Top Banner

Click here to load reader

of 20

2. Faedah Perlakuan Asertif Serta Hak

Sep 29, 2015

Download

Documents

joel_hew

PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 2
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Slide 1

Disediakan oleh: Chiam Shin Ying Han Ming Hui Lee Phui Ling FAEDAH PERLAKUAN ASERTIF SERTA HAKPengenalan AsertifKemampuan untuk menyatakan diri dengan jujur, jelas, tegas, sopan.

Tepat tentang keinginan, pemikiran, perasaan dan emosi yang dialami.

Tanpa merugikan, melukai, menyinggung atau mengancam hak-hak dan integritis perasaan orang lain.

merupakan sikap yang seimbang di antara sikap pasif dan sikap agresif

Martin & Pear (1978), Devito (1980), Huczynski (1983) mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang sewajarnya tanpa menyakiti perasaan.Menurut Fensterheim & Baer (1995), remaja yang asertif mampu mengemukakan pendapat dan ekspresi yang sebenarnya tanpa rasa takut serta dapat berkomunikasi dengan orang lain secara lancar.

Kategori Perlakuan Asertif

KONFLIK INTRAPERSONAL & INTERPERSONALFAKTOR TIDAK ASERTIFMenurut Lange dan Jakubowski (1976), seseorang itu bertingkah laku tidak asertif atau kesulitan untuk bertindak asertif kerana :A. menganggap tingkah laku asertif sebagai agresif : Banyak orang menganggap tingkah laku asertif bentuknya seperti agresif. Mereka menyamakan bentuk tingkah laku asertif atau bentuk mempamerkan kemarahan sebagai bentuk agresif. B. menganggap tingkah laku tidak asertif sebagai suatu kesopanan Banyak individu memiliki konsep yang salah bahawa tingkah laku tidak asertif menunjukkan suatu kesopanan dan keperihatinan. Kebanyakan orang diajarkan bahawa tidak sopan untuk mengakhiri suatu perbualan, untuk tidak sehaluan pendapat dengan seseorang yang lebih tua atau status lebih tinggi, memberikan respon atau kritikan bahkan pujian kepada orang lain.

C. kegagalan untuk menerima hak-hak peribadi :Manusia sering tidak sedar bahawa mereka mempunyai hak untuk mengekspresikan reaksi (mengemukakan perasaan atau pendapat), mempertahankan haknya dan mengurus emosinya. Individu sering tidak yakin bahawa mereka berhak untuk mengekspresikan perasaannya seperti- perasaaan sakit hati, marah, kecewa, bahkan merasa tidak boleh memiliki perasaan tersebut.D. ketakutan terhadap sifat negatif : Individu sering berasa cemas mengenai apa yang akan terjadi jika dia bertingkah laku asertif. Mereka takut kehilangan perhatian atau sokongan daripada orang lain, orang akan berfikiran bahawa dia bodoh, atau ego, bahawa dia akan menyakiti hati orang lain atau menghancurkan kehidupan orang lain, bahawa orang lain akan menjadi marah atau menolak dirinya.

Faedah Perlakuan AsertifMempertahankan hak-hak personal yang dimiliki untuk mencapai kebebaskan emosi seperti:

mampu menguasai diri

bersikap bebas dan menyenangkan

merespon perihal yang disukai atau tidak disukai secara tulus

Tidak dikendalikan orang lain

Asertif terhadap orang lain yang bertingkah laku kurang tepat/wajar, dan membantu mereka membetulkannya.

Meningkatkan hubungan sosial yang positif, komunikatif, adaptif dan proporsional

Menciptakan dan mengembangkan kemampuan komunikasi serta penyesuaian diri yang efektif

Menjalin hubungan interpersonal yang baik dengan orang lain

Meningkatkan kesihatan mental diri sendiri (intrapersonal)

tidak terjerumus dalam hidup yang penuh kepalsuan dan tekanan

Pencapaian dan kebolehan kita akan dihargai dan diakui

Meningkatkan nilai diri

Mengenalpasti tanggungjawab di atas tingkahlaku, perasaan dan fikiran kita

Kurang menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan

Sentiasa berubah mengambil langkah mengatasi masalah bukannya semata-mata menyalahkan diri atau orang lain

Bagaimana menjadi seorang yang asertif?Tentukan kedudukan yang pasti.

Mematuhi pegangan diri dengan tegas

Jika belum yakin pada pilihan, meminta kesempatan/masa untuk berfikir supaya mendapat kepastian

Tanya pada diri terlebih dahulu jika belum jelas/tidak pasti terhadap permintaan/kehendak diri.

Berani mengatakan tidak terhadap perkara yang tidak benar/disenangi bagi diri walaupun dipaksa/dipujuk.

Berikan penjelasan atas penolakan yang jelas, logik, singkat.

Gunakan kata-kata tegas untuk menunjukkan ketegasan, cth: saya tidak setuju.

Tunjukkan perilaku yang sama dengan keputusan yang diambil atau ucapan yang diberi, cth: nada suara yang jelas dan tegas.

Jika masih dipaksa padahal sudah berulang kali menolaknya, maka mendiamkan diri/berhentikan percakapan/meninggalkan diri. Tidak perlu berasa serba salah atas penolakan yang diberi, atau bersimpati/empati yang berlebihan.Peranan Guru Menanamkan Perlakuan Asertif pada RemajaMemberikan pendedahan & pemahaman mengenai asertif serta contoh dalam kehidupan seharian.

Sentiasa peka & prihatin terhadap psikososial mereka terutamanya yang pasif.

Mengadakan sesi perbincangan dan simulasi dengan memberi situasi yang sebenar.

Memberi penghargaan (spt pujian) kepada mereka yang bertingkah laku baik untuk membina keyakinan diri.

Menghargai pendapat mereka dan membetulkan yang salah dengan cara yang lembut tanpa menjatuhkan harga diri mereka.

Mewujudkan suasana belajar yang mesra dan menyenangkan.

utamakan hak sendiri, hormati hak orang lainmeluahkan hak dan perasaan diri kepada individu lainHAK ASERTIF

VIDEO~

Sekian Terima Kasih