Top Banner
Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
71

Bab 2 konsep asas

Jul 28, 2015

Download

Education

Farid Hasan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1. Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik 2. Objektif Pengajaran Memahami konsep-konsep asas hubungan etnik Menjelaskan kepentingan memahami konsep asas hubungan etnik Menjelaskan aplikasi konsepkonsep hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia 3. Liputan KuliahKONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK2.1PENGENALAN 2.2 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4KONSEP MASYARAKAT Konsep Etnik, Etnisiti an Etnosentrisme Konsep Ras dan Rasisme Konsep Prejudis dan Stereotaip Konsep Diskriminasi2.3KONSEP BUDAYA2.4KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI 2.4.1 Konsep Segregasi 2.4.2 Konsep Akomodasi 2.4.3 Konsep Akulturasi 2.4.4 Konsep Asimilasi 2.4.5 Konsep Amalgamasi 2.5PENGALAMAN MALAYSIA2.6KESIMPULAN 4. Budaya Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya itu berasal dari perkataan Sanskrit budaya ialah percantuman dua perkataan budhi dan daya. Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini budaya akan membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa 5. Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within. Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat 6. Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan budaya bukan kebendaan Budaya kebendaan peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki 7. Terdapat dua peranan utama budaya: 1. membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti 2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental Maka manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri 8. Ciri-Ciri Budaya Dipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. iii. Umur seseorang. iv. Tahap pendidikan v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. 9. Ciri Budaya Perkongsian Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat. 10. Ciri Budaya Kesejagatan Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.peralatan dan kelengkapan hidup manusia. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. sistem sosial. bahasa. kesenian. sistem pengetahuan. agama dan kepercayaan. 11. Ciri Budaya Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau. 12. Ciri Budaya Berubah Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya: i. ii. iii. iv. v. vi.pertambahan bilangan anggota masyarakat. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. penemuan dan penciptaan teknologi baru. pertembungan budaya. konflik yang berlaku. perubahan alam sekitar. 13. Ciri Budaya Perlambangan Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil. 14. Ciri Budaya Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya. 15. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Memenuhi dan Menyediakan Keperluan Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan 16. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, ia meliputi: i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. 17. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Mengatur Hubungan Sesama Manusia budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia. 18. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan 19. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian. 20. KONSEP MASYARAKAT Definisi Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu iakatan ketatanegaraan. Masyarakat adalah terdiri daripada kumpulan individu yang mempunyi hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan yang wujud mungkin dari segi 21. Komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan ketiga adalah aspek kebangsaan 22. Keperluan Mengkaji Masyarakat Manusia Hidup Bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang lain atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat 23. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat Apabila kita mengkaji sesebuah masyarakat, kita akan dapat memahaminya dengan lebih tepat berbanding jika tidak mengkajinya. Pemahaman yang tepat terhadap massyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya 24. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud. Seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut. 25. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat. 26. Ciri-Ciri Masyarakat Manusia Yang Hidup Berkelompok Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain. 27. Melahirkan Kebudayaan Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian. 28. Mengalami Perubahan Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu 29. Mengalami Perubahan Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. Komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu 30. Terdapat Kepimpinan Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan 31. Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat. Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga: kelas, status kasta 32. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan. Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. 33. Konsep Etnik Berasal dari perkataan ethnos Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. 34. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza . 35. Konsep Etnisiti Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. 36. Etnosentrisme Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri. 37. Konsep Ras dan Rasisme sering kali digunakan secara berulangan Istilah ras dan etnik walaupun membawa makna berbeza. Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. 38. Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah fizikalbilogikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka. Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciriciri fizikal-biologikal selainnya. 39. Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. 40. Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip.Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi 41. Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebihlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. 42. Konsep Diskriminasi Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif. Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik. Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu 43. KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan seringkali merujuk kepada penyatuan berbagai etnik dan budaya yang berlainan ke arah membentuk satu entiti fizikal. Mereka tinggal bersama dalam satu kawasan dan menjalankan aktiviti seharian dengan harmoni. Perpaduan juga adalah satu konsep politik yang merujuk kepada satu keadaan sehaluan, rapat serta bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Ini selari dengan apa yang dimaksudkan dengan perpaduan oleh kerajaan iaitu satu proses menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka 44. Unsur-unsur IntegrasiWilayah Integrasi Integrasi Ekonomi Integrasi Kebudayaan Integrasi Sosial Integrasi Pendidikan Integrasi Politik 45. Usaha-usaha ke arah Integrasi mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk-penduduk dalam wilayah yang berkenaan. mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman yang lebih baik di antara penduduk dan suku kaum yang ada. mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap konsep bangsa Malaysia. 46. Integrasi merupakan tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh kebanyakan masyarakat majmuk. Integrasi membolehkan pelbagai bentuk etnik dan ras bersatu, seterusnya membentuk sebuah masyarakat dengan identiti baru. Integrasi wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahli-ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Senario ini turut melibatkan penyatuan pelbagai kumpulan, tanpa mengira keturunan, sehingga melenyapkan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap satu sama lain dalam masyarakat tersebut. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. 47. Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etniketnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan. A+B+C 48. Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, A+B+C=A+B+C Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka 49. Akulturasi Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsurunsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. 50. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpow, makanan, hiburan dan sebagainya 51. Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada: i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya. A + B + C = Ai + Bi + Ci 52. Asimilasi Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi 53. Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: i. Etnik yang berbeza budaya. ii. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama. 54. Kejayaan asimilasi bergantung kepada: i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. 55. Faktor penghalang asimilasi ialah: i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. A+B+C=A 56. Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik. A+B+C=D 57. Tahap-tahap Hubungan Etnik SEGREGASIPemisahan antara etnik. Dasar apateidAKOMODASISedar perbezaan budaya. Hidup dengan harmoniAKULTURASIMinoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asalASIMILASIMinoriti terima budaya dominanAMALGAMASIPercampuran membentuk kelompok baru. Kahwin campur 58. Proses Integrasi Amalgamasi Asimilasi Akulturasi Akomodasi SegregasiRendahTinggi 59. Jadual 2.1 : Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang)Jumlah Penduduk Tahun 2000 (Juta)Tahun 2005Tahun 2010Bumiputera14.5666.1%16.0665.9%17.9567%Cina5.5825.3%6.1525.3%6.5224.3%India1.637.4%1.837.5%1.977.4%Etnik lain0.271.2%0.321.3%0.351.3%Jumlah Penduduk22.04100%24.36100%26.79100%Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 60. Pengalaman Malaysia Di atas kepelbagaian inilah, kerajaan telah mengambil langkah dan melaksanakan berbagai program bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Antara langkah penting yang diambil oleh kerajaan ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jabatan ini seterusnya ditukar kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memainkan peranan yang lebih penting dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia serta terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. 61. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan Panel Penasihat Perpaduan Negara di peringkat pusat dan Jawatankusa Penasihat Perpaduan Negeri di peringkat negeri-negeri. Penubuhan panel ini bertujuan untuk membincangkan is-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Ini ditambah lagi dengan pelbagai program lain seperti dasar-dasar yang diperkenalkan, sistem pendidikan dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, hubungan harmoni antara etnik di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina masjid dan rumah ibadat lain di Melaka. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan senibina China, Melayu, Arab dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan Melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, Arab dan India serta China. 62. Begitu juga dengan adanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, telah memperkukuhkan lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, terus dipelihara dan dimajukan. Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia, begitu juga dengan masakan etnik Cina seperti nasi goreng Cina, mi Hailam dan masakan India seperti kari. Manakala daripada segi pakaian, para pelajar bukan Melayu tidak merasa janggal memakai baju kurung dan baju Melayu khususnya pada hari Jumaat. Perkara ini terus diterima apabila sambutan Hari Kemerdekaan, di mana kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah digunakan. Hal yang sama juga apabila perbarisan kontigen sukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan, telah memaparkan kesenian rakyat Malaysia. 63. Oleh itu, konsep-konsep seperti prejudis, steriotaip, rasisme dan diskriminasi wajar dielakkan kerana ia boleh menghalang perpaduan di kalangan etnik. Sebaliknya konsep-konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia. 64. PENUTUP Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut spiritual. Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara iaitu kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.