan-tung yang berusia 3 tahun dilantik sebagai Maharaja. Manakala ayahnya, Putera Chun dilantik sebagai Pemangku Raja.Putera Chun tidak mempunyai kebijaksanaan politikKetiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap mendorong rakyat melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan

Page 8: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

3. SENTIMEN ANTIMANCHUSentimen antiManchu yang amat menebal dalam

kalangan orang cina turut menyumbung kepada pencetusan revolusi China 1911

Gerakan ini dilancarkan oleh golongan yang masih setia kepada dinasti Ming

Sejak tahun 1644, orang Cina menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan pemberontakan bagi mengulingkan dinasti Manchu.

Antara pemberontakan antiManchu:Tahun Pembenrontakan

1673-1681 Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries

1796-1804 Pemberontakan Teratai Putih1850-1864 Pemberontakan Taiping

Page 9: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

4. KESENGSARAAN SOSIAL•Antara tahun 1885-1911 bilangan

penduduk di China meningkat daripada 337 juta orang kepada 430 juta orang

•Pertambahan pesat penduduk tidak seimbang dengan pertambahan dalam pengeluaran hasil pertanian

•Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan makanan & kemerosotan taraf hidup rakyat

•Kesengsaraan sosial yang dihadapi oleh rakyat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan Manchu

Page 10: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

5.MASALAH EKONOMI Kejadian banjir & kemarau yang berlaku

antara tahun 1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil pertanian

Wujud kebuluran di wilayah Kiangsu, Shantung, Anhui, Chekiang & Hupeh

Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan Manchu mengenakan cukai-cukai yang tinggi

Kerajaan Manchu terpaksa mengenakan cukai untuk;

(a)pembinaan landasan kereta api (b)pembelian senjata (c)bayar ganti rugi perang China-Jepun

(1894-1895) (d)menghadap pemberontakan Boxer

1900 Cukai yang tinggi tambah penderitaan

rakyat hingga mereka terpaksa gadai tanah kepada tuan-tuan tanah

Page 11: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

6.PERANAN DR. SUN YAT SENTokoh yang memainkan peranan penting dalam gerakan menentang kerajaan Manchu

Dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shang Kwangtung di China Selatan

Menerima pendidikan Barat di Sekolah Mubaligh Anglican & Kolej Oahu di Honolulu, Hawai

Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Queens College di Hong Kong

Semasa melanjutkan pelajaran di Hong Kong, beliau mula menceburkan diri dalam bidang politik

Page 12: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN
Page 13: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

SUMBANGAN DR. SUN YAT SEN

Menubuhkan Pertubuhan RevolusionerMenubuhkan Parti RevolusiMenyebarkan Perasaan Anti ManchuMengemukakan Ideologi RevolusiMelancarkan PemberontakanPengaruh Intelektual ChinaPengaruh Gerakan PembaharuanPeranan Golongan PelajarKemajuan Sisitem PerhubunganKerajaan Memiliknegaraan Jalan-jalan Kereta Api

Page 14: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

MENUBUHKAN PERTUBUHAN REVOLUSIONER

Sebuah pertubuhan revolusioner iaituHsing Chung-hui di Honolulu, Hawai pada tahun 1894

Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah mengugulingkan kerajaan Manchu

Mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan

Pada tahun 1895, golongan revosioner merancang menawan Canton untuk dijadikan sebagai ibu pejabat Hsing Chung-hui

Apabila percubaan mereka gagal, Dr. SunYat Sen mendapat perlindungan di Jepun & menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama Jepun

Page 15: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

MENUBUHKAN PARTI REVOLUSI

oMenubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-hui di Tokyo pada tahun 1905oTung Meng-hui merupakan gabungan Hsing Chung Hui dengan dua buah persatuan revolusioner, iaitu Hua Hsing-hu & Kung Fu-huioAntara matlamat utama parti ialah; i) menjatuhkan kerajaan Manchu ii)menubuhkan karajaan republik iii)menjadikan tanah-tanah hak kerajaan iv)menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di ChinaoCawangan-cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells, San Francisco, Singapore, Tanah Melayu & Honolulu manakala di China cawanagn tersebut di tubuhkan di bandar- bandar utamaoMenerusi cawangan-cawangan di seberang laut, beliau memungut wang & merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakkan

Page 16: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

MENYEBARKAN PERASAAN ANTIMANCHU

Dr. Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan antiManchu dalm kalangan rakyat Cina

Beliau juga menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo

Gerakan revolusioner Dr. Sun Yat Sen mendapat sokongan daripada; (a) pelajar-pelajar (b)rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kezaliman Manchu (c)kongsi-kongsi gelap (d)tentera yang mendapat latihan Barat

Page 17: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

MENGEMUKAKAN IDEOLOGI REVOLUSI

Dr. Sun Yat Sen mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan .

Beliau berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi ideologi tersebut

Beliau juga mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu). Antaranya ialah:

Ideologi PrinsipNasionalisme(Min-tsu chui-i)

•Rakyat harus menumpahkan taat setia kepada negara•Melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet&orang Islam

Demokrasi(Min-chuan)

*Kerajaan yang menjamin kedaulatan rakyat ditubuhkan*Pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mahir

Kebajikan Sosial(Min-sheng Chui-i)

*kuasa digunakan untuk menentukan keperluan rakyat .*pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki kehidupan petani

Page 18: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

MELANCARKAN PEMBERONTAKAN

•Antara tahun-tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang & melancarkan 10 pemberotakan di China

•Pemberontakan-pemberontakan tersebut menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu.

Page 19: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

PENGARUH INTELEKTUAL CHINA

>Golongan intelektual turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi dalam kalangan rakyat China

>Antara tokoh-tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China adalah Kang Yu-wei & Liang Chi-chao yang menubuhkan Persatuan Pelindung Maharaja ( Emperor Protection Society)

>Mereka mengemukakan pelbagai perubahan politik yang harus dilaksanakan di China. Antaranya ialah; a) pemerintahan monarki berpelembagaan b) penubuhan institusi-institusi politik seperti parlimen dan perlembagaan

>kegiataan golongan intelektual telah menambahkan keinginan bagi melaksanakan perubahan-perubahan politik di China

Page 20: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

PENGARUH GERAKAN PEMBAHARUAN

√Garakan Pembaharuan seperti Gerakan Islah 1898 meletakkan asa bagi kebangkitan Revolusi China

√Semasa Gerakan Islah 1898, beberapa rancangan dilaksanakan golongan reformis untuk menguatkan & memajukan China

√Idea yang dikemukan oleh golongan reformis seperti Wang Tao(1828-1897) & Ho Kai(1858-1917) telah memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Cina melancarkan revolusi terhadap kerajaan Manchu

√Pelbagai pembaharuan radikal yang dilancarkan oleh Maharaja Kuang-hsu atas arahan Kang Yu-wei meniggalkan kesan yang amat mendalam dalam kalangan pemimpin Cina untuk melancarkan revolusi

Page 21: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

PERANAN GOLONGAN PELAJAR

―Pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di luar negara turut memainkan peranan dalam kemunculan Revolusi China

―Pelajar-pelajar ini terdedah kepada ideologi Barat seperti demokrasi, sosialisme, liberalismi dan kebebsan hak asasi manusia

―Revolusi Perancis & penyatuan negara bangsa di Itali & Jerman turut memberi dorongan kepada pelajar-pelajar melancarkan revolusi

―Pelajar-pelajar yang menuntut di Jepun menyebarkan idea revolusi menerusi akhbar- akhbar seperti Kuo Min Pao & China kurun ke-20

Page 22: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

KEMAJUAN SISTEM PERHUBUNGAN

►Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api, telegraf & pos turut memainkan peranan dalam pencetusan Revolusi China & membantu idea revolusioner disebarkan

►Sistem perhubungan juga mengeratkan hubungan antara golongan nasionalis & memudahkan mereka melakukan perancangan revolusi

►Akhbar-akhbar tempatan turut memainkan peranan. Sebagai contoh, Akhbar Min Pao yang menjadi lidah rasmi Tung Meng-hui memainkan peranan dalam penyebaran idea-idea revolusioner

Page 23: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

KERAJAAN MEMILIKNEGARAKAN JALAN-

JALAN KERETA APIKerajaan Manchu telah membuat keputusan untukmemiliknegarakan jalan-jalan kereta

api di seluruh ChinaPemimpin-pemimpin di wilayah membantah dasar kerajan Manchu kerana;

a)pemimpin wilayah kehilangan kuasa untuk megendalikan perkhidmatan kereta api b)pendapatan yang diperoleh oleh wilayah terjejas

Kerajaan Manchu telah membuat keputusan keputusan untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Canton-Hankow & Hankow-Chengtu

Keputusan kerajaan Manchu unyuk mendapatkan pinjaman sebanyak $16 juta daripada Britain, Perancis & Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan pemimpin-pemimpin wilayah kerana; a) kuasa-kuasa asing menguasai sistem pengangkutan negara b) kedaulatan negara terjejas

Page 24: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

PERJALANAN REVOLUSI CHINATentera revolusioner di bawah pimpinan Kolonel Li Yuan-hung

melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan Manchu serta menawan Hankow & Hanyang pada bulan Oktober 1911 & berjaya menawan Wuchang pada 10 Oktober.

Menjelang awal bulan bulan Disember 1911, wilayah-wilayah di bahagian selatan , tengah, dan barat daya dikuasai oleh tentera revolusioner menyebabkan kerajaan Manchu meminta bantuan Yuan Shih-kai untuk menunpaskan tentera revousioner.

Pada akhir bulan Oktober 1911, Yuan Shih-kai berjaya menawan Hankow & Hanyang serta mengukuhkan kedudukan kerajaan Manchu di bahagian timur laut China.

Pada 8 November 1911, Yuan Shih-kai dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan Nasional.

Page 25: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

Pada 29Disember 1911, Gerakan Revolusioner menubuhkan sebuah kerajaan sementara di Nanking & Dr. Sun Yat Sen dilantik sebagai Presiden Sementara manakala Li Yuan Huang dilantik sebagai Naib Presiden.

Pada awal bulan Disember 1911, tentera Yuan Shih-kai berjaya menawan Nanking daripada golongan revolusioner ini menyebabkan kerajaan Manchu & golongan revolusioner mengadakan Persidangan Damai di Shanghai. Mereka bersetuju mengadakan gencatan senjata & menubuhkan kerajaan republik di China

Pada 12 Februari 1912, Maharaja Hsuan-tung yang berumur 6 tahun turun daripada taktha kerajaan. Dalam pada itu, Yuan Shih-kai diberi mandat untuk menubuhkan sebuah kerajaan republik .

Pada 15 Februari 1912, Perhimpunan Nasional Sementara melantik Yuan Shih-kai sebagai Presiden Sementara .

Page 26: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

KESIMPULANRevolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen berjaya menggulingkan kerajaan Manchu pada tahun 1911

Revolusi untuk menggulingkan kerajaan Manchu dilancarkan oleh tentera revolusioner di bawah pimpinan Kolonel Li yuan- Hing

Pada 12 Februari 1912, pemerintahan Manchu berakhir apabila Maharaja Hsuan-tung turun dariada takhta

Page 27: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN
Page 28: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN

1 2 3 4 5

6

16

17

18

19

20

10

11

9

12

8 7

13

14

15

SOALAN

Page 29: DEKOLONISASI DAN PENGAMBILAN KEDAULATAN