Top Banner
GOOD MORNING EVERYONE… SHALL WE START???
35

1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Jun 19, 2015

Download

Education

madiah jaafar

Nota Konsep Pengukuran dan Penilaian daripada tajuk Pengukuran dan Penilaian OUM
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

GOOD MORNING EVERYONE…SHALL WE START???

Page 2: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

1.KONSEP PENGUKURAN DAN SKALA PENGUKURAN

Page 3: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Di dalam acara lelongan awam….bayangkan bagaimanakah seseorang membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli?

Di dalam acara jualan murah? Bagaimana anda membuat penilaian untuk membeli?

Nilai

Page 4: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara

Penilaian sebagai proses ‘delineating’, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. – Stufflebeam et al. (1971 :xxv)

Penilaian

Page 5: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Penilaian

“Satu proses yang SISTEMATIK semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai”. – Gay (1985)

Page 6: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Proses

Penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu  menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan  menyatakan nilai/interpretasi

ukuran.

Page 7: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

PROSEDUR PENILAIAN

1. Persediaan Ujian

2. Pentadbiran Ujian

3. Pemeriksaan Jawapan Ujian

4. Analisis Ukuran

5. Interpretasi & Tindakan Susulan

Page 8: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

UKUR

Atlit sukan ingin mewakili negara dikenakan syarat-syarat tertentu. Apakah sebenarnya yang diukur? Pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai?

Page 9: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

PENGUKURAN

“suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”.

Page 10: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

PENGUJIAN

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Page 11: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

(Cronbach 1970)

Page 12: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2).

Page 13: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

PEMBOLEH UBAH UKURAN

2 jenis pemboleh ubah asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%,

80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi

rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi).

Page 14: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Jenis Skala Ukuran

Skala nominal Skala ordinal Skala sela Skala nisbah

Page 15: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

SOALAN 1

Bincang peranan dan kepentingan skala nominal, skala ordinal, skala sela dan skala nisbah dalam kertas soalselidik.

Page 16: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Skala nominal Skala nominal membentuk nombor

bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Sebagai Contoh: Guru ingin

membahagikan rasmpelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori:

Nombor 1 - kategori Melayu, Nombor 2 - kategori Cina, Nombor 3 - kategori India Nombor 4 - lain-lain ras.

Page 17: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 untuk memudahkan analisis komputer

atau pengenalan bagi setiap ras Tidak bermakna 1 lebih baik atau

superior dari 2 dan seterusnya. Nombor hanya melambangkan

kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras.

Page 18: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

skala nominal

nombor digunakan untuk menamakan orang atau objek

nombor tidak mempunyai apa-apa hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai

Page 19: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Skala ordinal

Pengukuran menggunakan skala ordinalmenyusun data: daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang satu susunan yang melambangkan satu bentuk hierarki. · Contoh: Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian

Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali.

· Skala ordinal hanya menyusun mengikut hairaki untuk melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.

Page 20: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Kedudukan skor atau kebolehan yang disusun itu tidak sama magnitudnya atau perbezaannya -hanya menunjukkan satu individu itu skornya di atas atau di bawah.

Berapa banyak lebihan atau kekurangan tidak dapat ditentukan.

Perbezaan kedudukan pelajar nombor 8 dengan 9 hanya 4 markah sahaja, tetapi perbezaan kedudukan antara nombor 1 dengan nombor 2 adalah 20 markah

Page 21: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Yang pentingnya: nombor 1 lebih tinggi markahnya

dari pelajar nombor 2 dan

nombor 8 lebih tinggi markahnya daripada pelajar nombor 9.

Page 22: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Skala sela Pengukuran yang menggunakan sekala

sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama.

Skala sela memberikan sela sama daripada titik asal (origin) yang arbitrari.

Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri: nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkat.

Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.

Page 23: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Contoh: Sila perhatikan, nilai 0 dalam skala

sela tidak bermakna tidak sesuatu yang diukur. Suhu 0 oC tidak menandakan tiada suhu.

Page 24: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Contoh: Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60

dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130,

perbezaannya sama iaitu 10 poin juga.

Tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik dari mereka yang mempunyai IQ 60.

Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ. Tidak terdapat 0 IQ.

Page 25: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Skala Nisbah

Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.

Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal.

Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur.

Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40.

Page 26: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Contoh: Skala untuk menyukat tinggi

menggunakan skala nisbah kerana titik kosong pada skala nisbah memberi makna tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar.

Begitu juga halnya dengan timbangan yang mencatatkan 0 g bermakna tiada berat.

Page 27: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Antara pembolehubah yang mempunyai skala nisbah ialah:

pendapatan, masa untuk melakukan sesuatu tugasan, dan umur.

Skala nisbah jarang digunakan dalam peyelidikan pendidikan dan lain-lain disiplin penyelidikan kerana penyelidikan yang kerap dijalankan tidak melibatkan penggunaan titik kosong yang sebenar.

Page 28: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Contoh: Dalam sesuatu ujian di bilik darjah atau

peperiksaan awam, calon yang mendapat markah kosong tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang diuji.

Mereka mungkin tidak dapat mengeluarkan jawapan seperti yang dikehendaki berdasarkan tugasan soalan yang diberikan.

Page 29: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

SOALAN 2

Apakah tujuan penilaian di bilik darjah? Apakah kelemahan yang anda perhatikan dalam pelaksanaan ujian dan penilaian di bilik darjah?

Page 30: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Tujuan Penilaian di Bilik Darjah

Matlamat utama penilaian ialah UNTUK MEMPERBAIKI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN.

Page 31: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

FUNGSI PENGUKURAN

PENGAJARAN Utama (Tujuan asas)

Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran, keupayaan , tingkahlaku dan sikap yang telah dikuasai oleh murid

Menentukan tahap pencapaian/perkembangan pembelajaran yang telah dicapai

Menentukan kekuatan, kelemahan, kesukaran dan keperluan murid

Page 32: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Kedua (Fungsi auxiliary bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran) membantu pembentukan tingkahlaku

pembelajaran Membangunkan keupayaan berusaha

pada murid Sebagai bantuan untuk bimbingan,

kaunseling dan prognosis

Page 33: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

PENTADBIRAN/PENYELIAAN Untuk mengekalkan standard Untuk klasifikasi / pemilihan bagi tujuan

tertentu Untuk menentukan keberkesanan guru,

keberkesanan teknik P&P dan strategi yang digunakan (kekuatan, kelemahan, keperluan) dari segi standard pengajarannya

Sebagai asas atau panduan untuk pembangunan kurikulum

Page 34: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran

Sebagai panduan dalam perancangan pendidikan bagi pentadbir dan penyelia

Untuk menentukan norma performance guru

Untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak di sekolah

Sebagai asas kepada sesuatu kajian

Page 35: 1. konsep pengukuran dan skala pengukuran