Top Banner
Bimbingan dan Kaunseling 1 1.0 Bilik Kaunseling dan Bimbingan di Sekolah. Saya sedang menjalankan praktikum fasa ketiga di SJK( T ) Thiruvalluvar selama 3 bulan.Saya telah mengambil peluang keemasan ini untuk membuat kajian tentang keberkesanan perkhidmatan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Saya telah menyediakan suatu senarai semak ( lampiran 1 )dengan rujukan Sidek Mohd Noah dalam buku Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling. Hasil analisis saya ini terdiri daripada kekuatan dan kelemahanm bilik bimbingan dan kaunseling serta penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan bilik dan perkhidmatan ini kepada murid. 1.1 Kekuatan Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T ) Thiruvalluvar telah memenuhi kebanyakkan kriterian yang tertera dalam senarai semak yang disediakan. Dari aspek kesesuaian lokasi, bilik ini sangat kondusif bagi menjalankan sesi kaunseling. Ruang yang disediakan amat bersesuaian dengan kedua-dua jenis kaunseling sama ada individu atau kelompok.Terdapat suatu ruang tamu yang mampu membentuk suatu suasana yang lebih menyenangkan kepada murid.Terdapat beberapa papan kenyataan yang dipenuhi dengan maklumat-maklumat asas berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Dari segi kelengakapan pula, terdapat rak-rak yang disusun rapi dipenuhi dengan sumber rujukan murid yang dikunci rapi. Selain itu, dari aspek keceriaan, bilik bimbingan dan kaunseling ini sangat cantik dipenuhi dengan pelbagai lukisan yang penuh dengan pelbagai maklumat. Bilik tersebut kelihatan bersih dan papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info yang boleh sangat berguna kepada murid.
15

2.0 Peranan Guru Biasa

Jul 08, 2016

Download

Documents

peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 1

1.0 Bilik Kaunseling dan Bimbingan di Sekolah.

Saya sedang menjalankan praktikum fasa ketiga di SJK( T ) Thiruvalluvar selama 3

bulan.Saya telah mengambil peluang keemasan ini untuk membuat kajian tentang

keberkesanan perkhidmatan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Saya telah

menyediakan suatu senarai semak ( lampiran 1 )dengan rujukan Sidek Mohd Noah dalam

buku Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling. Hasil analisis saya ini terdiri daripada

kekuatan dan kelemahanm bilik bimbingan dan kaunseling serta penambahbaikan bagi

meningkatkan keberkesanan bilik dan perkhidmatan ini kepada murid.

1.1 Kekuatan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T ) Thiruvalluvar telah memenuhi kebanyakkan

kriterian yang tertera dalam senarai semak yang disediakan. Dari aspek kesesuaian lokasi, bilik

ini sangat kondusif bagi menjalankan sesi kaunseling. Ruang yang disediakan amat

bersesuaian dengan kedua-dua jenis kaunseling sama ada individu atau kelompok.Terdapat

suatu ruang tamu yang mampu membentuk suatu suasana yang lebih menyenangkan kepada

murid.Terdapat beberapa papan kenyataan yang dipenuhi dengan maklumat-maklumat asas

berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Dari segi kelengakapan pula, terdapat rak-

rak yang disusun rapi dipenuhi dengan sumber rujukan murid yang dikunci rapi. Selain itu, dari

aspek keceriaan, bilik bimbingan dan kaunseling ini sangat cantik dipenuhi dengan pelbagai

lukisan yang penuh dengan pelbagai maklumat. Bilik tersebut kelihatan bersih dan papan

kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info yang boleh sangat berguna kepada murid.

1.2 Kelemahan Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Walaupun terdapat pelbagai kekuatan namun, ada beberapa kelemahan yang saya

dapat kesan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti masalah dari segi

pengudaraan. Hal ini adalah disebabkan hanya terdapat satu fan siling yang tidak mampu

menyamankan bilik sebesar itu. Selain itu, terdapat kurangan dari segi ketiadaan peti cadangan

di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. Hal ini akan menyukarkan penerimaan cadangan dan

pendapat daripada murid-murid.

Page 2: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 2

1.3 Cadangan Penambahbaikan

Pihak sekolah patut menyediakan kemudahan-kemudahan yang penting seperti

pengudaraan yang cukup melalui pemasangan peghawa dingin di bilik bimbingan dan

kaunseling Hal ini sangat penting bagi membentuk suatu suasana yang kondusif dan menjamin

kelancaran sesi kaunseling seperti yang diutarakan oleh Haliza Hamzah ( 2009 ) dalam buku

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Guru juga harus menyediakan suatu peti cadangan

sama ada di luar atau di dalam bilik. Hal ini adalah bagi mendapatkan respon daripada murid

berkaitan dengan bilik atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ataupun

membantu dalam hal penambahbaikkan dari segi perkhidmatan yang diberikan.

Page 3: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 3

Lampiran 1

Kemudahan-kemudahan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Kesesuaian dari segi Kelengkapan Bilik

Ruang Tamu

Bilik Kaunseling

Page 4: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 4

Almari Cermin

Set sofa

Page 5: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 5

Kesesuaian dari segi Keceriaan dan Kebersihan

Lukisan yang

Langsir / Sudut

Page 6: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 6

Mutiara kata /

Papan Kenyataan

Page 7: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 7

Carta Organisasi

Page 8: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 8

2.0 Bincangkan peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertambah penting sekarang kerana Negara-

negara mengalami perubahan pesat.. Menurut Haliza Hamzah dalam buku ‘Pengurusan Bilik

Darjah dan Tingkah Laku’, bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan digunakan

oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan

kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran manakala,

kauseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya

yang sebenar.

Guru-guru di sekolah berpendapat bahawa hanya guru bimbingan dan kaunseling

sahaja harus melaksanakan perkhidmatan tersebut.. Oleh itu seperti yang disebut oleh Tang

Chee Yee dalam karyanya ‘Bimbingan dan Kaunseling’ guru biasa memainkan peranan yang

penting dalam membimbing murid-murid di bawah jagaanya. Guru menolong murid dalam

setiap aspek seperti aspek akademik, persekitaran, sekolah, emosi, social dan lain-lain lagi.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling adalah memberi

kesedaran tentang pentingnya pelajaran bagi masa depan mereka. Guru biasa haruslah

membantu murid untuk mengenal dan menyedari potensi diri mereka. Murid-murid yang sedar

tentang potensi diri akan dapat menangani cabaran dan masalah dengan lebih berkesan untuk

menjadi individu yang berjaya. Untuk berjaya dalam pelajaran, perlulah ada perancangan

pelajaran sejak dari peringkat awal pembelajaran. Peranan guru dalam aspek ini adalah

memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi sehingga mereka mencapai suatu

tahap yang dapat menanamkan sikap suka pada pelajaran. Hal ini akan membawa kearah

pencapaian objektif sesuatu pelajaran itu.

Selain itu, murid-murid sekolah sentiasa terdedah kepada rangsangan-rangsangan

negatif yang mendorong mereka untuk membuat pemilihan yang salah . Gangguan emosi juga

akan mendorong seseorang murid untuk mengambil keputusan yang salah dalam kehidupan

yang akan memberikan impak yang sangat teruk. Dalam menangani hal ini, guru biasa

berperanan dalam membantu murid untuk membina kemahiran dalam pengurusan kendiri agar

mereka mampu bertindak rasional. Guru harus mengesan kesulitan atau keadaan-keadaan

yang tidak memuaskan dan boleh menganggu dirinya dan sosialnya serta memberi bimbingan

dan kauseling mengenainya.

Page 9: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 9

Seterusnya, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa tentang hal-hal

perkembangan pelajar, mengenai hal ehwal sekolah, proses pelajaran kurikulum dan

kokurikulum. Hal ini sangat membantu guru dalam mengenali diri seseorang murid dengan lebih

teliti dan mudah untuk diberi bimbingan yang betul.Guru juga harus merujuk kepada guru

bimbingan dan kaunseling dari semasa ke semasa tentang murid-murid yang memerlukan

pertolongan professional. Hal ini adalah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam

pemberian bimbingan berbantukan pelbagai teori dan kaedah serta strategi yang bersesuaian

dengan setiap isu atau murid. Guru juga perlu bekerjasama dengan guru bimbingan dan

kaunseling dalam mengendalikan dan menjalankan program bimbingan dan kaunselinh di

sekolah.

Guru biasa juga berperanan dalam menolong murid dalam penyesuaian. Guru

membantu murid untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi

persekitaran dan sebagainya.Hal ini adalah penting bagi menolong murid dalam pelajaran.

Murid-murid zaman ini mengalami pelbagai kesulitan dalam mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran pada hari ini. Guru biasa berperanan dalam memastikan murid-murid sentiasa

dibantu dengan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan yang akan mengelakkan mereka

daripada ketinggalan dalam pelajaran.

Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing harus membentuk tabiat kerja

murid. Pembentukan tabiat positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.

Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun agar segala

masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan ikhtibar dalam menghadapi cabaran pada masa

akan datang.

Page 10: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 10

3.0 Analisis Ujian Psikometrik Minat Pekerjaan.

Menurut Herr dan Crammer ( 1979 ), secara umumnya terdapat dua jenis inventori minat

kerjaya iaitu ‘inventori kekunci empirikal’ dan inventori kekunci bukan empirikal’. Dalam kajian

saya ini, saya telah menggunakan inventori kekunci bukan empirikal iaitu Self-Directed Search

( SDS ). SDS merupakan alat ukuran yang dibina oleh John L Holland. Saya telah menjalankan

kajian saya terhadap 3 orang murid Darjah 6 SJK ( T ) Thiruvalluvar. Mereka terdiri daripada

seorang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Saya telah menyerahkan alat ujian ini

kepada mereka untuk dijawab dalam masa yang diberikan. Tujuan saya memilih tahun 6 adalah

bagi memberikan suatu gambaran jelas kepada mereka tentang minat kerjaya masing-masing

sebelum memasuki alam persekolahan menengah. SDS mengandungi beberapa bahagian

seperti kesukaan, kecekapan dan pekerjaan. Disebabkan murid tahun 6, saya hanya meminta

murid menjawab untuk soalan berkaitan pekerjaaan sahaja.

Hasil kajian saya terhadap murid perempuan tahun 6 iaitu murid A menunjukkan minat

dalam berinteraksi dengan manusia yang berkaitan dengan selesa dan suka bekerja dalam

kalangan pelbagai individu. Murid ini juga berminat dalam memberitahu, melatih dan membuat

kebajikan pada orang lain. Matlamat utamanya adalah membuat kebajikan. Sifatnya yang suka

bersosial menunjukkan dia lebih cenderung ke arah individu yang sosial. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kerjaya yang paling bersesuaian dengan minat kerjayanya adalah

guru,Kaunselor dan sebagainya. Murid ini akan berjaya jika membentuk depan ke arah

matlamat kerjaya tersebut.

Murid lelaki pertama adalah murid B yang juga merupakan murid tahun 6. Hasil analisis

ujian SDS menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang investigatif. Dia merupakan

individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan

menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Dia juga mempunyai kemahiran saintifik dan

matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintif dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Keminatannya cenderung ke arah kerja-kerja yang memerlukan penelitian dan kesempurnaan.

Dia juga menunjukkan keminatan dalam aspek rasa ingin tahu dan mencari idea serta sangat

berfikiran teoritikal. Oleh itu, saya mencadangakan beberapa kerjaya yang amat bersesuaian

dengan minat kerjaya murid ini iaitu Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Fizik,

Penyelidik Sains dan lain-lain lagi.

Page 11: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 11

Selain itu, murid lelaki yang seterusnya iaitu murid C telah berjaya menjawab ujian

pengukuran ini. Hasil analisis ujian menunjukkan bahawa murid ini merupakan seorang yang

berminat ke arah kerjaya yang melibatkan Enterprising. Dia merupakan seorang individu yang

suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Dia mempunyai minat dalam mempengaruhi,

mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang

lain.Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan

ekonomi. Murid ini sangat sesuai untuk memilih kerjaya-kerjaya seperti Spekulator, Aktuaris,

Pengarah Syarikat, Peguam dan lain-lain lagi. Hal ini adalah disebabkan kerjaya-kerjaya ini

memerlukan seorang yang sangat mesra dan pandai bercakap yang merupakan minat

semulajadi murid ini.

Page 12: 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling 12

RUJUKAN

1. Haliza Hamzah ( 2009 ), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Oxford Fajar

Sdn.Bhd, Selangor.

2. Lee Keok Cheong, Suppiah Nachiappan ( 2012 ), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-

kanak , Oxford Fajar Sdn.Bhd., Selangor

3. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009 ), Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, Misas Advertising

Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

4. Sidek Mohd Noah ( 2005 ), Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling, Universiti Putra

Malaysia, Selangor.

5. Tang Chee Yee ( 1989), Bimbingan dan Kaunseling, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd,

Selangor.

Internet

1. John L.Holland, Inventori SDS, diperolehi pada 23 Februari 2016 dari laman web

http://ekaunseling.koleksiminda.com/Ujian-Minat-Kerjaya-Riasec.php