Top Banner
26

7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Jun 08, 2015

Download

Documents

thinkerich

Sebuah Panduan Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang Dengan Cara Yang Mudah, Teratur & Berkesan! Dinyatakan 7 Cara yang perlu diambil oleh mereka yang tidak ingin berhadapan dengan masalah kekurangan wang untuk selamanya..! Amat Disyorkan Untuk Bacaan Semua..!
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Page 2: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

7 Cara Mengatasi Masalah

Kekurangan Wang

THINKERICH

Page 3: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih berinspirasi dan terkini tentang motivasi kekayan, motivasi kewangan dan

motivasi diri, sila lawati Blog

www.PemikirKaya.com

Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi

Page 4: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

THINKERICH ENTERPRISE

7777 Cara MCara MCara MCara Mengatasi Masalah Kekurangan engatasi Masalah Kekurangan engatasi Masalah Kekurangan engatasi Masalah Kekurangan WangWangWangWang Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Diterbitkan oleh : Thinkerich Enterprise Untuk www.BajetWang.com E-mel : [email protected] Hakcipta © Khairulnahar a.k.a Thinkerich 2008 Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit.

Edisi Pertama November 2008

Kandungan eBook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional dari pakar yang berkelayakan. Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati www.pemikirkaya.com

Page 5: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Pendahuluan Kekurangan wang bukanlah suatu masalah sebenarnya. Ia hanyalah kesan dan akibat daripada kesilapan anda dalam menguruskan wang. Ianya berkait rapat dengan tingkah laku dan tabiat anda ke atas wang dan bagaimana anda menggunakannya. Apa yang pasti mengalami masalah kekurangan wang adalah saat paling sukar dalam hidup ini. Apa tidaknya dalam dunia serba moden hari ini segala-galanya memerlukan wang. Bermula daripada anda bangun tidur di siang harinya sehinggalah anda kembali tidur pada malamnya, semuanya memerlukan wang. Bagi kebanyakan orang berhadapan dengan masalah kekurangan wang adalah perkara yang paling merunsingkan fikiran mereka. Semakin difikirkan perkara ini, maka semakin buntulah fikiran mereka. Dalam dunia hari ini kita semua dapat lihat bahawa lebih banyak masalah itu berpunca daripada masalah kekurangan wang. Kes penceraian, kecurian, rompakan, penipuan, salah guna kuasa, peras ugut, rasuah dan pelbagai masalah dan gejala sosial lain lagi berpokok pangkal daripada perkara ini. Anda mungkin tertanya-tanya apakah masih ada sinar harapan untuk anda keluar daripada belenggu ini? Bagi saya, ianya sudah tentu ada! Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan selagi ada kemahuan dan kesungguhan. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memahami kedudukan kewangan anda secara menyeluruh. Anda perlu tahu di mana tahap kewangan anda, apa matlamat kewangan anda, dan apa pula perancangan yang perlu anda buat untuk memastikan tindakan dapat dilakukan selaras dengan matlamat kewangan anda. Untuk itu anda perlulah memahami istilah kewangan dalam pengurusan wang anda. Perkara ini penting untuk anda laksanakan supaya anda tidak terkeliru apabila berhadapan dengan aset dan liabiliti. Dengan memahaminya adalah lebih mudah untuk anda menguruskan dan merancang aliran wang anda. Perkara ini akan dibincangkan dalam Cara#1. Perkara kedua setelah anda memahami istilah kewangan, anda perlu menguruskan wang anda dengan cara yang betul. Ramai yang merasakan bahawa selama ini mereka telah menguruskan wang mereka dengan betul tetapi perkara sebaliknya berlaku. Maka tidak hairanlah terlalu ramai orang

Page 6: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

sering menghadapi masalah kekurangan wang. Anda akan mempelajari cara menguruskan wang dengan terperinci dalam Cara #2. Perkara ketiga sudah tentunya adalah dengan meningkatkan pendapatan anda kerana apabila mengalami kekurangan wang, anda tidak boleh hanya duduk diam dengan kaedah ‘berjimat cermat’ sahaja seperti mana saranan popular sesetengah pihak. Berjimat cermat adalah langkah dan tindakan sementara supaya anda dapat bertahan dalam keadaan kekurangan buat masa itu. (tetapi ianya langkah berterusan yang perlu diambil oleh anda sebaik sahaja anda mengatasi masalah kekurangan wang agar ianya tidak berulang!) Sebaliknya anda perlu bertindak pantas dan segera menambah pendapatan wang anda. Anda akan ditunjukkan bagaimana cara yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan wang anda dalam Cara #3. Perkara keempat, setelah meningkatkan jumlah wang yang anda ada, sudah tentulah langkah seterusnya adalah membuat simpanan. Tahukah anda tanpa melakukan simpanan, cita-cita anda untuk bebas daripada masalah kekurangan wang adalah mustahil! Ianya tak ubah seperti “Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba!” Ini kerana hanya dengan simpanan sahaja yang akan dapat membuatkan anda sentiasa memiliki wang. Tak begitu? Logik bukan! Apabila anda mulai menyimpan bermakna anda sentiasa mempunyai wang. Anda bakal didedahkan dengan pelbagai strategi dan kaedah simpanan yang akan membantu anda mengatasi masalah kekurangan wang anda dalam Cara #4. Perkara kelima pula adalah kesinambungan hasil daripada simpanan yang anda bentuk. Sekiranya anda simpan sahaja wang anda tanpa usaha untuk menggandakannya, adalah mustahil untuk anda dapat lari daripada masalah kekurangan wang. Anda perlu tahu di manakah wang anda harus disimpan agar ianya dapat memberikan pulangan yang menguntungkan. Anda akan mengetahui caranya dalam Cara #5. Perkara keenam adalah perkara paling penting untuk anda ambil tahu dan memahaminya. Saya percaya sepertimana kebanyakan orang lain, anda juga tidak boleh lari daripada melakukan pinjaman dan membuat hutang. Ini kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk anda memiliki kenderaan atau rumah kediaman secara tunai jika anda sendiri mengalami masalah kekurangan wang. Malangnya hutang inilah yang menjadi faktor utama kepada masalah kekurangan wang yang sedang anda hadapi sekarang. Percaya atau tidak, sama ada anda sedar atau tidak, itulah realiti dan kebenarannya. Jadi anda akan lebih memahami sekiranya anda mengikuti apa yang saya sarankan, agar berhenti dan hapuskan hutang anda dengan segera di dalam Cara #6. Perkara ketujuh dalam ebook ini juga akan menyedarkan kepada anda bahawa dalam dunia kewangan ini jika anda tidak prihatin dan tiada asas

Page 7: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

pendidikan mahu pun ilmu kewangan yang kukuh anda mungkin mengalami masalah kehilangan wang pula. Sudah tentu apabila anda kehilangan wang maka sudah pasti anda akan berada dalam kedudukan kekurangan wang! Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Cara #7. Kesimpulannya, hasil daripada ketujuh-tujuh cara berkenaan, saya selitkan juga cara terkahir yang merupakan prinsip yang mesti anda pegang sepenuhnya jika ingin mengatasi masalah kekurangan wang. Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan serta saudara saudari yang saya kasihi sekalian, tanpa kita perlu melengahkan masa, apa kata kita mulakan mencari jawapan ke arah penyelesaian ‘7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang’.

Selamat membaca! Semoga berjaya! Salam kekayaan,

ThinkerichThinkerichThinkerichThinkerich Khairulnahar a.k.a Thinkerich Blogger Motivasi Kekayaan & Kewangan Peribadi

www.PemikirKaya.com

Page 8: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

CARA # 1

FAHAMI ISTILAH KEWANGAN

Boleh dikatakan ramai di kalangan mereka yang mengalami masalah kewangan pada hari ini tidak tahu dan mungkin tidak pernah ambil tahu tentang makna dan istilah kewangan yang sebenarnya dalam kehidupan mereka. Apa yang mereka tahu, apabila memperolehi wang, mereka hanya tahu belanja dan menghabiskannya sahaja. Sekiranya terdapat sesuatu perkara yang berada di luar kemampuan mereka, maka jalan penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan membuat pinjaman atau berhutang.

Malangnya ada juga segelintir di antara mereka ini yang begitu arif tentang istilah berkenaan, bahkan begitu cekap dalam menguruskan kewangan orang lain terutama majikan mereka, seperti Akauntan, Pegawai Kewangan, Pengurus Kewangan dan sebagainya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan, tiba-tiba menjadi hilang arah sebaik sahaja berhadapan dengan pengurusan wang milik mereka sendiri. Memiliki pendapatan yang besar sekalipun tidak akan menjamin anda menyelesaikan masalah kekurangan wang, apatah lagi untuk mencapai ‘kebebasan kewangan’! Mengapa?

Page 9: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 10: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Memahami Liabiliti

Seperti yang telah dinyatakan, liabiliti merupakan sesuatu yang anda tanggung. Ini merangkumi bil-bil yang belum dilangsaikan seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan anda dengan banyaknya. Untuk mengatasi masalah kekurangan wang, anda perlulah mengurangkan dan seterusnya menghapuskan liabiliti anda dengan melangsaikan segala bentuk hutang dan tanggungan anda dengan secepat mungkin.

Sekiranya anda masih berhutang, anda terpaksa membayar faedah hutang tersebut. Lebih lama anda mengekalkan liabiliti anda, maka semakin tinggilah beban hutang yang anda perlu tanggung!

Ini terjadi apabila anda gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding caj faedah yang perlu dibayar.

Sekiranya anda merujuk kembali pada Jadual 1, anda akan mendapati bahawa Amir mempunyai Nilai Bersih pada kadar NEGATIF (-)! Ini menunjukkan bahawa Amir perlu mengambil tindakan SEGERA bagi memulihkan kedudukan Nilai Bersih kewangan dirinya. Jika tidak beliau akan terus berada di dalam masalah kewangan yang serius sepanjang masa.

Nilai semasa rumah anda (harga pasaran semasa) adalah ASET;

manakala baki pinjaman perumahan pula adalah LIABILITI.

Katakanlah rumah anda kini bernilai RM150,000,

tetapi baki pinjaman anda adalah RM100,000.

Ini bermakna EKUITI rumah anda adalah RM50,000!

Anda mungkin tidak dapat melihat kedudukan Nilai Bersih kewangan anda sekiranya anda tidak melakukan perkara yang sama seperti Amir. Apa kata anda dapatkan sebatang pen dan kertas dan lakukan perkara yang sama seperti Jadual 2 di bawah.

Page 11: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 12: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

CARA # 2

MULAI MENGURUS WANG ANDA

Mendapatkan wang adalah perkara yang pertama, dan keduanya adalah menguruskannya. Anda tidak boleh memiliki yang pertama, sekiranya anda tidak melaksanakan perkara kedua. -Thinkerich

“Dari mana harus saya mulakan?” “Saya selalu kehabisan wang! Kadang-kadang belum sempat setengah bulan, poket sudah kosong!” “Baki di mesin ATM (Auto Teller Machine) tinggal RM10.32 sahaja!”

Itulah soalan dan keluhan yang sering saya dengari setiap kali memberi khidmat runding kewangan kepada mereka yang menghadapi masalah kekurangan wang. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama?

Saya hampir dapat meneka apa jawapan anda! Jawapannya adalah, Ya!

Kenapa saya berani berkata demikian?

Ini kerana anda sedang membaca ebook ini ☺! Benar bukan? Baiklah bagi mengurangkan tekanan darah anda daripada terus meningkat pada paras berbahaya, biar saya jelaskan kepada anda. Sebenarnya tiada cara lain yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini melainkan anda duduk bertenang dan mulai belajar dan ambil tahu tentang cara sebenar mengurus wang anda. Ya, saya ulangi sekali lagi! “Cara sebenar!”

Page 13: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 14: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Untuk mempunyai kawalan ke atas wang anda, maka anda MESTI menguruskan wang anda terlebih dahulu! Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kekurangan wang sering memberi alasan berikut;

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup

untuk diuruskan.”

Inilah masalahnya jika anda juga bersependapat dengan kenyataan ini. Anda telah melihat dan berfikir dengan cara yang tidak betul sepertimana tidak betulnya anda menguruskan wang anda. Anda mungkin hanya akan berkata seperti berikut;

“Apabila saya mempunyai wang yang banyak,

barulah saya akan mengurus wang saya.”

Saya ingin bertanya kepada anda secara jujur,

“Bolehkah anda mendapatkan wang yang banyak sekiranya jumlah wang yang kecil pun tidak mampu anda uruskannya dengan baik?

Sudah pasti tidak! Jika anda terus membina alasan ini di dalam fikiran anda, saya percaya sampai bila-bila pun anda tidak dapat mengatasi masalah kewangan anda. Sebaliknya kenyataan yang sepatutnya anda pegang dan yakini ialah;

“Sebaik sahaja saya mulai mengurus wang, maka saya akan mempunyai lebih banyak wang untuk diuruskan!”

Nah! mulai sekarang anda kena tukar cara berfikir anda berdasarkan kenyataan dan realiti hidup yang sebenarnya, bukannya dengan terus memberi alasan seperti sebelum ini!

Ingat !

Orang Kaya sering mencari jawapan dan bertindak menyelesaikan sesuatu perkara tetapi orang Miskin hanya tahu merungut dan memberi ‘Alasan’

sepanjang masa.

Sebab itulah mereka terus berada dalam kemiskinan!

Page 15: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 16: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

CARA # 3

TINGKATKAN PENDAPATAN ANDA

Baiklah setelah kita telah faham konsep pengurusan wang yang betul pada bab sebelumnya, kini barulah anda boleh memulakan usaha untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda. Namun begitu, setiap kali membicarakan tentang meningkatkan pendapatan, sudah pasti tergambar di fikiran kita untuk mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan.

Perkara ini adalah lumrah dalam kehidupan masa kini! Jika ditanya tentang pekerjaan seseorang, sudah pasti pertanyaan berikut diajukan terlebih dahulu; “Berapa gaji atau pendapatan anda?”

Kenapa soalan ini begitu popular? Jawabnya, sudah pasti kerana wang! Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, malah ada yang menyamakan kejayaan dengan wang ringgit dan menyangka semua masalah boleh diselesaikan dengan wang. Seringkali kita menganggap seseorang yang menerima pendapatan bulanan yang tinggi dan lumayan adalah golongan yang berada dan kaya raya. Sebaliknya golongan yang di ‘anggap kaya’ ini pun menghadapi masalah kewangan yang sama dan kadangkala lebih teruk daripada yang anda sangkakan.

Oleh itu, pergantungan kewangan bukanlah semata-mata membabitkan jumlah wang di tangan anda tetapi lebih kepada kebijaksanaan anda mengendalikan wang tersebut.

Ada pula yang menyatakan “wang bukanlah segalanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Inilah kenyataan sebenar hidup di zaman serba moden ini. Kekurangan wang menjadi satu perkara biasa.

Page 17: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Masalah ini tidak akan berkesudahan jika kita tidak cuba mencari penyelesaiannya. Ramai yang beranggapan untuk menyelesaikan perkara ini ialah dengan berusaha mendapatkan wang yang lebih besar jumlahnya. Lumrahnya sama ada berpendapatan tinggi, sederhana mahu pun kecil, masalah kekurangan wang masih tetap dialami. Bagaimana perkara sebegini ini boleh terjadi?

Pada kebiasaannya, setiap kali berurusan dengan wang, apa yang bermain di dalam fikiran kita hanyalah dua perkara iaitu, Pertamanya ; “ Bagaimana untuk kita mendapatkan wang? ” Keduanya ; “ Kemana kita hendak belanjakannya? ” Itu sahaja!

Kebiasaannya dalam anda memenuhi keperluan diri dan keluarga, apa yang selalu terjadi adalah situasi di mana perbelanjaan sentiasa melebihi pendapatan. Maka tidak hairanlah wang anda sentiasa tidak mencukupi! Adalah tidak salah untuk memenuhi kehendak atau kemahuan anda tetapi harus diingat ianya hanya boleh dipenuhi jika anda merancang cara memperolehinya, menyimpan seperti mana kaedah pengasingan yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya ingin memetik kata-kata billionaire, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,

tokoh korporat Melayu, dalam satu temu bual yang telah dibuat dengannya oleh pihak media. Di antara kata-katanya yang ingin saya petik untuk kita semua jadikan pegangan adalah;-

Page 18: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 19: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Dimanakah Wang Saya Harus Di Simpan?

Ini merupakan soalan yang sering menjadi tanda tanya dikalangan kita semua! Apakah ianya harus disimpan didalam tabung buluh, tin,

atau tabung simpanan yang dijual di kebanyakan kedai? Atau disimpan sahaja di bawah tikar, bawah bantal atau bawah permadaini di dalam bilik anda? Tunggu! Sebelum anda ambil apa-apa tindakan, anda perlu tahu dan mengambil kira keselamatan wang simpanan/tabungan tersebut serta matlamat simpanan anda. Adalah lebih baik anda simpan di Bank yang berlesen kerana deposit anda akan diinsurankan oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan RM60,000. Jadi sebelum membuka akaun simpanan di sesebuah bank, anda perlu pastikan bahawa bank tersebut merupakan bank atau institusi kewangan yang bernaung di bawah PIDM. Kebiasaannya pemberitahuan perkara tersebut dinyatakan di pintu masuk sesebuah bank. Baiklah jika anda ingin menyimpan di dalam Akaun Simpanan, anda harus sedar bahawa wang yang anda simpan dalam akaun simpanan biasa akan di’makan’ oleh INFLASI! “Apa itu Inflasi?, mungkin ada dikalangan anda bertanya! Saya akan jelaskannya pada Cara#7 dalam ebook ini nanti, atau anda juga boleh dapatkan jawapannya di www.PemikirKaya.com “Jadi bagaimana kesan Inflasi ke atas wang simpanan saya dalam akaun simpanan?” anda mungkin bertanya lagi. Ini kerana akaun simpanan hanya memberikan faedah atau dividen tahunan kurang 0.2% setahun apa akan jadi jika sekiranya kadar Inflasi negara pula berada pada kadar 3% hingga 5% setahun! Jika keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak menentu kadar inflasi mungkin akan meningkat dengan lebih tinggi.

Page 20: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 21: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

CARA # 5

GANDAKAN WANG ANDA Baiklah setelah anda mengetahui akan pentingnya simpanan dalam bab yang terdahulu, kini tibalah masanya untuk anda menggandakan simpanan tersebut.

Ini kerana anda perlu sedar bahawa simpanan yang dibuat di tempat yang tidak betul akan mengakibatkan anda kehilangan nilai ke atas wang tersebut kerana dihakis oleh inflasi! Ianya tidak ubah seperti perbuatan yang sia-sia! Maka di sini anda perlu merancang dan menggandakan wang

anda dengan cara yang betul. Apabila disebut penggandaan tentang wang, saya tidak nampak cara lain yang paling baik untuk menghasilkannya melainkan melalui pelaburan. Pelaburan adalah asas kepada kekayaan anda. Tanpanya langkah menuju kekayaan akan memakan masa yang amat panjang. Pelaburan seolah-olah roket yang mempercepatkan proses pengumpulan kekayaan anda. Pelabur terkaya di dunia yang juga manusia nombor satu terkaya di dunia bagi tahun 2008, sebagaimana yang dilaporkan oleh Forbes iaitu Warren Buffet, pernah berkata;

“Janganlah berfikiran bahawa anda boleh menjadi seorang KAYA sebelum anda menjadi seorang pelabur. Anda perlu BELAJAR untuk

menjadi seorang Pelabur jika anda ingin menjadi seorang KAYA”

Maka jelaslah di sini untuk mengumpul kekayaan anda mesti memulakan asas PELABURAN dalam setiap perkara dan tindakan yang melibatkan wang anda. Oleh itu, mari kita lihat apakah asas pelaburan yang perlu anda pelajari untuk anda mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan wang anda!

Page 22: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 23: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Apakah Jenis-Jenis Faedah? Apabila anda terlibat dengan hutang mahu pun pinjaman perkara utama yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu adalah berkenaan faedah yang dikenakan. Tidak ramai di antara kita yang mengambil tahu tentang perkara ini. Kebanyakan daripada kita apabila melibatkan pembiayaan pinjaman, mereka mahukan nilai pinjaman yang tinggi. Jika boleh mereka mahukan nilai pinjaman penuh 100%, tempoh pinjaman yang panjang dan yang paling penting pada mereka ialah ansuran bulanan yang paling rendah yang perlu dibayar oleh mereka. Mereka berpendapat, jika ansuran bulanan yang dikenakan rendah maka mereka mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan yang lain.

Tetapi tahukah anda? Semakin panjang tempoh pinjaman anda maka semakin besar jumlah wang yang perlu anda bayar kepada pihak bank. Ini belum lagi mengambil kira bentuk faedah yang dikenakan. Terdapat empat jenis dan bentuk faedah yang biasanya dikenakan oleh bank kepada para peminjam. Yang manakah lebih baik dan menguntungkan anda? Cuba kita lihat contoh di bawah:-

Faedah Kadar Tetap

Pada asasnya kadar tetap dikira berdasarkan kepada jumlah tahunan dan fedah tetap yang dikenakan. Harga jualan kenderaan : RM50,000.00 Tempoh pinjaman : 9 Tahun Faedah : 5% Harga termasuk faedah : RM72,500.00 (RM50,000 x 5% x 9 tahun + RM50,000.00)

Ansuran bulanan : RM672.00 Jumlah faedah : RM22,500.00 Peratusan faedah : 45% daripada nilai pinjaman

Page 24: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

Page 25: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

CARA # 7

JAGALAH WANG ANDA DARIPADA KEHILANGAN

"TAMAK itu adalah apabila kita membuat terlalu banyak duit dengan masa yang terlalu singkat, dengan terlalu banyak cabang dan dengan kemahiran

yang terlalu rendah."

~ Peter Spann, Penulis buku “From Broke to Millionaire in just 7 years”

Baiklah kini kita telah sampai pada cara ke 7, untuk mengatasi masalah kekurangan wang anda! Kenapa anda perlu jaga wang anda daripada kehilangan? Jawabnya mudah!

Kerana sejarah menunjukkan di luar sana terlalu ramai penyangak yang ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan dan ketamakan orang lain! Namun anda bertuah, kerana sebagai pembaca eBook ini, anda sekurang-kurangnya tahu dan mula berwaspada dengannya! Mari Jadi Kaya Dengan Cepat! Wah, satu saranan yang amat mengujakan anda! Apa yang sedang anda fikirkan sebaik mendengar saranan ini? Mungkin anda terfikir bahawa saya akan menunjukkan kepada anda langkah dan kunci untuk mencapai kekayaan dengan segera! Lagi pun, bukankah ebook ini berkisar tentang cara-cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang, maka adalah penting untuk didedahkan cara untuk menjadi kaya dengan cepat! Maafkan saya, kerana saya tidak dapat memenuhi impian anda itu. Sebaik mendengar “Menjadi Kaya Dengan Cepat!”, jangan terlalu ghairah dengannya. Apabila anda mendengar seseorang melaung-laungkan kata-kata hebat seperti ini, saya minta anda cepat-cepat sedarkan diri anda daripada lamunan. Mengapa? Anda mungkin bertanya!

Page 26: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

DAPATKAN VERSI LENGKAP DI

http://www.bajetwang.com

- Masih banyak cara dan kaedah yang perlu anda

pelajari dan amalkannya…

- Anda mesti membaca versi penuh yang lebih PADAT!

Pesan Sekarang

KLIK DI SINI