Top Banner
NAMA PERMAINAN: BATIK LAMBUNG 1.0 DEFINASI 1.1 Pengenalan Batik Lambung merupakan permainan sukaneka melibatkan 2 atau 4 orang dalam satu-satu masa. Permainan ini dapat memupuk semangat bekerjasama dan dapat melatih kemahiran asas dalam aktiviti fizikal. Bilangan Peserta . Empat orang mewakili setiap kumpulan atau dua orang pemain dalam satu-satu masa.
8

Batik lambung

Apr 16, 2017

Download

Sports

Hidayah Azam
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Batik lambung

NAMA PERMAINAN: BATIK LAMBUNG

1.0 DEFINASI

1.1 Pengenalan Batik Lambung merupakan permainan sukaneka melibatkan 2 atau 4 orang dalam satu-

satu masa. Permainan ini dapat memupuk semangat bekerjasama dan dapat melatih

kemahiran asas dalam aktiviti fizikal.

Bilangan Peserta .Empat orang mewakili setiap kumpulan atau dua orang pemain dalam satu-satu masa.

Page 2: Batik lambung

PERMAINAN YANG HAMPIR SAMA

1.2 Permainan yang menyerupai permainan ini adalah permainan belon air. Perbezaannya

adalah batik lambung menggunakan bola manakala permainan belon air menggunakan

belon yang diisi air. Kreativiti permainan belon air lebih mencabar dengan menggunakan

kain dimana pada kebiasaannya, permainan ini hanya menggunakan tangan untuk

melambung dan menyambut belon.

1.3 Namun demikian, permainan belon air dilihat lebih sukar kerana terpaksa mengisi air pada

setiap belon, justeru mengambil masa yang lebih lama bagi penyediaan permainan. Kiraan

mata juga dikira berdasarkan kriteria tambahan iaitu belon tidak pecah selain disambut

oleh pasukan lawan.

1.3 Objektif

1.3.1 Menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan

kesihatan diri.

1.3.2 Memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik

semasa melakukan pergerakan.

1.3.3 Mengeratkan semangat persaudaraan dan kesukanan dalam kalangan

guru pelatiih.

1.3.4 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota pasukan seperti

bekerjasama dan tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.

1.4 Kemahiran

Page 3: Batik lambung

1.4.1 Lokomotor

Bergerak ke kiri dan ke kanan (individu yang menyambut bola).

1.4.2 Bukan lokomotor

Menghayun dan melambung (individu yang membaling bola).

Page 4: Batik lambung

PETUNJUK: X HAKIM

PELAJAR

GARISAN

KAIN BATIK

1.5 Kawasan Permainan (sertakan gambarajah / pelan permainan)

Page 5: Batik lambung

.

Page 6: Batik lambung

2 PELAKSANAAN DAN CARA PERMAINAN

2.3 Prosedur Permainan

2.3.1 Setiap kumpulan menghantar 4 orang pemain.

2.3.2 Kedudukan pemain ditempatkan di dua bahagian dengan jarak 5 meter

dari penanda A dan penanda B.

2.3.3 2 orang ditempatkan di penanda A dan 2 orang di penanda B.

2.3.4 Pemain di penanda A dan penanda B akan menggunakan kain batik

untuk membaling dan menyambut bola.

2.3.5 Pemain di penanda B akan bergerak ke barisan belakang penanda A,

manakala pemain di penanda A yang telah membuat balingan akan

bergerak ke penanda B.

2.3.6 Prosedur ini akan berulang sehingga masa tamat.

2.4 Syarat Permaian

2.4.1 Masa permainan ditetapkan selama 5 minit.

2.4.2 Jarak 5 meter.

2.4.3 Membaling dan menyambut bola dengan menggunakan kain batik (batal

jika menggunakan tangan).

2.4.4 Membaling dan menyambut bola dalam kawasan yang ditetapkan.

2.4.5 Pemarkahan dikira berdasarkan jumlah bola yang dapat disambut. 1 bola

dikira 1 markah.

Page 7: Batik lambung

3 PERALATAN PERMAINAN

3.3 Kon berwarna 4 unit

3.4 Bola 2 biji

3.5 Kain batik sarung 2 pasang

3.6 Wisel 1 biji

3.7 Jam randik 1 biji