Top Banner
14

Bermain meriam buluh

Jun 22, 2015

Download

Education

ly infinitryx

cerita kanak-kanak. sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bawah 12 tahun. ibu bapa digalakkan untuk mendedahkan cerita ini kepada anak-anak untuk pertumbuhan minda mereka.selamat mencuba. :)
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Bermain meriam buluh
Page 2: Bermain meriam buluh

BERMAIN MERIAM BULUH

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Page 3: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Bulan puasa tinggal beberapa

hari sahaja lagi. Hari Raya Aidilfitri

sudah hampir menjelang.

Page 4: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

Aiman dan kawan-kawannya

bercadang hendak membuat

meriam buluh. Mereka hendak

bermain meriam buluh pada malam

hari raya.

Page 5: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

“Tentulah sangat seronok, jika kita

dapat bermain meriam buluh,” kata

Aiman.

Page 6: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

“Ya, memang sangat seronok!

Bunyi meriam buluh sangat kuat,”

kata salah seorang kawannya.

Keesokan harinya, Aiman dan

kawan-kawannya pergi menebang buluh.

Page 7: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

Pada sebelah malamnya, ayah

Aiman berpesan, “Aiman, jangan

bermain meriam buluh! Jika ada

orang bermain meriam buluh,

jangan pergi ke tempat itu.”

Page 8: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

“Meriam buluh sangat berbahaya.

Meriam buluh mudah pecah. Jika

pecah, kita akan tercedera. Ada

orang putus tangan kerana bermain

meriam buluh,” pesan ayah lagi.

Page 9: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Aiman tidak mempedulikan

nasihat ayahnya. Pada malam hari,

Aiman dan kawan-kawannya

bermain meriam buluh.

Page 10: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

Malang memang tidak berbau!

Meriam buluh itu pecah. Aiman

tercedera. Dia meraung-raung

kesakitan. Beberapa batang jarinya

sudah terputus.

Page 11: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

9

Aiman dibawa ke hospital. Dia

tidak dapat berhari raya bersama-sama

dengan kawan-kawannya. Dia

terlantar di hospital.

Page 12: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

“Inilah akibatnya jika tidak mahu

mendengar nasihat ibu bapa,” kata

ayah Aiman.

10

Page 13: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Aiman berasa sangat menyesal.

Namun, sesal kemudian sudah tidak

berguna lagi. Beberapa batang

jarinya sudah kudung.

11

Page 14: Bermain meriam buluh

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Aiman menangis teresak-esak.

Itulah akibatnya kerana tidak

mempedulikan nasihat ibu bapa.

12