1 Tajuk 1 Huruf-huruf Hijaiyah yang berbaris fathah (atas) Huruf-huruf hijaiyah di dalam al-Quran mengandungi 28 huruf semuanya. Pada halaman ini huruf-huruf tersebut semuanya dibaris fathah atau baris atas. Cara menyebutnya adalah dengan membaca terus tanpa mengeja. Sebagai contoh : Cara membacanya adalah a-ba-ta, bukan alif-baa-taa. Jangan dipanjangkan sebutan apabila membaca seperti aaa-baaa-taaa. Baca dengan sebutan yang pendek.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1Tajuk 1
Huruf-huruf Hijaiyah yang berbaris fathah (atas)
Huruf-huruf hijaiyah di dalam al-Quran mengandungi 28 huruf semuanya. Pada halaman ini huruf-huruf tersebut semuanya dibaris fathah atau baris atas. Cara menyebutnya adalah dengan membaca terus tanpa mengeja. Sebagai contoh : Cara membacanya adalah a-ba-ta, bukan alif-baa-taa. Jangan dipanjangkan sebutan apabila membaca seperti aaa-baaa-taaa. Baca dengan sebutan yang pendek.
Huruf-huruf yang bersambung Apabila huruf-huruf hijaiyah bersambung, sebahagian daripada bentuk asalnya akan mengalami perubahan. Apa yang perlu diperhatikan adalah titik-titik pada huruf yang bersambung. Bentuknya mungkin berubah, tetapi titiknya tetap tidak berubah. Terdapat 6 huruf yang tidak boleh disambung pada sebelah belakang. Huruf-huruf tersebut adalah :
Tajuk seterusnya adalah bacaan huruf-huruf yang berbaris kasrah (baris bawah). Sekali lagi diingatkan agar para pelajar menjaga agar tidak memanjangkan bacaan bagi baris fathah maupun baris kasrah.
mn �� m� �� m� �� m� �� m� �� m � m � m� �� m� �� m � m� �� m� ��
Tajuk selanjutnya adalah cara menyebut huruf-huruf yang mempunyai huruf mad (panjang). Huruf mad yang pertama di sini adalah huruf alif. Apaibla huruf alif terdapat setelah hurf yang berbaris atas, maka di situ terbentuk bacaan mad. Cara menyebutnya adalah dengan memanjangkan bacaan sehingga dua harakat. Sebagai contoh : dibaca maa la ka dengan memanjangkan mim yang berbaris atas. Terdapat dua jenis mad alif di dalam al-Quran. Pertama adalah huruf alif yang biasa. Kedua adalah adalah alif kecil. Kadangkala alif kecil terletak di atas huruf wau atau huruf ya'. Bila itu terjadi wau dan ya tidak dibaca.
Huruf mad yang kedua adalah huruf ya. Apabila huruf ya terletak setelah huruf yang berbaris bawah, maka bacaan huruf tadi hendaklah dibaca dengan bacaan yang panjang. Sebagai contoh : Di baca Qa dii ru dengan memanjangkan huruf dal yang berbaris bawah. Seperti huruf mad alif, huruf mad ya' juga terdapat dua bentuk di dalam al-Quran. Pertama yang biasa dan kedua adalah ya' kecil. Kedua-duanya apabila terletak selepas huruf yang berbaris bawah, hendaklah dibaca huruf tersebut dengan kadar dua harakat.
Huruf mad yang ketiga dan yang terakhir adalah huruf wau. Apabila huruf wau terletak selepas huruf-huruf yang berbaris depan, maka huruf tersebut hendaklah dibaca dengan panjang sekadar dua harakat. Huruf wau mad boleh dikenali dengan wau yang biasa dan wau kecil.
Selain daripada baris fathah, kasrah dan dhammah, di dalam al-Quran terdapat tanda yang berbaris tanwin (baris dua) bagi baris-baris tersebut. Ianya dinamakan dengan fathatain (baris dua diatas), kasratain (baris dua dibawah) dan dhammatain (baris dua didepan).
Tajuk seterusnya adalah cara membaca huruf-huruf yang bertanda sukun (mati). Di antara 28 huruf hijaiyah, terdapat 5 huruf yang apabila dimatikan ianya dibaca dengan hukum qalqalah. Huruf-hurufnya adalah: Sila dapatkan bacaannya daripada guru yang mengajar.
Selanjutnya adalah cara membaca huruf-huruf yang bertanda syaddah (sabdu). Perbezaan dengan bacaan sukun (mati), huruf-huruf yang bertasydid (sabdu) dibaca dua kali dengan membunyi baris pada tanda sabdu. Di antara huruf-huruf hijaiyah, hanya huruf mim dan nun saja yang didengung bila ianya bertasydid.
Tajuk seterusnya adalah mengenai cara membaca alif-lam ta'rif. Apabila sebuah kalimah terdapat alif-lam ta'rif beserta tanda mati, maka lam hendaklah dibaca dengan jelas pada kalimat tersebut. Manakala alif-lam ta'rif beserta tanda sabdu, lam tidak dibaca langsung pada kalimat tersebut.
47
48Tajuk 12
Kalimah Allah
Hukum membaca kalimah Allah di dalam al-Quran ada dua : Pertama jika sebelumnya berbaris atas atau depan, maka kalimah Allah dibaca dengan tebal. Kedua, jika sebelumnya berbaris bawah, maka kalimah Allah dibaca dengan tipis. Sila dapatkan bacaannya daripada guru yang mengajar
49
50Tajuk 13
Hamzah Wasal
Tajuk ini membincangkan hukum membaca hamzah wasal. Hamzah tidak dibaca apabila ianya bersambung dengan kalimah sebelumnya atau ianya terletak ditengah ayat. Tetapi apabila ianya terletak di hadapat ayat atau dimulakan bacaan dengannya, maka ianya dibaca derdasarkan kaedah melihat huruf yang ketiga di dalam sebuah kalimah. Jika huruf ketiga berbaris atas atau bawah, maka ia dibaca dengan baris bawah. Jika ianya berbaris depan, maka ianya dibaca dengan baris depan.
51
52Tajuk 14
Hukum Izhar dan Iqlab
Nun mati atau tanwin yang bertemu dengan 6 huruf daripada huruf-huruf hijaiyah, maka hukum membacanya adalah dengan izhar (jelas). Huruf-Huruf izhar :
�� � � � Manakala nun mati atau tanwin yang bertemu dengan huruf ba', maka cara membacanya adalah dengan hukum iqlab (menukarkannya kepada bacaan mim).
Huruf iqlab : �
53
54Tajuk 15
Hukum Idgham
Nun mati atau tanwin yang bertemu dengan 6 huruf iaitu lam, mim, nun wau, ya' dan ra' daripada huruf-huruf hijaiyah, maka hukum membacanya adalah dengan idgham (dengung). Bagi huruf lam dan ra', hendaklah dibaca dengan idgham bila ghunnah (tanpa dengung). Sementara huruf ya, mim, nun dan wau dibaca secara ghunnah (dengung). Huruf-huruf idgham :
� � � �
55
56Tajuk 16.
Hukum Ikhfa'
Nun mati dan tanwin yang bertemu dengan 15 huruf selain daripada huruf-huruf izhar, iqlab dan idgham, maka cara membacanya adalah dengan cara ikhfa' (samar-samar) Sila dapatkan bacaan hukum nun mati dan tanwin daripada guru yang mengajar. Huruf-huruf ikhfa' :
� � � � � � � � � � � � � � �
57
58Tajuk 17
Waqaf
Waqaf adalah menghentikan bacaan pada tempat-tempat tertentu. Cara mewaqafkan bacaan adalah dengan dimatikan semua huruf diakhir kalimah kecuali huruf ta' marbuthah yang ditukarkan kepada ha sakinah (ha mati). Manakala tanda yang berbaris fathatain (dua diatas), barisnya dibuang satu serta dipanjangkan dua harakat.