Top Banner

of 11

Cara Pengawetan

Oct 10, 2015

Download

Documents

awetan kering bagi serangga dan tumbuhan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Tugasan 2Aktiviti 1Apakah Pengawetan ? Pengawetan adalah salah satu kegiatan yang sering dilakukan dalam makmal biologi. Pengawetan terutama dilakukan terhadap tumbuhan dan hewan yang susah ditemukan atau hanya diperoleh dari tempat-tempat tertentu, misalnya dari laut atau gunung. Dengan terawetnya bahan-bahan tersebut, maka kita dapat menggunakan spesimen untuk jangka masa yang lama. Beberapa kegiatan sebelum melakukan pengawetan, kita harus melakukan pengumpulan spesimen yang akan diawetkan iaitu tumbuhan atau haiwan. Cara pengawetan kedua bahan ini agak berbeza. Khusus untuk tumbuhan, terutama tumbuhan yang berukuran besar biasanya tidak dilakukan pengawetan basah, tetapi dilakukan pengawetan kering, iaitu dibuat herbarium. Pengawetan terdiri daripada dua cara yang paling mudah itu pengawetan kering dan pengawetan basah. Kedua-dua cara awetan ini sebenarnya membantu memudahkan manusia mengkaji sesuatu benda hidup dalam tempoh yang lama.

Pengawetan KeringPengawetan hanya memerlukan tiga hingga empat langkah untuk diikuti. Satu proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Bahan yang digunakan untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan harga yang murah. Antara langkah yang harus diikuti untuk membuat pengawetan ialah seperti berikut ;-

Langkah 1Perkara yang harus dilakukan pada mulanya ialah mengumpul serangga untuk diawet. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik supaya serangga yang dipilih dan ditangkap tidak rosak ataupun mengalami sebarang kecederaan. Serangga harus dipilih mengikut tujuan pengawetan. Ada yang memerlukan serangga kecil ataupun serangga yang mempunyai sayap. Terdapat beberapa alatan yang digunakan untuk menangkap serangga. Antaranya ialah jaring serangga, beg plastik, botol spesimen, forsep dan sebagainya.Langkah 2Perkara seterusnya ialah mematikan serangga. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:a) mengikat serangga di dalam beg plastik dengan ketat untuk sehari.b) meletakkan serangga dalam bekas yang mengandungi kloroform.

Ini akan membuat serangga mati di dalam bekas. Langkah keselamatan harus diambil kira apabila menggunakan bekas yangmengandungi kloroform.

Langkah 3

Serangga yang dimatikan haruslah dikering bawah cahaya matahari. Pengeringan ini akan memastikan spesimen yang dibuat itu akan tahan lama. Proses ini juga akan melambatkan proses jangkitan kuman. Proses ini juga boleh dijalankan dengan meletakkan spesimen serangga di dalam oven.

Langkah 4Seterusnya proses pengepinan serangga dijalankan. Ia harus dijalankan dengan betul supaya tidak mencederakan serangga tersebut. Tubuh- tubuh serangga harus dipin supaya mengelakkannya daripada bergerak. Proses pengepinan bagi setiap serangga adalah berbeza mengikut jenis serangga. Kebanyakkan serangga akan dipinkan mengikut saiz No, 5.

Langkah 5Akhirnya spesimen akan dipinkan ke atas satu polisterin kecil. Satu bingkai telah dibuat untuk meletakkan spesimen serangga tersebut dengan kemas. Sebagai langkah akhir spesimen yang diletakkan dalm bingkai akan dibalut dengan pembalut plastik untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Langkah 6Sebagai pelengkap bagi proses pengawetan kering ini, label yang mengandungi nama biasa dan nama saintifik serangga, habitat, tempat ditangkap dan juga tarikh membuat spesimen akan dilekatkan dalam bingkai tersebut. Label tersebut haruslah berada pada bahagian kanan bawah bingkai tersebut. Label ini penting untuk sesuatu spesimen apabila ia dijadikan sebagai bahan rujukan nanti.

Pengawetan BasahPengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengawet. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin. Etanol sering digunakan untuk mengawetspesimen yang bersaiz kecil sahaja,manakala formalin pula digunakan untukmengawet spesimen yang bersaiz besar. Balang spesimen merupakan bekasterbaik untuk menyimpan spesimen. Balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan. Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai. Pengawetan basah sesuai digunakanuntuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Pengawetan basah juga sesuai untuk mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan.Pengawetan Spesimen Ikan Suatu perkara yang perlu diperhatikan untuk pengawetan ikan ialah mengusahakan agar ikan tetap baik seperti keadaan sebelum diawetkan. Keadaan sisik-sisik dan sirip perlulah kelihatan seperti sedia kala serta badan ikan itu sendiri tidak berbengkak atau berkerut. Warna ikan juga dapat dikekalkan seperti keadaan sedia kala.

Berikut ini adalah kaedah pengawetan ikan: Langkah 1Ikan yang akan diawetkan sebaiknya telah mati tapi masih segar, atau jika ikan yang akan digunakan masih hidup kita dapat bius dengan perendaman dengan air ais.

Langkah 2Sebelum dimasukan ke dalam formalin, ikan-ikan yang berukuran besar dengan panjang lebih dari 150 mm, sebaiknya dituris pada bagian perut sebelah kanan sepanjang kurang lebih 30mm. Ini bertujuan untuk bahan pengawet ( formalin) terserap ke dalam rongga otot, supaya organ-organ dalam usus tidak membusuk. Di dalam bahagian tubuh ikan, bahagian rongga perut merupakan bagian yang paling mudah membusuk. Bagian yang dituris perlulah pada bahagian kanan tubuh ikan, kerana bahagian kiri digunakan untuk melihat ciri-ciri morfologi ikan. Jika ikan yang diawetkan cukup tebal, seperti ikan tongkol ( Euthynus sp), maka otot daging dikanan tulang kiri harus dituris.

Langkah 3Setelah ikan direndam dalam formalin selama lebih kurang satu minggu, cuci di dalam air atau direndam dalam air mengalir selama dua hari.

Langkah 4Ikan ikan yang telah dicuci ( dibersihkan dari formalin),dimasukkan dalam alkohol 70%. Jika ikan akan tetap disimpan dalam formalin, maka formalin harus diganti dalam masa tertentu.

Langkah 5Setiap spesimen ikan yang diawetkan harus disimpan dalam bekas yang dilabel.

Langkah 6Untuk menghilangkan bau formalin pada ikan, ikan tersebut terlebih dahulu direndam selama beberapa minit dalam NaOHSO3 dan Na2SO3 dalam perbandingan 60 gram NaHSO3 dan 90 gram Na2SO3 untuk tiap satu liter air .

Pengawetan Kering Serangga Dan Tumbuhan

Pengawetan Kering Bunga Raya1Pengawetan kering saya gunakan bunga raya putih atau lebih dikenali sebagai Hibiscus Rosasinensis

Bunga dipotong daripada batang pokok dengan berhati-hati supaya daun dan kelopak bunga tidak rosak.2

Bunga raya diletakkan di papan nipisdan dilekatkan dengan menggunakan salotap. 3

4Bunga raya ditutup lagi dengan sekeping papan nipis untuk tujuan proses pengeringan.

6Bata diletakkan di atas papan nipis bertujuan untuk supaya menekan bunga raya untuk proses pengeringan.5

Bunga diletakkan di tempat yang telah ditetapkan dan dilabelkan.

Pengawetan kering SeranggaProses yang dilakukan sepanjang pengawetan kering serangga ialah pertama sekali menangkap serangga itu sendiri. Serangga yang saya gunakan ialah cengkerik atau lebih dikenali dengan nama Gryllus assimilis1

Proses memengsankan serangga sebelum diawet. Proses ini memerlukan penutup yang kedap udara untuk memastikan serangga tidak terkeluar. Dalam proses ini, klorofom diperlukan untuk memengsankan serangga tersebut. 2

Selepas cengkerik dipengsankan/dimatikan, proses lain yang perlu dilakukan ialah meletakkan cengkerik di polesterin yang disediakan khas. Kemudian, cucukkan cengkerik dengan pin. Pastikan badan cengkerik tidak patah atau tercabut. 3

Letakkan cengkerik dan pinkan. Pastikan jangan pin cengkerik tanpa kertas kerana badan cengkerik sangat kecil. Langkah ini supaya tidak merosakkan badan cengkerik. 4

Langkah terakhir sekali ialah masukkan cengkerik ke dalam oven untuk memastikan cengkerik dapat dikeringkan. Masukkan selama 40 minit. Kemudian, selepas itu masukkan ke dalam bingkai. 5