KAWALAN DAN PENCEGAHAN
Tutup semua bekas menyimpan air atau masukkan ubat pembunuh
jentik-jentik
Buang sampah yang menakung air ke dalam tong sampah atau
tanam
Gunakan aerosol dan penghalau nyamuk seperti lingkaran nyamuk,
dan sebagainya
Tidur dalam kelambu
Pasang jejaring nyamuk / serangga pada tingkap
SMK SS17
JALAN SS 17/1,
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
DEMAM DENGGI 1
Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan
jangkitan virus Denggi. Ia disebabkan oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebaran adalah melalui gigitan nyamuk Aedes tadi. Nyamuk
ini aktif menyerang pada awal pagi (6.00 pagi 8.00 pagi) dan lewat
petang (6.00 petang 8.00 malam)
Terdapat 2 jenis Demam Denggi iaitu Demam Denggi Klassikal dan
Demam Denggi Berdarah
Virus Denggi akan berada dalam badan pesakit selama 3-14 hari
(purata 4-6 hari) sebelum menunjukkan tanda
2
TANDA - TANDA
DEMAM DENGGI
Demam mengejut, sakit kepala, sakit di belakang bebola mata,
sakit sendi dan otot serta gatal-gatal
Bintik-bintik merah pada badan
Muntah-muntah dan hilang selera makan
Pendarahan pada badan, hidung dan gusi juga boleh berlaku
1. TELUR
Berwarna hitam, tersusun seperti rakit. Teur menetas menjadi
jentik-jentik dalam masa 1-3 hari
2. LARVA
Membiak di atas permukaan air. Jentik-jentik bertukar bentuk
sebanyak 4 kali dan membesar dalam masa 6-8 hari sebelum brtukar
menjadi pupa
3. PUPA
Kepompong berbentuk comma bergerak aktif, peringkat beristirehat
dan menjadi nyamuk dewasa dalam masa 1-2 hari
4. NYAMUK
Berwarna hitam dengan corak belang hitam dan putih di badan dan
kaki. Boleh hidup lebih kurang sebulan dan hisap darah sebelum
bertelur
- BERSAMA KITA CEGAH DENGGI -